fa
Feedback
HEBAHAN MPP USIM 25/26

HEBAHAN MPP USIM 25/26

رفتن به کانال در Telegram
4 870
مشترکین
-224 ساعت
+97 روز
+730 روز
آرشیو پست ها
[𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan P
[𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM ingin memaklumkan bahawa semua penerbitan poster ucapan rasmi universiti hendaklah menggunakan poster rasmi USIM yang disediakan oleh Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) sahaja. Penyelarasan ini penting bagi memastikan keseragaman identiti visual, pematuhan protokol rasmi dan penyampaian maklumat yang tepat. Sebarang pertanyaan boleh hubungi StraComm di talian 06-798 6004 / 86286. Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” EKSEKUTIF MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI KORPORAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 31 MEI 2026 | 14 ZULHIJJAH 1447H

[𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀] Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM membuka Tabung Inisiatif Siswa sebagai medi
[𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀] Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM membuka Tabung Inisiatif Siswa sebagai medium kebersamaan dalam menyokong pelbagai inisiatif kebajikan mahasiswa. Pelaksanaannya akan disalurkan melalui inisiatif MPP4U. Sehubungan dengan itu, MPP USIM menyeru seluruh masyarakat untuk bersama-sama menyumbang melalui kod QR yang disediakan. Setiap sumbangan yang dihulurkan mampu memberi impak besar serta manfaat kepada mahasiswa. Semoga segala sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta membawa manfaat dan kesejahteraan kepada setiap mahasiswa yang menerima bantuan. Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 30 MEI 2026 | 13 ZULHIJJAH 1447H

[𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐌𝐇𝐈𝐃𝐈 𝐔𝐒𝐈𝐌 2026/2027] [https://vt.tiktok.com/ZSxgVSWmv/] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada seluruh pelajar lepasan SPM yang berjaya menerima tawaran melanjutkan pengajian ke Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi sesi akademik 2026/2027. Diingatkan bahawa para pelajar yang berjaya menerima tawaran untuk membuat pengesahan SETUJU TERIMA dalam tempoh yang telah ditetapkan seperti berikut: 📅 Tarikh: 23 Mei hingga 4 Jun 2026 🔗 Pautan: https://etasjilv2.usim.edu.my Para pelajar juga disarankan untuk mengikuti media sosial rasmi MPP USIM bagi mendapatkan hebahan, maklumat terkini serta informasi penting berkaitan kemasukan dan kehidupan kampus agar tidak terlepas sebarang perkembangan semasa. Telegram: • https://t.me/TAMHIDIUSIMxMPPUSIMhttps://t.me/chitchatTAMHIDIUSIMxMPPUSIM Instagram: https://tr.ee/Cy5-g_bZUt TikTok: https://tr.ee/HuniByOKTm Facebook: https://tr.ee/fBCHsROjh1 Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 29 MEI 2026 | 11 ZULHIJJAH 1447H

[𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐈𝐄 𝐌𝐀𝐐𝐀𝐒 8.0 𝐗 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐒𝐎𝐔𝐋 𝐅𝐄𝐒𝐓] Assalamualaikum WBT, *Pentas Daie MAQAS
+1
[𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐈𝐄 𝐌𝐀𝐐𝐀𝐒 8.0 𝐗 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐒𝐎𝐔𝐋 𝐅𝐄𝐒𝐓] Assalamualaikum WBT, *Pentas Daie MAQAS 8.0 x Siswa Soul Fest* kini dibuka kepada *semua mahasiswa/i* yang berminat dalam bidang dakwah dan pengucapan awam. Ayuh tampil dengan kreativiti, penghayatan dan keberanian anda! ✨ *PENTAS SARINGAN DAIE* 📝Tarikh pendaftaran dan penyediaan video saringan : 26 Mei - 1 Jun 2026 *PENTAS AKHIR DAIE* 📅 Tarikh: 10 Jun 2026 🕗 Masa: 7.30 PM – 10.30 PM 📍 Tempat: DKF 1.2 FEM 🔗 Pautan pendaftaran peserta : https://forms.gle/pHqjYH1VNgcDLDMv9 📞 Sebarang pertanyaan , sila hubungi : Saudari Alya : +60 11-3594 0275 Saudari Halima : +60 10-712 8499 Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pentas dakwah yang penuh inspirasi ini ! Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 28 MEI 2026 | 10 ZULHIJJAH 1447H

[𝐊𝐔𝐓𝐈𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀] Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM membuka kutipan derma bagi waris keluarga Almarhum Muhammad
[𝐊𝐔𝐓𝐈𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀] Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM membuka kutipan derma bagi waris keluarga Almarhum Muhammad Dinie Hakim bin Azwani, pelajar tahun 2, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 Mei 2026 . Sehubungan dengan itu, MPP USIM membuka kutipan derma dan sumbangan bagi membantu urusan waris keluarga Almarhum. Tempoh kutipan adalah seperti berikut: Kutipan dibuka: 28 Mei 2026 Kutipan ditutup: 11 Jun 2026 Semoga segala sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta membawa manfaat dan kesejahteraan buat mangsa dan waris keluarga. Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 28 MEI 2026 | 11 ZULHIJJAH 1447H

[𝐁𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐔𝐊𝐀𝐂𝐈𝐓𝐀] Assalamualaikum WBT, Pihak Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USI
[𝐁𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐔𝐊𝐀𝐂𝐈𝐓𝐀] Assalamualaikum WBT, Pihak Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) dengan penuh dukacita ingin memaklumkan bahawa: Almarhum Muhammad Dinie Hakim bin Azwani, pelajar tahun 2 Sarjana Muda Da’wah dan Pengurusan Islam (DIMAC) telah kembali ke rahmatullah pada Khamis, 28 Mei 2026. Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah serta mendoakan agar roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah kita bacakan dan sedekahkan buat arwah. Semoga ahli keluarga Almarhum diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini, serta dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah SWT. Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 28 MEI 2026 | 11 ZULHIJJAH 1447H

[𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐉𝐔 𝐊𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐒 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐔𝐒𝐈𝐌)] Assalamualaikum WBT, Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM ingin menjemput seluruh mahasiswi, untuk mengisi satu tinjauan khas berkaitan keselesaan dan reka bentuk baju korporat wanita sedia ada. Tinjauan ini dilaksanakan susulan beberapa maklum balas yang diterima mengenai aspek keselesaan dan spesifikasi labuh baju yang dilaporkan sedikit pendek. Data daripada tinjauan ini amat penting bagi mendapatkan gambaran menyeluruh untuk dijadikan asas cadangan penambahbaikan rekaan korporat yang lebih sopan dan menepati keperluan mahasiswi. ❗️ MAKLUMAT PENTING❗️ • Sasaran Diperlukan: Sekurang-kurangnya 1000 responden Mahasiswi🧕🏻 • Tarikh Tutup Tinjauan: 7 Jun 2026 (Ahad) Sertai tinjauan melalui pautan berikut: https://forms.gle/Lo7iMncdmyYNf4ZE6 Kerjasama anda sebagai mahasiswi yang prihatin amat dihargai. Sekian, terima kasih. https://vt.tiktok.com/ZSxXKFoF2/ “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” TIMBALAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 27 MEI 2026 | 10 ZULHIJJAH 1447H

[𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌] Assalamualaikum WBT, Salam Aidiladha diucapkan
[𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌] Assalamualaikum WBT, Salam Aidiladha diucapkan kepada seluruh warga mahasiswa/i Universiti Sains Islam Malaysia. Semoga Hari Raya Aidiladha ini membawa keberkatan, ketenangan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama insan dalam menghayati erti sebenar pengorbanan dan keikhlasan. Aidiladha bukan sekadar perayaan, malah menjadi simbol ketundukan dan kepatuhan kepada Allah SWT melalui penghayatan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. Semoga semangat ini terus menyuburkan nilai empati, kebersamaan dan semangat membantu dalam setiap diri mahasiswa. Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 26 MEI 2026 | 09 ZULHIJJAH 1447H

[𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍] Sukacita dimaklumkan bahawa Ma
[𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍] Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan mengadakan Sukarelawan Program Qurban mengikut ketetapan berikut: 📆Tarikh: 27 Mei 2026 (Rabu) ⏰Masa: 8.00 pagi 📍Lokasi: Surau Al Mahabbah, Desa Indah Nilai. Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” EKSEKUTIF KESUKARELAWANAN DAN KEMANUSIAAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 26 MEI 2026 | 09 ZULHIJJAH 1447H

[𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐈 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan P
[𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐈 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) ingin mengucapkan Selamat Menjalani Cuti Pertengahan Semester bagi Semester 2 Sesi Akademik 2025/2026 yang berlangsung bermula 25 Mei hingga 2 Jun 2026 kepada seluruh mahasiswa/i USIM. Semoga tempoh cuti ini dimanfaatkan sebaiknya untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga serta memperbaharui semangat dan motivasi sebelum kembali meneruskan perjuangan akademik di kampus. Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 25 MEI 2026 | 08 ZULHIJJAH 1447H

[𝐐&𝐀 𝐓𝐀𝐌𝐇𝐈𝐃𝐈 𝐔𝐒𝐈𝐌 2026/2027: 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐘𝐀, 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁!] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan P
[𝐐&𝐀 𝐓𝐀𝐌𝐇𝐈𝐃𝐈 𝐔𝐒𝐈𝐌 2026/2027: 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐘𝐀, 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁!] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM sesi akademik 2025/2026 membuka ruang kepada seluruh pelajar Tamhidi USIM 2026/2027 untuk mengemukakan sebarang persoalan serta kekeliruan berkaitan kemasukan dan kehidupan kampus menerusi sesi “Q&A TAMHIDI: Anda Tanya, Kami Jawab!”. Sehubungan itu, seluruh mahasiswa dijemput untuk turut serta dan mengikuti hebahan terkini melalui saluran Telegram rasmi di Channel Telegram MPPUSIM agar tidak terlepas sebarang maklumat penting berkaitan sesi bersama MPPUSIM. 🔗 Pautan Channel: https://t.me/+KF_Ywhh8GydiYjNl Semoga inisiatif ini dapat memudahkan urusan mahasiswa serta menjadi wadah komunikasi yang lebih dekat antara mahasiswa dan pihak kepimpinan pelajar USIM. Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 25 MEI 2026 | 08 ZULHIJJAH 1447H

Repost from Info@HEP.USIM
photo content

[𝐒𝐋𝐎𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐄𝐊 𝐆𝐎𝐃𝐀𝐍𝐆 2026] Assalamualaikum WBT, Selaras dengan Teras Ketiga MPP USIM yang memfo
[𝐒𝐋𝐎𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐄𝐊 𝐆𝐎𝐃𝐀𝐍𝐆 2026] Assalamualaikum WBT, Selaras dengan Teras Ketiga MPP USIM yang memfokuskan kepada Pemerkasaan Badan Pelajar, pencarian Pengarah Program untuk slot aktiviti Olek Godang ini menjadi platform terbaik untuk menterjemahkan agenda tersebut. Permohonan dibuka 📆 21 Mei 2026 - 14 Jun 2026 Langkah-langkah permohonan: 1. Isi borang permohonan di pautan berikut: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdgtfFKq-kQOUFakbsQo9ok_m9JuMTXuxyUwidxIaj3sy6bIQ/viewform?usp=sharing&ouid=100019962756326066601 2. Tunggu pengesahan daripada pihak urus setia. 3. Anda akan dihubungi dalam masa terdekat. Sebarang pertanyaan, hubungi kami: 📞 Saudara Kaisan: 013 647 2273 📞 Saudari Syawal: 013 617 4171 Mari sertai kami dalam menjayakan Olek Godang@USIM 2026, dan jadilah sebahagian daripada perjalanan ini❗🫵🔥 Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 21 MEI 2026 | 04 ZULHIJJAH 1447H

[𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐁𝐁𝐀�
[𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐁𝐁𝐀𝐇 2026] Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan membuka penyertaan untuk Sukarelawan Program Qurban pada ketetapan berikut: 📆Tarikh: 27 Mei 2026 (Rabu) ⏰Masa: 8 pagi 📍Lokasi: Surau Al Mahabbah, Desa Indah Nilai. 🚌 Kenderaan disediakan 🔗Pendaftaran: https://forms.gle/u6c6KmDZB8LX622R8 Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” EKSEKUTIF KESUKARELAWANAN DAN KEMANUSIAAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 21 MEI 2026 | 04 JAMADILAKHIR 1447H

Repost from Info@HEP.USIM
[PELAWAAN SEBAGAI PEMBANTU URUS SETIA TAARUF PELAJAR BAHARU TAMHIDI] Pusat Hal Ehwal Pelajar mempelawa Pelajar Sarjana Muda u
[PELAWAAN SEBAGAI PEMBANTU URUS SETIA TAARUF PELAJAR BAHARU TAMHIDI] Pusat Hal Ehwal Pelajar mempelawa Pelajar Sarjana Muda untuk memohon sebagai Pembantu Urus Setia (PU) bagi Taaruf Pelajar Baharu Tamhidi Sesi Akademik 2026/2027. Tempoh bertugas adalah bermula: 13 Jun hingga 18 Jun 2026 Pelajar Sarjana Muda yang berminat boleh memohon melalui Portal IStudent masing-masing bermula 20 Mei 2026 hingga 25 Mei 2026 (Isnin) Jam 3.00 Petang. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Encik Ahmad Suhail Abd Rahman di talian 06-798 8238 atau Encik Muhammad Amir Ridwan Shahrol di talian 06-798 6144.

[𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐄 𝐂𝐀𝐑𝐄𝐄𝐑 𝐅𝐀𝐈𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔] Sukacita dimaklumkan bahawa pihak GRADUAN dengan
[𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐄 𝐂𝐀𝐑𝐄𝐄𝐑 𝐅𝐀𝐈𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔] Sukacita dimaklumkan bahawa pihak GRADUAN dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) akan menganjurkan program GRADUAN ASPIRE CAREER FAIR 2026. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai peluang kerjaya, latihan industri, dan jaringan profesional bersama majikan-majikan terkemuka. Penyertaan ini amat dialu-alukan kepada semua pelajar Tahun 3 dan Tahun 4 sebagai persediaan awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Butiran program adalah seperti berikut: Tarikh: 6 Jun 2026 (Sabtu) Masa: 10.00 Pagi – 6.00 Petang Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) Untuk makluman, penyertaan adalah terhad kepada 40 orang peserta sahaja. 🔗 https://forms.gle/WZ4hrJVDs1QQkWa57 Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” EKSEKUTIF AKADEMIK DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 17 MEI 2026 | 29 ZULKAEDAH 1447H

[𝐄-𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐂𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐔𝐒𝐈𝐌 2026: 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐋𝐔𝐀𝐑] Assalamualaikum WBT, Berikut merupakan syarat penyertaan bagi peserta luar yang ingin menyertai E-Sport Carnival USIM 2026: 1️⃣ Setiap pasukan wajib mempunyai sekurang-kurangnya seorang mahasiswa/i USIM sebagai ahli pasukan. 2️⃣ Penyertaan adalah terbuka kepada individu berumur antara 19 hingga 26 tahun sahaja. 3️⃣ Pasukan atau peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat Grand Final wajib hadir secara fizikal di AEON Mall, Nilai pada 20 Jun 2026. Kerjasama dan pematuhan terhadap syarat yang ditetapkan amat dihargai bagi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan. Sekian, terima kasih. https://vt.tiktok.com/ZSxFTxsVQ/ “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” EKSEKUTIF SUKAN DAN REKREASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 17 MEI 2026 | 29 ZULKAEDAH 1447H

[𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐖𝐀 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀/𝐈 𝐔𝐒𝐈𝐌] Assalamualaikum WBT, Dimaklumkan bahawa Majl
[𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐖𝐀 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀/𝐈 𝐔𝐒𝐈𝐌] Assalamualaikum WBT, Dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sedang menjalankan satu tinjauan bagi mendapatkan gambaran berkaitan kadar serta kos semasa rumah sewa pelajar di sekitar kawasan pengajian. Sehubungan itu, para pelajar dijemput untuk mengisi pautan borang tinjauan berikut: [https://forms.gle/XiMgZF8CoBPK7N1G8] 📍TARIKH TUTUP TINJAUAN: 22/05/2026 Segala kerjasama dan maklum balas anda amat dihargai. Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” NAIB YANG DI PERTUA 2 MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 16 MEI 2026 | 29 ZULKAEDAH 1447H

[𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM ingin merakamkan seting
[𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan serta dedikasi dalam mendidik dan membimbing anak bangsa. Semoga seluruh pendidik terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam meneruskan amanah yang mulia ini. Terima kasih, jasamu cikgu sentiasa dikenang sepanjang zaman. Sekian, terima kasih. “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 16 MEI 2026 | 28 ZULKAEDAH 1447H

[𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐋𝐔𝐍𝐂𝐇𝐅𝐎𝐑𝐒𝐓𝐔𝐃𝐄𝐍𝐓] Assalamualaikum WBT, Majlis Perwakilan Pelajar USIM dengan kerjasama Teratak Makan Percuma telah melaksanakan pengagihan makanan menerusi program “LunchforStudent”. Program tersebut telah berlangsung mengikut ketetapan berikut: 🗓️Tarikh: 5 Mei 2026 ⏰Masa: 12.30 tengah hari 📍Tempat: Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM Diharapkan inisiatif ini dapat meringankan beban kewangan harian para pelajar di samping memastikan kebajikan serta keperluan asas mahasiswa terus diberi perhatian dan dipelihara. Sekian, terima kasih. https://vt.tiktok.com/ZSxNHp2Ks/ “𝘼𝙨𝙥𝙞𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙞𝙨𝙬𝙖, 𝙈𝙖𝙣𝙞𝙛𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖” EKSEKUTIF KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN SISWA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2025/2026 16 MEI 2026 | 29 ZULKAEDAH 1447H