Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 274 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 963,并在 马来西亚 地区排名第 2 369 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 274 名订阅者。
根据 21 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -128,过去 24 小时变化为 -6,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 7.26%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.52% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 1 182 次浏览,首日通常累积 410 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 22 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
16 274
订阅者
-624 小时
-367 天
-12830 天
帖子存档
16 269
Artikel post yang lalu (mengenai tantrum) tidak dapat diselamatkan kerana website masuk virus.
Ini artikel tersebut, repost (nasib baik ianya saved di laptop post blog) - syukur - jimat masa saya tak perlu karang balik.
https://maznahibrahim.com/https-maznahibrahim-com-7-perkara-penting-yang-semua-ibubapa-perlu-tahu-mengenai-tantrum-anak-kecil/
Silakan share 😍👍👍
Maznah Ibrahim
16 269
Terima kasih kepada yang semua sahabat seperjuangan Ibubapa yang berkongsi mengenai pengalaman tantrum anak-anak, situasi tantrum, dan usia mereka.
Ianya seperti telah saya ketahui dan nampak,
Flow atau timelinenya, jadi perkongsian anda mengesahkan lagi 👍😍
Maka saya pulangkan semula maklumat anda, hasil analisis saya dengan sedikit info tambahan ya.
Penulisan penuh Jum baca di sini ya.
Nanti dah habis baca,
sharekan dengan pasangan,
kenalan dan circle anda 😊👍
https://maznahibrahim.com/7-perkara-penting-yang-semua-ibubapa-perlu-tahu-mengenai-tantrum-anak-kecil/
16 269
Kenali tangki emosi utama kita,
Ketahui tangki emosi utama / preference pasangan,
BIncangkan, terima dan usaha penuhi bersama-sama.
Maznah Ibrahim
#5TangkiEmosi
https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/418831728810999/
16 269
Tantrum anak anak sahabat semua usia berapa paling tak tahan ? Apa situasi itu.
Tuliskan.
👇👇👇
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1293077344200180&id=477691842405405
16 269
Benar sangat.
Didiklah anakmu mengikut zamannya bukan zaman kamu - Saydina Ali
Langit zaman 2019 tak sama langit zaman 1980-90an hehe...
Jadi banyak kita nak faham
Dan sedia belajar untuk didik anak zaman millenia ini.
Gen alpha
Hmm..
Teknologi amat pantas...
7 tahun lalu hp tak canggih mana
Kini hp ada semua.
Off the hp
On our brain and natural instict re children.
Maznah Ibrahim
16 269
Bila fikir penat, maka jadi penat (emosi dan badan),
Bila fikir enjoy, maka jadi gembira dan seronok aja dengan apa-apa pengalaman sebagai ibubapa ini, kan?
Apapun yang kita buat,
Ingatlah masa bersama anak-anak tidak berulang kembali,
Saat dan detiknya.
Cuba sedaya upaya imbangkan antara kerja dan keluarga.
https://maznahibrahim.com/hidup-sebagai-hambanya-terus-berbakti-my-story-of-work-and-life-balance/
16 269
Kuasa Memilih
Pilih untuk bersyukur dan gembira untuk apa saja kita miliki, kita hadapi, dan kita diberi.
Alhamdulillah.
😊❤️
Apa khabar semua?
Saya doakan semua anda dalam keadaan baik
Sihat sejahtera
Dan sentiasa positif
Serta mampu pause sejenak, buat keputusan yang tepat.
Choose to be good
Choose to feel good
Choose to think good
Choose to do good
Maznah Ibrahim
16 269
TIPS TIDUR KUALITI ANAK:
☑Mula masuk katil/bilik tidur untuk Tidur selepas solat isya',
☑Adakan rutin momen istimewa seperti bacakan buku, storytelling sendiri, golek golek gelak main dsb (tangki layanan dan masa istimewa),
☑Doakan untuk anak, beri dia dengar (tangki perkataan baik)
☑Sebutkan apa mahu dia jadi esok (tangki perkataan baik),
☑Temani dia tidur bersama (tangki masa istimewa),
☑Gelapkan seluruhnya bilik agar gelombang otak tak terganggu, dengan tiada hp/laptop charging,
☑Pasangkan alunan surah Al Mulk dengan amat perlahan,
☑Cium dahi dan peluk mereka (tangki sentuhan)
.
Maznah Ibrahim
Join telegram channel saya untuk sharing parenting dan psikologi anak ya😊
▶️ t.me/ehsabar
16 269
Selesai sudah slot saya mengenai menyokong perkembangan emosi anak, peranan ibubapa dalam hal ini.
Terima kasih pihak pengajur Bijak Pandai Academy kerana telah berusaha dan menjayakan penganjuran satu seminar yang amat bermanfaat ini.
Sesungguhnya tajuk perkembangan emosi ini tidak ramai antara kita yang tahu dengan tepat, jadi sama-sama kita berusaha memahaminya dan mainkan peranan kita sebaik mungkin.
Syabas atas usaha ini,
Dengan makanannya,
Penjagaan anaknya,
Dewannya,
Semua terbaik
Alhamdulillah.
Menariknya CEO Bijak Pandai Academy ini adalah bujang lagi, dengan team staf nya,
MasyaAllah kagum saya dengan dedikasi dan semangat mereka;
Membawa tajuk ini ke depan,
Kerana menurut beliau yang amat saya setujui,
Untuk mengubah masyarakat,
Perlu bermula dengan ILMU,
Iaitu pendidikan,
Untuk tambah baik aspek pendidikan,
bermula dari institusi terkecil yang amat penting iaitu institusi keluarga..
Parenting amat amat penting dewasa ini.
Moga kita dapat saksikan banyak lagi seminar bermanfaat seperti ini pada masa akan datang di lokasi seluruh Malaysia.
Well done
🏑👍♥️♥️
Maznah Ibrahim
16 269
Parenting Anak Usia 0-7 tahun
https://maznahibrahim.com/anak-anda-adalah-raja-kecil/
.
.
Dan Anak Usia 7-14 Tahun
https://maznahibrahim.com/anak-fasa-usia-7-14-siap-sediakan-dengan-ilmu-perkembangan-remaja/
Silakan 😍👍😊
16 269
Hari ini saya nak berkongsi mengenai emosi ‘sedih’ anakanda kedua saya Khairunnisa’, 4 tahun.
Saya memang dapati dia jenis yang mudah sedih (dengan perkataan dan perlakuan) sejak usia 2, tidak luah dengan cepat (ekspresi emosinya) menerusi tindakan fizikal, melainkan tiba-tiba merajuk dan menyembam mukanya ke bawah (contoh kalau dalam kereta dia sembamkan mukanya ke kerusi kereta atau ke peha kita).
Bersambung penuh di sini:
https://maznahibrahim.com/ajar-anak-4-tahun-urus-emosi-dan-konflik-rakan-sebayanya/
16 269
Baru selesai sharing slot latihan dengan OT (Occupational Therapist) satu Malaysia dan beberapa wakil dari JKM,
Bawah BPKK (Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga) KKM.
Mengenai Handling Sexual Abuse Child,
Handling Disclosure dan
How to use play therapy tools dalam sesi mereka dengan klien (mainly kanak-kanak keperluan khas dan sexual abuse).
3 peraturan marah ini,
Sama dengan 3 peraturan dalam bilik sesi,
Juga boleh sama dengan 3 peraturan anda ibubapa dengan anak-anak.
Mereka boleh main dan buat dan cakap apa saja
Asalkan
1) mereka selamat
2) Mak ayah selamat
3) Dan barang keliling mereka selamat
Once mereka baling barang,
Ia bermaksud tak selamat
(Ya anak anak rasa marah dan kecewa maka mereka lepaskan dengan cara salah satu ialah baling barang)
Namun,
Ulang banyak kali
Peraturan ini,
Dan bantu mereka untuk stop tingkahlaku silap ini kerana ia bahaya.
Ya, barang dibaling,
maka ia boleh pecah, rosak dan menyakitkan hati mak ayah lagi yang membelikannya.
Bahaya bukan untuk barang aja
Dan emosi anak-anak,
Bahaya lebih besar lagi untuk ibubapa.
Kemarahan ibubapa akan menjadi lebih besar.
.
Sama juga emosi anak ini,
Rasa sakit sangat bila atau jika dilukai
Walau semudah apa dia nak, tak dapat.
Ketahuilah ia normal anak usia 1 tahun lebih
Sehingga usia 3 macam tu
Kerana 'emotional brain' mula beraksi.
.
Iaitu bila mereka rasa satu-satu emosi,
Mereka akan Terus luah (takda tahan-tahannya),
Dan luah dengan keupayaan fizikal mereka
(Dahulu masa bayinya luah dengan menangis
Kini dengan tangan kaki pula).
.
Cumanya masa ini juga
Mereka turut belajar regulasi emosi
(Pengurusan emosi manusia).
Iaitu adjust negative feelings dia
Dari cara ibubapa urus emosi dan tunjuk emosi negatif mereka).
.
Jadi
Cuma perlu
🏑 ulang sebut peraturan selamat
🏑 Dan channelkan tingkahlaku dia
Untuk release tenaga emosi dia.
.
Contoh anak baling barang,
👉 Ambil tangan dia
👉 Pegang sederhana kuat
untuk hentikan behaviour itu
👉 Dan ulang sebut peraturan sambil pandang matanya beritahu sungguh-sungguh:
"Tak boleh baling barang ni,
Barang untuk main elok-elok" (fungsi barang)
Kemudian tambah (untuk choice baru di masa depan dia bagi emosi yang sama)
"Adik rasa marah,
Adik bagitahu mama
Yang adik marah sebab xxyyzz
Bukan dengan baling barang ok"
(teknik luah emosi cara asertif guna mulut)
Ok.
InsyaAllah pada masa depan,
Anak kecil anda akan sangat matang,
Memberitahu anda
Perasan mereka dan sebab (punca) kepada rasa marah mereka.
Refleksi,
Maznah Ibrahim
----------
16 269
PERATURAN MARAH / ANGER RULES
------------------------------------------------------
Saya suka poster ini,
ia sangat tepat.
Ya, memang marah tidak salah, kerana ia hanyalah satu perasaan spontan dirasai bila trigger/ push the anger button in oneself.
Cuma untuk anak-anak,
penting untuk diingatkan kepada mereka,
'Marah adalah okay,
cuma pastikan adik tidak :
1) cederakan diri
2) cederakan orang lain
3) rosakkan barang lain di sekitar
Exactly peraturan yang sama di dalam PlayTherapy Room kami,
"Adik boleh buat apa saja adik mahu dalam bilik ini,
asalkan adik tidak cederakan diri, cederakan kakak, atau rosakkan barang di dalam bilik ini.
Sesi masa istimewa kita 40 minit,
dan kakak akan beritahu bila masa nak habis.
Dan pasir, hendaklah di dalam kotak pasir sahaja".
Clear rules,
kanak-kanak akan rasa sangat selamat sebab tahu apa boleh apa tak boleh.
Untuk anak semasa dia sedang show the tantrum,
berada di situ, TIME IN,
katakan kepada mereka,
"Mak akan ada di sini untuk teman adik,
pastikan adik selamat.
Adik dah habis marah, boleh datang dekat Mak, okay?"
Jika Mak nak TIME OFF diri,
katakan,
"Mak juga sangat marah macam adik.
Mak akan pergi ke sana (cth bilik/dapur) untuk tenangkan diri mak sebab Mak taknak cederakan adik.
Adik boleh teruskan keluarkan marah adik,
Bila adik dah selesai, adik datang dekat Mak".
- Anak tahu apa dia boleh buat,
- Anak tahu mak dia berada di mana
- Anak tahu mak dia pergi sebab nak make sure i) dia selamat sebenarnya dan ii) mak juga nak bertenang.
Mesej Utama saya:
1) Marah adalah okay, tidak salah sama sekali
2) Cara ekspres marah sahaja ada OK dan ada Tak OK, pilih yang OK
3) Cara marah selamat di anggota badan, alternative ways, ada banyak, beza ikut individu, boleh kita pelajari dalam EHSABAR, untuk anggota spesifik individu.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
*sumber gambar: Pinterest
16 269
Ada Anak Kecil Suka Masuk Benda Selain Makanan ke Mulut ?
Ini skrip nya. Ulang-ulang sahaja.
Ada dua cara :
CARA 1:
Tidak boleh makan ini, makan ini (beri ganti lain)
"Adik, yang ni tak boleh makan.
Ha yang ini boleh makan (terus ganti)".
.
.
CARA 2:
Tidak boleh makan ini, tapi boleh pegang saja.
"Adik, ini tak boleh makan. Adik pegang saja".
InsyaAllah ulang-ulang sebut,
Anak kecil kita ni sebenarnya boleh faham.
Yang penting :
🙅♀️ Tidak marah
🙅♀️ Tidak rampas
🙅♀️ Tidak kecam
Tingkahlaku normal anak usia ini.
Ini kerana :
👉 Usia 0-2 tahun ini memang peringkat Oral (dalam sexuality development), maka eksplorasi guna deria mulut lagi puas untuk mereka.
👉 Mereka ni perlu ditunjuki apa betul, apa salah.
👉Channel kan aja tingkahlaku mereka ke pilihan tindakan selamat yang kita mahu.
👉 Perkembangan Kognitif (pemikiran) mereka adalah sensori motor, terokai dunia / alam mereka guna semua deria, maka pendengaran mereka akan seiring 'catch up' keyword perkataan benar yang anda ucapkan. Vokabulari mereka akan bertambah dengan struktur ayat yang lengkap.😊
---------------
Skrip hypnoscript pelbagai bagi situasi mencabar lain-lain,
Boleh dapatkan Ebook Hypnoscript Premium ini:
https://hypnoscript.cc/?utm_source=fp2210
Video Yumna diberitahu Cara 2:
https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/1439808942854070/
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
