es
Feedback

¡No caigas en manos de tramposos! Telemetrio encuentra y marca estos canales 👉 Si quieres ver la etiqueta, suscríbete

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Ir al canal en Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Mostrar más
El país no está especificadoLa categoría no está especificada
1 854
Suscriptores
Sin datos24 horas
-57 días
-1730 días
Archivo de publicaciones
Para leluhur meninggalkan jejak. Ilmu dan amanahnya wajar kita telusuri dengan hikmah. Ayuh bersama dalam Malam Kasih Menjunjung Daulat — Bicara Khas Menjunjung Daulat serta Zikir & Tahlil Kasih Leluhur, Ulama dan Umara’. 🗓️ Jumaat, 23 Oktober 2026 🕖 7.00 malam – 9.30 malam 📍 Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya Jom hadir bersama keluarga dan sahabat. #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamKasihMenjunjungDaulat #KekeluargaanAlKubra #SepangBerselawat

MALAM KASIH MENJUNJUNG DAULAT Sempena Karnival Imarah Masjid Jom Makan Food Fest & Sepang Berselawat Sebuah majlis, satu himpunan kasih… menyatukan selawat, ilmu dan penghormatan terhadap warisan kepimpinan umat. Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) menjemput seluruh masyarakat untuk bersama-sama menghadiri Malam Kasih Menjunjung Daulat, yang bakal berlangsung di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya. Majlis ini menghimpunkan para jemaah dalam suasana ibadah menerusi Bicara Khas Menjunjung Daulat serta Majlis Zikir & Tahlil Kasih Leluhur, Ulama dan Umara’ sebagai ruang menghidupkan ingatan terhadap jasa para pendahulu, menyuburkan kecintaan terhadap warisan serta mengeratkan muafakat dalam masyarakat. 🗓️ Jumaat, 23 Oktober 2026 🕖 7.00 malam – 9.30 malam 📍 Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat untuk mengimarahkan masjid dengan zikir dan ilmu, serta menyemai kasih dan muafakat dalam masyarakat. Sambil itu, meriahkan Karnival Imarah Masjid Jom Makan Food Fest sebagai usaha menghidupkan masjid sebagai pusat ibadah, kekeluargaan dan penyatuan komuniti. Jom hadir bersama dan sebarkan jemputan ini kepada keluarga, sahabat serta komuniti setempat. Maklumat lanjut : https://www.facebook.com/share/p/19cuePt27y/ Pendaftaran Karnival Imarah Masjid Jom Makan Food Fest : Klik pautan untuk mendaftar https://masjidcyberjaya.onpay.my/order/form/38 #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamKasihMenjunjungDaulat #KekeluargaanAlKubra #SepangBerselawat

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ UCAPAN TAKZIAH Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah atas pemergian Ibu Negara YBhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada usia 100 tahun. Pemergian almarhumah merupakan satu kehilangan yang amat dirasai oleh keluarga, masyarakat dan tanah air. Sepanjang usia yang panjang, almarhumah telah meniti bersama perjalanan sejarah negara dengan penuh keteguhan, kesantunan dan pengabdian. Sosok seorang wanita, isteri dan ibu yang setia, yang namanya akan terus dikenang dalam lembaran sejarah Malaysia. Sesungguhnya, ada insan yang pergi meninggalkan dunia, namun budi, jasa dan teladannya terus hidup dalam ingatan bangsa. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh almarhumah, mengampuni segala dosa dan kesalahan, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Buat Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga dan waris, kami titipkan doa agar Allah SWT mengurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan yang telah sekian lama menjadi teman setia dalam perjalanan kehidupan. Semoga segala kenangan yang indah menjadi penguat hati, dan segala kebaikan almarhumah menjadi amal yang terus mengalir pahalanya. Al-Fatihah. Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Repost from N/a
Masjidil Aqsa milik siapa sebenarnya? Ramai melihat Al-Quds hanya sebagai isu kemanusiaan. Hakikatnya, Masjidil Aqsa ialah tanah wakaf umat Islam yang telah diberkati Allah dan menjadi amanah buat orang-orang beriman. Ia bukan sekadar tinggalan sejarah, tetapi sebahagian daripada akidah dan identiti umat Islam. Mencintai Al-Quds bermaksud memahami kedudukannya, menyebarkan kesedaran, dan tidak membiarkan ia dilupakan. Kerana Al-Quds bukan milik satu generasi. Ia amanah untuk seluruh umat Islam. #bangkitalquds #masjidalaqsa #tigakotasuci #alifmimsin #palestine

Repost from N/a
Perlu diperbetulkan cara kita melihat isu Palestin. Ia bukan sekadar isu kemanusiaan atau bantuan kebajikan, tetapi juga isu akidah bagi umat Islam. Baitulmaqdis (Al-Quds) merupakan tanah suci yang mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam. Menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk mencintainya dan berjuang membela Al-Quds mengikut kemampuan yang Allah kurniakan samada melalui doa, ilmu, infak, dakwah dan segala usaha yang dibenarkan syarak. Semangat jihad dan kecintaan kepada Al-Quds mesti ditanam dalam diri serta diwariskan kepada generasi anak-anak, agar suatu hari nanti Baitulmaqdis kembali berada di bawah pemerintahan dan kekuasaan Islam. #bangkitalquds #tigakotasuci #alifmimsin #masjidalaqsa #palestine

Repost from N/a
KITA JUMPA ESOK MALAM! Alhamdulillah, semakin ramai yang bersama menghidupkan Malam Jejak Al-Quds. 🤍 ✨ Farid Kamil ✨ Zack Ka
KITA JUMPA ESOK MALAM! Alhamdulillah, semakin ramai yang bersama menghidupkan Malam Jejak Al-Quds. 🤍 ✨ Farid Kamil ✨ Zack Kacamata ✨ Ainan Tasneem ✨ Korie Jumpa malam esok! 🌙 MALAM JEJAK AL-QUDS Datang untuk suasana. Pulang dengan rasa. #malamjejakalquds #masjidalaqsa #puncakalam #palestine #bangkitalquds

Repost from N/a
🕌 MALAM JEJAK AL-QUDS 🕌 Semalam kita dah reveal tempatnya. Hari ini, kita nak tunjuk pula… apa yang menanti anda di sana? Save & share dulu. Swipe sampai habis 👉 Mari bersama menjejak kisah Al-Quds, mengenali sejarahnya, merasai denyut perjuangannya dan menghidupkan kembali cinta kita kepada bumi yang penuh sejarah dan kemuliaan. Satu malam yang santai, penuh penghayatan dan kebersamaan dengan pelbagai aktiviti, perkongsian santai dan persembahan istimewa yang membawa kita lebih dekat kepada Al-Quds. 🎤 PERSEMBAHAN ISTIMEWA ⭐ Zack Kacamata ⭐ Farid Kamil ⭐ Ainan Tasneem ✨ ANTARA YANG MENANTI ANDA: 🕌 Infografik Al-Quds 📖 Risalah Bangkit Al-Quds Percuma 🎨 Celik Al-Quds — Aktiviti Kanak-kanak 🛍️ Gerai Jualan & Makanan ✨ Serta pelbagai lagi pengisian yang akan melengkapkan perjalanan kita malam itu. 📅 5 SEPTEMBER 2026 | SABTU ⏰ 6.00 PETANG – 10.30 MALAM 📍 Downtown Puncak Bawa keluarga. Ajak sahabat. Luangkan satu malam untuk kenal, faham, rasa dan cinta kepada Al-Quds.
“Kerana mungkin Al-Quds jauh daripada kita, tetapi tidak seharusnya jauh daripada hati kita.” 🇵🇸
Satu malam. Satu perjalanan. Satu rasa. Jom jejak Al-Quds bersama !

Repost from N/a
photo content
+5

Repost from N/a
Malam Jejak Al-Quds nanti ada apa ? Save dan Share video ni dulu sebelum hilang. Kita akan reveal satu persatu.. siapa yang turun padang, apa yang menanti, dan kenapa malam tu kena datang luangkan masa. Dan pastinya santai tapi sampai. Jom seru kawan-kawan, family dan tag nama mereka kat bawah. Datang nikmati suasana. Pulang dengan rasa. Follow untuk info selanjutnya. #MalamJejakAlQuds #Baitulmaqdis #bangkitalquds

🇲🇾 MERDEKA KE-69 Jika hidup tiada muafakat, Retak bangsa, goyah daulat. Jika jiwa lupa akan asal, Mudah dijajah fikir dan akal. Jika keluarga teguh bersatu, Kasih dipupuk, maruah dijunjung selalu. Jika jelata seia sekata, Daulat dijunjung, teguhlah negara. Bukan merdeka pada nama, Tetapi merdeka jiwa dan sukma. Bukan sekadar kibaran panji, Tetapi amanah yang terus diwarisi. Dari muafakat lahir kekuatan, Dari rahmah tumbuh persaudaraan; Dari keluarga teguh ikatan, Dari jiwa merdeka lahir kesejahteraan. Muafakat Jelata Menjunjung Daulat. 🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan ke-69. #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #KesejahteraanNusantara #AlifMimSin #Kedaulatan #Merdeka

🎶 Dikir Muafakat Menjunjung Daulat kini tersedia di Spotify. Bagi yang pernah menyaksikan persembahan dikir ini sebelum ini,
🎶 Dikir Muafakat Menjunjung Daulat kini tersedia di Spotify. Bagi yang pernah menyaksikan persembahan dikir ini sebelum ini, karya tersebut kini boleh didengarkan dalam versi Spotify yang telah digubah semula. Dikir ini menggabungkan seni, selawat dan mesej yang membawa semangat Menjunjung Daulat, Jelata Muafakat dan Gema Selawat; mengangkat nilai perpaduan rakyat, kecintaan kepada Rasulullah ﷺ serta penghormatan kepada institusi Raja sebagai payung kedaulatan negara. Karya ini kini hadir dalam versi Spotify, agar mesej dan semangat yang dibawanya dapat terus didengarkan oleh lebih ramai. Lagu : Dikir Muafakat Menjunjung Daulat Lirik : FifiNoorHafiza Rentak Lagu : Arip DSN Gubahan Lagu Versi Spotify : BangTam Forte 🎧 Dengarkan di Spotify : https://open.spotify.com/album/2P8keegW4aMF13uklJ1Yu4?si=U_fRdxSLRGeqELjzBe4FRg

Sedarkah kita siapa diri kita? Orang Melayu bukan bersifat hamba. Kita mempunyai sejarah, maruah dan kedaulatan yang tersendiri iaitu mengenal Raja dan erti daulat. Namun sebagai Melayu yang berteraskan Islam, kita tahu kepada siapa kita tunduk — kita adalah hamba kepada Allah ﷻ. Kemerdekaan bukan hanya tentang bebas daripada penjajahan. Kemerdekaan bermula dari jiwa. Dengarkan perkongsian ini dan renungkan. Kredit video : TikTok KupangMas https://vt.tiktok.com/ZSVbUuV5M/ #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #KesejahteraanNusantara #AlifMimSin #Kedaulatan #Merdeka

MAULIDUR RASUL ﷺ DARIPADA CINTA, LAHIR KEHARMONIAN Rasulullah ﷺ diutuskan sebagai rahmat untuk seluruh umat. Baginda ﷺ mengikat hati yang berselisih, memuliakan keluarga, membina persaudaraan dan membentuk masyarakat yang berteraskan iman, adab dan keadilan. Maka, apabila kita berselawat dan menyatakan cinta kepada Baginda ﷺ, marilah kita bertanya kepada diri : Sudahkah cinta itu hidup dalam keluarga kita? Sudahkah ia menyatukan masyarakat kita? Sudahkah ia terpancar dalam akhlak dan kehidupan kita? Kerana cinta kepada Rasulullah ﷺ menuntut lebih daripada kata-kata. Daripada selawat, lahir kecintaan. Daripada kecintaan, lahir adab dan kasih sayang. Daripada adab dan akhlak, lahir keluarga yang kukuh. Daripada keluarga, lahir masyarakat yang bermuafakat. Daripada muafakat, lahir watan yang sejahtera. Di situlah selawat menjadi amalan, warisan menjadi amanah dan kekeluargaan menjadi sumber kekuatan. Sempena Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1448H, marilah kita memperbaharui cinta kepada Baginda ﷺ — agar rahmah, adab dan akhlak Baginda ﷺ terus hidup dalam keluarga, masyarakat dan watan. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Salam Maulidur Rasul. Daripada kami Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MaulidurRasul #AlifMimSin

DAULAT ITU JUGA BERMAKNA NEGARA MAMPU MENGURUS. Di sebalik keresahan yang semakin kedengaran tentang isu pendatang tanpa izin dan pengurusan pelarian, ada satu perkara yang wajar kita dengar : Rakyat mahu rasa tenang. Rakyat mahu rasa selamat. Rakyat mahu tahu negara sedang mengurus. Siapa yang masuk ke negara ini? Siapa yang tinggal? Siapa yang mempunyai dokumen dan status yang sah? Siapa yang tidak mempunyai hak untuk berada di Malaysia? Dan apakah tindakan yang sedang diambil? Persoalan-persoalan ini bukan semestinya lahir daripada kebencian terhadap sesuatu bangsa. Ia lahir daripada keinginan rakyat untuk melihat sebuah negara berdaulat mempunyai sistem yang jelas, sempadan yang terkawal dan undang-undang yang dilaksanakan. Pada masa yang sama, nilai kemanusiaan tetap perlu dipelihara. Mereka yang benar-benar memerlukan perlindungan hendaklah diurus melalui mekanisme yang jelas dan teratur. Mereka yang mempunyai status yang sah perlu dihormati haknya. Dan mereka yang tidak mempunyai hak untuk berada di Malaysia atau melanggar undang-undang hendaklah diambil tindakan melalui proses undang-undang yang sewajarnya. Tegas tidak semestinya zalim. Berperikemanusiaan tidak semestinya bererti lemah. Kerajaan juga sedang menyusun pengurusan pelarian melalui Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi membolehkan status, identiti dan pengurusan pelarian dilaksanakan dengan lebih tersusun. Dalam kerangka tersebut, kerajaan turut menjelaskan bahawa terdapat tiga kemungkinan penyelesaian akhir : repatriasi, penempatan ke negara ketiga atau pengusiran. Maka, rakyat wajar melihat proses ini diteruskan dengan jelas, tegas dan berkesan. Kerana apabila persoalan berlarutan tanpa kejelasan, keresahan akan semakin membesar. Dan apabila keresahan tidak diurus, ia mudah bertukar menjadi kemarahan. Di sinilah pentingnya negara hadir sebagai pengurus, pelindung dan penguat kuasa undang-undang. Bukan rakyat mahu mengambil alih tugas negara. Bukan kebencian dijadikan jalan penyelesaian. Rakyat mahu negara berfungsi. Rakyat mahu sempadan dijaga. Rakyat mahu identiti dikenal pasti. Rakyat mahu status ditentukan. Rakyat mahu undang-undang ditegakkan. Dan akhirnya, rakyat mahu dapat menjalani kehidupan dengan rasa aman dan tenang di tanah air sendiri. Kerana daulat bukan sekadar laungan. DAULAT ITU BERMAKNA NEGARA MAMPU MENGURUS. Mengurus sempadan. Mengurus identiti. Mengurus status. Mengurus penguatkuasaan. Dan mengurus semuanya dengan tegas, adil serta berperikemanusiaan. Junjung Daulat Jelata Muafakat. Rujukan lanjut : Dewan Negara — perkembangan pengurusan pelarian dan pelaksanaan DPP. (https://www.tvsarawak.my/2026/07/23/dewan-negara-malaysia-arah-unhcr-henti-sementara-pendaftaran-pelarian-baharu/?utm_source=chatgpt.com) #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #KesejahteraanNusantara #AlifMimSin #TigaKotaSuci #KedaulatanNegara