cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

The Thinkers

- Pengajian Islam, Agama, Falsafah-Pemikiran, Feqah, Tasawwuf - Al-Quran, Hadith - Dakwah, Fikrah, Isu² Sosial, Kemasyarakatan - Disiplin Ilmu lain : Undang-undang, Ekonomi, Sejarah, dsb - Analisis Ulasan Politik, Isu² Semasa, Kenegaraan ©️TheThinkers

Больше
Рекламные посты
601
Подписчики
Нет данных24 часа
-17 дней
+330 дней
Время активного постинга

Загрузка данных...

Find out who reads your channel

This graph will show you who besides your subscribers reads your channel and learn about other sources of traffic.
Views Sources
Анализ публикаций
ПостыПросмотры
Поделились
Динамика просмотров
01
https://www.facebook.com/share/ZokjQhPeovTp74bG/?mibextid=oFDknk Kita memang suka meromantiskan apa yang ada di luar sehingga kita abaikan apa yang ada di dalam negara. Kita cuma ambil bahagian yang best sahaja tapi yang tak berapa best kita tak nak ambil pula. Memang benar kadar upah gaji di luar negara jauh lebih tinggi. Apatah lagi dibayar dalam matawang USD. Tapi ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Pertama, bukan semua tawaran pekerjaan di luar negara itu bagus. Banyak yang berisiko scam. Ramai yang terpedaya dengan scam pekerjaan dijanjikan upah gaji yang lumayan tetapi syaratnya kena ‘bayar’ dahulu kos pemprosesan sebelum duit gaji masuk. Tak ada istilah ini. Majikan yang bertanggungjawab segala urusan termasuklah penginapan di hotel sebelum urusan selesai. Kedua, tempat juga amat terhad. Itupun memang sepenuhnya bergantung dengan luck. Anda kena betul-betul bagus dalam bidang yang diceburi dahulu sebelum menerima sebarang tawaran untuk ke luar negara. Kalau prestasi kerja dalam negara pun suam-suam kuku, siap boleh jual insurans dan MLM waktu kerja pejabat - kebarangkalian untuk terima tawaran kerja luar negara yang bagus itu amatlah rendah. Ketiga, kos kehidupan di luar negara tak sama dengan dalam negara. Belanja barang dapur dalam seminggu sahaja boleh mencecah 400 ratus ringgit. Ya SEMINGGU. Bukan sebulan. Nak makan nasi beriyani? Sepinggan harganya hampir 50 ringgit. Nak makan sedap sikit dengan keluarga hujung bulan? Sekali belanja di Chillis untuk 4 orang sahaja senang-senang cecah 500 ringgit. Itu belum kira kos-kos lain seperti kos sewa, pengangkutan dan lain-lain. Ada seorang kenalan yang berkhidmat sebagai guru tadika di Dubai bergaji hampir 20 ribu sebulan mengeluh dan berhenti kerja kerana kos kehidupan yang terlalu mahal. Di sesetengah kawasan, kos sewa flat satu bilik di luar kawasan tumpuan bandar pun boleh cecah 5-6 ribu Ringgit. Itu belum masuk lagi kos rawatan di hospital. Kadang2 jumpa doktor GP pun kena caj dekat 2-3 ratus. Keempat, syarat paling utama kalau nak bekerja dalam bidang profesional di luar negara, anda sekurang-kurangnya kena mahir berbahasa Inggeris dan tamat tingkat pengajian dalam bidang Sarjana (Master degree) ke atas. Kecuali bidang-bidang khusus tetapi itupun memerlukan sijil tauliah khusus seperti Perbankan, IT atau ilmu teknikal yang lain. Tak semudah nak apply job online boleh terus dapat kerja. Walaupun gaji yang ditawarkan lebih dua tiga kali ganda dari apa yang ditawarkan di Malaysia, ketahuilah bahawa terlalu banyak kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan. Yuran pendidikan rendah, kos kesihatan awam rendah, projek perumahan rakyat untuk golongan kelas menengah, cash transfer macam BR1M, Skim Tunai Rahmah dan banyak lagi. Maaflah tapi selalu yang mengeluh banyak sangat ini sebenarnya bila diperhatikan, mereka lebih berminat bergaji besar bukanlah disebabkan nak hidup macam orang kebiasaan sangat, tetapi sebenarnya sangap nak hidup macam orang kaya ~ nak holiday dengan family ke Eropah, nak upgrade kereta mewah, nak bershopping designer brand handbag… Tapi bila upah gaji bekerja di Malaysia yang tak memampukan mereka untuk hidup sedemikian rupa, mulalah macam-macam memburukkan tentang Malaysia dan kemudian meromantiskan pula apa yang ada di luar negara.
80Loading...
02
https://www.facebook.com/share/kce6hJr5Kjaeai4w/?mibextid=oFDknk Ramai bagi pendapat mengenai lebih kurang 10,000 murid yang tidak hadir ambil SPM yang lepas. Rata-rata berpandangan dan berpendapat semuanya berlaku kerana KPM melalui sistem, dasar, kurikulum, guru serta sekolah tidak berjaya mengatasi isu ini. Walhal pihak sekolah dan cikgu-cikgu dah buat habis baik semampu mungkin untuk membantu mereka. Tapi apakan daya hanya sistem, cikgu dan sekolah yang salah. Setakat ini tiada siapa pun yang berani (mungkin tak jumpa lagi kenyataan dari pakar atau pempengaruh) mempertikaikan atau menimbulkan sebarang persoalan mengenai institusi kekeluargaan lebih kurang 10,000 murid yang tidak hadir mengambil peperiksaan. Tiada siapa bertanya apakah peranan keluarga terhadap 10,000 murid tersebut. Nak salahkan cikgu paling mudah. Tapi kalau murid di rumah, tidak hadir peperiksaan seperti yang ditetapkan adakah ia salah sistem? Salah cikgu? Di mana institusi keluarga? Sembang dekat FB, memang sedap. Banyak like. Kalau berani cari 370 orang daripada semua calon tersebut dan buat kajian mudah berkaitan peranan guru, sekolah dan institusi keluarga pada hari peperiksaan. Jawab soalan-soalan mudah je misalnya 1. Guru saya mengingatkan saya untuk hadir peperiksaan (1 setuju - 5 tidak setuju) 2. Ibu bapa saya mengejutkan saya untuk hadir peperiksaan (1 setuju - 5 tidak setuju) Dan sebagainya. Cubalah tengok. Bukan terus tuding jari kat sistem dan sekolah.
80Loading...
03
https://www.facebook.com/share/p/2tFcGbMPEAyf4DUQ/?mibextid=oFDknk Setelah beberapa lama berada di meja pengkuliah sejak pulang dari Al-Azhar Mesir, dapat saya simpulkan beberapa perkara: 1, Untuk orang awam, para ustaz atau pengkuliah tidak perlu membahaskan perkara khilafiyyah dalam agama ketika berkuliah, kerana ianya boleh membawa kepada lebih banyak berlaku perbezaan pendapat dalam kalangan masyarakat. Ini perlu dibendung kerana masyarakat kita masih belum lagi matang dalam mengaplikasikan adab2 khilaf. Cukup menyatakan hukum agama (boleh ke tak boleh/ sah ke batal) yang berkaitan dengan amalan2 wajib mereka untuk diamalkan, kerana bukan habuan mereka untuk dibahaskan tentang “istinbath” atau “istidlal” , atau dalil ini lemah ke kuat ke dan lain2. Mereka datang ke masjid dengar kuliah dengan niat nak faham ilmu dan nak amalkan terus. Bukan nak jadi tuk faqih !! Maka adalah lebih baik jika hadirnya mereka ke kuliah, dapat ditinggalkan dosa yang dilakukan secara jahil, berbanding pulangnya mereka dengan ilmu bahawasanya, dalil ini lemah dalil ini kuat, ini perawinya thiqah, ini perawinya kazib, dalil ini am dalil itu khas. 2, Mudahkan bahasa atau istilah yang di dalam kitab. Tidak perlu dibahaskan ini mubtada'nya itu khobarnya , ini kalam hazaf mudhof, wataqdiruhu, ini inna wa akhowatuha dan lain2 ... Kalu nak ngajar lagutu kena gi ngajar oghe Degree Bahasa Arab la .. Cukup hanya pengkuliah yang faham dengan method macam itu untuk kefahaman sendiri yang sempurna, dan hendaklah fahamkan pendengar maksud isi kitab atau ilmu dengan bahasa yang mudah difahami. Contohnya, dibacakan sepintas lalu ayat yang disebut dalam kitab, dan huraikan dengan kefahaman ilmu, bukannya huraikan ibarat ayat2 yang tertulis dalam kitab. Ini kuliah orang awam, bukannya bedah kitab !! Kerana orang awam yang hadir ke masjid boleh diumpamakan seperti pelanggan yang hadir ke kedai makan memesan makanan. Tiba2 Chef datang menerangkan resepi masakannya, ini bawang dua ulas , rempah sebanyak ni, serai kena tiga batang , nasi kena kukus, api kena kuat dan lain2. “ Kito oghe ni lapar, nak buka kelas masak ko nak nnego ni ? " 3, Lebihkan mawaizh( kata2 nasihat) atau kisah2 tauladan para Nabi, Sahabat dan orang2 yang Soleh untuk dijadikan pengajaran dalam menghadapi kehidupan yang kadang cerah, kadangnya mendung, bahkan ribut petir yang menimpa. Kerana terubatnya hati insan yang sedang dalam ujian atau musibah apabila mengetahui bukan hanya dia berkeseorangan dalam menerima ujian kehidupan. Para Nabi dan Rasul pun tidak terlepas daripada diuji bahkan lebih berat ujian mereka itu sedangkan mereka itu para kekasih Ilahi .. ... banyak lagi kalau nak disimpulkan, tapi cukup dengan beberapa ini sahaja .. 😊 ~Hasif Najmi #صلواعلىالحبيب 🌹🌹 #مندالعلىالخيركفاعله #بلغواعنيولوءاية
70Loading...
04
https://tunascipta.jendeladbp.my/2024/05/28/7935/
120Loading...
05
https://www.facebook.com/share/p/BQT2sAewpoCLy3sn/?mibextid=oFDknk Semalam podcast pertama Patriots berlaku di reruai kami di PBAKL. Topik semalam sedap juga. Kauthar Rozmal cadangkan topik Rasionalisasi Subsidi. Saya tambah. "Rasionalisasi Subsidi Yang Tak Rasional" Baru Oktober tahun lepas, dalam satu sesi wawancara, PM DS Anwar Ibrahim menyatakan bahawa sebelum kita nak melaksanakan apa-apa cukai baru atau rasionalisasi subsidi, kerajaan perlu pertama-tama sekali melihat kepada memperbetulkan ketirisan dan korupsi. Dan saya memetik; "Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, “We must begin with the governance issue to ensure no unnecessary leakage and corruption ... You can correct the excesses first then you can see if there is a necessity to tax further,” he said on Oct 18 last year." Jadi berapa kerugian negara akibat ketirisan ini? PM memetik data dari SPRM; "RM277 billion over the last five years alone due to corruption; that is RM55 billion per year on average." So berapa kita save kalau buat rasionalisasi subsidi diesel dan petrol? Dilaporkan bahawa kerajaan jangka dapat save RM2 bilion sebulan melalui rasionalisasi subsidi minyak. Setahun ada lah dalam RM30 bilion (saya balloon kan figure kat sini, senang). Persoalannya, mana yang kata sebelum nak implemen apa-apa cukai baru atau laksanakan apa-apa rasionalisasi subsidi, akan lihat kepada mengurangkan ketirisan? Dapat kurangkan ketirisan separuh dahulu pun dah cover subsidi. Dari mana ketirisan ini berlaku? Orang lari cukai? Kita ada GST. GST merekodkan kutipan cukai RM40 bilion ketika ia dilaksanakan. Tak cover subsidi? Mana datang lagi? Dari overpriced tenders? Sebab tu saya banyak kali kata kalau betul-betul serius nak basmi bloated cost dari vendor yang masuk tender, percepatkan bayaran. Orang balloon kan kos tender sebab bayaran kadang dapat 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan lepas benda dah deliver. Kadang 12 bulan pun ada. Kita tak ada subsidi lain yang boleh dilihat kepada dahulu sebelum nak sasar ke subsidi diesel dan petrol? Ada. Subsidi kesihatan. Naikkan bayaran ke klinik dan hospital kerajaan. Jangan semua orang nak kenakan seringgit. Rasionalisasikan lah siapa yang layak dapat perkhidmatan seringgit ni. Warga emas ke, miskin tegar ke, pesakit kronik hilang upaya bekerja ke. Yang lain-lain tu bayar je lah RM10 atau RM20. Sebab subsidi kesihatan kita tinggi, people take for granted. Tak jaga kesihatan. End up kena penyakit lagi kronik. Lagi banyak subsidi dibelanjakan. Sambil mengurangkan subsidi, boleh juga bantu KKM untuk tambah staf kesihatan yang semakin kritikal. Pendek cerita, subsidi petrol dan diesel ni last lah sentuh... Tengok pada tempat-tempat lain dulu. Datuk Seri Najib Razak dulu, belum cerita pasal nak rasionalisasi subsidi minyak, dia dah prepare dengan ekonomi rakyat yang kuat. Prepare rakyat dan negara keluar dari middle-income trap dengan create high paying jobs. Naikkan kuasa membeli rakyat. Ini baru betul cara nak bersedia ke arah rasionalisasi subsidi. Bukannya ketika kos bahan mentah naik, matawang melemah, buat dasar gaji progresif, naikkan tarif elektrik, masalah inflasi, perkenalkan cukai-cukau baru... ...tup tup bagi nail in the coffin - "Kami nak tarik subsidi minyak." Good luck.
120Loading...
06
https://www.facebook.com/share/p/zegc8WrSdM62ax9v/?mibextid=oFDknk Sengaja tunggu 24 jam selepas pengumuman keputusan SPM semalam, nak tengok juga jika ada keluar angka selain daripada 10,160 murid tak hadir dan 11,713 murid straight A. Tak ada. Penuh di media sosial & elektronik dua nombor ini sahaja. Jadi pagi ini saya belek-belek semula dokumen analisis SPM 2023 yang dikeluarkan Lembaga Peperiksaan (LP). Di bahagian pendahuluan mereka tulis; “Pada umumnya, peperiksaan SPM bertujuan untuk mengukur sejauh mana pencapaian murid dalam pembelajaran yang telah dilaluinya selama 11 tahun bagi mendapat pengiktirafan menerusi penganugerahan sijil,” Dan jika Tuan-tuan rajin, skrol sikit ke bawah dokumen ini akan jumpa; 23,775 tak lulus BM/Sejarah 33,915 tak dapat sijil (sama ada tak hadir atau tak lulus BM/Sejarah) 9306 gagal Bahasa Melayu 41,403 gagal Bahasa Inggeris 20,868 gagal Sejarah 85,706 gagal Matematik 25,174 gagal Sains Rasanya cukuplah setakat ini sahaja dahulu kita keluarkan nombor-nombor ini. Sebab ada yang tidak kongruen dengan kenyataan LP sendiri di atas iaitu tujuan SPM adalah untuk mengukur 11 tahun persekolahan murid, tetapi nombor yang dipersembahkan tidak menggambarkan ukuran tersebut. Bak kata World Bank, Malaysia jika diukur mengikut metrik Learning Adjusted Years of Schooling (LAYS), anak-anak kita hanya mendapat pendidikan sebanyak 8 tahun sahaja walaupun hadir ke sekolah selama 11 tahun. Ada juga rasa-rasa pening lalat bila baca dokumen LP ini sebab terlalu banyak zikir ‘keputusan tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas’. Kerajaan Perpaduan jika betul Madani kena rombak sistem dan perbaiki angka-angka ini. Kerana jika tidak kita tidak akan sedari berapa ramai anak-anak kita tercicir saban tahun. Munasabah atau tidak anak kita 23-24 peratus gagal Matematik lepas 11 tahun pergi sekolah? Ini masa-masa yang kritikal. Rakyat sedang melihat sama ada Madani hanyalah sebuah lagi ‘sembang curry’ seperti sebelum ini.
100Loading...
07
KEPUTUSAN SPM: APAPUN HASILNYA, ANAK KITA ADALAH ANAK KITA Keputusan peperiksaan terbesar peringkat persekolahan, SPM, telah keluar hari ini. Dalam lingkungan saya, ada yang dapat keputusan sebaik 'straight A's', ada yang dua Gagal dua E. Tentulah bermacam-macam emosi dan rasa menyelubungi anak-anak kita hari ini, termasuklah kita sendiri sebagai ibu bapa, abang kakak, mahupun adik. Apatah lagi melihat kepada persepsi kebanyakan kita bahawa SPM adalah segala-galanya. Hari ini, ada yang matanya bercahaya menjangkakan keindahan masa depannya. Ada juga yang gelap gelita, bagai tamatlah segalanya. Apapun, sebagai pencinta Nabi SAW kita beruntung kerana sunnahnya juga terpamer dalam meraikan kejayaan dan kegagalan anak-anak muridnya. 1. Nabi SAW Raikan Semua 'Growth' Bila kita tumpu kepada 'growth' atau pertumbuhan, ia lebih berbaloi berbanding menumpukan hasil yang dirakam di atas sekeping kertas. Apatah lagi yang ditaksirkan itu diselaraskan untuk semua orang, sedangkan semua orang tidak sama. Sahabat, berbeza-beza haluan dan kelebihannya. Jika hanya satu sudut saja yang diraikan, maka hanya segelintir sahaja yang layak. Tetapi Baginda raikan semua. "Yang paling kasih dalam kalangan ummatku kepada umatku, adalah Abu Bakar, yang paling tegas pada arahan Allah adalah Umar, paling budiman adalah Uthman, paling pakar al-Quran adalah Ubai bin Ka’b, paling pakar Faraid adalah Zaid bin Thabit, paling pakar Halal Haram adalah Mu’az bin Jabal, sesungguhnya bagi setiap ummah itu adanya seorang al-Amin dan Amin bagi umat ini adalah Abu Ubaidah al-Jarrah." (Hadis Riwayat at-Tirmidhi) 2. Nabi SAW Tak Sisihkan Orang-orang 'Gagal' Ya, memang ada orang itu, sampai ke sudah tidak terpapar kelebihan (atau disebabkan sistem yang salah, kelebihannya tidak dicungkil atau kelemahannya tak dapat dibaikpulih dengan betul). Baginda sekali lagi mendidik kita untuk tidak mudah menganggap orang gagal, adalah orang gagal selama-lamanya. “Betapa ramai yang dadanya berbulu, berdebu, dengan pakaian lusuhnya (menutupi jasad), orangpun tidak menghiraukannya, tetapi jika dia berdoa kepada Allah nescaya ia akan diperkenan, antaranya al-Bara’ bin Malik.” (Hadis Riwayat at-Tirmidhi) Kelak, setelah kewafatan Baginda, al-Bara' akan mula muncul sebagai hero, kelak ketika Muslimin buntu bagaimana mahu masuk ke dalam benteng kukuh Musailamah al-Kazzab. Al-Bara' juga hero dalam perang Tustar dan menjadi penyelamat adiknya, Anas bin Malik yang terkena senjata salasil yang kejam itu. 3. NABI SAW Tidak Mengherdik, Mempersoalkan, dan Terus Menjadi Pendidik Setelah anak kita tidak berjaya memenuhi harapan 'Lembaga Peperiksaan' dan 'Sekolah', janganlah kita menambah beban dengan menyakiti lagi anak kita dengan 'harapan-harapan' kita. Mereka akan kekal menjadi anak kita, dan kita akan terus menjadi ibu dan ayah mereka, mendidik lagi dan mendidik lagi sehingga ke akhirnya. "Aku berkhidmat kepada Rasulullah 10 tahun, tidak pernah sekali dia sebut ‘uf’ kepadaku, tidak juga persoalkan mengapa aku melakukannya dan tidak pula mengapa aku tidak melakukannya." (Hadis Riwayat al-Bukhari) Tahniah buat semua anak yang berhasil mendapatkan keputusan cemerlang. Yang tidak cemerlang atau yang gagal 'atas kertas', carilah potensi-potensi diri lain atau peluang-peluang lain untuk mentaksir diri. Mak ayah, marilah membela dan terus membentuk peribadi anak. Kita naikkan mantra baharu 'SPM bukan segala-galanya, akhirat itu yang segala-galanya'. https://t.me/seerahcenter
100Loading...
08
https://x.com/paultantk/status/1795053859766964271?t=v0Ek9QCZ8u202hj0sqkbJg&s=19
50Loading...
09
Media files
70Loading...
10
Media files
60Loading...
11
Media files
70Loading...
12
https://t.me/FauziAsmuni Tulisan tahun 2019. Dikongsikan semula moga ada manfaat. --------------------------------------- Keputusan SPM telah diumumkan. Pelbagai reaksi murid dan ibu bapa kita boleh lihat hasil keputusan yang pelbagai itu. Apa pun keputusan, tahniah diucapkan kepada semua. Apa juga keputusan, perjalanan masih lagi panjang. Kecemerlangan tidak bergantung sepenuhya kepada keputusan SPM. Sedikit nasihat saya kepada ibu bapa: 1. Jangan terlalu emosi dengan apa juga keputusan peperiksaan anak-anak. Samada terlalu gembira atau terlalu sedih. Jangan juga zahirkan emosi itu secara berlebihan kerana ianya boleh memberi mesej yang salah kepada anak-anak. Anak yang cemerlang mungkin akan rasa besar diri. Anak yang kurang cemerlang mungkin akan jadi pesimis. 2. Kaitkan apa juga keputusan yang dicapai itu dengan faktor sekeliling yang pelbagai agar berlaku adil. Jangan sempitkan hanya kepada satu atau dua faktor sahaja. Kadang-kadang ibu bapa lupa berterima kasih kepada guru tingkatan 3 yang mengajar anaknya dua tahun lepas hingga cemerlang di SPM. Dan tidak kurang juga yang lupa bahawa sikap acuh tak acuh mereka (ibu bapa) juga memberi saham kepada kurang cemerlangnya keputusan SPM sang anak. 3. Anak berumur 18 tahun hanyalah seorang manusia kecil yang masih lagi belum matang sepenuhnya. Kesempurnaan akal, jasad dan emosi manusia akan dicapai ketika berumur 40 tahun. Jangan cuai dalam membimbing anak dalam baki 22 tahunnya untuk menuju kesempurnaan. Menghadapi alam kerjaya, perkahwinan dan masyarakat di luar lingkungan keluarga adalah cabaran yang lebih perit dari bersengkang mata untuk SPM. Ramai pelajar cemerlang yang kecundang di tiga alam tersebut. 4. Masa depan anak perlu dibimbing tapi tidak boleh dipaksa. Ibu bapa jurutera dan doktor kemungkinan melahirkan anak berjiwa seni. Beri peluang kepada anak untuk menentukan dia mahu jadi apa. Ambil nasihat Saidina Ali ra yang menyarankan agar anak 18 tahun di kawal seperti layang-layang. Pegang talinya dengan pegangan yang longgar. Biarkan ia terbang bebas dan pastikan selamat. Sentap talinya balikkan ke asal apabila ia sudah tersasar. 5. Pandanglah anak-anak rakan yang lain seperti anak-anak sendiri. Bergembira dengan kegembiraan mereka dan bersedih dengan kesedihan mereka. Zahirkan perasaan itu hingga dirasai oleh rakan-rakan. Ambil berat terhadap anak-anak mereka dan berganding bahu untuk kecemerlangan semua anak-anak. Anak-anak kita akan hidup lama bersama anak-anak rakan kita. Sedikit nasihat dari calon SPM 1988 yang kini menjadi bapa kepada enam anak.
80Loading...
13
https://www.facebook.com/share/v/mZNxPNTgFDdZJLnd/?mibextid=WC7FNe
70Loading...
14
Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, menjawab soalan Siti Kasim berkenaan kemungkinan Malaysia menerima Perdana Menteri bukan Islam. Kata Fahmi, dalam perlembagaan tiada menyatakan perlu lantik PM Muslim. PM boleh dilantik mengikut lunas undang-undang iaitu dipilih dalam kalangan ahli Parlimen dan dipersetujui YDPA. Video: https://www.facebook.com/share/v/zKMCJd4gsbY38Cgn/?mibextid=oFDknk
70Loading...
15
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/apbn-usaha-muhammad-asmawi-bantu-belia-buahkan-hasil-472159
60Loading...
16
https://x.com/paultantk/status/1795053859766964271?t=v0Ek9QCZ8u202hj0sqkbJg&s=19
10Loading...
17
https://www.facebook.com/share/pue8iSR2qq9RFb1t/?mibextid=oFDknk Angka 10,000 lebih pelajar tak hadir ambil SPM ni tak mengejutkan sebenarnya. Sebabnya kalau check dari 2019 pun, memang sekitar ini nombornya. 2019 - 26,918 dari 416,416 (6.46%) 2020 - 19,211 dari 401,105 (4.79%) 2021 - 24,941 dari 407,097 (6.12%) 2022 - 14,858 dari 403,637 (3.68%) 2023 - 10,160 dari 383,685 (2.64%) Kalau perhatikan, trend tak hadir ni makin menurun peratusnya. Maksudnya berjaya jugalah intervensi KPM. Kenapa tak hadir? Cikgu-cikgu di SMK lebih tahu. Dulu kami pernah ikut satu sekolah di Selangor buat lawatan ke rumah pelajar Tingkatan 5 yang tak hadir ke sekolah. Sorang tengah kerja di kilang, guna kad pengenalan orang lain. Sorang tengah kerja di kedai makan, lari dari rumah sebab merajuk ayah tak nak belikan motor. Sorang tengah tidur kat tingkat atas dan mak ayahnya ada je kat rumah, tahu anaknya tidur tapi tak berjaya paksa anak pergi sekolah. Bila tanya kenapa anak tidur, dijawabnya malam semalam dia dan kawan-kawan melepak main game depan rumah dari 12 tengah malam sampai 5 pagi. Fuh. Real. Bab tak hadir ni dah satu hal. Tadi saya jumpa satu hantaran FB, yang menulis tentang ketidakhadiran 10,000 pelajar mengambil SPM dan betapa dia geram dengan komen sorang makcik - "anak saya tak ambil SPM pun, belajar sampai tingkatan 3 je, tapi dah jadi chef di hotel". Cara penulis hantaran tersebut komen tentang makcik tu menunjukkan dia memang geram dengan makcik, sebab sefaham penulis, makcik tu tak galakkan orang sambung belajar sampai SPM, sebab itulah ada angka 10,000 tak hadir SPM. Banyak betul salah faham kat sini. 1. Kalau anak makcik tu belajar sampai Tingkatan 3 je dan sekarang jadi chef - atau apa pun kerja di dapur hotel, maksudnya anak dia sambung Sijil Kemahiran Malaysia dan Sijil Vokasional Malaysia. Memang ada ya laluan kemahiran dan vokasional ni. Tak perlu ambil SPM pun. Dan mereka ni berjaya, amat diperlukan dalam industri sebab memang hands on. Tak kisahlah lepas grad Diploma di Voka tu mereka ni kerja sebagai apa pun di dapur hotel, semua mak bangga dengan anaknya dan typically akan panggil depa chef. Jangan bitter. 2. 10,160 pelajar tak hadir ambil SPM ialah pelajar yang telah memilih aliran akademik, bukannya aliran kemahiran dan voka. Mereka ni namanya ada di sekolah sebagai pelajar Tingkatan 5. Tapi jasadnya takde. Banyak faktor pelajar tak mahu ke sekolah. Komitmen ibu bapa, budaya keluarga, pengaruh rakan sebaya, kekangan ekonomi keluarga, pengaruh media sosial dan lain-lain. Justeru, sebagai ibu bapa, tugas kita ialah mendidik dan menggalakkan anak-anak untuk belajar. Di aliran apa pun, sama ada akademik ataupun kemahiran vokasional, kita perlu jadi tulang belakang anak-anak. Anak-anak yang bermasalah bukanlah anak-anak yang memilih kemahiran vokasional. Anak-anak yang bermasalah ialah anak-anak yang tak mahu terikat dengan pendidikan dan ilmu. Apa juga laluan dan metodnya, kita raikan selagi mana membawa kepada kesan yang baik.
90Loading...
18
https://www.facebook.com/share/p/iFdtpD7B9PRzyEXM/?mibextid=oFDknk [Buku: Antara Sanggup Membeli Walaupun Mahal dan Menolak Walaupun Percuma] Satu prinsip dalam membeli buku yang saya pegang ialah kesanggupan untuk mengeluarkan wang ringgit demi buku yang dapat membantu diri menambah pengetahuan yang sepatutnya diketahui dan mengasah kemahiran yang sepatutnya dikembangkan. Namun, untuk buku yang tidak berkualiti, yang menyajikan pengetahuan yang hanya memudaratkan akal dan diri, meskipun percuma saya tidak sesekali menerimanya. Mengapa? Wujudkah buku sedemikian sedangkan bukanlah sepatutnya setiap buku itu bermanfaat kerana -biasanya- ditulis dengan tujuan yang positif? Jawapannya tidak semua buku yang ditulis itu membantu umat membina potensi diri mereka sama ada sudut pengetahuan dan kemahiran, akan tetapi sebahagiannya memudaratkan. Mengapa? Jawabnya ialah tidak semua maklumat itu bermanfaat bahkan memudaratkan kerana: i. Tidak semua penulis itu mempunyai niat yang baik, bahkan hanya menulis untuk mengaut keuntungan, menjatuhkan agama (seperti orientalis) dan lain-lain. ii. Jika ya (berniat baik), tidak semua yang menulis itu berkeahlian, mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam bidang yang dia menulis. Ilmu yang ditulis sebegini hasil daripada kejahilan hanya akan merosakkan masyarakat kerana kehidupan dan tingkah laku kita dipengaruhi dengan apa yang kita yakin, faham dan percaya. Tanpa sebarang keraguan bahawa buku merupakan medium yang ampuh dalam menyampaikan maklumat dan ilmu. iii. Jika ya (berniat baik dan berkeahlian), tidak semua ilmu itu sesuai dan perlu kita tahu dan pelajari. Perkara ini dapat difahami daripada ucapan Imam al-Ghazali rhm pada awal kitab al-Iqtisad fi al-Itiqad yang mana beliau menegaskan bahawa tidak semua ilmu itu bermanfaat kerana waktu dan umur manusia itu sangat pendek. Seandainya dia habiskan masanya dengan mempelajari ilmu yang tidak bermanfaat pun untuk dirinya dalam keadaan dia mengabaikan ilmu yang sepatutnya dia pelajari, dia dianggap sebagai orang yang berada dalam kesesatan yang amat dahsyat kerana tidak menyedari masanya dihabiskan dengan perkara sedemikian. Inilah yang Imam al-Ghazali sebutkan. Oleh itu, saya ingin tegaskan bahawa tidak semua manusia itu perlu menulis, tidak semua buku itu wajar ditulis, dan tidak semua yang ditulis itu wajar dibaca. Inilah hakikat yang memedihkan bagi saya perlu ditekankan pada masa kini khususnya dikalangan penuntut ilmu. Masa kalian amat mahal untuk umat, jangan sia-siakan dengan buku yang tidak bermanfaat. p/s: saya menerima sebarang sponsor utk pembelian kitab. Saya sendiri belum beli apa2 disebabkan kekangan bajet 😵‍💫 والله من وراء قصدي وإني أعرف ما قلتُه. Sanusi Saghir.
100Loading...
19
https://www.facebook.com/share/p/DtBjUTUcUti6zcG7/?mibextid=oFDknk Antara asbab penuntut ilmu alam Melayu -khususnya Malaysia- tak semutamakkin amkan jika dinisbahkan dengan talabah di negara luar ialah: i. Kelemahan hafazan -akibat banyak buang masa untuk benda tak berfaedah dan malas menghafaz. Al-Quran, al-Hadith, matan-matan setiap peringkat ilmu tidak istihdar dalam minda. Punca lain ialah tertipu dengan konsep “asalkan faham, maka tak hafal pun tak apa” walhal mereka lupa yang aimmah kita terdahulu ada yang menghafaz Nihayah al-Matlab Imam al-Juwayni! Ibn Sina rhm pula dihikayatkan menghafaz buku falsafah Aristotle dan solat sunat hajat setiap kali tidak faham ibarat buku tersebut. Datang zaman kini menyangka penuntut ilmu yang tidak mutamakkin bahawa faham sudah cukup, tak perlu hafaz. هيهات هيهات لما يظنه! ii. Kelemahan penguasaan Bahasa Arab dan ilmu Alat- tidak menghafaz shawahid kalimah Arab, tidak menguasai tarkib bahkan tidak mampu menganalisis kalimah Arab daripada aspek lafaz dan makna. Tidak cukup kosa kata dan tidak mampu untuk tadqiq al-ibarah. Apabila ilmu bersifat wasa’il tidak cukup, maka lemah alatnya untuk memahami kitab induk ilmu shar’i. iii. Taksub kepada apa yang dia fahami tanpa berfikir secara tahqiq. - Tidak semua maklumat yang kita punyai bertaraf daruri sehingga tidak perlu di”KIV”. Oleh itu, perlunya bersikap tahqiq dengan mencari dalil untuk mengisbatkan maklumat yang kita ada dengan benar. Jika terbukti salah, maka tinggalkan. Inilah maksud tahqiq iaitu isbat sesuatu permasalahan dengan dalil secara benar. Banyak yang taksub berkuncikan “guru saya pernah berkata” walhal adakalanya dia salah dengar guru tu bahkan konteks guru tu mungkin lain. Tidak dinafikan bahawa guru juga tidak maksum. iv. Tidak meluas pembacaan dan murajaah sebelum serta selepas belajar - Biasanya adat ramai pelajar ialah lepas belajar tak murajaah. Apatah lagi tidak tahdir sebelum kelas. Sebab itu jadi blurr dan lemah nak taswir masalah dan nak faham ibarat ulama muhaqiqqin. Kemudiannya maklumat tak berkembang akibat hanya berpada apa yang guru suap tanpa ada usaha nak cari sendiri. Banyak cantik nak belajar semudah tu. Ini antara asbab yang saya teliti berlaku pada diri saya dan ramai pelajar lain yang merupakan faktor mengapa kita pelajar yang tidak mampu bersaing dengan pelajar luar negara. Konteks saya dalam pengajian Islam. Pengajian lain saya tidak tahu la naturenya bagaimana. Sekian catatan muhasabah daripada saya yang merupakan pelajar yang masih belum bertaraf mutamakkin amkan.
90Loading...
20
Media files
100Loading...
21
Media files
140Loading...
22
20 Sekolah Terbaik Keputusan SPM 2023 Mengikut Gred Purata Sekolah (GPS). 1. Maahad Tahfiz Negeri Pahang (1.070) 2. Sek.Sultan Alam Shah,Putrajaya. (1.073) 3. Kolej Tunku Kurshiah,N.9 (1.248) 4. SM Sains T. Munawir,N.9 (1.255) 5. Kolej Yayasan Saad,,Melaka. (1.257) 6. Sekolah Seni Malaysia, Johor. (1.278) 7. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. (1.282) 8. SM imtiaz Kemaman, Terengganu. (1.324) 9. SBPI Gombak, Selangor. (1.385) 10. SM Sains Kuala Terengganu. (1.401) 11. SM Sains T. Aishah Rohani, N.9 (1.403) 12. SAM Bestari,Selangor. (1.409) 13. Sekolah Tun Fatimah, Johor. (1.421) 14. SM Sains Kota Tinggi, Johor. (1.442) 15. SMKA Sultan Azlan Shah,Bota Perak.(1.455) 16. SMK Agama Putrajaya. (1.465) 17. MRSM Tun Ghafar Baba,Melaka.(1.490) 18. SBPI Kuantan,Pahang.(1.504) 19. SMKA Kerian,Perak.(1.506) 20. SMK Bukit Jambul,Penang.(1.533)
150Loading...
23
Media files
140Loading...
24
FENOMENA MATAHARI TEGAK DI ATAS KAABAH (ISTIWA’ A’DZAM) 27 MEI 2024 JAM 5:18 PETANG Matahari kelihatan bergerak dan beredar pada laluannya yang berubah-ubah dari semasa ke semasa. Keadaan ini dapat kita perhatikan secara nyata berdasarkan kedudukan tempat terbit dan tempat terbenamnya matahari yang sentiasa berubah-ubah setiap hari. Secara umumnya, matahari akan terbit di garisan 0˚ khatulistiwa pada 21 atau 22 Mac dan menuju ke arah utara pada purata gerakan 1˚ sehari dan mencapai maksimum (+23.5˚ U) pada 21 atau 22 Jun. Selepas itu, matahari akan kelihatan berpatah balik dan terbit kembali di garisan khatulistiwa 0˚ pada 21 atau 22 September. Selepas itu, matahari akan bergerak ke arah selatan dan mencapai titik maksimum (-23.5˚ S) pada 21 atau 22 Disember. Firman Allah S.W.T. dalam surah Yasin ayat 38: وَٱلشَّمْسُ تَجْرِى لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ ٱلْعَزِيزِ ٱلْعَلِيمِ Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. Berdasarkan perubahan arah terbit dan terbenam matahari di atas muka bumi ini, maka matahari akan melalui tepat di atas Kaabah dan berada pada kedudukan istiwa’ dua kali dalam setahun. Fenomena ini dikenali sebagai Fenomena Istiwa’ A’dzam. Pada tahun 2024 ini, hitungan ahli falak menunjukkan fenomena ini akan berlaku pada 27 Mei 2024 jam 5:18 petang dan 15 Julai 2024 jam 5:27 petang. Pada ketika ini semua bayang-bayang sesuatu objek tegak akan menghala ke arah Kaabah. Fenomena ini adalah tanda bukti kekuasaan Allah S.W.T. yang mengatur perjalanan matahari dan bulan sebagaimana Allah SWT menjadikan bintang-bintang untuk manusia mengambil petunjuk dan panduan dalam kehidupan. Firman Allah S.W.T. dalam surah an-Nahl ayat 16: وَعَلَٰمَٰتٖۚ وَبِٱلنَّجۡمِ هُمۡ يَهۡتَدُونَ Dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk.” Sempena fenomena Istiwa’ A’dzam pada 27hb Mei 2024 ini jam 5:18 petang, masyarakat Islam boleh mengambil peluang untuk membuat semakan arah kiblat rumah kediaman masing-masing dengan membuat tandaan bayang satu objek tegak yang akan menunjukkan arah kiblat sebenar.
120Loading...
25
PELUANG MENYEMAK KETEPATAN ARAH KIBLAT Jangan lupa ! Petang ini, 27 Mei 2024, jam 05:16 PM merupakan peristiwa Istiwa' Adzam di Kaabah yang membolehkan kita untuk menyemak ketepatan arah kiblat. Istiwa' Adzam di Kaabah merupakan suatu peristiwa apabila Matahari kelihatan berada tegak di atas Kaabah sehingga bayangan Kaabah tidak akan kelihatan ketika itu. Ketika kedudukan Matahari berada di atas Kaabah, arah bertentangan dengan bayang objek tegak yang terhasil di tempat lain boleh digunakan untuk mencari arah kiblat. SETAHUN HANYA DUA KALI. Umum mengetahui, kita tidak akan melihat Matahari berada di lokasi yang sama setiap hari disebabkan kecondongan paksi Bumi semasa mengelilingi Matahari. Kita di Bumi akan melihat Matahari kadang kala 'bergerak' ke arah utara dan kadang kala kelihatan 'bergerak' ke arah selatan. Begitu juga dengan peristiwa istiwa' adzam di Kaabah, ia tidak berlaku setiap hari disebabkan kedudukan Matahari yang tidak tetap di tempat yang sama setiap hari apabila dilihat oleh pemerhati di Bumi. Dalam setahun hanya dua kali Matahari berada tepat tegak di atas Kaabah iaitu pada:- 28 Mei ( * 27 Mei pada tahun lompat ) Waktu : 5.16 PM 16 Julai ( * 15 Julai pada tahun lompat ) Waktu : 5.28 PM Cara - Cara Menyemak Arah Kiblat Dengan Menggunakan Kaedah Istiwa' Adzam : 1) Semak waktu yang digunakan. Pastikan waktu yang tertera pada jam mengikut waktu piawai Malaysia. 2) Berada di kawasan lapang. 3) Pastikan cahaya Matahari kelihatan. 4) Cari objek lurus seperti kayu atau sebagainya. 5) Pacakkan objek lurus tersebut di atas permukaan rata. 6) Pastikan bayang objek lurus yang terhasil boleh kelihatan dengan jelas. 7) Tunggu waktu istiwa' adzam bermula. 8) Ketika istiwa' adzam berlaku, buat satu garisan bertentangan dengan bayang yang dihasilkan objek lurus tadi. 9) Garis bertentangan yang dibuat merupakan arah kiblat. Sumber: Astronomi & Sains @nota_tasawwuf
70Loading...
26
Media files
60Loading...
27
Apa itu *Istiwa' A'dzam*🤔 Tak pernah tahu amali untuk tentukan arah kiblat🤷🏻❓ Jom sama-sama belajar dan meneroka fenomena Istiwa' A'dzam menerut perincian berikut; *📍LOKASI: PUSAT ISLAM USIM (KITM)* *📆TARIKH: 27 MEI 2024* *🕓MASA: 4.00-6.00 PTG* *📥LINK KEHADIRAN:* https://forms.gle/7YafrXWaSp7XXcha9 ANJURAN PERSATUAN SEKRETARIAT SAHABAT PERINTIS YOUTH (SSPY) BERSAMA KELAB URUSETIA REKACIPTA DAN INOVASI (UREKA) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
50Loading...
28
LIVE FENOMENA ISTIWA’ A’DZAM DARI MASJIDIL HARAM Jabatan Mufti Negeri Selangor akan bersiaran secara langsung di FB Jabatan Mufti Negeri Selangor sempena fenomena Istiwa’ A’dzam hari ini, 27 Mei 2024 bersamaan 18 Zulqa’dah 1445H bermula jam 5:00 petang. Orang ramai turut dijemput bersama-sama dalam siaran tersebut dan mengambil peluang ini untuk membuat semakan arah kiblat di lokasi masing-masing serta mendapatkan tatacara yang tepat bagaimana kaedah semakan dibuat berdasarkan fenomena Istiwa’ A’dzam ini.
70Loading...
29
https://www.facebook.com/share/xtpTGqgaWXG35QUE/?mibextid=oFDknk ISU UMMU HANI. Ini bukan post tentang itu. Beberapa persoalan tentang ilmu Sirah yang jarang atau berani orang bahaskan. 1. Adakah manhaj imam sirah/salaf menilai riwayat sirah sama seperti yang kita fahami selama ini atau disana ada perspektif yang unik/berbeza yang mungkin kita tak sedar? 2. Ilmu sirah ni sumbernya adakah dari riwayat sahaja? Atau disana ada masadir lain yang menjadi rujukan penting dan ada value dalam sirah? Ulama sirah agak-agak depend kepada riwayat sahaja? Riwayat itu pulak mesti yang sahih sahaja? 3. Small detail dalam sirah agak-agak ulama sirah dulu ambil dari mana? 4. Madar dalam sirah biasanya tak lari dari tokoh yang sama. Kalau kita simplify dan tolak tanpa objektif, maksudnya tak ada value lah seluruh khazanah yang telah mereka kumpul dan sampai kepada kita hari ini. Ibn Ishaq, Tabaqat Ibn Saad, Tarikh al-Tabari, Maghazi al-Waqidi, Musannafat semua tu tak ada value kalau nak dinilai dari sudut “kesahihan” yang kita fahami hari ini. Adakah kita perlu bakul sampahkan sahaja kitab mereka? Zadul Ma’ad Ibn al-Qayyim semua sahih ke riwayatnya? Jika tidak, kenapa beliau masukkan juga dalam karyanya? 5. Kalau ditapis-tapis kitab sirah primer dengan metodologi “yang sahih”, agak-agak berapa % maklumat sirah yang berbaki? 6. Sirah yang kita belajar selama ini fokusnya selepas fasa kenabian sedangkan hidup Nabi Muhammad ﷺ sebelum kenabian lebih lama tempohnya berbanding selepas menjadi Nabi. Gap dalam timeline era sebelum kenabian tersebut agak-agak detailsnya itu kita nak dapat dari mana? 7. Ilmu sirah ni kita tak boleh keluar dari “framework” sirah sedia ada atau kita boleh extend lagi dengan menggabungkan sudut lain dan ilmu lain? Nak faham sirah hanya kena bergantung dengan kitab sirah sahaja? Tak berniat nak mengulas isu. Sekadar nak ajak berfikir sesama teman-teman. 🙂‍↕️ Pencinta ilmu sirah.😉 #AhliSirahWalJamaah #SekolahSirah #SembangSirah
110Loading...
30
Buku Yasmin dan Adam dilancarkan, tumpu anak autisme Sumber: Sinar Harian https://www.sinarharian.com.my/article/666785/berita/nasional/buku-yasmin-dan-adam-dilancarkan-tumpu-anak-autisme---fadhlina?fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTEAAR0dXuQ8gosEGK0TF2uudxepdqqQ_dLe6DTqPYgwCv8CfcgigwxsrDXwZ2w_aem_Ac_-48ttt1D2majJR9RrxrjZhavqjGuVH6wV0-ni_6YVb_89cISBXql4T_lPf4glY_j37KT7_lJ9qz_o2v-FAsK0
110Loading...
31
Mendapat perkhabaran tentang kewafatan Al Allamah al Muhaddis Shaykh Ibrahim Ba'ith al Kattani. Kita kehilangan permata yang berharga. Dan ini sebuah kehilangan yang besar buat ummah. إنا لله وإنا إليه راجعون Al Fatehah https://x.com/MusytaqAshari/status/1794586395849441720?t=AjB-E07fNCo3t-JQ7Ua3LA&s=19
130Loading...
32
ايسو خطبة جمعة ڤيراق جاڠن دکچيلکن اچوانڽ سبسر ڤارتي DAP ايسو ايت برسڠکوتن دڠن تونتوتن اسلام اڬر اومت مڠواساءي ڤوليتيک دان ايکونومي اجماع علماء منونتوت اومت إسلام برکواس کأتس اورڠ کافر اومت إسلام مستي قوات دان تيدق ملوتوت کڤد کواس اورڠ کافر امت ناءيف اورڠ يڠ فهم اين سقدر ايسو معاملة جوال بلي سهاج خطبة ايت چوباءن اونتوق مماتيکن ارادة اومت اونتوق بيبس مرديک اينستيتوسي اڬام سڤاتوتڽ تيدق دڤڠاروهي کڤنتيڠن کاڤيتاليس اڬام بوکن اونتوق جوال بلي مپوکوڠ اوسهاون مسلم ايت واجب مننتڠ سبارڠ سومبڠن کأره ڤمبونوهن اومت فلسطين اداله واجب ستياڤ سين واجب دڤستيکن تق جاتوه کتاڠن اورڠ کافر، کچوالي ترڤقسا اين ايسو کواس، بوکن سقدر ايسو جوال بلي اومت إسلام مستي اد “شوكة" ياءيت تاهڤ کواس يڠ بوليه مڠاکورکن بوکن مسلم، بوکن سباليقڽ إسلام اجر اڬر هيدوڤ موليا والاوڤون سوسه، بوکن هيدوڤ سنڠ تاڤي ملوتوت ڤد کاڤيتاليس کافر کڤد اساتذة، جاڠن جوال اڬام دڠن هرݢ دنيا يڠ هينا اين وَءَامِنُوا۟ بِمَاۤ أَنزَلۡتُ مُصَدِّقࣰا لِّمَا مَعَكُمۡ وَلَا تَكُونُوۤا۟ أَوَّلَ كَافِرِۭ بِهِۦۖ وَلَا تَشۡتَرُوا۟ بِـَٔایَـٰتِی ثَمَنࣰا قَلِیلࣰا وَإِیَّـٰیَ فَٱتَّقُونِ﴿ ٤١ ﴾ البقرة، ٤١ فَوَیۡلࣱ لِّلَّذِینَ یَكۡتُبُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِأَیۡدِیهِمۡ ثُمَّ یَقُولُونَ هَـٰذَا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ لِیَشۡتَرُوا۟ بِهِۦ ثَمَنࣰا قَلِیلࣰاۖ فَوَیۡلࣱ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتۡ أَیۡدِیهِمۡ وَوَیۡلࣱ لَّهُم مِّمَّا یَكۡسِبُونَ﴿ ٧٩ ﴾ البقرة ، ٧٩ إِنَّ ٱلَّذِینَ یَكۡتُمُونَ مَاۤ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡكِتَـٰبِ وَیَشۡتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنࣰا قَلِیلًا أُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَا یَأۡكُلُونَ فِی بُطُونِهِمۡ إِلَّا ٱلنَّارَ وَلَا یُكَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِ وَلَا یُزَكِّیهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمٌ﴿ ١٧٤ ﴾ البقرة ، ١٧٤ إِنَّ ٱلَّذِینَ یَشۡتَرُونَ بِعَهۡدِ ٱللَّهِ وَأَیۡمَـٰنِهِمۡ ثَمَنࣰا قَلِیلًا أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَا خَلَـٰقَ لَهُمۡ فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ وَلَا یُكَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ وَلَا یَنظُرُ إِلَیۡهِمۡ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِ وَلَا یُزَكِّیهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمࣱ﴿ ٧٧ ﴾ آل عمران ، ٧٧ وَإِذۡ أَخَذَ ٱللَّهُ مِیثَـٰقَ ٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡكِتَـٰبَ لَتُبَیِّنُنَّهُۥ لِلنَّاسِ وَلَا تَكۡتُمُونَهُۥ فَنَبَذُوهُ وَرَاۤءَ ظُهُورِهِمۡ وَٱشۡتَرَوۡا۟ بِهِۦ ثَمَنࣰا قَلِیلࣰاۖ فَبِئۡسَ مَا یَشۡتَرُونَ﴿ ١٨٧ ﴾ آل عمران ١٨٧ إِنَّاۤ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَىٰةَ فِیهَا هُدࣰى وَنُورࣱۚ یَحۡكُمُ بِهَا ٱلنَّبِیُّونَ ٱلَّذِینَ أَسۡلَمُوا۟ لِلَّذِینَ هَادُوا۟ وَٱلرَّبَّـٰنِیُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُوا۟ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَكَانُوا۟ عَلَیۡهِ شُهَدَاۤءَۚ فَلَا تَخۡشَوُا۟ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُوا۟ بِـَٔایَـٰتِی ثَمَنࣰا قَلِیلࣰاۚ وَمَن لَّمۡ یَحۡكُم بِمَاۤ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ﴿ ٤٤ ﴾ المآئدة ، ٤٤ ٱشۡتَرَوۡا۟ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِ ثَمَنࣰا قَلِیلࣰا فَصَدُّوا۟ عَن سَبِیلِهِۦۤۚ إِنَّهُمۡ سَاۤءَ مَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ﴿ ٩ ﴾ التوبة، ٩ وَلَا تَشۡتَرُوا۟ بِعَهۡدِ ٱللَّهِ ثَمَنࣰا قَلِیلًاۚ إِنَّمَا عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ﴿ ٩٥ ﴾ النحل ، ٩٥
110Loading...
33
Media files
130Loading...
34
https://www.facebook.com/share/p/5mmR9ypFgmWHDWiF/?mibextid=oFDknk Ramai bebenor penghasut isu khutbah Perak hari ini. Aku baca teks hari ini selepas solat subuh setelah imam masjid bertanya kepada aku kandungan yang kononnya kontroversial. My points: 1. Kandungan teras kpd khutbah tersebut adalah wajib keadilan dijadikan faktor utama perkiraan dlm apa jua tindakan yang melibatkan urusan2 hukum, muamalat dan sosionegara. 2. Isu jangan boikot hanya disentuh secara umum tanpa menamakan nama2 syarikat. Tak ada satu syarikat pun dinamakan. 3. Khutbah menekankan sesuatu tindakan boikot bukan dibuat dengan emosi, ad hoc tetapi melalui tapisan, kajian mengambil kira faktor2 bukti, timbangan maslahah dan mudarat dll. 4. Hujjah2 sirah juga dikemukakan. Tak kontroversi pun. Ada tahap ilmiahnya. So? Penghasut bahkan mengaitkan khatib2 yg menyampaikan khutbah Perak hari ini sebagai ' mencintai elaun melebehi kebenaran'. Harap pihak berkuasa agama bertindak effektif mengurus kebobrokan mempolitikkan khutbah Perak tersebut.
210Loading...
35
Media files
170Loading...
36
[Al Banna dan Palestin] Berikut adalah antara contoh dari banyak contoh-contoh yang menceritakan sifat pahlawan rijal ini. Pada bulan Mei 1948 Imam al-Banna telah mengutus surat kepada para pemimpin Arab yang bertemu di Lubnan. Beliau menegaskan kesediaan Ikhwan Muslimun, jemaah islam yang beliau sendiri asaskan untuk menyediakan sepuluh ribu Mujahid yang bersedia untuk mati syahid pada jalan Allah demi membela Palestin. Ketika bermula perang di Palestin pada tahun 1948, pasukan Inggeris telah berundur selepas kewujudan tentera bersenjata Israel. Tentera Arab yang berada di bawah pimpinan yang dikuasai pegawai Inggeris turut campur tangan. Rakyat Palestin pula berada di persimpangan antara tentera Zionis dan pemimpin Arab yang secara rasmi mengalah dan tunduk dengan kemahuan Inggeris. Mereka tidak menemui seorang pun penolong yang sebenar selain Ikhwan Muslimun. IM telah berjuang dalam pertempuran sengit menentang tentera Israel. Pertempuran paling terkenal ialah “Ramat Rahil” ketika sekumpulan Mujahidin IM menyerang kubu penjajah pada malam 26 Mei 1948. Mereka berjaya menguasai kawasan tersebut dan membunuh lebih dari 200 tentera Israel. Begitu juga mujahidin Ikhwan berjaya mengembalikan kedudukan “panitera 86” setelah tentera kerajaan gagal menguasainya. Bagaimanapun, pihak pemerintah di Mesir telah berkomplot dengan musuh. Mereka telah mengisytiharkan resolusi tentera untuk membubarkan Jamaah Ikhwan pada tahun 1948. Selepas sehari resolusi ini, tentera Mesir yang ditempatkan di Gaza diperintah untuk mengumpulkan semua senjata milik Mujahidin Ikhwan Muslimun Mesir. Faqrul Nasrudin Aktivis Muassis *** Berminat untuk menyertai Quranic Circle dan aktiviti anjuran kami pada masa depan? Tekan link ini untuk pendaftaran http://tinyurl.com/QuranicCircleForBro Follow & subscribe media sosial kami https://linktr.ee/muassismedia
190Loading...
37
Wang bukanlah segala-galanya, sehingga prinsip moral boleh tergadai dengan alasan penganjur ‘mematuhi garis panduan’. 🔗 https://zulkiflialbakri.com/patuh-garis-panduan-bukan-alasan-berhibur-sebebasnya/
170Loading...
38
Jangan salahkan Allah jika kehendak kita lambat dikabulkan jika kita sendiri sering lambat dalam menyahut panggilan dan kehendak Allah. الجزاء من جنس العمل Seseorang itu mendapat balasan sesuai dengan perbuatan yang dia lakukan. Siapa ingat Allah, Allah ingat dia. Siapa abaikan Allah, Allah abaikan dia. ✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli
190Loading...
39
https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/5895-al-kafi-1983-isu-syariah-berkaitan-penggunaan-shopee-pay-later
150Loading...
https://www.facebook.com/share/ZokjQhPeovTp74bG/?mibextid=oFDknk Kita memang suka meromantiskan apa yang ada di luar sehingga kita abaikan apa yang ada di dalam negara. Kita cuma ambil bahagian yang best sahaja tapi yang tak berapa best kita tak nak ambil pula. Memang benar kadar upah gaji di luar negara jauh lebih tinggi. Apatah lagi dibayar dalam matawang USD. Tapi ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Pertama, bukan semua tawaran pekerjaan di luar negara itu bagus. Banyak yang berisiko scam. Ramai yang terpedaya dengan scam pekerjaan dijanjikan upah gaji yang lumayan tetapi syaratnya kena ‘bayar’ dahulu kos pemprosesan sebelum duit gaji masuk. Tak ada istilah ini. Majikan yang bertanggungjawab segala urusan termasuklah penginapan di hotel sebelum urusan selesai. Kedua, tempat juga amat terhad. Itupun memang sepenuhnya bergantung dengan luck. Anda kena betul-betul bagus dalam bidang yang diceburi dahulu sebelum menerima sebarang tawaran untuk ke luar negara. Kalau prestasi kerja dalam negara pun suam-suam kuku, siap boleh jual insurans dan MLM waktu kerja pejabat - kebarangkalian untuk terima tawaran kerja luar negara yang bagus itu amatlah rendah. Ketiga, kos kehidupan di luar negara tak sama dengan dalam negara. Belanja barang dapur dalam seminggu sahaja boleh mencecah 400 ratus ringgit. Ya SEMINGGU. Bukan sebulan. Nak makan nasi beriyani? Sepinggan harganya hampir 50 ringgit. Nak makan sedap sikit dengan keluarga hujung bulan? Sekali belanja di Chillis untuk 4 orang sahaja senang-senang cecah 500 ringgit. Itu belum kira kos-kos lain seperti kos sewa, pengangkutan dan lain-lain. Ada seorang kenalan yang berkhidmat sebagai guru tadika di Dubai bergaji hampir 20 ribu sebulan mengeluh dan berhenti kerja kerana kos kehidupan yang terlalu mahal. Di sesetengah kawasan, kos sewa flat satu bilik di luar kawasan tumpuan bandar pun boleh cecah 5-6 ribu Ringgit. Itu belum masuk lagi kos rawatan di hospital. Kadang2 jumpa doktor GP pun kena caj dekat 2-3 ratus. Keempat, syarat paling utama kalau nak bekerja dalam bidang profesional di luar negara, anda sekurang-kurangnya kena mahir berbahasa Inggeris dan tamat tingkat pengajian dalam bidang Sarjana (Master degree) ke atas. Kecuali bidang-bidang khusus tetapi itupun memerlukan sijil tauliah khusus seperti Perbankan, IT atau ilmu teknikal yang lain. Tak semudah nak apply job online boleh terus dapat kerja. Walaupun gaji yang ditawarkan lebih dua tiga kali ganda dari apa yang ditawarkan di Malaysia, ketahuilah bahawa terlalu banyak kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan. Yuran pendidikan rendah, kos kesihatan awam rendah, projek perumahan rakyat untuk golongan kelas menengah, cash transfer macam BR1M, Skim Tunai Rahmah dan banyak lagi. Maaflah tapi selalu yang mengeluh banyak sangat ini sebenarnya bila diperhatikan, mereka lebih berminat bergaji besar bukanlah disebabkan nak hidup macam orang kebiasaan sangat, tetapi sebenarnya sangap nak hidup macam orang kaya ~ nak holiday dengan family ke Eropah, nak upgrade kereta mewah, nak bershopping designer brand handbag… Tapi bila upah gaji bekerja di Malaysia yang tak memampukan mereka untuk hidup sedemikian rupa, mulalah macam-macam memburukkan tentang Malaysia dan kemudian meromantiskan pula apa yang ada di luar negara.
Показать все...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

👍 1
https://www.facebook.com/share/kce6hJr5Kjaeai4w/?mibextid=oFDknk Ramai bagi pendapat mengenai lebih kurang 10,000 murid yang tidak hadir ambil SPM yang lepas. Rata-rata berpandangan dan berpendapat semuanya berlaku kerana KPM melalui sistem, dasar, kurikulum, guru serta sekolah tidak berjaya mengatasi isu ini. Walhal pihak sekolah dan cikgu-cikgu dah buat habis baik semampu mungkin untuk membantu mereka. Tapi apakan daya hanya sistem, cikgu dan sekolah yang salah. Setakat ini tiada siapa pun yang berani (mungkin tak jumpa lagi kenyataan dari pakar atau pempengaruh) mempertikaikan atau menimbulkan sebarang persoalan mengenai institusi kekeluargaan lebih kurang 10,000 murid yang tidak hadir mengambil peperiksaan. Tiada siapa bertanya apakah peranan keluarga terhadap 10,000 murid tersebut. Nak salahkan cikgu paling mudah. Tapi kalau murid di rumah, tidak hadir peperiksaan seperti yang ditetapkan adakah ia salah sistem? Salah cikgu? Di mana institusi keluarga? Sembang dekat FB, memang sedap. Banyak like. Kalau berani cari 370 orang daripada semua calon tersebut dan buat kajian mudah berkaitan peranan guru, sekolah dan institusi keluarga pada hari peperiksaan. Jawab soalan-soalan mudah je misalnya 1. Guru saya mengingatkan saya untuk hadir peperiksaan (1 setuju - 5 tidak setuju) 2. Ibu bapa saya mengejutkan saya untuk hadir peperiksaan (1 setuju - 5 tidak setuju) Dan sebagainya. Cubalah tengok. Bukan terus tuding jari kat sistem dan sekolah.
Показать все...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

https://www.facebook.com/share/p/2tFcGbMPEAyf4DUQ/?mibextid=oFDknk Setelah beberapa lama berada di meja pengkuliah sejak pulang dari Al-Azhar Mesir, dapat saya simpulkan beberapa perkara: 1, Untuk orang awam, para ustaz atau pengkuliah tidak perlu membahaskan perkara khilafiyyah dalam agama ketika berkuliah, kerana ianya boleh membawa kepada lebih banyak berlaku perbezaan pendapat dalam kalangan masyarakat. Ini perlu dibendung kerana masyarakat kita masih belum lagi matang dalam mengaplikasikan adab2 khilaf. Cukup menyatakan hukum agama (boleh ke tak boleh/ sah ke batal) yang berkaitan dengan amalan2 wajib mereka untuk diamalkan, kerana bukan habuan mereka untuk dibahaskan tentang “istinbath” atau “istidlal” , atau dalil ini lemah ke kuat ke dan lain2. Mereka datang ke masjid dengar kuliah dengan niat nak faham ilmu dan nak amalkan terus. Bukan nak jadi tuk faqih !! Maka adalah lebih baik jika hadirnya mereka ke kuliah, dapat ditinggalkan dosa yang dilakukan secara jahil, berbanding pulangnya mereka dengan ilmu bahawasanya, dalil ini lemah dalil ini kuat, ini perawinya thiqah, ini perawinya kazib, dalil ini am dalil itu khas. 2, Mudahkan bahasa atau istilah yang di dalam kitab. Tidak perlu dibahaskan ini mubtada'nya itu khobarnya , ini kalam hazaf mudhof, wataqdiruhu, ini inna wa akhowatuha dan lain2 ... Kalu nak ngajar lagutu kena gi ngajar oghe Degree Bahasa Arab la .. Cukup hanya pengkuliah yang faham dengan method macam itu untuk kefahaman sendiri yang sempurna, dan hendaklah fahamkan pendengar maksud isi kitab atau ilmu dengan bahasa yang mudah difahami. Contohnya, dibacakan sepintas lalu ayat yang disebut dalam kitab, dan huraikan dengan kefahaman ilmu, bukannya huraikan ibarat ayat2 yang tertulis dalam kitab. Ini kuliah orang awam, bukannya bedah kitab !! Kerana orang awam yang hadir ke masjid boleh diumpamakan seperti pelanggan yang hadir ke kedai makan memesan makanan. Tiba2 Chef datang menerangkan resepi masakannya, ini bawang dua ulas , rempah sebanyak ni, serai kena tiga batang , nasi kena kukus, api kena kuat dan lain2. “ Kito oghe ni lapar, nak buka kelas masak ko nak nnego ni ? " 3, Lebihkan mawaizh( kata2 nasihat) atau kisah2 tauladan para Nabi, Sahabat dan orang2 yang Soleh untuk dijadikan pengajaran dalam menghadapi kehidupan yang kadang cerah, kadangnya mendung, bahkan ribut petir yang menimpa. Kerana terubatnya hati insan yang sedang dalam ujian atau musibah apabila mengetahui bukan hanya dia berkeseorangan dalam menerima ujian kehidupan. Para Nabi dan Rasul pun tidak terlepas daripada diuji bahkan lebih berat ujian mereka itu sedangkan mereka itu para kekasih Ilahi .. ... banyak lagi kalau nak disimpulkan, tapi cukup dengan beberapa ini sahaja .. 😊 ~Hasif Najmi #صلواعلىالحبيب 🌹🌹 #مندالعلىالخيركفاعله #بلغواعنيولوءاية
Показать все...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

Показать все...
Bagaimana Pengunjung PBAKL Dikira?

Kembali lima tahun ke belakang, statistik pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 berjumlah 1 juta. Menurut beberapa laporan akhbar

https://www.facebook.com/share/p/BQT2sAewpoCLy3sn/?mibextid=oFDknk Semalam podcast pertama Patriots berlaku di reruai kami di PBAKL. Topik semalam sedap juga. Kauthar Rozmal cadangkan topik Rasionalisasi Subsidi. Saya tambah. "Rasionalisasi Subsidi Yang Tak Rasional" Baru Oktober tahun lepas, dalam satu sesi wawancara, PM DS Anwar Ibrahim menyatakan bahawa sebelum kita nak melaksanakan apa-apa cukai baru atau rasionalisasi subsidi, kerajaan perlu pertama-tama sekali melihat kepada memperbetulkan ketirisan dan korupsi. Dan saya memetik; "Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, “We must begin with the governance issue to ensure no unnecessary leakage and corruption ... You can correct the excesses first then you can see if there is a necessity to tax further,” he said on Oct 18 last year." Jadi berapa kerugian negara akibat ketirisan ini? PM memetik data dari SPRM; "RM277 billion over the last five years alone due to corruption; that is RM55 billion per year on average." So berapa kita save kalau buat rasionalisasi subsidi diesel dan petrol? Dilaporkan bahawa kerajaan jangka dapat save RM2 bilion sebulan melalui rasionalisasi subsidi minyak. Setahun ada lah dalam RM30 bilion (saya balloon kan figure kat sini, senang). Persoalannya, mana yang kata sebelum nak implemen apa-apa cukai baru atau laksanakan apa-apa rasionalisasi subsidi, akan lihat kepada mengurangkan ketirisan? Dapat kurangkan ketirisan separuh dahulu pun dah cover subsidi. Dari mana ketirisan ini berlaku? Orang lari cukai? Kita ada GST. GST merekodkan kutipan cukai RM40 bilion ketika ia dilaksanakan. Tak cover subsidi? Mana datang lagi? Dari overpriced tenders? Sebab tu saya banyak kali kata kalau betul-betul serius nak basmi bloated cost dari vendor yang masuk tender, percepatkan bayaran. Orang balloon kan kos tender sebab bayaran kadang dapat 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan lepas benda dah deliver. Kadang 12 bulan pun ada. Kita tak ada subsidi lain yang boleh dilihat kepada dahulu sebelum nak sasar ke subsidi diesel dan petrol? Ada. Subsidi kesihatan. Naikkan bayaran ke klinik dan hospital kerajaan. Jangan semua orang nak kenakan seringgit. Rasionalisasikan lah siapa yang layak dapat perkhidmatan seringgit ni. Warga emas ke, miskin tegar ke, pesakit kronik hilang upaya bekerja ke. Yang lain-lain tu bayar je lah RM10 atau RM20. Sebab subsidi kesihatan kita tinggi, people take for granted. Tak jaga kesihatan. End up kena penyakit lagi kronik. Lagi banyak subsidi dibelanjakan. Sambil mengurangkan subsidi, boleh juga bantu KKM untuk tambah staf kesihatan yang semakin kritikal. Pendek cerita, subsidi petrol dan diesel ni last lah sentuh... Tengok pada tempat-tempat lain dulu. Datuk Seri Najib Razak dulu, belum cerita pasal nak rasionalisasi subsidi minyak, dia dah prepare dengan ekonomi rakyat yang kuat. Prepare rakyat dan negara keluar dari middle-income trap dengan create high paying jobs. Naikkan kuasa membeli rakyat. Ini baru betul cara nak bersedia ke arah rasionalisasi subsidi. Bukannya ketika kos bahan mentah naik, matawang melemah, buat dasar gaji progresif, naikkan tarif elektrik, masalah inflasi, perkenalkan cukai-cukau baru... ...tup tup bagi nail in the coffin - "Kami nak tarik subsidi minyak." Good luck.
Показать все...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

https://www.facebook.com/share/p/zegc8WrSdM62ax9v/?mibextid=oFDknk Sengaja tunggu 24 jam selepas pengumuman keputusan SPM semalam, nak tengok juga jika ada keluar angka selain daripada 10,160 murid tak hadir dan 11,713 murid straight A. Tak ada. Penuh di media sosial & elektronik dua nombor ini sahaja. Jadi pagi ini saya belek-belek semula dokumen analisis SPM 2023 yang dikeluarkan Lembaga Peperiksaan (LP). Di bahagian pendahuluan mereka tulis; “Pada umumnya, peperiksaan SPM bertujuan untuk mengukur sejauh mana pencapaian murid dalam pembelajaran yang telah dilaluinya selama 11 tahun bagi mendapat pengiktirafan menerusi penganugerahan sijil,” Dan jika Tuan-tuan rajin, skrol sikit ke bawah dokumen ini akan jumpa; 23,775 tak lulus BM/Sejarah 33,915 tak dapat sijil (sama ada tak hadir atau tak lulus BM/Sejarah) 9306 gagal Bahasa Melayu 41,403 gagal Bahasa Inggeris 20,868 gagal Sejarah 85,706 gagal Matematik 25,174 gagal Sains Rasanya cukuplah setakat ini sahaja dahulu kita keluarkan nombor-nombor ini. Sebab ada yang tidak kongruen dengan kenyataan LP sendiri di atas iaitu tujuan SPM adalah untuk mengukur 11 tahun persekolahan murid, tetapi nombor yang dipersembahkan tidak menggambarkan ukuran tersebut. Bak kata World Bank, Malaysia jika diukur mengikut metrik Learning Adjusted Years of Schooling (LAYS), anak-anak kita hanya mendapat pendidikan sebanyak 8 tahun sahaja walaupun hadir ke sekolah selama 11 tahun. Ada juga rasa-rasa pening lalat bila baca dokumen LP ini sebab terlalu banyak zikir ‘keputusan tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas’. Kerajaan Perpaduan jika betul Madani kena rombak sistem dan perbaiki angka-angka ini. Kerana jika tidak kita tidak akan sedari berapa ramai anak-anak kita tercicir saban tahun. Munasabah atau tidak anak kita 23-24 peratus gagal Matematik lepas 11 tahun pergi sekolah? Ini masa-masa yang kritikal. Rakyat sedang melihat sama ada Madani hanyalah sebuah lagi ‘sembang curry’ seperti sebelum ini.
Показать все...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

Repost from Seerah Center 🌙
KEPUTUSAN SPM: APAPUN HASILNYA, ANAK KITA ADALAH ANAK KITA Keputusan peperiksaan terbesar peringkat persekolahan, SPM, telah keluar hari ini. Dalam lingkungan saya, ada yang dapat keputusan sebaik 'straight A's', ada yang dua Gagal dua E. Tentulah bermacam-macam emosi dan rasa menyelubungi anak-anak kita hari ini, termasuklah kita sendiri sebagai ibu bapa, abang kakak, mahupun adik. Apatah lagi melihat kepada persepsi kebanyakan kita bahawa SPM adalah segala-galanya. Hari ini, ada yang matanya bercahaya menjangkakan keindahan masa depannya. Ada juga yang gelap gelita, bagai tamatlah segalanya. Apapun, sebagai pencinta Nabi SAW kita beruntung kerana sunnahnya juga terpamer dalam meraikan kejayaan dan kegagalan anak-anak muridnya. 1. Nabi SAW Raikan Semua 'Growth' Bila kita tumpu kepada 'growth' atau pertumbuhan, ia lebih berbaloi berbanding menumpukan hasil yang dirakam di atas sekeping kertas. Apatah lagi yang ditaksirkan itu diselaraskan untuk semua orang, sedangkan semua orang tidak sama. Sahabat, berbeza-beza haluan dan kelebihannya. Jika hanya satu sudut saja yang diraikan, maka hanya segelintir sahaja yang layak. Tetapi Baginda raikan semua. "Yang paling kasih dalam kalangan ummatku kepada umatku, adalah Abu Bakar, yang paling tegas pada arahan Allah adalah Umar, paling budiman adalah Uthman, paling pakar al-Quran adalah Ubai bin Ka’b, paling pakar Faraid adalah Zaid bin Thabit, paling pakar Halal Haram adalah Mu’az bin Jabal, sesungguhnya bagi setiap ummah itu adanya seorang al-Amin dan Amin bagi umat ini adalah Abu Ubaidah al-Jarrah." (Hadis Riwayat at-Tirmidhi) 2. Nabi SAW Tak Sisihkan Orang-orang 'Gagal' Ya, memang ada orang itu, sampai ke sudah tidak terpapar kelebihan (atau disebabkan sistem yang salah, kelebihannya tidak dicungkil atau kelemahannya tak dapat dibaikpulih dengan betul). Baginda sekali lagi mendidik kita untuk tidak mudah menganggap orang gagal, adalah orang gagal selama-lamanya. “Betapa ramai yang dadanya berbulu, berdebu, dengan pakaian lusuhnya (menutupi jasad), orangpun tidak menghiraukannya, tetapi jika dia berdoa kepada Allah nescaya ia akan diperkenan, antaranya al-Bara’ bin Malik.” (Hadis Riwayat at-Tirmidhi) Kelak, setelah kewafatan Baginda, al-Bara' akan mula muncul sebagai hero, kelak ketika Muslimin buntu bagaimana mahu masuk ke dalam benteng kukuh Musailamah al-Kazzab. Al-Bara' juga hero dalam perang Tustar dan menjadi penyelamat adiknya, Anas bin Malik yang terkena senjata salasil yang kejam itu. 3. NABI SAW Tidak Mengherdik, Mempersoalkan, dan Terus Menjadi Pendidik Setelah anak kita tidak berjaya memenuhi harapan 'Lembaga Peperiksaan' dan 'Sekolah', janganlah kita menambah beban dengan menyakiti lagi anak kita dengan 'harapan-harapan' kita. Mereka akan kekal menjadi anak kita, dan kita akan terus menjadi ibu dan ayah mereka, mendidik lagi dan mendidik lagi sehingga ke akhirnya. "Aku berkhidmat kepada Rasulullah 10 tahun, tidak pernah sekali dia sebut ‘uf’ kepadaku, tidak juga persoalkan mengapa aku melakukannya dan tidak pula mengapa aku tidak melakukannya." (Hadis Riwayat al-Bukhari) Tahniah buat semua anak yang berhasil mendapatkan keputusan cemerlang. Yang tidak cemerlang atau yang gagal 'atas kertas', carilah potensi-potensi diri lain atau peluang-peluang lain untuk mentaksir diri. Mak ayah, marilah membela dan terus membentuk peribadi anak. Kita naikkan mantra baharu 'SPM bukan segala-galanya, akhirat itu yang segala-galanya'. https://t.me/seerahcenter
Показать все...
Seerah Center 🌙

Informasi, kelas dan produksi berkait Sirah Nabi ﷺ. Untuk pendaftaran, langganan dan tajaan -

https://seerahcenter.yezza.store/

Sebarang urusan, boleh hubungi 0192574827 (Khubaib Akhi).

Показать все...
Paul Tan 🚦 199 (@paultantk) en X

PERHATIAN UNTUK PENGGUNA KENDERAAN DIESEL - tiada lagi subsidi, harga pam akan naik ke harga pasaran - harini harga dia RM3.33/L - pengguna kenderaan diesel individu boleh apply program Budi Madani untuk dapatkan subsidi diesel RM200 sebulan - bayaran subsidi RM200 tu secara