INFO RASMI INTEK
رفتن به کانال در Telegram
1 826
مشترکین
+124 ساعت
-17 روز
-1230 روز
آرشیو پست ها
1 826
Assalamualaikum wbt & Salam Malaysia Madani.
🌟 *JEMPUTAN KE HARI TERBUKA INTEK 2026 (HATI❤️2026)*🌟
Dengan segala hormatnya, pihak Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK) menjemput tuan/puan serta ibu bapa/penjaga untuk hadir memeriahkan Hari Terbuka INTEK 2026 (HATI❤️2026) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅Tarikh: *14 Jun 2026 (Ahad)*
📍Tempat: SBP Integrasi Kuantan (INTEK)
🌏Tema: Internasional
⏰Waktu Lawatan 🏫 Lawatan sekitar sekolah: 9.00 pagi – 4.30 petang
🛏Lawatan asrama: 10.00 pagi – 2.00 petang
❤️Info: _Sabtu, 13 Jun 2026 telah bermula jualan Foodtrucks, Booth Karangkraf dan Sukan Alumni. Ibu bapa dan pelawat juga dijemput hadir semasa sesi Lawatan Ibu Bapa Hari Sabtu seperti biasa dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang._
🎉 Pelbagai aktiviti dan tarikan menarik menanti anda, antaranya:
✨ Lawatan sekitar sekolah dan asrama
✨ Pameran pendidikan dan interaktif🔭
✨ Gerai jualan daripada pelbagai agensi dan rakan strategik🔎
✨ Ultimate Petting Zoo🐆
✨ Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia🔥
✨ Farmasi Alpro💉
✨ Andalusia Travel & Tours✈️
✨ Karangkraf📚
✨ Food truck dengan pelbagai pilihan hidangan istimewa🍵
✨ Horse Fun Ride🏇
✨ Serta pelbagai lagi aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
Kehadiran tuan/puan amat bermakna buat kami. Selain memeriahkan program, sokongan yang diberikan juga menjadi pemangkin kepada usaha sekolah dalam melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan kepimpinan.
💫 Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan HATI❤️2026 — satu hari yang penuh pengalaman, inspirasi dan seribu kenangan!
HATI❤️2026 – Datang Sebagai Tetamu, Pulang Dengan Seribu Kenangan.
Kami amat mengalu-alukan kehadiran tuan/puan.
#WeAreTheBest
Sekian, terima kasih.
"Membentuk Generasi Pemimpin"
1 826
Assalamualaikum wbt
Semua ibu bapa/penjaga murid
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan
Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa jadual pemakaian murid INTEK akan kembali seperti sedia ada. Mohon semua ibu bapa dan penjaga memastikan anak jagaan masing2 membawa keperluan pakaian sebagaimana seperti sebelum ini.
Sebarang perubahan berkaitan pemakaian cuaca panas akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Sekian untuk makluman dan tindakan semua.
Terima kasih
1 826
Assalamualaikum wbt
Semua ibu bapa/penjaga murid
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan
Tuan/Puan,
PENDAFTARAN MASUK KE ASRAMA PADA AHAD, 07 JUN 2026
Maklumat pendaftaran masuk ke asrama adalah seperti berikut:
Tarikh: 07 Jun 2026 (Ahad)
Masa: 2.00 petang - 6.00 petang
A) ETIKA PEMAKAIAN:
1) Baju Batik Sekolah/Baju Korporat Sekolah/Baju Sekolah (bagi murid T1 yang masih belum ada/siap baju korporat/baju batik)
2) Murid lelaki pastikan rambut pendek dan kemas
3) Memakai kasut
B) TATACARA PENDAFTARAN
1) Ibu bapa/penjaga boleh membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan sekolah, tidak parkir kereta.
2) Selepas melepasi pondok keselamatan, ibu bapa/penjaga:
2.1) TIDAK PERLU BERHENTI DI ANJUNG MESRA
2.2) TERUS BERGERAK KE ASRAMA:
2.2.1) Berhenti sebentar sahaja untuk turunkan anak dan barang-barang di depan asrama.
2.2.2) Setelah semua barang dibawa turun, segera meninggalkan kawasan asrama dengan membuat pusingan-u di kawasan belakang kuarters.
3) Sebaik selesai anak hantar barang-barang ke dorm, ANAK BERGERAK KE ANJUNG MESRA untuk urusan daftar masuk ke asrama:
3.1) Thumb print
3.2) Tandatangan kehadiran di dalam buku Daftar Masuk Asrama
4) Mohon pastikan anak selesaikan urusan daftar dengan segera untuk semakan status kehadiran.
C) MASA MENDAFTAR
1) 2.00 petang - 3.00 petang: Murid T5
2) 3.00 petang - 4.00 petang: Murid T4
3) 4.00 petang - 5.00.petang: Murid T3
4) 5.00 petang - 6.00.petang: Murid T2 & T1
PENTING
1) Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan asrama/dorm
2) Sediakan keperluan ubat-ubatan anak yang mencukupi mengikut keperluan.
3) Jangan parkir di kawasan sekitar kuarters/surau/kantin dan kemudian turun menunggu anak di asrama/dorm.
4. Bagi memastikan pengurusan diri anak-anak lancar, mohon patuhi masa penghantaran anak iaitu sebelum 6.00 petang. Kenderaan ibu bapa yang tiba selepas jam 6.00 petang tidak lagi dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah dan mohon parkir di luar.
NOTA:
1) Jika ada adik beradik, boleh hantar serentak dengan memilih mana-mana satu masa penghantaran yang berkaitan.
2) Jika tuan/puan perlu menghantar anak yang lain ke asrama lain dan perlu menghantar anak ke INTEK lebih awal, mohon maklumkan masa hadir kepada guru kelas/warden (anak boleh berehat di dorm sementara menunggu masa mendaftar di Anjung yang bermula pada jam 2 petang).
3) Mohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk mematuhi masa penghantaran dan tatacara pendaftaran seperti yang dinyatakan dalam perkara (B) di atas bagi memastikan kelancaran lalu lintas.
4) ELAKKAN MENUNGGU ANAK DI PARKIR LALUAN BERSEBELAHAN ANJUNG MESRA, TERUS BERGERAK KE ASRAMA SEBAIK TIBA
Sekian untuk makluman dan tindakan
Terima kasih.
Pengurusan HEM
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan.
1 826
Saya nak maklumkan ada satu program Internasional Eco Nature Virtual Run (IENVR) 2025 Anjuran Perunding KRS MUSLEH SDN BHD peringkat antarbangsa akan dijalankan pada 1 Jun hgga 31 Julai 2025.Tarikh akhir pendaftaran ialah 30 Jun 2026.
1 826
🏟️ *KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN INTEK KALI KE-21, 2026* 🏃♂️🏃♀️
📌19 & 20 Mei 2026
📌Padang INTEK
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan segala hormatnya, ibu bapa, guru-guru serta seluruh warga dan peminat sukan tanah air dijemput untuk mengikuti perkembangan dan keputusan rasmi KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN INTEK KALI KE-21, 2026 menerusi pautan berikut:
🌐 http://smis.events/KOTINTEK2026
📲 Imbas QR Code di bawah untuk akses pantas ke laman keputusan kejohanan.
🔥 Ayuh berikan sokongan padu kepada rumah-rumah sukan yang bertanding!
💙INDERA BESTARI
“Berilmu, Berani, Berjaya!”
💚INDERA HARMONI
“Kesatuan Membina Kemenangan!”
💛INDERA KASTURI
“Semangat Membara, Julang Juara!”
❤️INDERA MUTIARA
“MIGHTY . MAVERICK . MAGNIFICIENT"
🏅 Semoga kejohanan ini berlangsung dengan penuh semangat kesukanan, perpaduan dan kecemerlangan.
#KOTINTEK2026
#JulangJuara
#INTEK #wearethebest
1 826
Edit, Sign and Share PDF files on the go. Download the Acrobat Reader app: https://adobeacrobat.app.link/Mhhs4GmNsxb
1 826
*Konsert Gema Jasa Winds* kembali lagi buat kali ke-3!
Saksikan persembahan *Jasa Winds* dari *SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan* dengan penampilan khas artis jemputan, Afieq Shazwan✨
📍 Tempat: Auditorium Darul Makmur, RTM Pahang
📅 Tarikh: Sabtu, 23 Mei 2026
⏰ Masa: 8:30 PM
🎟️ Tiket : Dapatkan di link yang tertera dengan harga *serendah RM39*
Jangan lepaskan peluang merasai pengalaman muzik yang pasti sukar dilupakan di Konsert Gema Jasa Winds 2026!
Link: https://ticki.azmiproductions.com/events/cmnr2dp1p000004l1lsvrmmsm
1 826
Assalamualaikum wbt
Semua ibu bapa/penjaga murid
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan
Tuan/Puan,
PINDAAN MASA PENDAFTARAN MASUK KE ASRAMA BAGI MURID T1 - T4 PADA 10 MEI 2026 UNTUK MEMBERI LALUAN KEPADA PENGURUSAN PROGRAM KEM PEMANTAPAN SAHSIAH (KEMPAS) 2026
Maklumat pendaftaran masuk ke asrama adalah seperti berikut:
Tarikh: 10 Mei 2026 (Ahad)
Masa: 4.00 petang - 6.00 petang
A) ETIKA PEMAKAIAN:
1) Baju Batik Sekolah/Baju Korporat Sekolah/Baju Sekolah (bagi murid T1 yang masih belum ada/siap baju korporat/baju batik)
2) Murid lelaki pastikan rambut pendek dan kemas
3) Memakai kasut
B) TATACARA PENDAFTARAN
1) Ibu bapa/penjaga boleh membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan sekolah, tidak parkir kereta.
2) Selepas melepasi pondok keselamatan, ibu bapa/penjaga:
2.1) TIDAK PERLU BERHENTI DI ANJUNG MESRA
2.2) TERUS BERGERAK KE ASRAMA:
2.2.1) Berhenti sebentar sahaja untuk turunkan anak dan barang-barang di depan asrama.
2.2.2) Setelah semua barang dibawa turun, segera meninggalkan kawasan asrama dengan membuat pusingan-u di kawasan belakang kuarters.
3) Sebaik selesai anak hantar barang-barang ke dorm, ANAK BERGERAK KE ANJUNG MESRA untuk urusan daftar masuk ke asrama:
3.1) Thumb print
3.2) Tandatangan kehadiran di dalam buku Daftar Masuk Asrama
4) Mohon pastikan anak selesaikan urusan daftar dengan segera untuk semakan status kehadiran.
C) MASA MENDAFTAR
1) 4.00 petang - 5.00 petang: Murid T4 & T3
2) 5.00 petang - 6.00 petang: Murid T2 & T1
PENTING
1) Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan asrama/dorm
2) Sediakan keperluan ubat-ubatan anak yang mencukupi mengikut keperluan.
3) Jangan parkir di kawasan sekitar kuarters/surau/kantin dan kemudian turun menunggu anak di asrama/dorm.
NOTA:
1) Jika ada adik beradik, boleh hantar serentak dengan memilih mana-mana satu masa penghantaran yang berkaitan.
2) Jika tuan/puan perlu menghantar anak yang lain ke asrama lain dan perlu menghantar anak ke INTEK lebih awal, mohon maklumkan masa hadir kepada guru kelas/warden (anak boleh berehat di dorm sementara menunggu masa mendaftar di Anjung yang bermula pada jam 2 petang).
3) Mohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk mematuhi masa penghantaran anak seperti yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran lalu lintas.
Sekian untuk makluman dan tindakan
Terima kasih.
Pengurusan HEM
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan
اکنون در دسترس! پژوهش تلگرام ۲۰۲۵ — مهمترین بینشهای سال 
