ru
Feedback

Не попадитесь на канал ботавода! Telemetrio находит и помечает такие каналы 👉 Хотите видеть метку — оформите подписку

Hann's Lavenders 💜

Hann's Lavenders 💜

Закрытый канал

Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!

Больше
1 007
Подписчики
Нет данных24 часа
+17 дней
-930 дней
Архив постов
Salam jumaat! Al-kahfi jangan lupa✨
04 июля 2024, 20:01

Adik² lepasan spm, semoga perjalanan kamu semua selepas ini lebih dijaga Tuhan!🫶
Adik² lepasan spm, semoga perjalanan kamu semua selepas ini lebih dijaga Tuhan!🫶
04 июля 2024, 06:41

"Mateen." "Ya, Atiya?" "Kalau diberi peluang, awak nak tak terbang tinggi sampai ke langit?" "Saya akan terbang ke langit kal
"Mateen." "Ya, Atiya?" "Kalau diberi peluang, awak nak tak terbang tinggi sampai ke langit?" "Saya akan terbang ke langit kalau awak nak terbang dengan saya." #MateenAtiya #nephophilia
04 июля 2024, 06:13

Bak kata penerbit PDC, "Si irsa tu kemain hijau seladang ai likes.🥹" And bos ada bagi cadangan untuk saya tambah beberapa scene. Out of 5, alhamdulillah saya dah siap 3. Saya suruh adik saya baca 2 perenggan scene baru tu. And she's say, "Doh bakpe Irsa garang gitu?" Bila tulis 2 scene flashback ni, saya nangia cikit sbb the frustration... allahuakbar🥲 Even i myself as a writer pun rasa nak masuk mss PDC and lagakan kepala watak2 tu. PDC ni, saya tulis guna perasaan semasa. Sedih saya waktu saya kena siapkan PDC, saya luahkan dekat situ. Jadi once PDC dah terbit nanti, saya harap korang baca dengan ada sifat empati yang sangat tinggi. Cuba faham kenapa setiap watak tu bertindak sedemikian. Saya... sayang PDC sangat²🥹🫶
03 июля 2024, 08:06

Okay, si pemberi dah munculkan diri. Mekasih, semoga murah rezeki selalu😭🫶
03 июля 2024, 06:37

Anyone? 🥹
Anyone? 🥹
03 июля 2024, 06:28

THIS! Sila baca series au ni rakans sebab dijamin takleh move on dgn anak² tinggar ni! 😭🫶
01 июля 2024, 07:11

KORANGGGGGG😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 MAHESA SANJAYA JAYA JAYA KU AKHIRNYA TERBIT FIZIKAL😭😭😭😭😭😭
KORANGGGGGG😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 MAHESA SANJAYA JAYA JAYA KU AKHIRNYA TERBIT FIZIKAL😭😭😭😭😭😭😭😭🫶🫶🫶🫶🫶🫶🫶🫶🫶🫶🫶🫶🫶🫶🫶🫶🫶🫶
01 июля 2024, 07:09

Jeng jeng jeng! Cover gitu2 je sbb buat masa bosan shshs! Tapi, comel! Saya sukers shshshsh!
Jeng jeng jeng! Cover gitu2 je sbb buat masa bosan shshs! Tapi, comel! Saya sukers shshshsh!
29 июня 2024, 10:09

Random #CMUP "Siapa bagi bekal ni? Papa rasa, pagi tadi papa tak buat bekal kan?" Hairan Hawees apabila dia perasan ada dua bekas asing di dapur. Rasanya, dia tidak pernah beli bekas macam itu. "Tadi masa dekat tempat tuisyen, Bulan dengan Dameen tak sempat makan. Cik Mulan bagi bento dekat kita orang. Sedap tau, papa! Rugilah papa tak rasa." "Cik Mulan bagi apa?" "Nasi putih, ayam buttermilk dengan sayur campur. Tapi cantik Cik Mulan hias, pa! Atas nasi tu, siap ada seaweed smiley." Cara Muneera cerita ini membuatkan Hawees teringatkan arwah isterinya pula. Dulu pun, Marianna memang selalu sediakan bekal untuk mereka bertiga. Hari-hari bekal berbeza. Jimat duit, masakan rumah pula memang sentiasa sedap. "Bulan, boleh tolong papa?" "Tolong apa, pa?" "Tolong tanyakan Cik Mulan yang boleh ke dia buatkan bento ni untuk papa juga?"
29 июня 2024, 10:06

Alang-alang cakap pasal ni, nak belanja 1 scene #CMUP ehehehehe!
29 июня 2024, 10:01

Saya suka tengok video bento cantik2. Nanti dah kahwin, ada suami, ada anak, nak buat bento cantik2 jugak biar suami dengan anak ku boleh banggakan masakan sedapku. "Isteri aku bekalkan. Sedap tahu tak?" "Ibu masak sedap!" Perghhh, delulu siak!
29 июня 2024, 10:00

Semalam ada pertandingan bento. Saya tak ingat ni siapa punya tapi saya snap sbb saya tertarik dengan spongebob ni hshshshs
Semalam ada pertandingan bento. Saya tak ingat ni siapa punya tapi saya snap sbb saya tertarik dengan spongebob ni hshshshs
29 июня 2024, 09:58

Nak menabung untuk Irsa Diyyah, jangan lupa menabung untuk Adha Sabiha juga🥰🫶 Kalau yang ini, kena RM2 sehari HAHAHAHAH! #MAR
29 июня 2024, 06:00

https://www.instagram.com/p/C8wAyIfpYo3/?igsh=cmUzYmhoYjE3YXlr Review HUG yang sangat sampai ke telinga jeritannya HAHAHAHAHA
https://www.instagram.com/p/C8wAyIfpYo3/?igsh=cmUzYmhoYjE3YXlr Review HUG yang sangat sampai ke telinga jeritannya HAHAHAHAHAHAHA #HUG
28 июня 2024, 10:31

Simpan 50 sen sehari bereh dohhh☺️💜 #PelangiDanCinta
28 июня 2024, 09:42

Betullah orang kata. Hari jumaat ni, hari yang berkat.
28 июня 2024, 09:38

Salam jumaat! Al-kahfi jangan lupa✨
27 июня 2024, 20:01

Random #CMUP Sedang Muneera duduk di meja hadapan, dia disapa seseorang. "Dik, saya nak buat tempahan bunga boleh ke?" Kepala diangkat, terus senyum di bibir Muneera melebar. "Cik Mulan!" "Lah, Muneera. Awak buat apa dekat sini? Ni kedai awak ke?" Laju sahaja Muneera mengangguk. "Tapi, bukan saya punya betul-betullah. Kedai bunga ni, papa saya punya!" Bukan main teruja lagi si anak dara memperkenalkan kedai bunga ini sebagai kedai milik papa. "Cikgu nak tempah bunga untuk majlis persaraan. Nak kena tempah dekat siapa ya?" soal Mulan lembut. "Kejap ya, saya panggil papa." Masuk saja ke dalam bilik gubahan, Muneera terus melompat kecil sambil meraih tangan Hawees. "Bulan, kan papa kata tak boleh main-main dalam kedai," tegur Hawees. Sudahlah dia dan Dameen sedang menggubah bunga tempahan. "Papa, ada orang nak jumpa papa!" "Siapa?" Dameen pula yang menyibuk. Melihat sang ayah yang masih fokus dengan kerjanya, Muneera terus tarik tangan Hawees untuk ke depan. Dameen pula, semestinya mengikut dari belakang. "Allahuakbar, Bulan... kenapa ni?" "Tu! Cik Mulan nak jumpa papa!" Sebaik sahaja Hawees memandang Mulan yang tersenyum nipis, jantungnya mula berdegup dengan tidak normal. Lubdub. Lubdub. Lubdub. Aduh, Hawees! Dah kenapa kau berdebar pula ini? "Saya nak buat tempahan bunga bagi pihak Puan Zaiton. Mama saya kata, dia selalu tempah bunga dekat sini." Diam. Hawees tidak memberikan apa-apa reaksi. Disebabkan itu, Dameen menyiku lembut ayahnya. Hawees meraup wajah sekali. Apa masalah tiba-tiba termenung? "Ya? Cik Mulan nak apa?" Dengar sahaja soalan yang diajukan, Muneera dan Dameen geleng kepala. Papa ni, takkan tak dengar apa yang Cik Mulan cakap tadi? "Saya nak tempah bunga bagi pihak Puan Zaiton. Boleh?" "Boleh! Cik Mulan nak bunga yang macam mana tu?" "Mama saya kata, dia percayakan Encik Hawees untuk pilihkan bunga bagi pihak dia." "Boleh saya tahu Puan Zaiton nak tempah bunga ni untuk apa?" "Untuk majlis tunang saya." Dengar saja hal itu, riak wajah Hawees terus berubah. Bakal tunang orang rupanya... Melepas!
25 июня 2024, 14:13

Cerita Qhaid mungkin next year, insya-Allah! Kerjaya dia saya tak anggap spoiler sebab buat yang baca BC, mungkin dapat teka apa kerjaya Qhaid. Dan starting cerita Qhaid nanti pun, mmg saya sebut awal² kerjaya dia. Jadi, sementara saya rombak jalan cerita Qhaid-Nuha sebab banyak sangat lagu nct yang saya guna, bolehlah save duit 20 sen sehari untuk buku seterusnya🥰🫶
24 июня 2024, 04:53