Hann's Lavenders 💜
Закрытый канал
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
Больше1 023
Подписчики
Нет данных24 часа
-47 дней
-530 дней
Архив постов
1 023
Jeng jeng jeng! Cover gitu2 je sbb buat masa bosan shshs!
Tapi, comel! Saya sukers shshshsh!
1 023
Random #CMUP
"Siapa bagi bekal ni? Papa rasa, pagi tadi papa tak buat bekal kan?"
Hairan Hawees apabila dia perasan ada dua bekas asing di dapur. Rasanya, dia tidak pernah beli bekas macam itu.
"Tadi masa dekat tempat tuisyen, Bulan dengan Dameen tak sempat makan. Cik Mulan bagi bento dekat kita orang. Sedap tau, papa! Rugilah papa tak rasa."
"Cik Mulan bagi apa?"
"Nasi putih, ayam buttermilk dengan sayur campur. Tapi cantik Cik Mulan hias, pa! Atas nasi tu, siap ada seaweed smiley."
Cara Muneera cerita ini membuatkan Hawees teringatkan arwah isterinya pula. Dulu pun, Marianna memang selalu sediakan bekal untuk mereka bertiga. Hari-hari bekal berbeza. Jimat duit, masakan rumah pula memang sentiasa sedap.
"Bulan, boleh tolong papa?"
"Tolong apa, pa?"
"Tolong tanyakan Cik Mulan yang boleh ke dia buatkan bento ni untuk papa juga?"
1 023
Saya suka tengok video bento cantik2. Nanti dah kahwin, ada suami, ada anak, nak buat bento cantik2 jugak biar suami dengan anak ku boleh banggakan masakan sedapku.
"Isteri aku bekalkan. Sedap tahu tak?"
"Ibu masak sedap!"
Perghhh, delulu siak!
1 023
Semalam ada pertandingan bento. Saya tak ingat ni siapa punya tapi saya snap sbb saya tertarik dengan spongebob ni hshshshs
1 023
Nak menabung untuk Irsa Diyyah, jangan lupa menabung untuk Adha Sabiha juga🥰🫶
Kalau yang ini, kena RM2 sehari HAHAHAHAH!
#MAR
1 023
https://www.instagram.com/p/C8wAyIfpYo3/?igsh=cmUzYmhoYjE3YXlr
Review HUG yang sangat sampai ke telinga jeritannya HAHAHAHAHAHAHA
#HUG
1 023
Random #CMUP
Sedang Muneera duduk di meja hadapan, dia disapa seseorang.
"Dik, saya nak buat tempahan bunga boleh ke?"
Kepala diangkat, terus senyum di bibir Muneera melebar.
"Cik Mulan!"
"Lah, Muneera. Awak buat apa dekat sini? Ni kedai awak ke?"
Laju sahaja Muneera mengangguk. "Tapi, bukan saya punya betul-betullah. Kedai bunga ni, papa saya punya!"
Bukan main teruja lagi si anak dara memperkenalkan kedai bunga ini sebagai kedai milik papa.
"Cikgu nak tempah bunga untuk majlis persaraan. Nak kena tempah dekat siapa ya?" soal Mulan lembut.
"Kejap ya, saya panggil papa."
Masuk saja ke dalam bilik gubahan, Muneera terus melompat kecil sambil meraih tangan Hawees.
"Bulan, kan papa kata tak boleh main-main dalam kedai," tegur Hawees. Sudahlah dia dan Dameen sedang menggubah bunga tempahan.
"Papa, ada orang nak jumpa papa!"
"Siapa?" Dameen pula yang menyibuk.
Melihat sang ayah yang masih fokus dengan kerjanya, Muneera terus tarik tangan Hawees untuk ke depan. Dameen pula, semestinya mengikut dari belakang.
"Allahuakbar, Bulan... kenapa ni?"
"Tu! Cik Mulan nak jumpa papa!"
Sebaik sahaja Hawees memandang Mulan yang tersenyum nipis, jantungnya mula berdegup dengan tidak normal.
Lubdub. Lubdub. Lubdub.
Aduh, Hawees! Dah kenapa kau berdebar pula ini?
"Saya nak buat tempahan bunga bagi pihak Puan Zaiton. Mama saya kata, dia selalu tempah bunga dekat sini."
Diam. Hawees tidak memberikan apa-apa reaksi. Disebabkan itu, Dameen menyiku lembut ayahnya.
Hawees meraup wajah sekali. Apa masalah tiba-tiba termenung?
"Ya? Cik Mulan nak apa?"
Dengar sahaja soalan yang diajukan, Muneera dan Dameen geleng kepala. Papa ni, takkan tak dengar apa yang Cik Mulan cakap tadi?
"Saya nak tempah bunga bagi pihak Puan Zaiton. Boleh?"
"Boleh! Cik Mulan nak bunga yang macam mana tu?"
"Mama saya kata, dia percayakan Encik Hawees untuk pilihkan bunga bagi pihak dia."
"Boleh saya tahu Puan Zaiton nak tempah bunga ni untuk apa?"
"Untuk majlis tunang saya."
Dengar saja hal itu, riak wajah Hawees terus berubah.
Bakal tunang orang rupanya...
Melepas!
1 023
Cerita Qhaid mungkin next year, insya-Allah! Kerjaya dia saya tak anggap spoiler sebab buat yang baca BC, mungkin dapat teka apa kerjaya Qhaid. Dan starting cerita Qhaid nanti pun, mmg saya sebut awal² kerjaya dia.
Jadi, sementara saya rombak jalan cerita Qhaid-Nuha sebab banyak sangat lagu nct yang saya guna, bolehlah save duit 20 sen sehari untuk buku seterusnya🥰🫶
1 023
https://vt.tiktok.com/ZSYapy6LK/
Nak Amsyar si pengurus tadika atau Amsyar si penyanyi terkenal?🫣🫶
1 023
Random #IrsaAdaCinta #PelangiDanCinta
“Cinta… dengar sini.” Kedua telapak tangan Irsa menekup lembut pipi Diyyah.
Malam ini, Irsa mahu Diyyah tahu bahawa masih ada orang yang sayangkan isterinya tanpa batasan.
“Nama awak apa?” soal Irsa.
“Diyyah.”
“Nama panjang?”
“Cinta Najdiyyah Binti Saiful Azam.”
“Apa maksud cinta?”
“Kasih… sayang?” Irsa tersenyum puas.
“Betul! Maknanya, nama awak tu akan membawa tuah untuk awak. Orang yang menghargai kita ni selalunya orang yang paling berhak dan layak. Mereka tak sayangkan awak? Tak apa sebab awak ada Irsa, Anas, Wara, Hamzah, Jed, Keel, Arash, pak long, mama dan papa yang sayangkan awak. Awak akan dapatkan kasih sayang tu daripada kami semua sebab kami yang paling layak untuk sayangkan Cinta Najdiyyah sebagai manusia. Jadi, tak perlu berharap dekat orang yang tak sudi. Saya ada dengan awak dan akan selalu sudi untuk kata I love you bila-bila masa awak nak dengar.”
Sedih berbaur terharu serta bahagia terasa serentak. Diyyah tidak sangka bahawa masih ada orang yang sudi memujuk dirinya dengan kata-kata yang menyentuh jiwa. Hanya ibu dan ayah yang selalu mengucapkan hal-hal memujuk jiwa kepadanya selama ini. Setelah kepergian mereka, Diyyah sering rasa dia bersendirian. tiada lagi orang yang akan melayannya bagaikan anak kecil. Mungkin sekarang, dia boleh dapatkan semua itu daripada suaminya.
“Kalau macam tu, cakaplah,” ucap Diyyah tiba-tiba.
“Cakap apa?” Irsa kerut dahi. Tidak mengerti apa yang sedang isterinya cuba sampaikan. Namun, Diyyah masih tidak menjawab dan kunci mulut. Bibirnya pula hanya mengukir senyuman nipis.
Ketika itu, Irsa mengerti apa yang cuba Diyyah maksudkan.
“I love you, Cinta.”
1 023
Random #KeelAdaQai
Hari ini, ulang tahun isterinya.
Segala hiasan yang terletak elok di kafe, dilihat untuk kali terakhir. Keel mahu mencipta kenangan dengan Qai di sini.
"Bro, aku balik dulu."
"Alright. Thanks Jed sebab tolong aku set up semua ni. Aku harap, Qai sukalah."
Jed tarik senyum. "Mesti, confirm dia akan suka. Kalau aku jadi Qai, mesti aku terus sembah bumi lepas tengok apa yang kau buat ni."
Mereka tertawa kejap sebelum Jed buka langkah keluar dari kafe tinggalkan Keel sendirian.
Sudah jam 11 malam. Sepatutnya, Qai dah kena sampai. Beberapa minit kemudian, telefon Keel berdering. Nama Qai terpapar di skrin.
"Ya, sayang? Awak dekat mana?"
"Keel... kereta Qai rosak..."
Terus tegak Keel berdiri. Terkejut dia! "Qai dekat mana? Keel pergi sana."
"Qai dekat lorong sebelum masuk kafe tu. Sikit lagi nak sampai tapi kereta tiba-tiba mati tepi jalan ni."
"Jangan letak call, tunggu Keel datang."
Segera Keel ambil kunci kereta dan meluru mahu keluar. Namun, sebaik sahaja dia buka pintu kafe, Keel terkejut dengan kehadiran Qai depan mata.
"Qai!"
Terus tubuh isterinya ditarik masuk ke dalam pelukan. Erat, bagaikan tidak mahu dilepas.
"Ya Allah... Keel risaukan Qai..."
"Hehe! Sorry, Keel. Qai saja nak kenakan Keel."
Dengar saja ayat itu, Keel semakin eratkan pelukan mereka. Qai mula rasa sesak nafas. Aduh... kenapa ketat sangat peluk orang ni?
"Keel... Qai tak boleh bernafas," ucap si isteri sambil menepuk lembut bahu suaminya.
Kemudian, barulah pelukan dileraikan. Keel pandang muka Qai.
"Padan muka. Siapa suruh buat Keel risau? Sakit jantung Keel tadi!"
"Saja! Memang niat nak buat kejutan dekat Keel."
Cup!
Pipi kanan Keel dicium pantas. Lalu, Qai keluarkan satu kotak kecil daripada begnya.
"Happy birthday, Wakeel Elias!"
Ah! Bagaiman Keel boleh lupa bahawa hari ini, hari ulang tahunnya juga? Terlalu teruja mahu siapkan kejutan buat Qai, sampai terlupa hari ini juga hari penting buatnya.
"Keel pun ada hadiah untuk Qai. Jom masuk."
Jemarinya disulam ke jemari Qai. Dipimpin tangan isterinya masuk ke dalam kafe. Dan kejutan yang menarik perhatian Qai...
"Books bouquet!!!"
Terus tubuh Keel dipeluk erat lalu pipi kiri dan kanannya dicium bertalu-talu.
"Terima kasih, Keel!!!"
1 023
Random #JedAdaWidu
"Berapa kali orang pesan? Kena hati-hati! Luka sana, calar sini, orang risau tahu tak?"
Widu menelan liur apabila Jed mula sapukan ubat pada lukanya. Bukan apa, dia teringin juga nak masakkan sesuatu untuk Jed. Asyik Jed saja yang masak, siapa isteri ni?
"Aku nak masak untuk kau je. Malulah, aku ni bini tapi yang selalu masak, kau."
"Siapa yang malu?" tanya Jed.
"Err... kau?"
"Bila masa pula orang malu nak mengaku yang awak isteri orang? Orang tak kesah kalau awak tak pandai masak. Orang tak peduli langsung kalau awak tak nak belajar masak. Orang boleh masak untuk awak."
"Tapi Jed, masak ni tugas isteri. Aku tak nak kau rasa aku ni isteri tak bertanggungjawab."
Jujur, Widu sedih kerana sepanjang 2 minggu perkahwinan mereka, hanya
Jed yang banyak memberi. Widu rasa bersalah, dia juga mahu buat Jed rasa senang.
Siap letakkan plaster pada jari Widu, Jed kucup tempat luka itu. Terus su isteri kaku.
"Memasak tu, tugas kita sama-sama. Tapi kalau awak tak reti, orang boleh ajar. Bukannya awak buat sendiri lepas tu awak buat orang risau macam ni. Dan orang akan jadi lelaki paling bahagia kalau awak boleh jaga diri awak selalu. Orang sayang awak, Widuri. Orang cuma nak awak selalu ada dengan orang. Cukup itu, orang dah lebih daripada bahagia."
Tatapan mata yang saling bertaut membuatkan satu rasa hangat mula menjalar ke tubuh. Apa yang Widu perasan, Jed lebih prihatin dan lemah-lembut selepas mereka sah bergelar suami isteri.
Kalau sebelum ini, Jed lebih banyak diamkan diri dan Widu yang banyak bercakap. Tapi nampaknya sekarang, situasinya dah terbalik.
Widu... kau dah jatuh cinta dengan suami sendiri ke?
1 023
https://vt.tiktok.com/ZSYP3g6wr/
Satu dan dua, itu warnanya.
Tiga dan empat, kita nantikan sama-sama!🥰🫶
