ru
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Открыть в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 16 274 подписчиков, занимая 963 место в категории Семья и дети и 2 369 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 16 274 подписчиков.

Согласно последним данным от 21 июня, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -128, а за последние 24 часа — -6, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 7.26%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 2.52% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 1 182 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 410 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 22 июня, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Семья и дети.

16 274
Подписчики
-624 часа
-367 дней
-12830 день
Архив постов
Artikel post yang lalu (mengenai tantrum) tidak dapat diselamatkan kerana website masuk virus. Ini artikel tersebut, repost (nasib baik ianya saved di laptop post blog) - syukur - jimat masa saya tak perlu karang balik. https://maznahibrahim.com/https-maznahibrahim-com-7-perkara-penting-yang-semua-ibubapa-perlu-tahu-mengenai-tantrum-anak-kecil/ Silakan share 😍👍👍 Maznah Ibrahim

Terima kasih kepada yang semua sahabat seperjuangan Ibubapa yang berkongsi mengenai pengalaman tantrum anak-anak, situasi tantrum, dan usia mereka. Ianya seperti telah saya ketahui dan nampak, Flow atau timelinenya, jadi perkongsian anda mengesahkan lagi 👍😍 Maka saya pulangkan semula maklumat anda, hasil analisis saya dengan sedikit info tambahan ya. Penulisan penuh Jum baca di sini ya. Nanti dah habis baca, sharekan dengan pasangan, kenalan dan circle anda 😊👍 https://maznahibrahim.com/7-perkara-penting-yang-semua-ibubapa-perlu-tahu-mengenai-tantrum-anak-kecil/

Kenali tangki emosi utama kita, Ketahui tangki emosi utama / preference pasangan, BIncangkan, terima dan usaha penuhi bersama-sama. Maznah Ibrahim #5TangkiEmosi https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/418831728810999/

Tantrum anak anak sahabat semua usia berapa paling tak tahan ? Apa situasi itu. Tuliskan. 👇👇👇 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1293077344200180&id=477691842405405

Benar sangat. Didiklah anakmu mengikut zamannya bukan zaman kamu - Saydina Ali Langit zaman 2019 tak sama langit zaman 1980-90an hehe... Jadi banyak kita nak faham Dan sedia belajar untuk didik anak zaman millenia ini. Gen alpha Hmm.. Teknologi amat pantas... 7 tahun lalu hp tak canggih mana Kini hp ada semua. Off the hp On our brain and natural instict re children. Maznah Ibrahim

photo content

Bila fikir penat, maka jadi penat (emosi dan badan), Bila fikir enjoy, maka jadi gembira dan seronok aja dengan apa-apa pengalaman sebagai ibubapa ini, kan? Apapun yang kita buat, Ingatlah masa bersama anak-anak tidak berulang kembali, Saat dan detiknya. Cuba sedaya upaya imbangkan antara kerja dan keluarga. https://maznahibrahim.com/hidup-sebagai-hambanya-terus-berbakti-my-story-of-work-and-life-balance/

Kuasa Memilih Pilih untuk bersyukur dan gembira untuk apa saja kita miliki, kita hadapi, dan kita diberi. Alhamdulillah. 😊❤️ Apa khabar semua? Saya doakan semua anda dalam keadaan baik Sihat sejahtera Dan sentiasa positif Serta mampu pause sejenak, buat keputusan yang tepat. Choose to be good Choose to feel good Choose to think good Choose to do good Maznah Ibrahim

photo content

photo content

TIPS TIDUR KUALITI ANAK: ☑Mula masuk katil/bilik tidur untuk Tidur selepas solat isya', ☑Adakan rutin momen istimewa seperti bacakan buku, storytelling sendiri, golek golek gelak main dsb (tangki layanan dan masa istimewa), ☑Doakan untuk anak, beri dia dengar (tangki perkataan baik) ☑Sebutkan apa mahu dia jadi esok (tangki perkataan baik), ☑Temani dia tidur bersama (tangki masa istimewa), ☑Gelapkan seluruhnya bilik agar gelombang otak tak terganggu, dengan tiada hp/laptop charging, ☑Pasangkan alunan surah Al Mulk dengan amat perlahan, ☑Cium dahi dan peluk mereka (tangki sentuhan) . Maznah Ibrahim Join telegram channel saya untuk sharing parenting dan psikologi anak ya😊 ▶️ t.me/ehsabar

photo content
+3

Selesai sudah slot saya mengenai menyokong perkembangan emosi anak, peranan ibubapa dalam hal ini. Terima kasih pihak pengajur Bijak Pandai Academy kerana telah berusaha dan menjayakan penganjuran satu seminar yang amat bermanfaat ini. Sesungguhnya tajuk perkembangan emosi ini tidak ramai antara kita yang tahu dengan tepat, jadi sama-sama kita berusaha memahaminya dan mainkan peranan kita sebaik mungkin. Syabas atas usaha ini, Dengan makanannya, Penjagaan anaknya, Dewannya, Semua terbaik Alhamdulillah. Menariknya CEO Bijak Pandai Academy ini adalah bujang lagi, dengan team staf nya, MasyaAllah kagum saya dengan dedikasi dan semangat mereka; Membawa tajuk ini ke depan, Kerana menurut beliau yang amat saya setujui, Untuk mengubah masyarakat, Perlu bermula dengan ILMU, Iaitu pendidikan, Untuk tambah baik aspek pendidikan, bermula dari institusi terkecil yang amat penting iaitu institusi keluarga.. Parenting amat amat penting dewasa ini. Moga kita dapat saksikan banyak lagi seminar bermanfaat seperti ini pada masa akan datang di lokasi seluruh Malaysia. Well done 🏑👍♥️♥️ Maznah Ibrahim

Hari ini saya nak berkongsi mengenai emosi ‘sedih’ anakanda kedua saya Khairunnisa’, 4 tahun. Saya memang dapati dia jenis yang mudah sedih (dengan perkataan dan perlakuan) sejak usia 2, tidak luah dengan cepat (ekspresi emosinya) menerusi tindakan fizikal, melainkan tiba-tiba merajuk dan menyembam mukanya ke bawah (contoh kalau dalam kereta dia sembamkan mukanya ke kerusi kereta atau ke peha kita). Bersambung penuh di sini: https://maznahibrahim.com/ajar-anak-4-tahun-urus-emosi-dan-konflik-rakan-sebayanya/

Baru selesai sharing slot latihan dengan OT (Occupational Therapist) satu Malaysia dan beberapa wakil dari JKM, Bawah BPKK (Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga) KKM. Mengenai Handling Sexual Abuse Child, Handling Disclosure dan How to use play therapy tools dalam sesi mereka dengan klien (mainly kanak-kanak keperluan khas dan sexual abuse). 3 peraturan marah ini, Sama dengan 3 peraturan dalam bilik sesi, Juga boleh sama dengan 3 peraturan anda ibubapa dengan anak-anak. Mereka boleh main dan buat dan cakap apa saja Asalkan 1) mereka selamat 2) Mak ayah selamat 3) Dan barang keliling mereka selamat Once mereka baling barang, Ia bermaksud tak selamat (Ya anak anak rasa marah dan kecewa maka mereka lepaskan dengan cara salah satu ialah baling barang) Namun, Ulang banyak kali Peraturan ini, Dan bantu mereka untuk stop tingkahlaku silap ini kerana ia bahaya. Ya, barang dibaling, maka ia boleh pecah, rosak dan menyakitkan hati mak ayah lagi yang membelikannya. Bahaya bukan untuk barang aja Dan emosi anak-anak, Bahaya lebih besar lagi untuk ibubapa. Kemarahan ibubapa akan menjadi lebih besar. . Sama juga emosi anak ini, Rasa sakit sangat bila atau jika dilukai Walau semudah apa dia nak, tak dapat. Ketahuilah ia normal anak usia 1 tahun lebih Sehingga usia 3 macam tu Kerana 'emotional brain' mula beraksi. . Iaitu bila mereka rasa satu-satu emosi, Mereka akan Terus luah (takda tahan-tahannya), Dan luah dengan keupayaan fizikal mereka (Dahulu masa bayinya luah dengan menangis Kini dengan tangan kaki pula). . Cumanya masa ini juga Mereka turut belajar regulasi emosi (Pengurusan emosi manusia). Iaitu adjust negative feelings dia Dari cara ibubapa urus emosi dan tunjuk emosi negatif mereka). . Jadi Cuma perlu 🏑 ulang sebut peraturan selamat 🏑 Dan channelkan tingkahlaku dia Untuk release tenaga emosi dia. . Contoh anak baling barang, 👉 Ambil tangan dia 👉 Pegang sederhana kuat untuk hentikan behaviour itu 👉 Dan ulang sebut peraturan sambil pandang matanya beritahu sungguh-sungguh: "Tak boleh baling barang ni, Barang untuk main elok-elok" (fungsi barang) Kemudian tambah (untuk choice baru di masa depan dia bagi emosi yang sama) "Adik rasa marah, Adik bagitahu mama Yang adik marah sebab xxyyzz Bukan dengan baling barang ok" (teknik luah emosi cara asertif guna mulut) Ok. InsyaAllah pada masa depan, Anak kecil anda akan sangat matang, Memberitahu anda Perasan mereka dan sebab (punca) kepada rasa marah mereka. Refleksi, Maznah Ibrahim ----------

photo content

PERATURAN MARAH / ANGER RULES ------------------------------------------------------ Saya suka poster ini, ia sangat tepat. Ya, memang marah tidak salah, kerana ia hanyalah satu perasaan spontan dirasai bila trigger/ push the anger button in oneself. Cuma untuk anak-anak, penting untuk diingatkan kepada mereka, 'Marah adalah okay, cuma pastikan adik tidak : 1) cederakan diri 2) cederakan orang lain 3) rosakkan barang lain di sekitar Exactly peraturan yang sama di dalam PlayTherapy Room kami, "Adik boleh buat apa saja adik mahu dalam bilik ini, asalkan adik tidak cederakan diri, cederakan kakak, atau rosakkan barang di dalam bilik ini. Sesi masa istimewa kita 40 minit, dan kakak akan beritahu bila masa nak habis. Dan pasir, hendaklah di dalam kotak pasir sahaja". Clear rules, kanak-kanak akan rasa sangat selamat sebab tahu apa boleh apa tak boleh. Untuk anak semasa dia sedang show the tantrum, berada di situ, TIME IN, katakan kepada mereka, "Mak akan ada di sini untuk teman adik, pastikan adik selamat. Adik dah habis marah, boleh datang dekat Mak, okay?" Jika Mak nak TIME OFF diri, katakan, "Mak juga sangat marah macam adik. Mak akan pergi ke sana (cth bilik/dapur) untuk tenangkan diri mak sebab Mak taknak cederakan adik. Adik boleh teruskan keluarkan marah adik, Bila adik dah selesai, adik datang dekat Mak". - Anak tahu apa dia boleh buat, - Anak tahu mak dia berada di mana - Anak tahu mak dia pergi sebab nak make sure i) dia selamat sebenarnya dan ii) mak juga nak bertenang. Mesej Utama saya: 1) Marah adalah okay, tidak salah sama sekali 2) Cara ekspres marah sahaja ada OK dan ada Tak OK, pilih yang OK 3) Cara marah selamat di anggota badan, alternative ways, ada banyak, beza ikut individu, boleh kita pelajari dalam EHSABAR, untuk anggota spesifik individu. Refleksi, Maznah Ibrahim. *sumber gambar: Pinterest

Ada Anak Kecil Suka Masuk Benda Selain Makanan ke Mulut ? Ini skrip nya. Ulang-ulang sahaja. Ada dua cara : CARA 1: Tidak boleh makan ini, makan ini (beri ganti lain) "Adik, yang ni tak boleh makan. Ha yang ini boleh makan (terus ganti)". . . CARA 2: Tidak boleh makan ini, tapi boleh pegang saja. "Adik, ini tak boleh makan. Adik pegang saja". InsyaAllah ulang-ulang sebut, Anak kecil kita ni sebenarnya boleh faham. Yang penting : 🙅‍♀️ Tidak marah 🙅‍♀️ Tidak rampas 🙅‍♀️ Tidak kecam Tingkahlaku normal anak usia ini. Ini kerana : 👉 Usia 0-2 tahun ini memang peringkat Oral (dalam sexuality development), maka eksplorasi guna deria mulut lagi puas untuk mereka. 👉 Mereka ni perlu ditunjuki apa betul, apa salah. 👉Channel kan aja tingkahlaku mereka ke pilihan tindakan selamat yang kita mahu. 👉 Perkembangan Kognitif (pemikiran) mereka adalah sensori motor, terokai dunia / alam mereka guna semua deria, maka pendengaran mereka akan seiring 'catch up' keyword perkataan benar yang anda ucapkan. Vokabulari mereka akan bertambah dengan struktur ayat yang lengkap.😊 --------------- Skrip hypnoscript pelbagai bagi situasi mencabar lain-lain, Boleh dapatkan Ebook Hypnoscript Premium ini: https://hypnoscript.cc/?utm_source=fp2210 Video Yumna diberitahu Cara 2: https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/1439808942854070/

photo content