1 807
Подписчики
Нет данных24 часа
-37 дней
-1330 день
Архив постов
1 807
Assalamualaikum ibu bapa yang dihormati.
Sempena cuti hujung minggu ini, mohon kerjasama tuan/puan untuk mengingatkan anak-anak mengemas kini dan mengisi rekod bacaan NILAM mereka dalam sistem AINS.
📚 Sasaran semasa: Pastikan setiap murid mempunyai sekurang-kurangnya 60 entri dalam sistem.
🎯 Sasaran tahunan: Minimum 120 entri bagi tahun 2026.
Mohon tuan/puan meluangkan sedikit masa untuk menyemak dan memastikan rekod bacaan anak-anak sentiasa dikemas kini. Usaha berterusan ini dapat membantu memupuk budaya membaca serta meningkatkan pencapaian NILAM mereka.
Kerjasama dan sokongan tuan/puan amat dihargai.
Terima kasih.
Guru NILAM / Guru Kelas
SBPI Kuantan 📖✨
1 807
Info penghantaran pertandingan
Terima kasih kepada sek yang bertanya berkaitan penghantaran projek. ✅Berikut perkara perlu dihantar mengikut pertandingan
📌Coding Warrior
✅Laporan projek
✅ Link projek aplikasi scratch
🌟 Borang pendaftran- https://forms.gle/2Ndo8yq8nfgMRKtX6
📌Reka bentuk 3D - Tinkercad
✅Laporan projek
✅ Link projek - aplikasi Tinkercad
🌟Borang pendaftaran- https://forms.gle/1UdBg5ND5izHxLLU9
📌Poster digital
✅ Poster digital (format pdf)
🌟Borang pendaftaran-
https://forms.gle/tLwRuhobjE3WmzNX6
TARIKH TUTUP
10 OGOS 2026
1 807
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan
Tuan/Puan,
PULANG BERMALAM WAJIB MURID TINGKATAN 1 HINGGA 4 PADA 30 JULAI - 2 OGOS 2026 SEMPENA CUTI HARI KEPUTERAAN KDPB SULTAN PAHANG 2026
1. Sehubungan itu, semua murid Tingkatan 1- 4 dibenarkan pulang seperti ketetapan berikut:
1.1) Daftar keluar asrama: 30 Julai 2026 (Khamis) mulai 10.30 pagi.
1.2) Daftar masuk asrama: 2 Ogos 2026 (Ahad) pada jam 2.00 petang hingga 6.00 petang.
2. Murid Tingkatan 5 tidak pulang bermalam kerana dalam fasa persediaan Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2026. Lawatan ibu bapa/penjaga pada Sabtu dan Ahad seperti ketetapan biasa.
Sekian, terima kasih.
Pengurusan HEM
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan
29 Julai 2026
1 807
☝️ Makluman berkaitan program di atas adalah utk pembelajaran semasa murid Pulang Bermalam sahaja. Tidak melibatkan kena bawa gajet ke sekolah kerana pembelajaran di sekolah adalah mengikut jadual seperti biasa.
1 807
*PROGRAM TUITION ONLINE PERCUMA KHAS UNTUK PELAJAR NEGERI PAHANG*
📅 03 OGOS 2026 – 28 OGOS 2026
🎓 DARJAH 1 HINGGA TINGKATAN 5
💯 TIADA SEBARANG BAYARAN DIKENAKAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ilmu Studio dengan kerjasama Anihan Interlink Sdn. Bhd. melalui Program CSR menganjurkan Program Tuition Online PERCUMA khas untuk pelajar Negeri Pahang sepanjang Ogos 2026.
✨ Manfaat Program:
✅ Meningkatkan pemahaman mata pelajaran teras
✅ Mengukuhkan asas pembelajaran dan teknik menjawab soalan
✅ Membantu meningkatkan prestasi akademik
📌 Butiran Program
🔹 Tempoh: 1 Bulan (Ogos 2026)
🔹 Kaedah Pembelajaran: Online melalui Zoom
🔹 Kandungan: Kelas berjadual, latihan berkala dan sesi soal jawab bersama tutor berpengalaman
🔹 Jadual Kelas: Setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 8.00 malam hingga 10.00 malam
*📢 Tinggal 7 hari sahaja lagi sebelum kelas pertama bermula!*
Sila daftarkan anak-anak sekarang melalui pautan pendaftaran di bawah bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang mengikuti Program Tuition Online PERCUMA ini.
Terbuka kepada semua pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5 di Negeri Pahang.
📝 Pendaftaran:
➡️ https://ilmufree.com/ilmufree-reg04/
📞 Pertanyaan:
En. Nizam
018-960 2090
Jangan lepaskan peluang mengikuti kelas tuition PERCUMA sepanjang Ogos 2026.
ILMU UNTUK SEMUA, KEJAYAAN BERSAMA
1 807
📢 *PROGRAM TUITION ONLINE PERCUMA 1 APRIL - 30 APRIL 2026*
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Dengan segala hormatnya, kami ingin memaklumkan bahawa pihak Ilmu Studio akan menganjurkan Program Tuition Online secara *PERCUMA* bagi pelajar *Darjah 1 hingga Tingkatan 5* yang akan berlangsung selama 1 bulan bermula April ini.
Program ini dirancang khusus untuk membantu pelajar:
✅ Mempertingkat pemahaman dalam mata pelajaran teras
✅ Mengukuhkan asas pembelajaran serta kemahiran menjawab soalan
✅ Meningkatkan prestasi akademik secara sistematik
🎯 Cara Pendaftaran:
Sila klik link di bawah untuk mendaftar SEGERA.
➡️ https://ilmufree.com/ilmufree-general/
📌 Butiran Program:
🔹 Tempoh: 1 Bulan (April)
🔹 Mod: Pembelajaran online melalui Zoom
🔹 Kandungan: Kelas teratur, latihan berkala dan sesi soal jawab bersama tutor berpengalaman
Program ini *PERCUMA* sepenuhnya dan terbuka kepada semua pelajar dari peringkat Darjah 1 hingga Tingkatan 5.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi atau pm (010-7727208 En Mat)
1 807
☝️ Makluman ini telah dikongsikan pada 21 Mei 2026 lepas. Masih Terbuka utk semua murid yg berminat utk dapatkan sijil utk markah PAJSK.
1 807
Selamat pagi para peserta,
➡️ Pendaftaran bagi program ini masih lagi dibuka. Anda masih boleh mendaftar di laman web: econaturerun.krsmusleh.com
🗂️ Insya-Allah, pengeluaran e-sijil akan mula diproses dalam masa terdekat.
Diharapkan para peserta dapat bersabar sementara menunggu proses pengeluaran e-sijil selesai.
🔗 Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, mohon semak terlebih dahulu maklumat yang telah dikongsikan di dalam Telegram. Jika masih tidak menemui jawapan, barulah hubungi kami melalui PM.
Untuk makluman, pihak admin menerima banyak pertanyaan yang sama, dan kebanyakannya telah dijawab di Telegram serta media sosial rasmi. Oleh itu, kami memohon kerjasama semua peserta untuk tidak menghantar mesej berulang (spam). Admin akan membalas setiap pertanyaan satu per satu mengikut giliran.
Terima kasih atas kesabaran, kerjasama dan sokongan anda.
1 807
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid Tingkatan 1
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan
Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN PULANG BERMALAM WAJIB DAN PELAKSANAAN PdPR BAGI MURID TINGKATAN 1 PADA 22–24 JULAI 2026 SEMPENA PROGRAM SGE SBP 2026
1) Untuk makluman tuan/puan, INTEK akan menjadi tuan rumah Program SBP School of Global Excellence (SGE) pada 22 hingga 24 Julai 2026. Program ini melibatkan penyertaan murid Tingkatan 3 seramai 100 orang murid dari 8 buah SBP dari negeri Pahang dan Terengganu.
2) Bagi menampung keperluan penginapan peserta program dan keselesaan murid Tingkatan 1 INTEK, semua murid Tingkatan 1 dikehendaki Pulang Bermalam Wajib mengikut ketetapan berikut:
2.1) Daftar keluar asrama: 22 Julai 2026 (Rabu) mulai 10.30 pagi.
2.2 Daftar masuk asrama: 26 Julai 2026 (Ahad) pada jam 5.00 petang hingga 6.00 petang.
3) Sepanjang tempoh hari persekolahan di rumah, murid Tingkatan 1 akan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) Secara Bermodul pada 23 hingga 24 Julai 2026 mengikut jadual yang telah ditetapkan.
4) Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan/puan amat dihargai bagi memastikan anak mengikuti semua sesi PdPR mengikut jadual. Jadual PdPR akan dikongsikan oleh guru kelas melalui kumpulan WhatsApp kelas masing-masing.
Kerjasama danperhatian tuan/puan terhadap perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Pengetua
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan
12 Julai 2026
1 807
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para ibu bapa@ penjaga.😁
Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan membenarkan murid tingkatan 5 outing bersama ibu bapa pada
📅 Tarikh: 11 Julai 2026
(Sabtu )
⏰ Masa: 10.30 am - 5.00 pm
Manakala murid lelaki ting 1-4 boleh outing pada hari Ahad
(12 Julai 2026)
Seterusnya bagi murid tingkatan 5 yg ibu bapa mereka tidak hadir solat hajat bolehlah menumpang ibu bapa penjaga yg hadir utk outing bersama.
Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan amat kami dihargai.
Terima kasih.😁
1 807
☝️Assalam semua ibu bapa dan penjaga anak2 INTEK.
Sukacita dimaklumkan bahawa perubahan perjawatan diatas berkuatkuasa pada hari ini.
Maksudnya ialah sebarang urusan berkaitan dengan pengurusan kurikulum anak, pihak tuan puan boleh berhubung dengan Pn. Rahayu PK Pentadbiran. Manakala sebarang urusan berkaitan pengurusan hal ehwal murid seperti asrama, disiplin, kesihatan dan kehadiran anak, pihak tuan puan boleh berhubung dengan En. Mohd Rofuad, PK HEM.
Semoga dalam makluman tuan puan semua.
Terima kasih.
1 807
Assalamualaikum wbt
Semua ibu bapa/penjaga murid
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan
Tuan/Puan,
PENDAFTARAN MASUK KE ASRAMA PADA AHAD, 05 JULAI 2026
Maklumat pendaftaran masuk ke asrama adalah seperti berikut:
Tarikh: 05 Julai 2026 (Ahad)
Masa: 3.00 petang - 6.00 petang
A) ETIKA PEMAKAIAN:
1) Baju Batik Sekolah/Baju Korporat Sekolah/Baju Sekolah (bagi murid T1 yang masih belum ada/siap baju korporat/baju batik)
2) Murid lelaki pastikan rambut pendek dan kemas
3) Memakai kasut
B) TATACARA PENDAFTARAN
1) Ibu bapa/penjaga boleh membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan sekolah, tidak parkir kereta.
2) Selepas melepasi pondok keselamatan, ibu bapa/penjaga:
2.1) TIDAK PERLU BERHENTI DI ANJUNG MESRA
2.2) TERUS BERGERAK KE ASRAMA:
2.2.1) Berhenti sebentar sahaja untuk turunkan anak dan barang-barang di depan asrama.
2.2.2) Setelah semua barang dibawa turun, segera meninggalkan kawasan asrama dengan membuat pusingan-u di kawasan belakang kuarters.
3) Sebaik selesai anak hantar barang-barang ke dorm, ANAK BERGERAK KE ANJUNG MESRA untuk urusan daftar masuk ke asrama:
3.1) Thumb print
3.2) Tandatangan kehadiran di dalam buku Daftar Masuk Asrama
4) Mohon pastikan anak selesaikan urusan daftar dengan segera untuk semakan status kehadiran.
C) MASA MENDAFTAR
1) 3.00 petang - 4.00 petang: Murid T4
2) 4.00 petang - 5.00.petang: Murid T3
3) 5.00 petang - 6.00.petang: Murid T2 & T1
PENTING
1) Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan asrama/dorm
2) Sediakan keperluan ubat-ubatan anak yang mencukupi mengikut keperluan.
3) Jangan parkir di kawasan sekitar kuarters/surau/kantin dan kemudian turun menunggu anak di asrama/dorm.
4. Bagi memastikan pengurusan diri anak-anak lancar, mohon patuhi masa penghantaran anak iaitu sebelum 6.00 petang. Kenderaan ibu bapa yang tiba selepas jam 6.00 petang tidak lagi dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah dan mohon parkir di luar.
NOTA:
1) Jika ada adik beradik, boleh hantar serentak dengan memilih mana-mana satu masa penghantaran yang berkaitan.
2) Jika tuan/puan perlu menghantar anak yang lain ke asrama lain dan perlu menghantar anak ke INTEK lebih awal, mohon maklumkan masa hadir kepada guru kelas/warden (anak boleh berehat di dorm sementara menunggu masa mendaftar di Anjung yang bermula pada jam 3 petang).
3) Mohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk mematuhi masa penghantaran dan tatacara pendaftaran seperti yang dinyatakan dalam perkara (B) di atas bagi memastikan kelancaran lalu lintas.
4) ELAKKAN MENUNGGU ANAK DI PARKIR LALUAN BERSEBELAHAN ANJUNG MESRA, TERUS BERGERAK KE ASRAMA SEBAIK TIBA
Sekian untuk makluman dan tindakan
Terima kasih.
Pengurusan HEM
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan
1 807
Assalam semua.
Kami lampirkan hebahan daripada PPD Kuantan utk semua murid di Pahang.
Kami tidak tahu bagaimana pelaksanaan program ini dan masanya. Sekiranya program ini dilaksanakan pada hari persekolahan biasa dan murid di asrama, murid akan follow program sekolah.
Jika murid Pulang Bermalam atau cuti atau pada masa visit anak, murid2 boleh ikuti program ini.
Cuma mohon maaf tiada handphone dibenarkan bawa semata2 utk tujuan program ini ye.
Harap maklum.
