ru
Feedback
The Thinkers

The Thinkers

Открыть в Telegram

- Pengajian Islam, Agama, Falsafah-Pemikiran, Feqah, Tasawwuf - Al-Quran, Hadith - Dakwah, Fikrah, Isu² Sosial, Kemasyarakatan - Disiplin Ilmu lain : Undang-undang, Ekonomi, Sejarah, dsb - Analisis Ulasan Politik, Isu² Semasa, Kenegaraan ©️TheThinkers

Больше
641
Подписчики
Нет данных24 часа
-37 дней
-730 дней
Архив постов
https://www.facebook.com/share/1Q4DZyjTyp/ POLITIK | Zaman sangat idealistik dulu, saya pernah berkata kerjasama politik yang unik patut berlaku misalnya Parti A dan Parti B di Persekutuan tidak semestinya bekerjasama di negeri. Parti A dan Parti B masing-masing boleh bekerjasama dengan Parti C atau lain-lain parti di negeri berbeza. Waktu itu saya percaya ia boleh dilakukan dan sekaligus sedikit-sebanyak akan menggalakkan suasana politik yang lebih harmoni, bertumpu kepada penambahbaikan dasar untuk pembangunan yang lenih bermakna. Saya masih percaya ia boleh dilakukan. Cuma mungkin perlu ada penyesuaian dasar bagi menjadikannya lebih teratur. Kita sudah ada pelbagai parti (multi-party). Malah calon bebas pun ada yang boleh menang. Kita pernah ada pengalaman kerjasama politik antara parti-parti. Meskipun ramai mungkin menganggap ia tidak begitu berjaya, bagi saya ia sudah cukup baik sebagai asas. Yang sedikit tidak teratur, bagi saya ialah kerjasama politik di Malaysia umumnya berlaku sebelum pilihan raya. Jadi, kurang keanjalan untuk pilihan selepas pilihan raya. Itu pun masih OK jika kerjasama ini dijalankan secara rasmi melalui entiti berdaftar seperti PH dan BN - ada mesyuarat agung dan sebagainya. Seterusnya, kita mesti menetapkan parti yang mendapat kerusi terbanyak diberi peluang untuk membentuk kerajaan bersama parti-parti pilihannya melalui satu tempoh rundingan, katakan maksimum sebulan. Sekiranya kerajaan gagal dibentuk, kerajaan akan berjalan sebagai kerajaan minoriti sehingga ada undi tidak percaya dan ia mesti diterjemahkan sebagai panggilan mandat baru melalui pilihan raya. Untuk menjadikannya lebih teratur perlu ada rundingan untuk pembaharuan bahagian Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri yang turut melibatkan kuasa Raja-Raja.

https://www.facebook.com/share/p/14iM7bq6CKs/ Satu tersurat dan satu tersirat boleh difahami melalui kenyataan Presiden UMNO di Melaka semalam. Tersurat, walau dengan siapa UMNO bekerjasama dalam PRN nanti, BN nekad bertanding minimum 21 kerusi. Maksudnya mana2 parti yang hendak bekerjasama dengan UMNO, baki untuk ditandingi hanyalah tujuh kerusi. UMNO kelihatan sangat serius dengan keputusan tersebut, berulang kali ditegaskan. Tersirat, jika tiada parti sedia menerima syarat tersebut, BN bersedia untuk pergi solo dalam PRN Melaka ini. Semalam diulang sebut BN menang besar dalam PRN lepas apabila mereka berani membuat keputusan bertanding solo. Dalam kes ini, dilema paling besar adalah kepada PAS yang sangat obses untuk bekerjasama dengan UMNO. Sedia atau tidak PN yang dipimpin PAS bertanding hanya tujuh kerusi? Daripada tujuh tersebut, hanya tiga berpotensi menang, manakala empat lagi agak mencabar. Berdepan situasi ini, PAS ada dua pilihan. Pertama menggunakan model Negeri Sembilan, iaitu bekerjasama dengan BN dan bertanding hanya tujuh kerusi sahaja. Kedua menggunakan model Johor, iaitu PN bertanding kerusi2 yang mereka target, termasuk bertembung dengan BN di beberapa kerusi. Untuk kerusi2 yang tidak ditandingi PN, ahli dan penyokong diarah mengundi BN. Jika dua pilihan tersebut bukan pilihan, pilihan ketiga adalah PN bertanding semua kerusi. Itu juga ada asas yang kuat. Kerana dalam PRU15 November 2022, sokongan terhadap PN agak kukuh. PN menang undi di 10 kerusi DUN, berbanding BN yang hanya menang undi empat DUN.

Dan menggunakan media sosial bukan sekadar untuk bercerita tentang diri sendiri, tetapi untuk membawa sesuatu kepada masyarakat. Sebab saya percaya kita perlukan lebih ramai wanita yang menulis. Bukan semata-mata untuk menjadi content creator. Bukan untuk mengejar viral. Dan bukan kerana semua wanita perlu menjadi ahli politik atau pemimpin negara. Tetapi kerana separuh daripada pengalaman dunia ini dialami oleh wanita. Kalau wanita tidak menulis, sebahagian pengalaman itu tidak direkodkan. Kalau wanita tidak bersuara, sebahagian perspektif itu tidak didengar. Dan kalau wanita yang baik, berilmu dan waras memilih untuk diam, ruang itu tidak akan kekal kosong. Orang lain akan mengisinya. Sebab itu saya mahu lebih ramai wanita belajar menulis. Tulislah tentang keluarga. Pekerjaan. Masyarakat. Pendidikan. Ekonomi. Agama. Undang-undang. Negara. Tulislah tentang dunia yang kita lihat. Dan kalau ada sesuatu yang tidak kena dengannya, tulislah tentang dunia yang kita mahu lihat. *** Lebih 5,000 tahun dahulu, manusia mencakar simbol pada tanah liat supaya sesuatu tidak dilupakan. Hari ini kita memegang telefon dan mampu berbicara dengan ribuan, malah jutaan manusia. Teknologinya berubah. Tetapi kuasa tulisan tidak. Tulisan membuatkan idea hidup lebih lama daripada orang yang menulisnya. Jadi kepada wanita-wanita yang bersama saya semalam: Cari suara anda. Asah pemikiran anda. Dan gunakan suara itu dengan bertanggungjawab. Mungkin dunia belum mengenali nama anda hari ini. Tidak mengapa. Semua penulis bermula dengan satu tulisan. Wanita menulis. Wanita berbicara. Dan dunia nescaya akan mendengar. Salam hormat, Liyana Marzuki NB: Terima kasih kepada pihak penganjur KPWKM yang sekali lagi mengiktiraf saya sebagai Tokoh Wanita PERANTIS 2026. Masih terasa kerdil menerima pengiktirafan ini. Banyak lagi kerja yang perlu dibuat 🙏

https://www.facebook.com/share/p/1D8FpjwR3p/ PENULIS Lebih 5,000 tahun dahulu, manusia mula menulis. Antara penulisan terawal yang diketahui manusia ditemui pada kepingan tanah liat di Mesopotamia (sekarang Iraq), sekitar 3400–3200 sebelum Masihi. Tapi jangan bayangkan tulisan pertama manusia itu puisi indah, kisah cinta atau manifesto politik. Ia jauh lebih mundane. Manusia menulis untuk mengira. Berapa banyak gandum disimpan. Berapa ternakan dimiliki. Berapa barangan keluar masuk dan siapa menerima bekalan. Masyarakat semakin besar. Perdagangan berkembang. Ingatan manusia sahaja tidak lagi mencukupi. Maka manusia mencipta satu cara untuk menyimpan ingatan di luar kepala mereka. Tulisan. Daripada simbol yang dicakar pada tanah liat, lahirlah sistem tulisan yang akhirnya kita kenali sebagai cuneiform. Menarik sebenarnya. Manusia sudah bercakap berpuluh-puluh ribu tahun sebelum mengenal tulisan. Tetapi percakapan mempunyai satu kelemahan. Kata-kata hilang selepas diucapkan. Tulisan tidak. Ia boleh tinggal selepas penulisnya pergi. Dan mungkin di situlah bermulanya kuasa seorang PENULIS. **** Bila menyelak sejarah, ramai pemimpin yang kemudiannya mengubah dunia juga merupakan penulis. Sebelum mempunyai kuasa untuk mengubah dunia, mereka menulis tentang dunia sekeliling mereka. Kemudian mereka menulis tentang dunia yang mereka mahu lihat. 🟦Mahatma Gandhi menulis tentang penjajahan dan kebebasan India. 🟦Sukarno menulis tentang nasionalisme dan sebuah Indonesia yang merdeka, lama sebelum menjadi Presiden. Begitu juga dengan Nelson Mandela, Winston Churchill malah Barack Obama. **** Begitu juga wanita. 🟢Raden Adjeng Kartini misalnya menulis tentang pendidikan, kebebasan dan kedudukan wanita Jawa ketika kehidupannya sendiri masih dibatasi adat zamannya. 🟢Virginia Woolf pula menulis tentang pentingnya wanita mempunyai kebebasan ekonomi dan ruang sendiri untuk berfikir, berkarya dan bersuara. Dan sejarah mempunyai satu ironi tentang wanita. Dalam banyak zaman, wanita dianggap terlalu lembut untuk politik. Tidak cukup keras untuk memimpin. Tidak sesuai berada di barisan hadapan. Tetapi apabila negara berada dalam krisis, sejarah berkali-kali menunjukkan cerita yang berbeza. Ketika perang meletus. Ketika diktator tumbang. Ketika demokrasi runtuh. Ketika negara berpecah dan rakyat hilang kepercayaan kepada kepimpinan yang ada. Pada saat-saat begini, ada kalanya wanita yang selama ini berada di pinggir politik tiba-tiba diangkat ke hadapan. ♦️Benazir Bhutto muncul selepas Pakistan melalui pemerintahan tentera dan ayahnya, Zulfikar Ali Bhutto, digulingkan serta dihukum mati. Beliau akhirnya menjadi Perdana Menteri wanita pertama Pakistan. ♦️Corazon Aquino pula bangkit selepas pembunuhan suaminya dalam sebuah Filipina yang bergelut dengan pemerintahan autoritarian Ferdinand Marcos. Seorang wanita yang bukan ahli politik kerjaya akhirnya menjadi wajah kepada gerakan demokrasi dan Presiden negara itu. ♦️Di Indonesia, Megawati Sukarnoputri muncul daripada pergolakan politik penghujung era Suharto dan zaman Reformasi. Ketika Indonesia masih mencari kestabilan demokrasi baharu, beliau akhirnya menjadi Presiden wanita pertama republik itu. Tiga negara. Tiga krisis yang berbeza. Tiga wanita yang muncul ketika negara masing-masing berada di persimpangan. Bukan bermakna wanita hanya layak memimpin ketika krisis. Dan bukan juga bermakna setiap wanita akan menjadi pemimpin yang baik. Tetapi ia mengingatkan kita tentang sesuatu. Jangan sesekali memandang kecil kepada wanita yang berfikir, menulis dan berani bersuara. Kerana kita tidak pernah tahu. Wanita yang hari ini hanya menulis tentang dunia yang mahu dilihatnya, mungkin suatu hari nanti diminta membantu membinanya. **** Semalam saya menghabiskan sehari bersama sekumpulan wanita dalam Kursus Pementoran Penulisan & Pengaruh Media Sosial. Saya mengajar mereka mencari suara sendiri. Bagaimana membina idea. Menulis hujah. Menggunakan fakta. Memahami audiens.

HAJI HADI HARI INI BUKAN HAJI HADI 30 TAHUN LALU Ada juga satu realiti yang tidak perlu diselindungkan. Usia bergerak. Haji Hadi hari ini tentu bukan Haji Hadi 20 atau 30 tahun lalu. Cara menjawab soalan, ketajaman spontan dan kemampuan menghuraikan isu secara panjang tentunya berubah mengikut usia. Itu bukan penghinaan. Itu hukum alam. Malah ada sedikit ironi sejarah. Pada 2016, ketika Yusuf al-Qaradawi mengkritiknya, Haji Hadi sendiri mempersoalkan sama ada kenyataan tersebut benar-benar datang daripada Qaradawi dengan merujuk keadaan ulama itu yang sudah uzur, kurang mendengar dan penglihatannya tidak begitu baik. Hukum usia yang digunakan untuk membaca Qaradawi dahulu tentunya tidak mengecualikan sesiapa. Tetapi isu lebih besar bukan usia Haji Hadi. Isunya ialah: ketika Presiden semakin bergantung kepada lingkungan di sekelilingnya untuk mengurus politik harian, siapa sebenarnya mendapat lebih banyak ruang untuk membentuk PAS? PERANG SEBENAR BELUM BERMULA Sebab itu terlalu awal kalau kita sibuk meneka siapa “pengganti Haji Hadi”. Soalan lebih besar ialah apa yang akan berlaku apabila Haji Hadi sudah tiada sebagai titik tengah. Hari ini semua masih boleh duduk di bawah payung yang sama. Sanusi boleh membina jentera. Samsuri boleh menggunakan kedudukannya dalam PN. Takiyuddin boleh mengendalikan simpang organisasi. Kelompok ulama boleh menegaskan Majlis Syura. Dan semuanya masih boleh mengatakan: kami wala' kepada Presiden. Apabila Haji Hadi sudah tiada, ayat itu tidak lagi menyelesaikan masalah. Pada ketika itu barulah pertembungan sebenar akan menjadi jelas. Siapa mengawal siapa? Siapa menggunakan siapa? Siapa mempunyai kerusi? Siapa menguasai jentera? Siapa mempunyai akses kepada institusi? Siapa mampu menggunakan legitimasi ulama untuk mengabsahkan kemnya? Dan siapa akhirnya berjaya membuat pemain lain bergantung kepadanya? Jangan terlalu cepat membayangkan Sanusi, Samsuri atau Takiyuddin sebagai “pewaris hebat”. Masing-masing sedang bermain permainan kuasa. Masing-masing mempunyai kelemahan. Dan masing-masing memerlukan pemain lain selagi belum cukup kuat untuk berdiri sendiri. Kelompok ulama pula belum mati. Tetapi kalau mereka gagal membina semula pusat kuasa sendiri, mereka mungkin akhirnya bukan lagi pihak yang menentukan siapa memimpin PAS. Mereka hanya akan menjadi pihak yang memberikan legitimasi kepada kem yang berjaya menguasai parti. Itulah perkara paling menarik yang ditunjukkan Muktamar semalam. Bukan siapa paling kuat. Tetapi bagaimana kuasa PAS sudah mula berpecah kepada beberapa tangan. Haji Hadi masih berada paling depan. Masih menjadi payung. Masih menerima hentaman. Tetapi di belakang payung itu, masing-masing sudah mula menyusun buah. Muktamar ke-72 belum menunjukkan siapa akan menang. Tetapi ia sudah menunjukkan satu perkara: PAS selepas Haji Hadi tidak akan ditentukan oleh proses penggantian seorang Presiden semata-mata. Ia akan ditentukan oleh pertarungan tentang siapa akhirnya berjaya mengawal jentera, institusi, akses, kerusi — dan siapa berjaya menggunakan siapa.

Itu sebenarnya satu penegasan semula autoriti. Seolah-olah mahu mengingatkan: jangan sampai orang yang mempunyai jentera, jawatan PN atau rangkaian organisasi merasakan mereka bebas menentukan semuanya. Masalah kelompok ulama ialah kekuatan politik mereka tidak lagi seperti dahulu. Tuan Ibrahim masih Timbalan Presiden, tetapi sukar melihat ruang politiknya berkembang jauh melebihi kedudukan sekarang. Di bawahnya pula Idris Ahmad, Nik Zawawi dan tokoh-tokoh ulama lain belum kelihatan membentuk satu gelombang yang mampu menjadi pusat kuasa dominan. Mereka ada institusi. Tetapi institusi tidak semestinya sama dengan kuasa politik. Dan di sinilah keadaan menjadi lebih rumit. AHMAD YAHYA: ULAMA YANG MEMBERI KELEBIHAN KEPADA SANUSI? Ahmad Yahya mengetuai Dewan Ulama. Di muktamar semalam, beliau menyeru ahli memberikan wala' dan kepatuhan yang tinggi kepada kepimpinan selepas sesuatu keputusan dibuat. Tetapi kedudukan Ahmad menarik kerana beliau sendiri tidak mudah dibaca sebagai tokoh yang sedang membina satu kutub ulama yang benar-benar bebas. Lihat pola sebelum ini. Ketika Sanusi dikritik kerana sesi karaoke sehingga lewat malam, Ahmad Yahya tampil mempertahankan dan memberikan konteks kepada tindakannya, walaupun mengakui terdapat ahli PAS yang tidak selesa. Itu tidak membuktikan Ahmad Yahya ialah “orang Sanusi”. Jangan pergi sejauh itu. Tetapi dalam politik, kesan kadang-kadang lebih penting daripada label. Jika Ketua Dewan Ulama sendiri berulang kali menjadi antara orang yang memberikan perlindungan politik kepada Sanusi, maka secara objektif Sanusi mendapat satu kelebihan. Dia bukan sahaja mempunyai jentera. Dia berpotensi mendapat legitimasi atau perlindungan daripada sebahagian lingkungan ulama. Di sinilah masalah kelompok ulama. Mereka mahu mengambil kembali ruang. Tetapi sebahagian daripada kekuatan mereka sendiri sedang bertindih dengan kem lain. Maka kutub ulama semakin sukar berdiri sebagai satu kem yang benar-benar tersendiri. PRESIDEN PULA SUDAH DIKELILINGI Kemudian lihat siapa yang berada paling hampir dengan Haji Hadi. Di satu sisi ada Takiyuddin dengan organisasi. Ada Samsuri di PN. Ada Sanusi dengan jentera. Dan di pintu institusi Presiden sendiri ada Syahir Sulaiman. Syahir menjadi Setiausaha Politik Presiden PAS sejak 2018, menggantikan Samsuri yang sebelum itu memegang jawatan tersebut. Dalam banyak episod sejak itu, Syahir juga menjadi orang yang menjelaskan pendirian atau tindakan Haji Hadi kepada khalayak. Dalam bahasa politik, kedudukan seperti ini boleh dianggap sebagai gatekeeper. Penjaga pintu. Bukan bermaksud Syahir menerima arahan Sanusi, Samsuri atau Takiyuddin. Tidak ada bukti untuk mengatakan begitu. Tetapi struktur ini penting. Ia menunjukkan bahawa hubungan dengan institusi Presiden tidak lagi sekadar hubungan terus dengan Haji Hadi. Di sekeliling Presiden sudah ada satu lingkungan politik yang mempunyai jaringan, kepentingan dan hubungannya sendiri. Kelompok ulama mungkin mempunyai Majlis Syura. Tetapi pemain lain berada lebih hampir dengan pengurusan politik harian. Itu bezanya. SEBAB ITU SEMUA MASIH PERLUKAN HAJI HADI Di tengah-tengah semua ini, jangan pula menganggap Haji Hadi sudah tidak penting. Sebaliknya, semua blok tadi masih memerlukannya. Bukan semestinya kerana beliau mengawal setiap gerakan mereka. Tetapi kerana Haji Hadi mempunyai sesuatu yang belum dimiliki sepenuhnya oleh Sanusi, Samsuri mahupun Takiyuddin: legitimasi sejarah dan hubungan emosi dengan sebahagian besar penyokong teras PAS. Haji Hadi adalah payung. Dan pada masa yang sama, beliau juga perisai. Apabila kenyataan mencetuskan kontroversi, siapa kena dahulu? Haji Hadi. Media mengejar Haji Hadi. Lawan politik menyerang Haji Hadi. Penyokong rally mempertahankan Haji Hadi. Dalam kekecohan itu, pemain di belakang mempunyai ruang lebih luas untuk terus mengurus jentera, rundingan, kerusi dan jaringan masing-masing. Sebab itu Haji Hadi masih berguna kepada semua pihak. Selagi beliau ada, tidak ada sesiapa perlu membuka perang secara terang-terangan.

https://www.facebook.com/share/1NWQ7xxpJ9/ MUKTAMAR PAS BUKA TIRAI PERTARUNGAN KUASA DI BELAKANG HAJI HADI Muktamar PAS ke-72 yang baru berakhir semalam menarik bukan sangat kerana apa yang disebut di atas pentas. Lebih menarik ialah apa yang boleh dibaca di belakangnya. Haji Hadi masih Presiden. Masih duduk paling depan. Masih menjadi nama yang disebut dengan wala' dan penghormatan. Tetapi semakin jelas, kuasa politik dalam PAS hari ini sudah tidak lagi berkumpul sepenuhnya pada seorang Presiden. Di bawah payung Haji Hadi, beberapa pusat kuasa sedang membina kedudukan masing-masing. Sanusi. Samsuri. Takiyuddin. Dan kelompok ulama. Belum ada perang terbuka. Belum ada sesiapa menghunus pedang terhadap sesiapa. Sebab belum perlu. Masing-masing masih boleh bercakap atas nama Presiden yang sama. Tetapi Muktamar semalam sudah menunjukkan papan caturnya. SANUSI: JENTERA DAN KERUSI ADALAH LEVERAGE Sanusi tidak perlu menjadi Presiden untuk mempunyai kuasa. Sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, dia berada di tempat yang sangat strategik: kerusi, calon dan jentera. Dalam penggulungannya, Sanusi menegaskan PAS tidak sepatutnya lagi menyerahkan kerusi yang diyakini boleh dimenangi kepada parti lain. Itu bukan sekadar sembang pilihan raya. Dalam parti politik, siapa mempunyai pengaruh terhadap kerusi, calon dan jentera mempunyai leverage. Sanusi nampaknya memahami perkara itu. Sebab itu jangan baca kem Sanusi sekadar melalui popularitinya atau gaya ceramahnya. Yang lebih penting ialah rangkaian yang sedang dibinanya di bawah. Semakin banyak keputusan pilihan raya melalui tangan dan jenteranya, semakin besar kuasanya untuk menentukan siapa naik, siapa bertanding dan siapa akhirnya terhutang politik kepadanya. SAMSURI: KUASA MELALUI PN Samsuri pula bermain di gelanggang berbeza. Dia tidak perlu berlawan dengan Sanusi di medan yang sama. Kedudukannya sebagai Pengerusi PN memberinya ruang sendiri. Contoh paling mudah berlaku pada Ogos lalu. Haji Hadi mengatakan Bersatu telah terkeluar daripada PN. Tetapi Samsuri kemudian mengatakan, setakat 9 Ogos, Bersatu masih merupakan anggota PN. Itu bukan bermaksud Samsuri sedang melawan Presiden. Tetapi ia menunjukkan satu hakikat menarik: dalam hal tertentu, ucapan Presiden PAS bukan lagi semestinya noktah terakhir kepada semua perkara. Ada struktur lain. Ada mesyuarat lain. Ada orang lain yang mempunyai kuasa institusinya sendiri. Maksudnya, Samsuri juga mempunyai tapak untuk bermain — bukan melalui jentera akar umbi seperti Sanusi, tetapi melalui struktur gabungan politik yang PAS sendiri perlukan. TAKIYUDDIN: ORANG DI SIMPANG ORGANISASI Kemudian Takiyuddin. Kekuatan Takiyuddin bukan pada populariti massa. Dia bukan Sanusi. Dia juga bukan Samsuri. Tetapi orang seperti Takiyuddin tidak perlu menjadi paling popular. Cukup kalau banyak jalan politik parti terpaksa melalui simpang tempat dia berdiri. Organisasi. Rundingan. Perjanjian politik. PN. Hubungan dengan parti lain. Dan pengurusan implikasi kenyataan parti. Episod Amerika Syarikat semalam cukup menarik. Haji Hadi menceritakan bahawa AS pernah bersedia membantu PAS menjatuhkan kerajaan BN. Kemudian Takiyuddin, yang berada dalam pertemuan tersebut, memberikan versi yang lebih terkawal: menurutnya wakil Kedutaan AS bertanya sama ada PAS merancang menjatuhkan kerajaan, dan PAS menolak campur tangan asing. Tak perlu kita mendakwa Takiyuddin sedang “membetulkan” Presiden. Cukup lihat fungsinya. Haji Hadi mencetuskan tajuk besar. Takiyuddin muncul memberikan konteks. Presiden berada di depan menerima hentaman. Operator organisasi mengurus implikasi di belakang. Itu juga satu bentuk kuasa. KELOMPOK ULAMA CUBA AMBIL SEMULA RUANG Tetapi jangan pula anggap kelompok ulama sudah menyerah kalah. Muktamar kali ini turut memperlihatkan usaha mereka mengingatkan bahawa PAS bukan sepatutnya dikendalikan sepenuhnya oleh pemain pilihan raya dan operator politik. Tuan Ibrahim secara terbuka mengingatkan bahawa kerjasama politik PAS perlu dipandu dan diputuskan melalui Majlis Syura Ulama.

https://www.facebook.com/share/19Yq8ozH8v/ Marriage and Divorce. I have been married multiple times. None of them worked. And honestly, I find absolutely nothing embarrassing about that. In fact, I have never understood why divorce is treated as though it is some kind of personal failure, especially for women. The main cause of divorce is marriage. If there were no marriages, there would be no divorces. Marriage is an experiment in companionship. Sometimes it works beautifully. Sometimes it doesn’t. Sometimes two people grow together. Sometimes they grow apart. And sometimes, despite the best intentions, you eventually realise that the relationship is no longer good for either of you. When that happens, you leave. You learn. You move on. And you live. In Kelantan, at least among the womenfolk I grew up around, there was never quite the same stigma attached to a woman who had been married more than once. In fact, the more times a woman marries, the more respectable she could becomes. "Oh laku dia" meaning, many men want to marry her. So it means she is good! So I say, the more, the merrier! We don't have to look down on divorcees. A woman who has been divorced has not failed at life. She has simply lived it. She has loved, tried, experienced, endured, learned and had the courage to walk away when something no longer worked. Life is an experiment. And experience is often the best teacher. But marriage and divorce are ultimately personal matters. They belong primarily to the people involved. You can celebrate a marriage, just as you can celebrate the beginning of a new chapter after a divorce. But neither needs to become a public spectacle. Some things are better kept intimate, private and dignified. So I don't particularly bother myself with who marries whom, who divorces whom, or how many times someone has done either. What I do find disturbing, however, is what people say about women when they feel entitled to comment on their personal lives, especially otak lelaki Melayu in particular. I'm reading comments directed at Hannah Yeoh. Instead of discussing her work, her performance, her policies or her contribution, some people commented about her age, her appearance, whether she is "dry", her sexuality, her desirability and all sorts of other crude statements. What does any of that have to do with her ability to do her job? This is where I think we need to find out why these men are having these conversations about women. Are they more obsessed with sex rather than substance? Their crude minds reflect how society has diminished its values and turned everything about a woman's sex life. BTW, a woman's value does not depreciate because she is divorced. It also does not matter whether a man wants her. It does not depend on how she looks, whether she is sexually attractive, whether she has been married etc etc. And certainly, a woman's intelligence, competence and ability to contribute to society have absolutely nothing to do with her sex life. And neither is it any of your business. When a woman does something we disagree with, challenge her ideas. If you think her policies are bad, argue the substance. If you think she has failed in her responsibilities, show us where. But when your argument ends with comments about whether a woman is "old", "dry", desirable or sexually active, you have not actually made an argument. You have merely exposed your own mentality. And perhaps that is the saddest part. We keep telling women to be educated, successful, independent and confident. Yet she is never measured by her intellect but how she ages. And BTW again, her contribution to society is certainly bigger than the guy sitting behind the keyboard spewing stupid remarks online. Shame on them.

https://www.facebook.com/share/p/1HsDoJsofT/ Semalam, UN luluskan resolusi yang menggalakkan penggunaan peta dunia Equal Earth berbanding peta Mercator yang dihasilkan lebih 400 tahun lalu. Peta Mercator sebenarnya direka untuk membantu navigasi laut, tapi kesanya ialah area distortion. Bahagian utara peta terpaksa di stretch, menyebabkan kawasan Eropah, Kanada dan Rusia kelihatan lebih besar. Wilayah di Afrika dan sekitar khatulistiwa pula jadi kecik daripada saiz sebenar. Contohnya Greendland nampak sama besar dengan Afrika padahal Afrika 14x lagi besar dari Greenland. Kesan peta Mercator ni bukan sekadar isu teknikal. Peta dunia boleh mempengaruhi persepsi dunia terhadap sesuatu rantau. Contohnya bila Afrika digambarkan sebagai kecil, tanggapan terhadap faktor keluasan, kedudukan, dan significance Afrika berbanding benua lain pun berubah. Orang anggap Afrika is nothing berbanding wilayah yang lebih luas. Lebih-lebih lagi di era pasca kolonial, negara-negara baru terbentuk dan geopolitik menjadi semakin panas. Advokasi #CorrectTheMap dari Afrika akhirnya mendapat perhatian dunia dan diiktiraf. Dengan peta Equal Earth, saiz relatif negara dan benua digambarkan dengan lebih tepat. Cuma, resolusi UN ini tak mengikat dari segi undang-undang dan peta Mercator juga tak dibatalkan. UN cuma menggalakkan penggunaan peta yang lebih tepat dalam menggambarkan dunia sebenar. Malaysia mungkin tak terjejas sangat sebab kita memang duduk area yang tak perlu stretched. Cuma dari sini kita dapat tengok Malaysia sebenarnya lebih besar dari UK, Norway, Itali, dan Findland.

https://www.facebook.com/share/p/19Z4AAwVGD/ WHO SHOULD BE YOUR PRIME MINISTER? Barangkali duta sekadar bertanya saja, "who do you think should be the PM?". Tapi, iyalah. Duta negara yang itu yang bertanya. Tentulah terasa seperti pandangan balas yang diberi itu mempunyai nilai yang tinggi. Rasa menjadi perunding geopolitik seketika. Rasa. Jadilah. Sama seperti kita bertanya lauk sedap atau tidak daripada penjual lauk berkenaan. Jawapan sudah dijangka. Itu saja. Atau, barangkali si duta pun bertanya hanya sebagai 'pembuka selera saja..', sebagai 'ice breaking'.. bukannya untuk dapatkan pandangan profesional. Bukankah pernah ada yang sampai buat kenyataan terbuka dalam ceramah bahawa "CIA pun call ana..". Inikan pulak sekadar duta. Jadi, bab duta campur tangan politik Malaysia datang dari pedagang siasah nih, saya rasa, adalah elemen keterujaan yang terlebih saja. Tidak material. Ada banyak buku yang lebih awal menbongkar onar Amerika dalam mengubah rejim kuasa negara-negara. Venezuela terang-terang diperkosa disaksikan seluruh dunia. Iraq. Afgjanistan. Iran. Greenland. Canada. Sila sambung senarainya.. Untuk menganggap US baik umpama wali adalah tidak bijak. Untuk menganggap US bersungguh bertanya terbuka tentang siapa perlu jadi PM juga, hanyalah acah-acah 'concern'. Mereka sudah pun buat keputusan awal-awal siapa yang mereka rasa akan menguntungkan US Mereka akan menggeledah segenap ruang yang ada untuk memenuhi matlamat itu, malah berlarutan campur tangan, secara langsung atau tidak langsung, tanpa sedikit pun rasa malu, jauh sekali untuk rasa bersalah. Nanti, habis madu sepah dibuang. Sama macam Gaddafi, Saddam dan Zelensky (kena tunggu). Untuk terasa bangga menerima panggilan dari CIA atau bangga ditanya duta mereka siapa patut jadi PM juga, pada hemat saya, hanya bahan untuk mereka sembangkan di meja makan hingga berlinangan air mata menahan ketawa, sesama mereka. Move on.

Dengan takrif paling sederhana, hegemoni itu boleh dilihat sebagai penundukan akal, jiwa dan jasad melalui kaedah memujuk atau meyakinkan. Hegemoni, berbeza dengan kuasa rasmi, tidak memerlukan kekerasan atau paksaan. Tetapi hegemoni ini, akibat sifatnya yang lembut, mengasyikkan dan tersembunyi, juga penghalang terbesar usaha kita menyeru ke arah semakan kembali kefahaman-kefahaman kita tentang agama. Agama sebagai hegemoni ilmu, wacana dan institusi sosial harus dibuka seluas-luasnya untuk disemak. Maksud saya, kefahaman kita atas agama dan himpunan pengetahuan agama. Atas sifatnya yang ada tumpang tindih dengan politik, modal dan tradisi (di luar agama), maka pengetahuan agama harus selalu disemak dan dibahas. Semakan bertujuan mendorong pemahaman kritis dan reflektif terhadap asas-asas anutan agama tersedia ada (kukuh) yang bergerak dalam masyarakat, yang seolah-olah muncul secara semula jadi, dan akibatnya tidak dipermasalahkan atau dipertikaikan lagi. Atas sifatnya yang berinteraksi atau terjaring dengan kepentingan modal, kuasa dan tradisi, semakan kefahaman agama dan himpunan pengetahuan agama bertujuan membongkar selimut ideologi atau selubung wacana dalam hubungan kepentingan itu (juga, konteks dan sejarahnya) yang tidak selalu telus, dan malah sering mengendong dakwaan "kekudusan" agama.

https://www.facebook.com/share/1BLwt8v9o7/ PAS tunggang agama atau peralat agama atau eksploitasi agama? Apa masalahnya? Coretan lama saya pada 10 November 2014. Jemput baca 👇👇 Ilmu pengetahuan, atau maklumat jenis apa pun, membawa dampak yang "sama" pada akal. Pengetahuan agama atau pengetahuan bukan agama -- di sisi akal -- membawa kesan yang sama, pada awalnya. Tetapi apabila kita membuat tanggapan berbeza terhadap ilmu-ilmu, maka kesannya akan berlainan. Jika kita anggap ilmu agama itu paling pasti dan sahih, tiada pilihan lain kecuali yakin dan beriman, maka kesan ilmu ini pada akal dan psikologi kita tentulah lebih kuat. Apatah lagi ilmu itu bertukar keyakinan, atau akidah, yang menebal dan sebati dengan diri kita. Ia menjadi "second nature" (kebiasaan) akibat kuatnya bersemadi ilmu dengan jasad. Ia mengubah cara kita pandang dunia ini; ia mengubah tindak balas tubuh kita apabila sesuatu yang bertentangan (pada tanggapan kita) dengan ilmu agama kita. "Ilmu" di sini maksudnya tanggapan mendalam yang membawa kesan pada jasad. Sewaktu "ilmu agama" kita itu sudah sebati dengan jasad, kita terlupa bahawa ilmu, apa sahaja ilmu, pada asalnya di luar jasad dan di luar skema pengetahuan kita. Kita mengambilnya menjadi sebahagian diri kita. Kita terlupa asal-usul pembudayaan ilmu ke atas jasad kita. Contoh paling mudah, kesan pembudayaan ilmu agama pada akal dan psikologi kita, seperti cita rasa dan selera lidah kita, yang diasakkan dalam fikiran kita sejak hari-hari pertama kita dilahirkan. Akibat kelupaan itu, kita berasa "ilmu agama" itu azali ciptaannya pada jasad kita, seperti tangan, telinga dan bulu roma kita. Sebab itu, orang Melayu menjadi terlalu sensitif, hypersensitive, pada agama sehingga di peringkat tidak mampu memikir kembali susur galur proses pembudayaan agama ke atas dirinya. Roland Barthes meringkaskan dengan padat sekali kesan psikologi itu: "Myth consists in overturning culture into nature or, at least, the social, the cultural, the ideological, the historical into the 'natural'." (lihat bukunya 'Image, Music, Text'). Akibatnya, ilmu agama membawa kesan lali atau pembiusan pada akal kita. (ii) Atas sifatnya sebagai ilmu yang tumbuh dan hidup dalam masyarakat manusia, agama itu tidaklah berkecuali atau tidak berkepentingan. Malah, ia sentiasa muncul bersama, dan sarat pula, tafsir manusia. Maksudnya, manusia dalam budayanya. Tetapi orang Islam selalu tidak nampak hal ini. Mereka anggap pengetahuan agama itu "objektif", "tanpa nilai" dan "berkecuali" seperti seketul batu. Jika kita berikan seketul batu ini kepada adik kita, kemudian anak kita, kemudian emak kita menyerahkan ketulan itu kepada jiran kita, batu tetaplah batu itu. Seperti batu di tangan kita disampaikan kepada jiran tanpa sebarang perubahan. Namun, dalam bidang kajian ilmu dan budaya, tanggapan seperti ini salah; malah salah besar! Tetapi orang Islam selalunya (bukan semua), khususnya yang kurang berfikir, tidak dapat menerima hakikat adanya faktor manusia dalam pengetahuannya tentang Tuhan dan Akhirat. Agama, walau sudah memasuki wilayah geografi dan zaman yang luas lagi panjang, masih lagi diduga kekal dan tidak berubah-ubah, seolah-olah tersimpan piawai dalam wahyu dan kemudiannya dipindahkan dengan lancar dalam kefahaman dan kebudayaan manusia tanpa sebagai sebarang 'retak' sedikit pun. Dan, seolah-olah manusia mampu mencapai hakikat wahyu sedalam-dalamnya seperti kemutlakan makna asli Tuhan, atau dalam debat sastera semasa disebut mencapai 'makna asal pengarang' Untuk mengekalkan dan memberikan legitimasi ke atas aliran "ketulenan" agama, campur tangan tafsir manusia ini sengaja dighaibkan daripada wacana agama walaupun setiap kuliah agama menyedari wujudnya pelbagai mazhab teologi dan pemikiran, apatah lagi fekah, sepanjang rentang sejarahnya. (iii) Ilmu, wacana dan institusi sosial - selain kuasa dan modal - menjadi sebahagian unsur dalam jaringan dominasi, atau setidak-tidaknya hegemoni.

Jadilah generasi yang tahu untuk apa karya itu dihasilkan, apa yang sedang dibawa kepada masyarakat, apa yang patut ditolak dan apa yang kalian tidak sanggup gadaikan walaupun peluang di depan mata sangat besar. Saya benar-benar berharap kalian masuk nanti bukan sekadar untuk menggantikan generasi yang berada dalam industri hari ini. 𝗠𝗮𝘀𝘂𝗸𝗹𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗶𝗸𝗶. Masuk dengan ilmu yang kuat, fikrah yang jelas, kemahiran yang hebat dan keberanian untuk berkata tidak apabila sesuatu itu memang bertentangan dengan apa yang Allah tetapkan. Sebab akhirnya, industri tidak akan berubah hanya kerana masyarakat di luar terus menegur, memboikot dan membuat aduan. Perubahan juga perlu datang daripada manusia yang berada di dalam. 𝗜𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗮𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝗱𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻, 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗽 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗴𝗮𝗱𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗽𝘂𝗻 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴. Syahirah Omar.

𝟲. 𝗗𝗮𝗻 𝘁𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗹𝗮𝗵, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗶𝘁-𝘀𝗲𝗹𝗶𝘁 𝘂𝗻𝘀𝘂𝗿 𝗟𝗚𝗕𝗧𝗤 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗿𝗮𝗺𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗳𝗶𝗹𝗲𝗺 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗼𝗹𝗮𝗵-𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮. Ada beza antara membincangkan sesuatu isu kerana mahu memahami realiti dengan mengulang dan membingkainya berkali-kali sehingga sensitiviti masyarakat terhadap perkara itu berubah. Tak semua perkara perlu dimasukkan semata-mata mahu nampak progresif, berani atau kononnya lebih dekat dengan realiti. Karya yang baik bukan karya yang berjaya melanggar sebanyak mungkin batas. Kadang-kadang kematangan seseorang pengkarya terlihat apabila dia tahu batas mana yang memang tidak patut disentuh. . 𝟳. 𝗦𝘂𝗱𝗮𝗵-𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘆𝘂𝗮𝗽 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗼𝗽𝗮𝗺𝗶𝗻𝗲 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮. Cinta, kekayaan, kemasyhuran, pembunuhan, mafia, skandal, seks dan sensasi memang mudah membuat manusia melekat pada skrin. Tetapi kalau industri hanya mengejar apa yang paling cepat merangsang manusia untuk terus menonton, sampai bila cita rasa masyarakat mahu dibiarkan pada tahap yang sama? 𝗜𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘂𝘁 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗿𝗮 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁. 𝗜𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗿𝗮 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁. Kalau bertahun-tahun itulah yang disuap, jangan pelik kalau itulah juga yang masyarakat belajar untuk cari. Padahal karya mempunyai kuasa yang jauh lebih besar daripada sekadar membuat manusia ketagih menunggu episod seterusnya. . 𝟴. 𝗚𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗸𝗮𝗿𝘆𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗶𝘄𝗮 𝘂𝗺𝗮𝘁. Ini paling penting bagi saya. Kita perlukan lebih banyak karya yang menghidupkan semula rasa perjuangan, keberanian, pengorbanan, kepimpinan, identiti dan kebangkitan agama dalam jiwa manusia. Kita ada karya seperti Mat Kilau dan Pendekar Awang yang membawa semangat perjuangan. Lihat juga bagaimana siri seperti Diriliş: Ertuğrul dan Kuruluş: Osman menggunakan penceritaan untuk membawa manusia masuk ke dalam kisah perjuangan, pengorbanan, kepimpinan, maruah dan agama. Ya, kita boleh berbeza pandangan tentang ketepatan sejarah atau cara sebahagian perkara dipersembahkan. Itu ruang perbincangan yang lain. Tetapi mereka faham satu perkara yang sangat penting. 𝗖𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮. Kita sendiri ada sejarah Islam, sejarah bangsa, tokoh, perjuangan dan realiti umat hari ini yang sangat kaya untuk diangkat. Tak perlu semua karya jadi ceramah. Karya tetap boleh indah. Boleh mendebarkan. Boleh kelakar. Boleh buat manusia menangis. Boleh ada cinta, konflik dan emosi. Tetapi biarlah selepas menonton, ada sesuatu yang tinggal dalam jiwa manusia. Ada rasa hidup ini mempunyai tujuan yang lebih besar. Ada keberanian. Ada rasa tanggungjawab. Ada semangat mempertahankan apa yang benar. Dan ada kesedaran bahawa Islam ini bukan sekadar nama yang kita isi pada ruangan agama, tetapi sesuatu yang difahami, dipegang dan diperjuangkan. . 𝟵. 𝗕𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶, 𝗸𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 𝗶𝘁𝘂. Pada waktu itu kalian akan berdepan dengan banyak pilihan. Kadang-kadang ujian prinsip tidak datang dalam rupa sesuatu yang jelas buruk. Ia boleh datang sebagai job yang sangat bagus, skrip yang menarik, produksi besar, peluang bekerja dengan nama-nama hebat, watak yang boleh menaikkan nama atau projek yang mungkin mengubah kerjaya kalian. Di situlah ilmu dan fikrah yang kalian bina hari ini akan menentukan siapa kalian nanti. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗴𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗿𝘆𝗮.

https://www.facebook.com/share/p/1JHG1L7hQ4/ 𝗔𝗱𝗶𝗸-𝗮𝗱𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗳𝗶𝗹𝗲𝗺, 𝗱𝗿𝗮𝗺𝗮, 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸𝘀𝗶, saya ada satu harapan besar untuk kalian. Beberapa tahun lagi, kalianlah yang akan masuk ke dalam industri ini. Ada yang akan menjadi penulis skrip, pengarah, penerbit, pelakon, editor, kru produksi atau duduk di tempat yang menentukan apa yang akhirnya sampai kepada masyarakat. Sebab itu saya rasa penting untuk saya tulis perkara ini sekarang. . 𝟭. 𝗦𝗮𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗶𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴. Dan saya percaya ramai rakyat Malaysia pun rasa perkara yang sama. Terlalu banyak karya yang membawa maksiat, hubungan yang rosak, unsur seksual dan perkara yang sepatutnya menimbulkan rasa malu, tetapi berkali-kali disajikan sebagai hiburan. Apa yang kita tonton tak berhenti setakat di skrin. Apa yang kita lihat berulang kali sedikit demi sedikit boleh mempengaruhi apa yang kita rasa biasa. Perkara yang pada awalnya terasa janggal boleh jadi semakin tidak mengganggu apabila terlalu kerap dilihat. Sebab itu karya tak pernah sekadar karya. Ia masuk ke dalam fikiran manusia, membentuk rasa, bahasa, pandangan dan akhirnya cara masyarakat melihat sesuatu perkara. . 𝟮. 𝗗𝗮𝗻 𝘆𝗮, 𝗽𝗲𝗻𝗮𝘁 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂. Kita ada pihak berautoriti, garis panduan, klasifikasi dan proses semakan. Tetapi kalau kandungan perlu ditayangkan dahulu, tersebar dahulu, klipnya berlegar di media sosial dahulu, kemudian masyarakat pula kena bising, membuat laporan dan memastikan isu itu cukup besar sebelum perhatian serius diberikan, memang wajar kita persoalkan sejauh mana proses menapis lebih awal itu benar-benar berfungsi. 𝗠𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗮𝗽𝗶𝘀 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶. . 𝟯. 𝗔𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗠𝗮𝗱𝘂 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗥𝗮𝗰𝘂𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗖𝗲𝗹𝗮 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗸𝗶𝘁𝗮, “𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗻𝗶 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗮𝘁𝗶-𝗵𝗮𝘁𝗶”. Ya, memang kena berhati-hati. Baca skrip betul-betul. Faham watak yang ditawarkan. Faham apa yang perlu dilakonkan. Tahu babak apa yang akan dibuat. Jangan anggap sesuatu job itu ringan hanya kerana ia datang daripada produksi besar atau kerana orang lain di sekeliling kita nampak selesa dengannya. Tetapi kalau akhirnya kita cuma belajar bagaimana mahu mengelakkan kecaman atau boikot pada masa akan datang, belum tentu cara fikir kita berubah. 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗰𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗮𝘄𝗮𝗹. . 𝟰. 𝗕𝗶𝗻𝗮 𝗳𝗶𝗸𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗽 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗸𝗲 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶. Skill penting. Ilmu teknikal memang penting. Tetapi sebelum seseorang itu menjadi penulis skrip, pengarah, penerbit, pelakon atau apa sahaja jawatan dalam industri, dia terlebih dahulu seorang Muslim dan hamba Allah. 𝗡𝗲𝗿𝗮𝗰𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗿𝗲𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴, 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘀𝗲𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝗶𝘁𝘂 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮. 𝗕𝗮𝗴𝗶 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺, 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗰𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻. . 𝟱. 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗲𝘁𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝗶𝘁𝘂 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺, 𝗶𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗵𝗮𝗿𝘂𝘀 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗶𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗸𝗿𝗶𝗽. Ia tidak jadi halal kerana namanya seni. Ia tidak berubah hukumnya kerana penontonnya sudah dewasa. Dan niat yang kita rasa baik juga tidak secara automatik menjadikan semua cara itu betul. 𝗡𝗶𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻. .

https://www.facebook.com/share/1C1iYYzbD5/ Subteks Haji Hadi Oleh: MN Dulu saya suka gelakkan Haji Hadi. Saya anggap apa yang keluar dari mulutnya kelakar dan tak masuk akal. Tapi lama kelamaan, saya perasan satu perkara yang mengubah persepsi saya terhadap Haji Hadi. Pertama, kita perlu fahami bagaimana Haji Hadi bermain minda dan mencipta persepsi. Apa yang keluar daripada mulutnya bukanlah apa yang dia percaya tetapi apa yang dia mahu orang di bawahnya percaya. Haji Hadi tahu orang Melayu yang gemar dengan politik cukup suka dengan cerita-cerita konspirasi yang penuh intrik dan drama. Banyak kali penyokongnya di bawah percaya apa yang Haji Hadi katakan bulat-bulat. Pernah saya berjumpa dengan seorang rakan lama, seorang pemimpin pertengahan pemuda PAS sewaktu saya tinggal di Muscat. Beliau singgah sebentar ke Oman kerana sedang terlibat dalam satu projek minyak dan gas di Timur Tengah. Kami ada sedikit berborak politik. Saya pun bertanya terus kepada rakan saya. Bagaimana orang Melayu melihat PAS dan UMNO, khususnya generasi muda. Dia jawab ringkas. Orang muda sekarang ada masalah keyakinan terhadap parti politik. Tapi satu perkara yang dia yakin adalah orang muda Melayu akan kembali menyokong PAS jika PAS dapat buktikan bahawa mereka lebih layak menggantikan UMNO sebagai payung orang Melayu. Buat ramai golongan atas pagar, PAS dilihat sebagai parti orang Melayu Islam yang begitu lama skeptik dan pesimis terhadap kerajaan yang memerintah. Pandai cakap sahaja tapi tak serupa bikin. Lebih kurang begitulah andaian yang wujud. Disebabkan itu, PAS boleh kekal berangan bercakap itu dan ini tetapi mereka tidak akan dipandang serius untuk membawa perubahan. Itu kalau kita bercakap pasal PAS. Tetapi lalau kita bercakap pasal Haji Hadi. Dia cukup mahir bermain persepsi untuk melemahkan naratif pihak lawan khususnya dalam menarik perhatian orang Melayu Ramai melihat kenyataan terbaharu Haji Hadi tentang Amerika terlibat untuk menjatuhkan kerajaan UMNO. Umum fikir perkara ini kelakar. Tetapi apa subteksnya? Subteksnya adalah Pakatan Harapan (PH) dimana PAS sebahagian daripada gabungan tersebut suatu ketika dahulu "mempunyai hubungan yang baik" dengan Amerika melalui pintu belakang. Tuduhan yang cuba digambarkan adalah 'Amerika' tahu tentang strategi untuk menjatuhkan kerajaan UMNO. Maka, PH sangat bermasalah dan orang Melayu kena berhati-hati daripada Pakatan Harapan. Tetapi jangan kita lupa bahawa bekas ketua perisikan luar, Dato Hasanah Hamid pernah menulis surat terbuka kepada pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) memohon CIA untuk menyokong pentadbiran Najib bin Razak sewaktu Najib menjadi PM. Tidak pernah mana-mana pentadbiran dalam sejarah yang meminta sokongan CIA secara terbuka dalam kempen politik. Hanya Najib Bossku sahaja yang pernah. Namun, perkara ini sebenarnya menimbulkan satu persoalan penting. Betulkah kita percaya bahawa Amerika tidak campurtangan di dalam urusan politik dalam negara? Jika benar, maka kenapa dakwaan-dakwaan ini timbul? Terima kasih

https://www.facebook.com/share/p/1Ep7DvQxsm/ Muktamar sudah habis. Boleh dikatakan PAS sedang bersedia untuk menjadi kerajaan pada tahap tertinggi. Tapi ucapan perwakilan Pemuda Sarawak banyak membuka mata Abe Gat. Mungkin kerana mereka datang daripada pengalaman hidup di negeri yang masyarakatnya sangat majmuk. Kalau kita nak jadi kerajaan, kita kena pandai jaga hati semua kaum. Kita perjuangkan agama dan bangsa kita, itu memang tanggungjawab kita. Tapi jangan sampai cara kita berjuang menyebabkan kaum lain terasa dihina dan seolah-olah tidak ada tempat dalam negara ini. Kerisauan Abe Gat sebenarnya bukan pada PAS sebagai sebuah parti. Tapi pada sebahagian ahli PAS itu sendiri. Cuba tengok ruangan komen apabila melibatkan agama lain. Tengok di portal berita. Tengok di media sosial pimpinan bukan Islam. Hatred itu kadang-kadang terlalu tinggi. Hari ini Kumaresan daripada DHPP menyatakan bahawa beliau, mewakili masyarakat India, amat terasa hati dengan penggunaan istilah “kuil haram”. Apa berlaku selepas itu? Kecaman bertalu-talu di media sosial. Ahli PAS juga yang hentam. Kita mungkin rasa kita sedang mempertahankan pendirian kita. Tapi pernah tak kita fikir, tindakan dan bahasa kita sendiri mungkin menjadi antara sebab orang bukan Islam semakin jauh daripada PAS? Begitu juga apabila kita bercakap tentang Rohingya dan bangsa asing. Kadang-kadang kita meletakkan kad pengenalan dan pasport sebagai sempadan kepada kemanusiaan. Dulu ketika PAS lebih dikenali dengan wajah Islamis, pendekatan kita terhadap isu kemanusiaan terasa berbeza. Hari ini apabila wajah Islamis itu semakin bercampur dengan nasionalisme, hok Abe Gat bimbang ialah sempadan antara mempertahankan bangsa dengan membenci bangsa lain semakin kabur pada sebahagian ahli. Apatah lagi apabila kita melihat video orang kita mengherdik kaum lain. Masuk ke premis perniagaan mereka, herdik mereka, marah mereka seolah-olah negara ini sudah tidak ada penguatkuasa. Cuba kita terbalikkan keadaan. Kalau saudara mara kita yang bekerja sebagai buruh di negara maju diherdik dan disumpah hanya kerana mereka orang asing, adakah kita boleh terima? Tentulah tidak. Tapi begitulah sebahagian sikap ahli kita yang akhirnya orang luar kaitkan dengan PAS. Sedangkan PAS sebagai sebuah parti sedang berada di landasan yang betul. Orang bukan Islam ada kedudukan dalam PAS. DHPP diberikan ruang dan berdiri di pentas Muktamar menyuarakan sendiri keresahan masyarakat mereka. PAS juga tidak pernah meletakkan kad pengenalan sebagai syarat untuk kita berlaku manusiawi kepada manusia lain. Lihat sahaja pendirian rasmi PAS dalam isu Rohingya. Sebab itu kalau PAS mahu menjadi kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia, perubahan tidak boleh berlaku pada parti sahaja. Ahli juga kena berubah. PAS mungkin sudah bersedia untuk menjadi kerajaan. Persoalannya, adakah kita sebagai ahli sudah bersedia menjadi ahli kepada sebuah parti pemerintah? Abe Gat, Baru habis update tentang muktamar.

Berpolitik ke Syurga? Hari ini banyak pihak mengulas tentang ucapan "sokong PAS masuk syurga" yang dikaitkan dengan ucapan Dato Takiyuddin Hasan dalam ceramah beliau. Untuk berlaku adil, kita perlu mendengar sendiri ucapan beliau dengan tidak hanya merujuk kepada pemberitaan yang dibuat sekerat-sekerat oleh media. Dato Taki menegaskan "PAS parti yang bawa seruan Islam, PAS parti politik berteraskan islam. Jika mati kerana perjuangkan islam maka diberikan pahala dan masuk syurga. Masuk PAS kerana terima Islam, berjuang atas landasan Islam, masuk PAS dengan cara itu insyallah masuk syurga". Saya tidak melihat sebarang kesalahan dalam ucapan beliau kerana ia menegaskan kaedah untuk dapat pahala dan dapat syurga dalam berpolitik. Bukan semata-mata masuk parti yang membawa ke syurga tetapi cita-cita perjuangan parti yang selaras dengan Islam yang boleh membawa ke syurga. Adapun jika ada tindak tanduk parti atau individu dan pimpinan parti yang tidak selari dengan Islam dalam usaha memperjuangkan Islam maka nilaian pahala dan dosa dibuat atas setiap perlakuan yang silap itu secara khusus yang mesti ditegur dan dibetulkan dari semasa ke semasa kerana tiada seorang pun sunyi daripada kesilapan. Kaedah ini juga terpakai pada mana-mana parti orang Islam yang lain yang memperjuangkan perkara yang sama iaitu Islam. Sebagai contoh, UMNO menegaskan dalam perlembagaannya "UMNO parti politik yang memperjuangkan cita-cita Islam... menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam". Justeru, sesiapa yang bersama UMNO atas niat dan tujuan tersebut tentu sahaja beroleh pahala dan beroleh syurga. Inilah prinsip politik Islam. Jika tidak, tiada sebab kita menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit demi perjuangan politik yang tidak membawa ke syurga. Sesiapa yang bersyahadah menerima Islam beroleh syurga. Sesiapa yang berpolitik demi menegakkan Islam akan beroleh pahala dan syurga. Adapun penilaian akhir seseorang itu ke syurga nanti adalah dengan pertimbangan dosa dan pahala atas semua perlakuan hamba sama ada dalam beribadah, berpolitik dan bermuamalat dan tentunya dengan rahmat Allah di alam Akhirat. Kita perlu berhenti bermain politik persepsi mencari kesilapan kata dan kelemahan bicara untuk menyerang lawan politik sehingga mengorbankan sesuatu prinsip dalam Islam. Datuk Wira Dr Khairuddin Takiri 6 September 2026

https://www.facebook.com/share/1U7tCSUNTs/ MENJAWAB DAP 1.Media mendapatkan respon pemimpin DAP, Ramkarpal Singh berkenaan sedutan ucapan saya di Muktamar PAS pada 4 September 2026. 2.Walaupun itu bukan isi utama perbahasan saya, ia cuma usikan saya di awal ucapan, sekadar "pemanas enjin" sebelum isi utama perbahasan. Tetapi saya akan respon juga kerana itu yang dipetik oleh beberapa media. 3.Perkara utama yang saya angkat adalah keperluan untuk PAS mempersiapkan pelapis peguam yang berkemahiran dalam kes perlembagaan serta gesaan agar PAS konsisten mewakili suara rakyat bawahan dan pertengahan. Terutamanya vakum dalam perjuangan isu rakyat pertengahan perlu diisi oleh PAS. 4. Ramkarpal dipetik media menyebut "DAP telah menyuarakan kebimbangan serius berhubung kes Zahid sejurus selepas Mahkamah Tinggi memberikan perintah DNAA". 3. Tetapi DAP masih memilih untuk berada di dalam Kerajaan Persekutuan sebelum dan selepas pendakwaan menarik balik kes terhadap Datuk Seri Zahid Hamidi. Kelihatannya DAP meletakkan garis pemisah antara isu pembentukan Kerajaan dengan pendapat mereka terhadap integriti. 4. Berita Harian melaporkan "Beliau (Ramkarpal) berkata, Mardhiyyah berkemungkinan merujuk kepada gesaan berterusan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan Pemuda DAP baru-baru ini supaya Peguam Negara menilai semula keputusan membabitkan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Presiden Umno". 5. Laporan media bertarikh 21 Februari 2023 melaporkan bagaimana Ahli Parlimen DAP yang sama, RSN Rayer telah membela Datuk Seri Zahid Hamidi dengan menyatakan prinsip "dia tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah" semasa menjawab soalan Ahli Parlimen PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan di parlimen. 6. Jika semasa Datuk Seri Zahid Hamidi masih belum dilepaskan dari kes mahkamah, DAP boleh membela beliau dan memilih untuk bersama di dalam satu Kerajaan, maka bagaimana pula setelah beliau kini dilepaskan oleh Mahkamah? 7.Jika DAP mahu respon terhadap ucapan saya, saya lebih suka jika mana-mana pemimpin DAP dapat respon terhadap isu yang saya bangkitkan berkenaan pemberian biasiswa undang-undang dari DAP iaitu Biasiswa Karpal Singh yang disiarkan di laman web rasmi Kerajaan( Kementerian Digital). Bagaimana pemberian biasiswa daripada parti politik boleh disiarkan di laman rasmi Kerajaan Persekutuan? [Mardhiyyah Johari]