Hann's Lavenders 💜
Закрытый канал
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
Больше1 007
Подписчики
Нет данных24 часа
+17 дней
-930 дней
Архив постов
1 007
Insya-Allah minggu last puasa saya open google form free ebook Tren Cinta a.k.a cinta series book 7!
02 апр. 2023, 01:05
1 007
“Auch!”
Eric memegang dadanya. Mata dipejam dan wajahnya seperti orang yang sedang menahan sakit. Eryna jadi cuak.
“Kau kenapa ni? Sakit ke?” Eric mengangguk perlahan.
“Sakit kat mana?” soal Eryna.
“Dekat hati.”
Dengar sahaja jawapan Eric, Eryna tahu bahawa lelaki ini sengaja mahu kenakan dirinya.
“Pedih hati saya sebab awak kata saya ni stranger.”
Dah agak!
Eryna tayang muka menyampah.
“Lebam dekat pipi kau tu tak surut lagi tau. Jangan sampai aku tambah dekat tempat lain pula.”
Naik geram Eryna dibuatnya. Ada yang kena tibai di tempat letak kereta ni.
“Eryna, boleh tak awak teman saya pergi makan? Saya laparlah.”
"Kau ingat aku ni apa? Kekasih kau ke nak teman kau bagai?”
“Bukan setakat kekasih tetapi peneman hidup sampai mati.”
Eryna ketawa kecil. Rasa konyol dengan kenyataan Eric.
“Kalau juri maharaja lawak mega dengar apa yang kau cakap, mesti terbahak-bahak dia gelak sebab kau ni memang kuat mengarut!”
***
Earphone, Disember 2021
01 апр. 2023, 17:49
1 007
“Sweet name! But, can i call you mine?”
Terkedu. Melihat senyuman lebar itu, Wafa rasa mahu berlari seratus meter.
Biarlah jantungnya berdebar disebabkan dia mengah daripada melihat senyuman manis jejaka di hadapannya ini.
Bukan senyuman saja yang manis, mulut pun manis! Barista girl macam aku pun dia nak try ke? Dasar lacoste!
Sorry, encik. Saya rasa encik salah orang ni nak mengurat.”
“Mengurat? Apa tu?” soal lelaki itu dengan riak polos.
Eh? Takkanlah mengurat pun tak tahu?
“Mengurat tu macam encik nak ambil perhatian seseorang,” jelas Wafa secara ringkas.
“Kalau itu maksudnya, yes. Saya tak salah orang. Saya memang nakkan perhatian awak. My name is Adel Rayyan. You can call me Adel. Atau ada satu pilihan lain lagi untuk awak.”
Apa dia?”
“You can call me yours.”
Uhuk! Uhuk!
***
Kopi Cinta, Disember 2021
31 мар. 2023, 23:54
1 007
https://www.instagram.com/p/CqeDgXcB3LB/?igshid=YmMyMTA2M2Y=
Giveaway berlangsung di instagram!
31 мар. 2023, 18:21
1 007
Ain menghela nafas berat. Dia sendiri keliru dengan perasaannya sekarang. Tiada alasan kukuh untuk dia marah pada Haaim namun mereka selalu saja bergaduh disebabkan isu ini.
Bonda dan ayah selalu lebihkan abang.
Ain bencikan fakta itu. Fakta yang kadang menimbulkan perasaan benci terhadap abang angkatnya sedangkan Haaim melayannya dengan sangat baik.
“Abang tahu apa isunya. Kenapa kena tanya Ain?”
Jeda.
Haaim tahu apa yang cuba Ain maksudkan. Bukan sekali ini sahaja mereka bergaduh disebabkan isu tersebut. Dah banyak kali. Dan setiap kali itulah, Haaim yang merendahkan egonya untuk memujuk Ain.
“Ain, bonda dan ayah sayangkan Ain lebih daripada mereka sayangkan abang. Ain anak kandung mereka. Kenapa Ain nak pertikaikan hal itu?”
“Sudahlah, abang. Ain malas dah bahas pasal ni. Ain dah lambat."
Ain keluar dan terus menuju ke dalam dewan kuliah. Haaim mengeluh berat.
Masalah ini tidak akan pernah habis. Isu yang sama.
“Kehadiran aku ni menyebabkan Ain rasa disisih ke?”
31 мар. 2023, 08:38
1 007
Page 11 sampai 14 je aneh begini kedudukannya. Saya pun baru perasan ni🥲🥲🥲
Tapi takde apa pun. Yang lain okey je. Cuma page tu je yg asdfghjkl maafkan saya sbb terlepas pandang😔😔😔 tak daya nak betulkan sebab words saya, words lama. Nak convert dgn combine PDF tu selok jiwa🥹
Harap tak ganggu pembacaan korang🥺🫶
31 мар. 2023, 06:37
1 007
Korang!
Yang mana ada Ebook question mark yang lama dan nak claim yang layout baru (read : lebih kemas), boleh chat saya ya! @HanaHanisah
31 мар. 2023, 02:19
1 007
https://www.instagram.com/p/Cqal4PEJf7F/?igshid=YmMyMTA2M2Y=
Review eudaemonia🥺🫶
30 мар. 2023, 10:04
1 007
Btw, ni mcm random habis ah. Klau ada yg dalam ni dri kuantan dan nak ke The Dream Show 2, boleh chat saya dok wkwkwkwkw nak cari member gerak sekali pagi sabtu(20/4/2023) tu🥹🫶
30 мар. 2023, 05:17
1 007
Setelah termakan pujukan orang, saya open semula ebook 7teen yang terpaling cringe dan agak tak logik untuk saya AHAHAHAHAHAHAHAH HELPPP😭😭😭😭
Jualan promosi ni berlangsung sepanjang bulan ramadan je. Same goes tu 7teen. Kalau nak beli, better beli skrg sebelum saya lupuskan. Mana nak dapat ebook 89K+, 800+ pages dhn harga RM5? WKWKWKEKEKWKW!
Kalau berminat, boleh klik link di bawah!
https://wa.me/601110728101?text=MISZHANN%20RAMADAN%20SALE
30 мар. 2023, 04:12
1 007
Btw, selamat pagi rakan2! Mulakan pagi dengan bismillah dan alhamdulillah!
This year saya tak sempat sangat nak sharing mcm last year punya ramadan. Tapi saya usahakan setiap jumaat (mulai esok), saya akan share perkongsian ringkas ustaz dkt sekolah.
Last week, ustaz tu cakap pasal penghayatan rukun iman. Let me susun ayat bagi senang paham and saya akan share dgn korang okay!
Selamat bersekolah bagi yang sekolah!
Selamat bekerja bagi yang bekerja!
Selamat belajar bagi yang nak ke kelas!
Selamat memulakan pagi anda buat yang di rumah!
💜💜💜
29 мар. 2023, 19:10
1 007
Nyawa semput dan tak sempat nak menaip sebab ebook *ehem lain *ehem nak tubik *ehem
WKWKWKWKWKWKWKWK
29 мар. 2023, 19:05
1 007
“Buat aku yakin yang kau betul-betul boleh bahagiakan Via.”
"Aku tak nak janji sebab aku tak tahu apa yang akan jadi di masa depan. Tapi kalau memang ada jodoh aku dengan Via, aku akan usaha untuk jadikan dia perempuan paling bahagia dalam dunia.”
Adit tersenyum puas mendengar jawapan sahabat baiknya. Juan tidak berjanji sebaliknya dia bilang dia akan berusaha. Adit pegang kata-kata Juan.
"Okey dah! Sambung minum. Letih aku buat muka tegang. Nasib tak keras kulit aku yang lembut ni.” Mulut dinganga berkali-kali. Dinding pipi juga disedut bagi menghilangkan rasa tegang pada wajah. Shad dan Ifan tahan ketawa apabila melihat muka terpinga-pinga Juan.
“Maksudnya? Aku tak faham?” soal Juan.
“Kau fikir aku ni kejam sangat ke sampai tak bagi kau bercinta dengan adik aku? Kalau nak kahwin pun, aku buka pintu rumah luas-luas untuk kau masuk meminang.”
“Kelakar weh muka cuak kau! Sumpah kelakar! Tengok ni!” Shad tunjukkan rakaman video ketika Juan terketar-ketar mahu menjawab soalan-soalan Adit. Membulat mata Juan apabila tahu sebab Shad ketawa besar.
“Kau delete sekarang!”
"Eits! Ini aset beban keluarga yang paling berharga. Nanti bila kau dah kahwin dengan Via, aku nak tunjuk video ni dekat dia. Biar dia tahu macam mana kalutnya kau nak jawab soalan Adit!”
"Aku tak nak masuk campur tapi aku setuju dengan Shad. Video mahal bro,” tambah Ifan sambil ketawa kejap lalu menyisip airnya.
***
Video mahal lah dah member tu kena soal mcm kena soal dengan polis🤣
26 мар. 2023, 01:44
