Hann's Lavenders 💜
关闭频道
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
显示更多1 035
订阅者
无数据24 小时
-27 天
-830 天
帖子存档
1 035
Random #KeelAdaQai
"Keel... nanti kan ada pesta buku. Kita pergi sama-sama nak tak? Qai ada buat list nak beli buku. Tengok ni!"
Dengan wajah penuh ceria dan senyuman lebar sampai ke belakang telinga, Qai merangkul manja tangan Keel lali tunjukkan senarai buku yang ingin dia beli.
Keel baca sekali lalu sebelum dia bersuara.
"Keel dah beli online semua buku yang Qai list tu. Lagi satu, tak sempatlah nak pergi sebab Keel kena buka kafe. Jed kan kena hantar adik dia balik kolej."
Terus senyuman indah Qai tadi lesap ditelan bumi. Sekarang, hanya wajah yang masam mencuka ditayang. Rangkulan tangan Keel tadi dilepas. Apabila Keel mendekat, dia menjauh.
"Qai..."
"Qai tak nak cakap dengan Keel hari ni."
Melihat Qai yang bangun tinggalkan dia seorang diri di ruang tamu membuatkan Keel mula rasa bersalah. Kening yang tidak gatal, dia garu perlahan.
"Macam mana nak pujuk ni?"
1 035
Cam biasa, cerita tak siap lagi tapi videonya dah belambak dalam galeri🤗
#Aazeen
1 035
Btw, hari ni hari terakhir untuk tempah novel Biasiswa Cinta dengan penerbit!Boleh ws kak sara untuk tempahan novel ya!
https://wa.me/60169242336
1 035
+1
Hasil godek canva setelah sekian lama tak try buat cover sendiri shshshs! Saya lurveee the hasil🥰🫶
#Aazeen
1 035
#Aazeen yang akan ganti ebook To You hehehe! Cover dah siap, blurb pun dah ada. Ceritanya masih in progress. Kalau takde apa2 halangan, saya akan send ebook tu pada 10 Jun nanti ya memandangkan ini ebook sempena birthday heheheh!
So, ayuh reveal cover dan blurb!😚🫶
1 035
Btw, selamat berbuka puasa bagi yang berpuasa! Saya ada lagi 4 hari nak completekan puasa enam shshshsh!
#teamlastminit
1 035
Btw, i dont think saya boleh siapkan ebook To You sebab entah tiber rasa mcm payahnya nak buat hero muda dri heroin HAHAHAHAH!
So, i came up with a new idea. Nanti saya share cover and blurb okey! Ebook To You tetap akan jadi free ebook tapi bukan tahun nilah memandangkan otak saya pun dah jammed nak sambung cite tu.
Untuk penghantaran ebook baru tu, saya akan guna details dekat google form sebelum ni okeii.
1 035
Baru nak tengok chat dekat tele, maafkan saya mana yang disidai itu. Cumanya ada beberapa hal terjadi dan saya ambik masa nak reply chat org. Takut reply on the spot, nanti mintak kena hempuk je🥲
1 035
Assalamualaikum lavenders sekalian. Apa khabar kamu semuaaaa? Sorry sebab saya rasa mcm jarangnya lepak sini dah sekarang😭🥲
1 035
https://vt.tiktok.com/ZSF36D5Nw/
HUG dekat tiktokshop ni murah sikit hehehh! Sudi2lah beli yaa. Baru tahu HUG ada dekat tiktokshop sebab tadi ada budak darjah 6 search😭
1 035
Lavendersku, maapkan saya sbb rasa cam lamanya menyepi dekat sini tanpa apa2 oversharing kan😭
Tengah busy siapkan upcoming ebook, kerja lagi, iwvdisbso maaf. Hanya mampu letak scene Atiya Mateen je😭
Upcoming ebook, lepas pbakl, bulan 7 insya allah. Dan start bulan 7 tu jugak, bom ebook akan dilepaskan setiap bulan.
Dan, saya tak sorang2. Collab bersama penulis lain setiap kali saya release ebook tu hehehe!
Dan saya target untuk siapkan beast bulan 8. Kalau boleh dan diizinkan Allah, saya nak kita semua peluk Waail Nabila tahun ni jugak heheheh!
Doakan yaa!!! Sayang semuaa 💜✨
1 035
Random : (tajuk tak decide lagi)
"So... awak nak ikut saya pergi rumah mak long tak?"
"Lepas apa yang awak dah tipu dekat ex kita, awak rasa saya ada pilihan ke selain ikut awak naik kereta awak? Dahlah saya datang sini, kawan yang hantarkan."
Mateen yang baru saja suapkan bubur kacang ke dalam mulut mula tertawa kejap.
"Pardon? Ex kita?"
"Ya, ex kita. Pengantin lelaki tu, ex boyfriend saya. Pengantin perempuan tu, ex girlfriend awak. Saya tak salah kan?"
"Nope, you're not. Pandai awak serkap jarang."
"Eh, hello? Siapa kata saya serkap jarang? Saya dengar okey suara ex awak yang terkejut gila masa awak kata awak boyfriend saya. Lupa ke?"
Lagi, lepas suapkan bubur kacang ke dalam mulut, barulah Mateen bersuara.
"Sangat impresive. Dah alang-alang kita berlakon ni, why not kita teruskan untuk satu hari ni?"
Tisu yang ada di atas meja, diambil. Dibuka helaian itu menjadi lebar sebelum Mateen gulung kemas. Kemudian, dia pegang satu hujung dan satu hujung lagi dihulurkan kepada Atiya.
"Hai, nama saya Mateen Muqree Bin Muammar. Umur 29 tahun, masih single dan tengah cuba nak cari girlfriend lepas 10 tahun bercinta tapi kena tinggal macam tu aje."
Pengenalan diri singkat Mateen membuatkan Atiya tersentak. Nampaknya, cerita cinta mereka lebih kurang sama.
Hujung yang dihulurkan kepadanya, Atiya sambut baik.
"Hai, Mateen. Nama saya Nur Atiya Dinara Binti Muhammad Hady. Umur baru 28, masih single juga selepas tujuh tahun bercinta. Saya pun kena tinggal dengan lelaki tak guna tu."
Ayat terakhir Atiya membuatkan Mateen ketawa kecil.
"Saya tengah cari girlfriend. Awak tak nak cari boyfriend?"
"Boyfriend nak muncul celah mana kalau saya kena tinggal?"
"Nah, abaikan ex bodoh awak tu. Apa kata hari ni, saya jadi boyfriend awak seharian? Alang-alang semua orang pandang kita macam kita ni buat jenayah, apa kata kita act like a cute couple?"
Bibir Atiya sembunyi senyum kerana tercuit hati dengan apa yang Mateen katakan. Lelaki ini kan... banyak betul ideanya!
"Okey, Mateen dan Atiya, kita bercinta untuk satu hari."
1 035
Random : (tajuk tak decide lagi)
"You dekat sini rupanya. Kenapa tinggal I sorang-sorang dekat depan tadi?"
Atiya memandang lelaki yang turut memakai baju kurta berwarna emerald green ini.
Lelaki ni... cakap dengan aku ke?
"You kenal ke lelaki ni, Miss Atiya Dinara?" soal Ishak tak puas hati.
"Atiya... jom kita makan. Kejap lagi kan kita nak pergi kenduri mak long I pula."
Terkebil-kebil Atiya memandang lelaki asing ini. Apa yang lelaki ini cuba buat sebenarnya?
"Kau siapa?" tanya Ishak dengan wajah bengang.
"Saya? Mateen Muqree, kekasih Atiya."
"What?!"
Suara yang meninggi itu seharusnya datang daripada Atiya kerana dia yang terjebak dalam situasi yang dia sendiri tak minta.
Tapi, suara terkejut itu bukan datang daripada dia.
"Mateen, you ada perempuan lain? So maknanya, you tak jadi kahwin dengan I sebab you dah ada perempuan ni?"
Naik hantu Arissa yang terdengat Mateen perkenalkan dirinya sebagai kekasih Atiya.
"You kenal lelaki ni?"
Rasanya, dah kali ketiga Ishak mengulang soalan yang sama.
"Ya, dialah boyfriend yang I selalu cerita dekat you tu," cebik Arissa.
Mateen yang mendengar, hanya mampu tersenyum sinis. Entah Arissa ini bodoh atau macam mana, dia sendiri tidak tahu.
"Sorry sebab kami tersalah pakai baju warna sama dengan kau orang. Aku dengan Atiya kena pergi kenduri mak long aku. Tema tetamu warna emerald green. Pakai siap-siaplah senang kan? Tapi, tak sangka tersama dengan warna baju kau orang pula."
Cewah! Gorenglah selagi boleh goreng, Mateen!
