ru
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Открыть в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 16 012 подписчиков, занимая 968 место в категории Семья и дети и 2 311 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 16 012 подписчиков.

Согласно последним данным от 27 августа, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -117, а за последние 24 часа — -4, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 5.06%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 2.24% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 810 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 359 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 28 августа, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Семья и дети.

16 012
Подписчики
-424 часа
-277 дней
-11730 день
Архив постов
Kita ajar anak pakai payung ketika hujan. Kita ajar anak pakai topi ketika panas. Tetapi berapa ramai antara kita yang pernah diajar apa perlu dibuat apabila hati sedang "hujan"? Apabila fikiran sedang berguruh? Apabila jiwa sedang dilanda ribut? Hakikatnya, setiap manusia akan melalui pelbagai "cuaca emosi" dalam kehidupan. Ada waktu kita berasa sedih. Ada waktu kita marah. Ada waktu kita takut, kecewa atau cemas. Kita tidak boleh menghalang semua emosi itu daripada hadir. Tetapi kita boleh belajar bagaimana untuk menghadapinya dengan lebih sihat. ☂️ WEBINAR PAYUNG EMOSI Membina Coping Skills untuk Menghadapi Cuaca Kehidupan Dalam webinar ini, Dr. Maznah Ibrahim akan memperkenalkan satu alat kreatif dan praktikal yang dinamakan Payung Emosi. Melalui konsep yang mudah difahami, peserta akan belajar: ✅ Mengenali "cuaca emosi" yang sering hadir dalam kehidupan ✅ Memahami fungsi sebenar emosi ✅ Mengenal pasti coping skills yang sihat ✅ Membezakan strategi yang membantu dan yang memudaratkan ✅ Membina Payung Emosi peribadi yang boleh digunakan berulang kali apabila diperlukan Kerana kadangkala apa yang kita perlukan bukanlah menghilangkan emosi... Tetapi mempunyai payung yang cukup kuat untuk melaluinya. 👨‍👩‍👧‍👦 Webinar ini bukan hanya untuk ibu bapa. Ia terbuka kepada semua orang dewasa yang ingin memahami dan mengurus emosi dengan lebih baik. Juga sesuai untuk remaja yang ingin membina coping skills yang sihat sejak awal. 📅 11 Julai 2026 (Sabtu) 🕘 9.00 malam 🎙️ Dr. Maznah Ibrahim (Kaunselor Berdaftar) Daftar di sini: https://webinar.maznahibrahim.com/payung?utm_campaign=pyg-tc1 Yuran Early Bird RM49 sahaja p/s: Early Bird tamat 12 Jun, 11.59 malam.

photo content

Alhamdulillah ❤️ Saya sangat bersyukur menerima perkongsian ini daripada Puan Rina. Terima kasih kerana sudi bersama saya dalam sesi Webinar Oxygen Within. Saya gembira apabila sesi ini dapat memberi sedikit kelegaan dan ruang untuk memahami apa yang sedang berlaku dalam diri dengan lebih tenang. Semoga segala yang diperoleh sepanjang sesi menjadi asbab kepada lebih banyak ketenangan, kekuatan dan kebaikan pada hari-hari yang mendatang. Jika anda terlepas sesi ini dan ingin merasai pengalaman yang sama, rakaman Webinar Oxygen Within masih tersedia dan boleh ditonton pada bila-bila masa. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen Dr. Maznah Ibrahim . .

photo content

Korban Hati Ibu Ayah [Sempena Aidiladha] https://youtube.com/shorts/PaFRoSAZpiA?si=xxT1L5H7GHv28u41 .

Lagu untuk Ibu Ayah (Oxygen Within - Bernafaslah Ibu Ayah) https://youtube.com/shorts/UjbRF-v3t_Y?si=Zd98Kn7SAilF-TuO. .

Bila kali terakhir anda benar-benar berhenti... bukan untuk berehat. Tetapi untuk mendengar apa yang sedang berlaku dalam diri sendiri? Ramai ibu bapa sangat pandai menjaga orang lain. Tetapi dah terlalu lama menangguhkan diri sendiri. Teruskan saja. Tahan saja. Nanti okay lah. Sedangkan kadang-kadang... yang paling perlukan perhatian bukan anak dahulu. Tetapi diri yang dah terlalu lama kehabisan "oxygen". Malam ini kita akan melalui proses: >> Visualise >> Feel >> Process >> Reset Bukan sekadar memahami emosi. Tetapi mengalami sendiri proses melihat dan memprosesnya. Sesi akan bermula tidak lama lagi ❤️ 🕘 9.00 malam Jika anda masih berkira-kira untuk join, ini panggilan terakhir sebelum pintu webinar dibuka. >> https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen?utm_campaign=o2-tc21 . .

photo content

Ramai ibu bapa sebenarnya dah tahu: > jangan cepat marah > kena sabar > kena dengar anak Tetapi bila badan penat... bila kepa
Ramai ibu bapa sebenarnya dah tahu: > jangan cepat marah > kena sabar > kena dengar anak Tetapi bila badan penat... bila kepala terlalu penuh... bila emosi dah lama dipendam... reaction tetap keluar juga. Sebab itu malam ini dalam Oxygen Within, kita bukan fokus kepada menambah lagi teori parenting. Tetapi melihat apa yang berlaku dalam diri kita sendiri. Kerana kadang masalah sebenar bukan kurang ilmu. Tetapi terlalu banyak perkara yang belum sempat diproses. Oxygen Within Regulate Yourself, Reconnect Your Child Malam ini >> 9.00 malam Jika anda sudah daftar, jumpa malam nanti Jika belum, ini peluang terakhir untuk sertai sesi live kali ini. >> https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen . . .

Esok... Moga urusan cuti sekolah dan aidiladha ini dipermudahkan buat semua Sekadar reminder ringkas, esok malam insyaAllah k
Esok... Moga urusan cuti sekolah dan aidiladha ini dipermudahkan buat semua Sekadar reminder ringkas, esok malam insyaAllah kita akan bertemu dalam webinar live: Oxygen Within Jika masih belum mendaftar, masih sempat >> https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen?utm_campaign=o2-tc19 Semoga berjumpa esok.

Hari kedua Aidiladha Mungkin ada yang masih di kampung. Mungkin ada juga yang dah mula fikir rutin minggu depan huhu. Anak-an
Hari kedua Aidiladha Mungkin ada yang masih di kampung. Mungkin ada juga yang dah mula fikir rutin minggu depan huhu. Anak-anak pun ada lebih kurang seminggu lagi cuti sekolah. Moga Allah permudahkan urusan kita semua Dan nak remind juga, Sabtu ini insyaAllah kita akan bertemu dalam webinar live Oxygen Within. Tinggal 2 hari lagi >> https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen . .

3 hari lagi.. Kali ini kita akan explore bagaimana untuk regulate stres & emosi dengan lebih tenang… menggunakan pendekatan Expressive Art & Experiential Learning ❤️ Bukan sekadar dengar teori 😊 Tetapi melalui proses: ✨ Visualise ✨ Feel ✨ Process ✨ Reset 🗓 30 May 2026 (Sabtu) 🕘 9.00 malam 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen . . .

photo content

Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙 Aidiladha mengingatkan kita bahawa setiap pengorbanan kerana Allah… tidak pernah sia-sia 😊 Allah melihat setiap lelah, setiap sabar, setiap air mata yang ditahan atau tertumpahkan, dan setiap usaha kecil yang mungkin orang lain tidak nampak. Kadang pengorbanan itu bukan sesuatu yang besar di mata manusia. Mungkin sekadar: menahan marah, belajar memaafkan, mengalah demi menjaga hubungan, atau terus kuat menjalankan tanggungjawab walaupun hati sedang penat ❤️ Tetapi di sisi Allah… tidak ada pengorbanan yang ikhlas itu kecil. Semoga segala lelah dan pengorbanan kita, sama ada besar atau kecil, dibalas Allah dengan ketenangan, keberkatan, dan kebaikan yang jauh lebih indah 😊 Dan semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmah, kasih sayang dan perlindungan Allah ❤️ Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf zahir & batin 🌿 P/s: Yuran Webinar Oxygen Within akan meningkat malam ini 😊 Jika anda belum mendaftar, ini mungkin masa terakhir untuk mendapatkan harga semasa ❤️ 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen . .

photo content

Macam mana tadi ? sempat ambil masa “cool down” dulu sebelum mula check-in balik dekat rumah? Kalau hari ni tak sempat pun… tak mengapa Kadang ada hari kita rasa: baru nak duduk, anak panggil. baru nak rehat, ada benda lain pula jadi Dan kadang… kita terlalu cepat rasa macam diri “tak cukup buat”. Padahal sebenarnya, anda dah buat banyak benda hari ni Sebab itu malam ni… tak semua benda perlu sempurna. Tak semua sudut rumah perlu siap. Tak semua kerja perlu habis hari ni juga One at a time Perlahan-lahan. Tenang-tenang. Yang penting… rumah itu masih ada kasih sayang, dan anda sendiri masih ada ruang untuk bernafas 😊 You did your best today 🌿 —— 🌿 Oxygen Within Ruang untuk pause, breathe & reconnect 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen . . .

photo content

Jika anda masih bekerja hari ini 😊 dan nanti petang kena balik rumah yang tengah “cuti sekolah mode” 🤣 cuba buat satu benda kecil ni dulu ❤️ Balik nanti… jangan terus paksa diri jadi “super mama” sebaik buka pintu rumah 😊 Kadang baru masuk rumah dah dengar: “Mamaaaa…” “Mama tengok ni…” “Mama laparrr…” “Mama adik kacau…” Belum sempat letak beg… otak dah kena buka 17 tab baru huhuh Kalau boleh, ambil 10–15 minit dulu untuk: mandi, tukar baju, minum air, tarik nafas sekejap. Dan bagitahu anak perlahan-lahan: “Mama mandi jap ya 😊 nanti mama datang balik.” Simple je… tetapi ruang kecil macam ni kadang sangat membantu nervous system kita untuk “cool down” sedikit selepas seharian bekerja. Sebab bila badan & emosi masih “panas”… bunyi TV pun boleh rasa macam konsert 🤣 Dan percayalah… mainan atas lantai tu insyaAllah masih ada lepas mama mandi nanti 😆 —— 🌿 Oxygen Within Ruang untuk pause, breathe & reconnect 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen . . .

photo content

Cuti sekolah dah bermula 😊 Kadang bila mula bercuti… baru kita sedar, rupa-rupanya badan rehat… tetapi kepala masih “berjalan”. Duduk santai… tetapi hati masih rasa serabut. Pelik kan 😊 Kadang bukan sebab cuti itu tak best. Tetapi kerana diri kita sendiri dah terlalu lama berada dalam mode “teruskan saja”. Dan bila emosi terlalu lama dipendam… ia perlahan-lahan keluar dalam bentuk: mudah penat, cepat tegang, atau sukar benar-benar tenang walaupun sedang berehat. —— 🌿 Oxygen Within Regulate Yourself, Reconnect Your Child 🗓 30 May 2026 (Sabtu) 🕘 9.00 malam 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/oxygen?utm _campaign=o2-tc13