Panduan Rasulullah SAW bagi mereka yang sedang tanggung hutang (selain mesti ubah sikap dan tabiat tambah hutang)
Islam tidak meninggalkan orang yang ditimpa bebanan hutang tanpa jalan penyelesaian. Ini hadis-hadis yang dijumpai dalam aplikasi
masabih.org:
Doa khusus bagi orang yang dihimpit hutang, dibaca pagi dan petang
وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَجُلٌ: هُمُومٌ لَزِمَتْنِي وَدُيُونٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ! قَالَ: "أَفَلَا أُعَلِّمُكَ كَلَامًا إِذَا قُلْتَهُ أَذْهَبَ اللَّهُ هَمَّكَ، وَقَضَى عَنْكَ دَيْنَكَ؟" قُلْتُ: بَلَى. قَالَ: "قُلْ إِذَا أَصْبَحْتَ وَإِذَا أَمْسَيْتَ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ" قَالَ: فَفَعَلْتُ ذَلِكَ، فَأَذْهَبَ اللَّهُ هَمِّي، وَقَضَى عَنِّي دَيْنِي
Terjemahan: Daripada Abu Sa'id al-Khudri RA, seorang lelaki berkata: "Ya Rasulullah, aku dihimpit kerungsingan dan bebanan hutang." Baginda bersabda: "Mahukah aku ajarkan kepadamu kalimah yang apabila engkau bacanya, Allah akan hilangkan kerungsinganmu dan membayar hutangmu?" Lelaki itu menjawab: "Bahkan." Baginda bersabda: "Katakanlah apabila pagi dan apabila petang: Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kerungsingan dan kesedihan, aku berlindung dengan-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung dengan-Mu daripada sifat kedekut dan pengecut, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang yang mengalahkan serta penindasan manusia." Lelaki itu berkata: "Aku beramal dengannya, lalu Allah hilangkan kerungsinganku dan membayar hutangku."
Rujukan: Mishkat al-Masabih, Kitab Doa, Halaman 217, Hadis 2448, riwayat Abu Daud. Sumber:
https://masabih.org/mishkat/kitab-doa-217
Amalan Rasulullah SAW sendiri agar dijauhi lilitan hutang
وَعَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: "اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ"
Terjemahan: Daripada Anas RA: Nabi SAW selalu berdoa: "Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kerungsingan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, sifat pengecut dan kedekut, bebanan hutang yang berat, dan penindasan manusia."
Rujukan: Muttafaq 'alaih (Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim); Mishkat al-Masabih, Kitab Doa, Halaman 227, Hadis 2458.
Syarahan hadis dalam sumber yang sama menjelaskan "dala' ad-dain" ialah bebanan hutang apabila penghutang tidak mampu membayar, khususnya ketika pemiutang menagihnya. Sumber:
https://masabih.org/mishkat/kitab-doa-227 dan
https://masabih.org/ext/sahih-bukhari/5892
Doa Sayyidina Ali: hutang sebesar gunung pun akan diselesaikan Allah
وَعَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ جَاءَهُ مُكَاتَبٌ فَقَالَ: إِنِّي عَجَزْتُ عَنْ كِتَابَتِي فَأَعِنِّي. قَالَ: أَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ عَلَّمَنِيهِنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، لَوْ كَانَ عَلَيْكَ مِثْلُ جَبَلٍ كَبِيرٍ دَيْنًا أَدَّاهُ اللَّهُ عَنْكَ. قُلْ: "اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ"
Terjemahan: Daripada Ali RA: Seorang hamba mukatab datang kepadanya lalu berkata: "Aku tidak mampu lagi membayar bayaran pembebasanku, tolonglah aku." Ali berkata: "Mahukah aku ajarkan kepadamu beberapa kalimah yang diajarkan Rasulullah SAW kepadaku? Kalaulah atas pundakmu ada hutang sebesar sebuah gunung sekalipun, nescaya Allah akan membayarnya untukmu. Katakanlah: Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal-Mu daripada yang haram-Mu, dan kayakanlah aku dengan kurnia-Mu daripada selain-Mu."
Rujukan: Sunan at-Tirmizi, hadis 3486 (dinilai hasan gharib), dan al-Baihaqi dalam ad-Da'awat al-Kabir; Mishkat al-Masabih, Kitab Doa, Halaman 218, Hadis 2449. Sumber:
https://masabih.org/mishkat/kitab-doa-218 dan
https://masabih.org/ext/sunan-tirmizi/3486
Niat mahu membayar: Allah yang akan membayar atasnya