1 007
“Via, Adit ada cakap apa-apa dekat awak?”
“Ada. Pasal kita. Adit… dah bagi izin.”
“Samalah. Dia pun cakap hal yang sama dekat saya. Tapi, saya nak cakap pasal ni bukan sebab saya nak gesa awak atau paksa awak. Kalau awak masih nak masa untuk yakin dengan perasaan kita, kita cuba sama-sama. Saya akan hormat segala keputusan awak. Asalkan Via tak jauhkan diri daripada saya.”
Buat kesekian kalinya, Juan mementingkan perasaan orang lain berbanding dirinya sendiri. Awalnya, Via mahu teruskan saja hubungan mereka ke peringkat seterusnya. Namun apabila mendengar apa yang Juan katakan, ada betulnya. Mereka baru lagi nak berkenalan secara dekat. Sebelum ini hanya sekadar tegur tanpa bersembang panjang.
Ada baiknya Via ambil masa untuk hubungan mereka ini.
“Terima kasih sebab Juan selalu letakkan perasaan saya di atas dalam tentukan keputusan untuk hubungan kita ni.”
“Kasih diterima!”
Jawapan Juan membuatkan wajah Via bertukar warna. Kenapalah lelaki ini tak pernah bagi apa-apa kata pembuka bicara sebelum nak lempar ayat-ayat seperti itu?
“Juan dulu tak belajar mengaji ke?” soal Via tiba-tiba.
“Huh? Apa kaitan pula?”
“Iyalah. Nak bagi ayat manis tu, cubalah bagi Bismillah dulu. Ini main cakap je. Jantung Via ni nak pakai lama tahu tak?”
***
Ya dok mu ni Juan? Ntah-ntah iqra 6 pun tak lepas lagi. Tu yang aci redah je WKWKWKWKWKWKW🤣🤣🤣
Klik link di bawah untuk pembelian Eudaemonia!
https://wa.me/601110728101?text=EUDAEMONIA%20RAMADAN%20SALE
25 мар. 2023, 02:02
