Hann's Lavenders 💜
Закрытый канал
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
Больше1 050
Подписчики
Нет данных24 часа
-37 дней
-1030 день
Архив постов
1 050
Btw, selamat berbuka puasa bagi yang berpuasa! Saya ada lagi 4 hari nak completekan puasa enam shshshsh!
#teamlastminit
1 050
Btw, i dont think saya boleh siapkan ebook To You sebab entah tiber rasa mcm payahnya nak buat hero muda dri heroin HAHAHAHAH!
So, i came up with a new idea. Nanti saya share cover and blurb okey! Ebook To You tetap akan jadi free ebook tapi bukan tahun nilah memandangkan otak saya pun dah jammed nak sambung cite tu.
Untuk penghantaran ebook baru tu, saya akan guna details dekat google form sebelum ni okeii.
1 050
Baru nak tengok chat dekat tele, maafkan saya mana yang disidai itu. Cumanya ada beberapa hal terjadi dan saya ambik masa nak reply chat org. Takut reply on the spot, nanti mintak kena hempuk je🥲
1 050
Assalamualaikum lavenders sekalian. Apa khabar kamu semuaaaa? Sorry sebab saya rasa mcm jarangnya lepak sini dah sekarang😭🥲
1 050
https://vt.tiktok.com/ZSF36D5Nw/
HUG dekat tiktokshop ni murah sikit hehehh! Sudi2lah beli yaa. Baru tahu HUG ada dekat tiktokshop sebab tadi ada budak darjah 6 search😭
1 050
Lavendersku, maapkan saya sbb rasa cam lamanya menyepi dekat sini tanpa apa2 oversharing kan😭
Tengah busy siapkan upcoming ebook, kerja lagi, iwvdisbso maaf. Hanya mampu letak scene Atiya Mateen je😭
Upcoming ebook, lepas pbakl, bulan 7 insya allah. Dan start bulan 7 tu jugak, bom ebook akan dilepaskan setiap bulan.
Dan, saya tak sorang2. Collab bersama penulis lain setiap kali saya release ebook tu hehehe!
Dan saya target untuk siapkan beast bulan 8. Kalau boleh dan diizinkan Allah, saya nak kita semua peluk Waail Nabila tahun ni jugak heheheh!
Doakan yaa!!! Sayang semuaa 💜✨
1 050
Random : (tajuk tak decide lagi)
"So... awak nak ikut saya pergi rumah mak long tak?"
"Lepas apa yang awak dah tipu dekat ex kita, awak rasa saya ada pilihan ke selain ikut awak naik kereta awak? Dahlah saya datang sini, kawan yang hantarkan."
Mateen yang baru saja suapkan bubur kacang ke dalam mulut mula tertawa kejap.
"Pardon? Ex kita?"
"Ya, ex kita. Pengantin lelaki tu, ex boyfriend saya. Pengantin perempuan tu, ex girlfriend awak. Saya tak salah kan?"
"Nope, you're not. Pandai awak serkap jarang."
"Eh, hello? Siapa kata saya serkap jarang? Saya dengar okey suara ex awak yang terkejut gila masa awak kata awak boyfriend saya. Lupa ke?"
Lagi, lepas suapkan bubur kacang ke dalam mulut, barulah Mateen bersuara.
"Sangat impresive. Dah alang-alang kita berlakon ni, why not kita teruskan untuk satu hari ni?"
Tisu yang ada di atas meja, diambil. Dibuka helaian itu menjadi lebar sebelum Mateen gulung kemas. Kemudian, dia pegang satu hujung dan satu hujung lagi dihulurkan kepada Atiya.
"Hai, nama saya Mateen Muqree Bin Muammar. Umur 29 tahun, masih single dan tengah cuba nak cari girlfriend lepas 10 tahun bercinta tapi kena tinggal macam tu aje."
Pengenalan diri singkat Mateen membuatkan Atiya tersentak. Nampaknya, cerita cinta mereka lebih kurang sama.
Hujung yang dihulurkan kepadanya, Atiya sambut baik.
"Hai, Mateen. Nama saya Nur Atiya Dinara Binti Muhammad Hady. Umur baru 28, masih single juga selepas tujuh tahun bercinta. Saya pun kena tinggal dengan lelaki tak guna tu."
Ayat terakhir Atiya membuatkan Mateen ketawa kecil.
"Saya tengah cari girlfriend. Awak tak nak cari boyfriend?"
"Boyfriend nak muncul celah mana kalau saya kena tinggal?"
"Nah, abaikan ex bodoh awak tu. Apa kata hari ni, saya jadi boyfriend awak seharian? Alang-alang semua orang pandang kita macam kita ni buat jenayah, apa kata kita act like a cute couple?"
Bibir Atiya sembunyi senyum kerana tercuit hati dengan apa yang Mateen katakan. Lelaki ini kan... banyak betul ideanya!
"Okey, Mateen dan Atiya, kita bercinta untuk satu hari."
1 050
Random : (tajuk tak decide lagi)
"You dekat sini rupanya. Kenapa tinggal I sorang-sorang dekat depan tadi?"
Atiya memandang lelaki yang turut memakai baju kurta berwarna emerald green ini.
Lelaki ni... cakap dengan aku ke?
"You kenal ke lelaki ni, Miss Atiya Dinara?" soal Ishak tak puas hati.
"Atiya... jom kita makan. Kejap lagi kan kita nak pergi kenduri mak long I pula."
Terkebil-kebil Atiya memandang lelaki asing ini. Apa yang lelaki ini cuba buat sebenarnya?
"Kau siapa?" tanya Ishak dengan wajah bengang.
"Saya? Mateen Muqree, kekasih Atiya."
"What?!"
Suara yang meninggi itu seharusnya datang daripada Atiya kerana dia yang terjebak dalam situasi yang dia sendiri tak minta.
Tapi, suara terkejut itu bukan datang daripada dia.
"Mateen, you ada perempuan lain? So maknanya, you tak jadi kahwin dengan I sebab you dah ada perempuan ni?"
Naik hantu Arissa yang terdengat Mateen perkenalkan dirinya sebagai kekasih Atiya.
"You kenal lelaki ni?"
Rasanya, dah kali ketiga Ishak mengulang soalan yang sama.
"Ya, dialah boyfriend yang I selalu cerita dekat you tu," cebik Arissa.
Mateen yang mendengar, hanya mampu tersenyum sinis. Entah Arissa ini bodoh atau macam mana, dia sendiri tidak tahu.
"Sorry sebab kami tersalah pakai baju warna sama dengan kau orang. Aku dengan Atiya kena pergi kenduri mak long aku. Tema tetamu warna emerald green. Pakai siap-siaplah senang kan? Tapi, tak sangka tersama dengan warna baju kau orang pula."
Cewah! Gorenglah selagi boleh goreng, Mateen!
1 050
Random : (tajuk tak decide lagi)
Sekarang, Atiya yang rasa dia bodoh.
Oh Tuhan... kenapa aku ni bertindak macam orang yang tak ada otak?!
"You ikut I sekarang."
Muka Ishak merah menyala bagaikan gunung berapi yang menunggu masa sahaja untuk meletus. Oh Atiya Dinara, apalah yang malang sangat nasib kau ni?
Ishak berhenti melangkah apabila dia rasa mereka berdua sudah cukup terlindung daripada pandangan tetamu.
"You ni, kalau tak move on pun, janganlah bagi tahu satu dunia. Tak malu ke muncul dekat majlis orang and pakai baju warna sama dengan pengantin? You teringin sangat ke duduk atas pelamin tu dengan I?"
Inilah perkara yang lebih memalukan berbanding terjelopok jatuh depan orang atau ditangkap tertidur dengan mulut ternganga.
Atiya TERpakai jubah yang warnanya SAMA denvan warna persalinan pengantin Ishak dan isterinya.
"Manalah I nak tahu yang you pakai baju warna emerald green! You cakap dekat I yang masa bersanding nanti, you teringin nak pakai warna hitam."
"Itu masa I bercinta dengan you. Sekarang, bukannya you yang I pilih. Daripada I buat semua hal yang I pernah cakap dekat you, baik I ikutkan apa yang isteri I nak."
Pedih. Pedih. Pedih!
Apa yang kejam sangat Ishak sekarang ini sampaikan tidak berfikir perasaan orang lain sebelum bercakap? Padahal, lelaki ini sangat lemah-lembut dulu.
Belum sempat Atiya membuka mulut dan mahu membalas segala ayat menyakitkan hati Ishak, ada suara yang mencelah."
"Here you are, pretty. Kenapa tinggal I sorang-sorang dekat depan tadi?"
1 050
Random : (tak decide tajuk lagi)
Tarik nafas... hembus!
"Kau dah habis fikir ke? Tak pernah dibuat dek orang nak pergi wedding ex sendiri!"
Ya, Atiya tahu dia gila. Tapi...
"Kalau you betul-betul move on, dijemput datang ke majlis nikah I."
Podah! Ni aku nak tunjuk yang aku seribu peratus dah move on daripada lelaki pembohong macam dia! Bibir yang tersenyum sinis ketika itu, mahu saja Atiya koyakkan!
"Biarlah aku nak pergi makan lauk kenduri dia. Anggap jelah aku makan free dekat sana sebagai pampasan dia tipu aku."
Atiya tersenyum nipis sambil membetulkan tudungnya yang sedikit senget. Apa pun yang jadi, Atiya tetap mahu pergi ke kenduri kahwin Ishak.
"Sepatutnya, kau pakai baju yang grand kalah pengantin! Biar terbeliak si perampas tu tengok kau lagi lawa daripada dia."
Sengaja Qaseh mahu menambah api. Memang dia tidak faham macam mana otak si Atiya ni berfungsi. Tapi, alang-alang nak pergu tu, buatlah pihak sana sakit hati sekali.
"Kau gila ke? Takkanlah aku nak pakai baju pengantin pergi majlis orang? Aku memang menyampah tapi aku takkan sesekali buat kerja gila macam tu!"
Atiya mencebik. Qaseh ini kan, ada yang kena sekeh kepala nanti!
"Whatever, tapi kau kena tahu yang kau memang cantik! Pakai jubah dengan tudung ikat belakang macam ni pun dah menawa. Bodohlah Ishak tu sebab tinggalkan perempuan secantik kau."
Sekarang, iyalah Qaseh rasa Ishak tu yang bodoh.
1 050
"Aku ni je yang berangan nak ada dengan lelaki sehebat kau. Hakikatnya, aku ni tak pernah layak pun nak berdiri sebelah kau."
"Nur, please. Dengar dulu apa yang saya nak cakap. Saya just tolong dia je, tak ada apa-apa yang jadi pun."
Tolong, tolong!
Nur naik rimas dengan alasan Qafeel. Kalau memang sekadar tolong, Nur boleh terima. Tapi takkanlah lelaki ini buta sampaikan tak tahu yang mana satu betul-betul perlukan bantuan dan yang mana satu cuba untuk ambil kesempatan?
"Kita putus."
"Tak, Nur! Awak tak boleh buat keputusan sebelah pihak macam ni."
"Keputusan ni takkan jadi sebelah pihak kalau kau cakap kau setuju."
"Nur, please. Saya merayu dengan awak..."
Bencinya Nur apabila dengar suara rayuan itu. Tapi malangnya, hatinya semakin sakit. Bukan kerana dia bencikan Qafeel tetapi kerana Nur masih belum terbiasa dengan sikap terlebih baik Qafeel terhadap semua orang.
"Kau... terlalu baik, bang."
Qafeel pandang Nur dengan wajah yang terpinga-pinga.
"Ya, kau baik sangat-sangat. Kau baik dengan semua orang, bang. Jadi, apa yang membezakan aku dengan orang lain?"
***
#cokiber, revamp.
1 050
Nanti dah confirm tarikh meet and greet, saya roger sini dulu okeiii. Setakat ni saya mintak 2 tarikh, 26/5(ahad) dengan 27/5(isnin). Tak confirm lagi sbb nak kena tgk jadual penulis lain jugak.
Sekolah cuti start hari sabtu 25/5 jadi sabtu tu saya baru nak gerak dari rumah. Ahad isnin(kalau penerbit onz dgn tarikh yang saya cakap tu) okey kot kan memandangkan ramai yang pergi weekend heheheh!
Tapi insya allah saya akan ada dekat pbakl dari 26/5 sampai 30/5. Jadi kalau nak berjumpa, just hit me up. Kita boleh gi lepak minum kopi(dan teh) hshshsh!
1 050
Ada yang pergi pbakl tak? Kalau ada, korang pergi hari apa? Weekdays? Weekend? 🥰
1 050
Sejarah 🤝 Pengajian Malaysia
Dura ada orang nak ajar dia bila rasa nak give up study. Kita ni ada siapa? Ada sekeping hati kental je 🥰🤗🙂↕️
Beli BC ke belum tuuu 👀
https://wa.me/601110728101?text=BIASISWA%20CINTA
#biasiswacinta
Уже доступно! Исследование Telegram 2025 — ключевые инсайты года 
