ru
Feedback
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Открыть в Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Больше
Страна не указанаКатегория не указана
1 858
Подписчики
+424 часа
+497 дней
+5730 день
Архив постов
Repost from Media ACF
KEBANGKITAN PERADABAN TIMUR BERMULA DENGAN KEBANGKITAN INSAN Dunia sedang melalui zaman peralihan tamadun. Ketika Peradaban Barat berhadapan dengan pelbagai krisis, persoalannya : Adakah Timur bersedia untuk bangkit? Seminar Bangkit Peradaban Timur bukan sekadar sebuah seminar atau perkongsian biasa. Apa yang akan dibincangkan bukan sekadar cerita, nostalgia sejarah atau retorik semata-mata, tetapi suatu gelombang kesedaran yang sedang bergerak dan perlu difahami oleh setiap individu yang prihatin terhadap masa depan umat, bangsa dan negara. Dalam arus perubahan dunia hari ini, sikap menunggu dan sekadar memerhati bukan lagi satu pilihan. Persoalannya, adakah kita hanya mahu menjadi pemerhati terhadap pelbagai ancaman dan serangan terhadap aqidah, pemikiran, keluarga dan negara, atau kita mahu menjadi sebahagian daripada generasi yang bersedia untuk bangkit? Dalam Seminar Bangkit Peradaban Timur, kita akan membongkar rahsia pembinaan insan melalui Gagasan Alif, Mim dan Sin, memahami bagaimana seorang insan dibangunkan sehingga mampu melahirkan keluarga, masyarakat, negara dan akhirnya sebuah peradaban yang gemilang. “Peradaban yang agung lahir daripada insan yang mengenal asal-usul dirinya dan tujuan kehidupannya.” Mari bersama menghayati sejarah, memahami realiti semasa dan membina masa depan dengan jati diri yang kukuh. Bangkitkan kembali jiwa Peradaban Timur. Bangkitkan jati diri bangsa. 📍 Dewan Majlis Perundangan Melayu, Kuala Lumpur 📅 21 Jun 2026 (Ahad)9.00 pagi – 1.00 petang 🔗 Daftar sekarang : https://forms.gle/rWoWk7u2ENSHBcwTA Tempat adalah terhad. Jumpa anda di sana, Insya Allah. #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #PerangPeralihanDunia #BangkitPeradabanTimur

Repost from Media ACF

Repost from Media ACF
Adakah kita sedar, siapa kita yang sebenarnya? Seringkali kita terlupa bahawa Nusantara bukan sekadar tanah yang kaya dengan hasil bumi. Ia pernah menjadi pusat peradaban dunia yang maju, makmur, dan disegani seantero dunia. Kini, tiba masanya untuk kita bangkit! Bagaimana sejarah masa lalu boleh menjadi kunci utama untuk kita mendepani pelbagai cabaran masa hadapan? Sertai kami dalam SEMINAR BANGKIT PERADABAN TIMUR, Kami akan bongkarkan rahsia kekuatan akar umbi warisan kita untuk mengembalikan jati diri bangsa. 📍 Lokasi : Dewan Majlis Perundangan Melayu, Kuala Lumpur 📅 Tarikh : 21 Jun 2026 (Ahad) ⏰ Waktu : 9.00 pagi - 1.00 petang Barisan Panel Penceramah : ✨ Tuan Khalid Yahya – "Dunia Menuju Perubahan - dari Timur ke Baitulmaqdis" ✨ Bonda TunSuzana – "Menelusuri Sejarah dan Warisan Peradaban Nusantara" ✨ Tuan Haji Razali – "Gagasan Alif Mim Sin bina Insan Bangkit Peradaban" Ayuh, bangkitkan kembali jati diri bangsa! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perubahan! 🔗 Daftar Di Sini : https://forms.gle/rWoWk7u2ENSHBcwTA #BangkitPeradabanTimur #Nusantara #JatiDiriBangsa #SeminarKualaLumpur #PeradabanTimur

Repost from Media ACF
KEBANGKITAN PERADABAN TIMUR BERMULA DENGAN KEBANGKITAN INSAN Dunia sedang melalui zaman peralihan tamadun. Ketika Peradaban Barat berhadapan dengan pelbagai krisis, persoalannya : Adakah Timur bersedia untuk bangkit? Seminar Bangkit Peradaban Timur bukan sekadar sebuah seminar atau perkongsian biasa. Apa yang akan dibincangkan bukan sekadar cerita, nostalgia sejarah atau retorik semata-mata, tetapi suatu gelombang kesedaran yang sedang bergerak dan perlu difahami oleh setiap individu yang prihatin terhadap masa depan umat, bangsa dan negara. Dalam arus perubahan dunia hari ini, sikap menunggu dan sekadar memerhati bukan lagi satu pilihan. Persoalannya, adakah kita hanya mahu menjadi pemerhati terhadap pelbagai ancaman dan serangan terhadap aqidah, pemikiran, keluarga dan negara, atau kita mahu menjadi sebahagian daripada generasi yang bersedia untuk bangkit? Dalam Seminar Bangkit Peradaban Timur, kita akan membongkar rahsia pembinaan insan melalui Gagasan Alif, Mim dan Sin, memahami bagaimana seorang insan dibangunkan sehingga mampu melahirkan keluarga, masyarakat, negara dan akhirnya sebuah peradaban yang gemilang. “Peradaban yang agung lahir daripada insan yang mengenal asal-usul dirinya dan tujuan kehidupannya.” Mari bersama menghayati sejarah, memahami realiti semasa dan membina masa depan dengan jati diri yang kukuh. Bangkitkan kembali jiwa Peradaban Timur. Bangkitkan jati diri bangsa. 📍 Dewan Majlis Perundangan Melayu, Kuala Lumpur 📅 21 Jun 2026 (Ahad)9.00 pagi – 1.00 petang 🔗 Daftar sekarang : https://nuranirelief.onpay.my/order/form/sumbanganbangkit Tempat adalah terhad. Jumpa anda di sana, Insya Allah. #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #PerangPeralihanDunia #BangkitPeradabanTimur

Repost from Media ACF

Repost from Media ACF
Adakah kita sedar, siapa kita yang sebenarnya? Seringkali kita terlupa bahawa Nusantara bukan sekadar tanah yang kaya dengan hasil bumi. Ia pernah menjadi pusat peradaban dunia yang maju, makmur, dan disegani seantero dunia. Kini, tiba masanya untuk kita bangkit! Bagaimana sejarah masa lalu boleh menjadi kunci utama untuk kita mendepani pelbagai cabaran masa hadapan? Sertai kami dalam SEMINAR BANGKIT PERADABAN TIMUR, Kami akan bongkarkan rahsia kekuatan akar umbi warisan kita untuk mengembalikan jati diri bangsa. 📍 Lokasi : Dewan Majlis Perundangan Melayu, Kuala Lumpur 📅 Tarikh : 21 Jun 2026 (Ahad) ⏰ Waktu : 9.00 pagi - 1.00 petang Barisan Panel Penceramah : ✨ Tuan Khalid Yahya – "Dunia Menuju Perubahan - dari Timur ke Baitulmaqdis" ✨ Bonda TunSuzana – "Menelusuri Sejarah dan Warisan Peradaban Nusantara" ✨ Tuan Haji Razali – "Gagasan Alif Mim Sin bina Insan Bangkit Peradaban" Ayuh, bangkitkan kembali jati diri bangsa! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perubahan! Daftar sekarang melalui pautan di bawah : 🔗 Daftar Di Sini : https://nuranirelief.onpay.my/order/form/sumbanganbangkit #BangkitPeradabanTimur #Nusantara #JatiDiriBangsa #SeminarKualaLumpur #PeradabanTimur

Repost from tvsufi.com

MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT bukan sekadar sebuah program, tetapi merupakan titik permulaan kepada satu gerakan kesedaran rakyat untuk memahami, menghayati dan mempertahankan asas kenegaraan Malaysia. Dalam Forum Perdana “Keindahan Sistem Kesultanan Alam Melayu”, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan menegaskan bahawa sistem pemerintahan beraja di negara ini masih tetap relevan dan semangat menjunjung daulat mesti terus diperkasakan. Beliau turut menyatakan sokongan penuh agar gerakan yang dimulakan oleh Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat di Masjid Bandar Saujana Putra ini diperluaskan ke seluruh negara bagi membangkitkan kesedaran dan penglibatan rakyat, khususnya orang Melayu Islam, dalam memahami Perlembagaan Persekutuan serta menghayati sistem Raja Berperlembagaan dengan lebih mendalam. “Kita tidak ada masa lagi untuk beretorik atau mempersoalkan perkara-perkara yang telah jelas dalam Perlembagaan. Sebaliknya, usaha kesedaran dan penglibatan rakyat perlu digerakkan di seluruh negara.” — Yang Berhormat Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan Semoga seruan ini menjadi pencetus kepada lahirnya sebuah gerakan rakyat yang terus menjunjung institusi Raja, memelihara kedaulatan negara dan memperkukuhkan perpaduan demi masa depan Malaysia. Junjung Daulat, Jelata Muafakat. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #DaulatTuanku

Repost from Media ACF
KITA BUKAN BANGSA YANG KECIL Pernah suatu ketika dahulu, dunia datang ke Nusantara bukan sekadar untuk berdagang, tetapi untuk mengenali sebuah tamadun yang disegani. Kita memiliki warisan ilmu, kepimpinan, ekonomi, undang-undang dan akhlak yang pernah menjadi contoh kepada dunia. Namun hari ini, mengapa begitu ramai daripada kita lebih mengenali sejarah bangsa lain berbanding sejarah sendiri? Mungkin sudah tiba masanya kita kembali menggali akar peradaban, agar kita tidak kehilangan jati diri dalam menghadapi perubahan dunia yang semakin pantas. Bangkit bukan dengan kenangan, tetapi dengan ilmu, kefahaman dan kesedaran. Jika kita ingin memahami siapa kita, dari mana datangnya kekuatan peradaban Nusantara, serta bagaimana sejarah boleh menjadi panduan menghadapi cabaran masa depan, sertailah Seminar Bangkit Peradaban Timur. Bersama barisan panel yang akan mengupas sejarah, geopolitik, pembangunan insan dan kebangkitan peradaban dari perspektif yang lebih luas dan mendalam. 📍 Dewan Majlis Perundangan Melayu, Kuala Lumpur 📅 21 Jun 2026 (Ahad) ⏰ 9.00 pagi – 1.00 petang 🔗 Daftar sekarang : https://nuranirelief.onpay.my/order/form/sumbanganbangkit Tempat adalah terhad. #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #PerangPeralihanDunia #BangkitPeradabanTimur

Repost from Media ACF
KITA BUKAN BANGSA YANG KECIL Pernah suatu ketika dahulu, dunia datang ke Nusantara bukan sekadar untuk berdagang, tetapi untuk mengenali sebuah tamadun yang disegani. Kita memiliki warisan ilmu, kepimpinan, ekonomi, undang-undang dan akhlak yang pernah menjadi contoh kepada dunia. Namun hari ini, mengapa begitu ramai daripada kita lebih mengenali sejarah bangsa lain berbanding sejarah sendiri? Mungkin sudah tiba masanya kita kembali menggali akar peradaban, agar kita tidak kehilangan jati diri dalam menghadapi perubahan dunia yang semakin pantas. Bangkit bukan dengan kenangan, tetapi dengan ilmu, kefahaman dan kesedaran. Jika kita ingin memahami siapa kita, dari mana datangnya kekuatan peradaban Nusantara, serta bagaimana sejarah boleh menjadi panduan menghadapi cabaran masa depan, sertailah Seminar Bangkit Peradaban Timur. Bersama barisan panel yang akan mengupas sejarah, geopolitik, pembangunan insan dan kebangkitan peradaban dari perspektif yang lebih luas dan mendalam. 📍 Dewan Majlis Perundangan Melayu, Kuala Lumpur 📅 21 Jun 2026 (Ahad) ⏰ 9.00 pagi – 1.00 petang 🔗 Daftar sekarang : https://nuranirelief.onpay.my/order/ Tempat adalah terhad. #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #PerangPeralihanDunia #BangkitPeradabanTimur

Repost from Media ACF
photo content

KENYATAAN SEKRETARIAT MUAFAKAT JELATA MENJUNJUNG DAULAT (MJMD) Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD), yang sebelum ini dikenali sebagai Sekretariat Bukit Bintang Berselawat (BBB 3.0), merakamkan rasa syukur dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kelulusan khas pelaksanaan Solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang. Perkembangan ini merupakan satu berita yang amat menggembirakan buat umat Islam, khususnya mereka yang berada di sekitar kawasan Bukit Bintang. Kemudahan untuk menunaikan Solat Jumaat di lokasi yang strategik ini bukan sahaja memudahkan urusan ibadah para pekerja, peniaga dan pengunjung, malah memperkukuhkan syiar Islam di tengah-tengah nadi ibu kota. Ketika penganjuran Bukit Bintang Berselawat 3.0 sebelum ini, kami menyaksikan sendiri sambutan dan kehadiran masyarakat yang dahagakan pengisian kerohanian serta ruang-ruang yang mendekatkan mereka kepada Allah SWT. Justeru, kelulusan ini dilihat sebagai satu langkah yang sangat bermakna dalam usaha mengimarahkan kawasan Bukit Bintang dengan aktiviti ibadah, dakwah dan pembangunan ummah. Kami turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha ini, khususnya pihak berkuasa agama dan agensi-agensi berkaitan yang telah memainkan peranan penting sehingga hasrat tersebut dapat direalisasikan. Semoga Outreach Oasis Bukit Bintang terus berkembang sebagai pusat dakwah, kebajikan dan pengimarahan Islam yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat serta menjadi mercu tanda syiar Islam yang menyatukan umat di tengah-tengah ibu kota. Junjung Daulat, Jelata Muafakat. Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) (Dahulunya Sekretariat Bukit Bintang Berselawat 3.0) Bacaan artikel penuh di sini : https://alhijrahnews.com/solat-jumaat-di-bukit-bintang-mulai-hari-ini/ #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #BukitBintangBerselawat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

photo content
+1

BACAAN GURINDAM DUA BELAS MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Antara pengisian yang mencuri perhatian pada Malam Berselawat Menjunjung Daulat ialah persembahan Bacaan Gurindam Dua Belas, sebuah karya agung warisan Melayu Islam hasil nukilan Raja Ali Haji. Bacaan ini mengangkat nilai adab, ilmu, kepimpinan, tanggungjawab serta hubungan manusia dengan Allah SWT yang menjadi teras pembinaan sebuah masyarakat berakhlak dan berperadaban. Melalui alunan yang penuh penghayatan, para hadirin dibawa menghayati mutiara nasihat yang kekal relevan merentasi zaman, sekali gus mengingatkan kita bahawa kekuatan sesebuah bangsa bukan hanya terletak pada kemajuan material, tetapi juga pada keluhuran budi, adab dan pegangan agama. Semoga khazanah warisan bangsa ini terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang sebagai panduan membentuk insan yang berilmu, berakhlak serta cintakan agama, bangsa dan negara. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimu

MUNAJAT MENJUNJUNG DAULAT Dalam suasana penuh khusyuk, para hadirin bersama-sama mengaminkan doa yang dipimpin oleh Imam Masjid Bandar Saujana Putra. Selaras dengan semangat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat, doa dipanjatkan memohon keberkatan dan perlindungan Allah SWT ke atas Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor serta seluruh kerabat diraja. Turut dipohon agar Negeri Selangor dan seluruh rakyat sentiasa dikurniakan keamanan, kesejahteraan, kemakmuran serta perpaduan yang berkekalan di bawah naungan Baginda. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

LENSA MAJLIS PERASMIAN MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Alhamdulillah, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada seluruh hadirin yang telah hadir memeriahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Kehadiran anda semua menjadi lambang kecintaan kepada Rasulullah SAW serta manifestasi kesetiaan kepada Raja, agama dan negara. Semoga himpunan penuh keberkatan ini terus menyuburkan semangat muafakat, memperkukuh jati diri dan memperteguh peradaban ummah. "...Sebab itulah Duli Yang Maha Mulia Sultan sentiasa menyeru agar kita memperkukuhkan perpaduan dan memelihara keharmonian dalam kalangan umat Islam. Seruan ini wajar kita sambut dengan penuh rasa tanggungjawab. Sekiranya wujud sebarang perselisihan atau perbezaan pandangan sesama kita, janganlah ia diperbesarkan di khalayak ramai sehingga mengundang perpecahan dan membuka ruang kepada pihak lain mengambil kesempatan. Sebaliknya, marilah kita menyelesaikan setiap permasalahan melalui musyawarah, dengan hikmah, adab dan semangat ukhuwah Islamiah. Islam mengajar kita bahawa setiap perselisihan hendaklah diselesaikan dengan kebijaksanaan, saling menghormati dan mengutamakan maslahat ummah. Jika semangat ini dapat kita hayati, insya-Allah umat Islam akan terus teguh, bersatu dan dihormati..." Petikan Ucapan Rasmi, YB Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tetamu Kehormat dan Perasmi Malam Berselawat Menjunjung Daulat 17 Jun 2026 #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

photo content
+3

LENSA AKTIVITI DI BOOTH NR THERAPY CENTRE MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Sempena program Malam Berselawat Menjunjung Daulat yang berlangsung di Masjid Bandar Saujana Putra, tim NR Therapy Centre telah membuka booth bagi memperkenalkan pendekatan kesihatan holistik yang menggabungkan warisan Perubatan Melayu tradisional dengan teknologi moden. Booth ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung yang hadir bersama keluarga dan sahabat untuk memeriahkan program. Selain menikmati suasana yang dipenuhi gema selawat serta semangat muafakat, pengunjung turut berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan penjagaan kesihatan emosi, fizikal, mental dan spiritual. Antara aktiviti dan tawaran yang disediakan oleh NR Therapy Centre ialah: • Saringan EEG Percuma – Pengunjung berpeluang melihat aktiviti gelombang otak masing-masing secara langsung. • Diskaun Terapi Bunyi NR dengan pembelian produk NR. • Urutan Wajah Percuma bagi mereka yang melanggan Terapi Bunyi semasa program berlangsung. • Konsultasi Kesihatan Percuma serta pelbagai tawaran pakej rawatan yang berbaloi. Booth ini turut memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat kaedah rawatan dan terapi yang ditawarkan dalam usaha membantu meningkatkan kesejahteraan diri secara menyeluruh. Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi singgah, bertanya dan mendapatkan maklumat di booth NR Therapy Centre. Semoga usaha memperkasakan kesedaran kesihatan secara holistik ini memberi manfaat kepada masyarakat dan menyumbang ke arah pembentukan komuniti yang sihat, sejahtera dan berdaya tahan. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur