ru
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Открыть в Telegram

Больше
Страна не указанаКатегория не указана
370
Подписчики
+224 часа
+57 дней
+830 день
Архив постов
𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 Menjelang Ramadan yang bakal tiba, pastinya ramai dalam kalangan kita mula membuat persiapan bagi menyambut bulan penuh keberkatan ini. Daripada keperluan dapur, persiapan berbuka puasa sehinggalah kelengkapan menyambut Aidilfitri, semuanya memerlukan perancangan yang baik agar keluarga dapat menyambutnya dengan tenang dan sempurna. Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen “Mega Rahmah Ramadan dan Kasih Syawal” anjuran MYDIN Mohamed Holdings Berhad di MYDIN HQ USJ Subang, yang mencerminkan komitmen berterusan kita dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan dan kelengkapan hari raya pada harga mampu milik, di samping memperkasa produk tempatan agar terus berkembang dalam pasaran arus perdana. Sebagai pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (EXEC-NACCOL), saya percaya usaha menangani kos sara hidup memerlukan ekosistem yang bergerak secara bersepadu. Insya-Allah, sinergi antara Kerajaan, sektor swasta dan masyarakat akan terus diperkasakan demi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, khususnya dalam menyambut Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang. Dalam majlis yang sama, saya turut menyempurnakan pelancaran produk minyak masak jenama Kak Long yang bakal memasuki rangkaian pasaran MYDIN. Saya melihat kemasukan produk tempatan seperti ini sebagai satu langkah positif dalam membuka lebih banyak ruang kepada usahawan tempatan untuk berkembang dan bersaing secara sihat dalam pasaran runcit negara. Teruslah menyokong produk tempatan kerana setiap sokongan itu membantu mengukuhkan ekonomi rakyat serta membuka peluang kepada lebih ramai usahawan untuk melangkah lebih jauh. Insya-Allah. #MegaRahmah #ProdukTempatan #PejuangDesa #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17tqLNp1fa/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUffM9TElEW/?igsh=MWhlMmJmb2R6ejg1Zw== 📱X: https://x.com/i/status/2020430652399898630 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUffyZSjxEQ?xmt=AQF0sgEVMVvmNXFLTy9II_p92zULlyis-03UtfAxuczcFMKYbl667sM3PM21Ulu0ghjFNmLG&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 Saya kongsikan rangkuman Majlis Anugerah Huffaz di Maahad Tahfiz AlMashrafe, sebuah institusi pendidikan berteraskan al-Quran yang berperanan membentuk insan seimbang dari sudut rohani, intelek dan akhlak. Semoga usaha memartabatkan pendidikan tahfiz ini terus melahirkan generasi huffaz berkualiti yang menjadi aset penting kepada agama, bangsa dan negara. Insya-Allah. #MaahadTahfizAlMashrafe #MajlisAnugerahHuffaz #MembinaGenerasiAlQuran #MalaysiaMADANI 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSaKTpHry/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DUdWr42ku74/?igsh=c3hpbTNsaTI5ZHhh 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1854zSU8Y1/ 📱YouTube: https://youtu.be/h_slnNKRF-g?si=0OnQVBnw60NhJ-2O 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 Hari ini, saya berpeluang sekali lagi menyertai konvoi bermotor di Negeri Sembilan dalam suasana santai dan penuh kemesraan bersama masyarakat setempat. Perjalanan ini membawa saya ke Masjid Kariah Pantai, Lenggeng dan seterusnya ke Masjid Daerah Jelebu. Lawatan ringkas sebegini memberi ruang untuk saya berjumpa, beramah mesra serta mendengar secara dekat denyut nadi dan harapan rakyat. Terima kasih semua pihak yang menjayakan program ini. Insya-Allah, silaturahim ini akan terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara. #AZH 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1D3uVQfUGy/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUc5QEIku8n/?img_index=1&igsh=cDdibmVpeWN4Y2dx 📱X: https://x.com/saaranimohamad/status/2020064289097420960?s=46 📱Thread: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUc6EvgD5Ad?xmt=AQF0Vxqr6Ycsbi2B-hA4H6vOzJWg_y_ChLAHRC_jgfZYAQkNhAIeQqJKxxvEPU2Y1CbXbE85&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 Saya berkesempatan menghadiri Majlis Anugerah Huffaz di Maahad Tahfiz AlMashrafe, sebuah institusi pendidikan berteraskan al-Quran dan nilai-nilai murni dalam membentuk insan seimbang dari aspek intelek, rohani dan akhlak. Pada hemat saya, maahad ini bukan sekadar sebuah institusi pendidikan, bahkan ia merupakan ruang pemuliaan wahyu, tempat al-Quran dijunjung, dipelihara dan disematkan dalam jiwa para penuntut sebagai pedoman hidup serta asas pembentukan peribadi. Pendidikan tahfiz bukanlah pendidikan pinggiran seperti yang sering disalahfahami. Sebaliknya, ia adalah pendidikan yang membina kekuatan akal, menyucikan jiwa dan mendisiplinkan akhlak. Seiring dengan itu, melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara, Kerajaan komited menyusun pendidikan tahfiz secara lebih tersusun, berperingkat dan sistematik merangkumi pemantapan Sijil Tahfiz Malaysia 2.0, pelaksanaan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap serta Skim Pembiayaan Huffaz, agar para huffaz kekal relevan dan berdaya saing dalam arus pembangunan negara. Insya-Allah, maahad ini akan terus berkembang sebagai pusat ilmu yang melahirkan huffaz berkualiti serta menjadi aset penting kepada agama, bangsa dan negara. #MaahadTahfizAlMashrafe #MajlisAnugerahHuffaz #MembinaGenerasiAlQuran #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/16q5ZtxsZY/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUa3bbZkkzw/?igsh=NmIzeXgyMXQ1cjdv 📱X: https://x.com/i/status/2019780152692289871 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUa3wd4jwuP?xmt=AQF0rtl6VhSxZdI305teK7Mg1LpGWQJxdW8RrM_qh3NWJkXNdmkjBcEWeB15MhiTe1VZ_I1D&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐓𝐀𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐒𝐌𝐀𝐔𝐒 Alhamdulillah, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Sekolah Menengah Agama Al Ulum Al Syar’iyyah (SMAUS), Batu 20, Bagan Datuk atas pencapaian cemerlang keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025. Pencapaian membanggakan ini turut menyaksikan empat orang pelajar memperoleh Mumtaz Sofi dan tujuh orang pelajar mencapai Mumtaz, sekali gus mencerminkan komitmen tinggi barisan pendidik serta kesungguhan para pelajar. Semoga kejayaan ini terus menyuburkan kecemerlangan pendidikan Islam dan melahirkan generasi berilmu, berakhlak serta berdaya saing. Insya-Allah. Foto: Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk #STAM2025 #SMAUS #BaganDatuk 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1C21DZoJbD/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUaLIpjEulG/?igsh=MW5qbDBwNm9nNmxjMA== 📱X: https://x.com/i/status/2019682777004937569 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUaLSwPj26Z?xmt=AQF02_2HEfrxNO0zR_RojAS5zZPsM0rONXF4sff3gITnjZeIhTt4PfVmb5lHmh03UbEEWFNq&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐭𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Semalam saya berkesempatan menghadiri Majlis MAM Awards Night 2025 anjuran Motorsports Association of Malaysia di Kuala Lumpur. Majlis ini merupakan penghargaan kepada atlet, pasukan dan semua pihak yang telah menyumbang kepada pembangunan serta kecemerlangan dalam sukan permotoran negara. Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel atas penganugerahan Anugerah Ikon Sukan Permotoran, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan peranan besar beliau dalam mengangkat sukan permotoran Malaysia. Ucapan tahniah juga saya ucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih besar dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. #MAMAwards2025 #MotorsportsMalaysia #DriftMalaysia #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1AaZ4ZM4xw/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUZUdOWEl3g/?igsh=NTdhMnhxdDJ1MWQx 📱X: https://x.com/i/status/2019562608014291297 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUZUubeEtaG?xmt=AQF0IEnq9Dn7A9RU90c5bjx-jXskXVhPViMt116jWkOhl5pXT8Wi47s80G45ZSD_XVzTTlQr&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐂𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭𝐞 (𝐌𝐂𝐈) Hari ini saya telah mengadakan sesi perbincangan bersama TYT Ouyang Yujing, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, bagi membincangkan kerjasama strategik dua hala, khususnya berhubung cadangan penubuhan Malaysia-China Institute (MCI). Pada peringkat awal, MCI akan beroperasi menggunakan kemudahan GIATMARA sedia ada di Bagan Datuk, sebelum pembangunan kampus tetap baharu yang akan dibina di atas tanah seluas 60 ekar nanti. Institut ini disasarkan untuk menampung sehingga 2,000 orang pelajar dengan tumpuan kepada pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) berimpak tinggi dan bernilai tambah tinggi (High- Growth, High-Value). Kerjasama TVET antara Malaysia dan China yang telah dibincangkan termasuklah pembangunan modal insan, latihan pengajar (training of trainers), sokongan peralatan serta kemahiran teknikal, termasuk keperluan penghantaran tenaga pengajar bahasa Mandarin ke MCI. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa penubuhan MCI berpotensi menjadi platform strategik bagi memperkukuh pertukaran pengetahuan, kepakaran dan latihan antara institusi Malaysia dan China. Sebanyak 18 bidang TVET telah dikenal pasti untuk pelaksanaan awal, antaranya melibatkan bidang automotif, kenderaan elektrik (EV), automasi industri, tenaga solar, robotik, Internet of Things (IoT) serta agroteknologi. Sebagai langkah ke hadapan, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kerja Bersama di samping melaksanakan program mobiliti pelajar dan tenaga pengajar dalam sektor-sektor berimpak tinggi bagi menyokong pembangunan bakat dan keperluan industri masa hadapan. #MalaysiaChina #TVET#MCI #PembangunanModalInsan #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1B3uNiSJaB/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUX4zs_EmpU/?igsh=MTd1d3pmdDBzODRvdg== 📱X: https://x.com/i/status/2019360958578344207 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUX5FL7D1dQ?xmt=AQF0MUE36MIfiP_W8Xzp6u8wke8hTRPdz1IIRpJkqsaS5rTOjOzibjx62JRb0v1Ur_6nJiqp&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐈𝐬𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 Pagi ini, saya menghadiri Istiadat Menghadap serta Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2026 yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur. Istiadat ini sebagai satu penghargaan tertinggi negara kepada individu-individu yang telah menabur bakti dan sumbangan dengan penuh dedikasi demi kesejahteraan masyarakat serta pembangunan Wilayah Persekutuan. Menjunjung kasih ke hadapan Tuanku atas perkenan menyempurnakan istiadat ini. Semoga penganugerahan tersebut terus menyemarakkan semangat untuk berkhidmat dengan amanah, keikhlasan dan rasa tanggungjawab kepada negara. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia & BERNAMA #IstanaNegara #WilayahPersekutuan #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1763c9utzk/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUXjYnnEjZX/?igsh=YjZwdHRtcmFlNmxh 📱X: https://x.com/i/status/2019313844062154855 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUXjwMgD0r8?xmt=AQF032f0Kq4q-ejqjjb_qoVJ3PLXvLq8DBRCoQuqAm9-9p01xJVvGtRZMVHpEnrpjaR1Lfs&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐏𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐥𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐧𝐠 𝐈𝐡𝐬𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐂𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐄𝐟𝐢𝐬𝐢𝐞𝐧 NADMA kini melaksanakan permohonan Bantuan Wang Ihsan secara digital melalui aplikasi MyIBJKM bagi memudahkan mangsa bencana memohon bantuan dengan lebih pantas dan tersusun. Kerajaan turut menyalurkan peruntukan awal bagi memastikan kesiapsiagaan operasi bencana serta bantuan makanan dapat dilaksanakan secara berkesan. #NADMA #KesiapsiagaanBencana #PengurusanBencana #MalaysiaMADANI 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSaWTjuCy/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DUXD3nNElEd/?igsh=NXFyN2IzdDRpcXA1 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/17mxm5FgHT/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐒𝐲𝐢𝐚𝐫 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐢 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐊𝐨𝐭𝐚 Saya kongsikan momen perasmian bangunan baharu Madrasathul Gouthiyyah di Brickfields, yang menjadi simbol kekuatan wakaf, kebersamaan komuniti dan keprihatinan terhadap pembangunan rohani warga kota. Kewujudannya bukan sekadar sebagai tempat ibadah, tetapi medan membentuk akhlak, nilai toleransi dan kehidupan harmoni dalam masyarakat majmuk. Semoga Madrasathul Gouthiyyah terus menjadi sumber kebaikan, ketenangan dan syiar Islam yang membawa rahmat kepada semua. Insya-Allah. #MadrasathulGouthiyyah #Brickfields #KualaLumpur #SyiarIslam #MalamNisfuSyaaban 📱TIKTOK: https://vt.tiktok.com/ZSansTAQf/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1AaC6hXRDF/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DUVkKjSkoCi/?igsh=MWMxeGoxcnp6dXRzNg== 📱Youtube: https://youtu.be/jbZc__2RIs8?si=50e50fE0TuMUS_TK 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚, 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐌𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐭𝐚𝐫𝐚 TVET terus menunjukkan impak positif apabila kemasukan pelajar meningkat kepada 200,000 setahun dengan jumlah keseluruhan kini mencecah 580,000 pelajar serta kadar kebolehpasaran graduan 98.7 peratus. Di bawah KKDW, 281 institusi TVET diperkasa melalui penjenamaan TVETMARA dan penawaran lebih 580 kursus kemahiran bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara. #TVET #TVETMARA #MARA #KKDW #PejuangDESA #ParlimenMalaysia 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSanXFQRN/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DUVd_5NkpL-/?igsh=MWwwdno2dHp0MnRjaw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1DvXbSPJj7/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Komitmen Kerajaan dalam memastikan kesejahteraan komuniti nelayan serta kelestarian industri perikanan negara terus diperkukuh melalui pendekatan lebih strategik dan menyeluruh. Semasa berada di Parlimen hari ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pembangunan dan Pemerkasaan Nelayan Bil.1/2026 yang kini dijenamakan semula sebagai Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pembangunan dan Pemerkasaan Industri Perikanan (JPT-PPIP). Penjenamaan semula ini mencerminkan hala tuju baharu Kerajaan dalam memperkukuh keseluruhan ekosistem industri perikanan negara meliputi perikanan tangkapan, perikanan darat serta sektor akuakultur secara lebih bersepadu dan mampan. Antara fokus utama mesyuarat adalah memperkasa pembangunan industri tuna sebagai sektor bernilai tinggi yang berpotensi menjadikan Malaysia sebagai hab tuna serantau. Pembangunan rantaian bekalan tuna yang lebih cekap daripada pendaratan hingga pemprosesan diyakini mampu membuka peluang ekonomi baharu serta meningkatkan daya saing industri perikanan negara. Mesyuarat turut meneliti cadangan pembinaan Kompleks Pendaratan Ikan di Hutan Melintang, Perak dan Sandakan, Sabah sebagai langkah strategik memperkukuh infrastruktur industri serta meningkatkan kecekapan operasi dan pemasaran hasil perikanan tempatan. Selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara, pelbagai inisiatif berimpak tinggi terus dilaksanakan termasuk pemodenan vesel nelayan menggunakan teknologi automasi dan mesra alam, pemerkasaan kapasiti limbungan bot serta pembangunan fasiliti sokongan industri. Dalam masa yang sama, Kerajaan kekal komited memastikan kebajikan komuniti nelayan terus terbela melalui pelbagai bentuk bantuan dan insentif termasuk Elaun Sara Hidup Nelayan, insentif hasil tangkapan, diesel bersubsidi serta bantuan perumahan khusus untuk nelayan B40. Saya yakin melalui kerjasama erat antara kementerian, agensi serta pemain industri, sektor perikanan negara mampu berkembang secara lebih progresif, berdaya saing dan kekal menjadi sumber rezeki mampan kepada komuniti nelayan. Insya-Allah, agenda memperkasa komuniti nelayan akan terus menjadi keutamaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta keterjaminan bekalan makanan negara terus terpelihara. #NelayanMalaysia #PejuangDesa #KeterjaminanMakanan #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/1AruxzqKp7/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUVHyweEm-Q/?igsh=ZXN0OXV3NjEwZzhq 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2018972978244129166?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUVIe33Dynb?xmt=AQF0z669OBGdoJ_BSG_30_ILBF9W1E_1l07qt9kPTX2aJeP6n-Scm5oRPMtjAOITjbPOxMQ0&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐥𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐮𝐥 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐓𝐢𝐭𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 19 Januari lalu sarat dengan kebijaksanaan serta panduan yang jelas demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Patik menjunjung kasih atas amanat Baginda Tuanku yang menekankan pelaksanaan tahun pertama Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang perlu memberi tumpuan kepada pemerkasaan bidang pendidikan, merancakkan pembangunan sektor perumahan, meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan serta memperkukuh kecekapan sistem pengangkutan awam. Menerusi sesi perbahasan kali ini, seramai 35 Ahli-Ahli Yang Berhormat telah mengemukakan pelbagai pertanyaan, isu, cadangan dan pandangan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta agensi di bawah seliaan saya termasuk TVET, NADMA dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA). Dalam ruang masa yang diperuntukkan, saya telah menjawab beberapa persoalan utama yang dibangkitkan melibatkan pengukuhan institusi TVET, agenda transformasi desa, ancaman keselamatan siber dan pengukuhan keselamatan negara serta perkara berkaitan pengurusan bencana melalui NADMA. Insya-Allah, saya akan kongsikan beberapa potongan jawapan saya untuk makluman semua sebentar lagi. #DewanRakyat #ParlimenMalaysia #PejuangDesa #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/1D7EefWGiz/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUU-HrKktNa/?img_index=1&igsh=MXVkd3RhcXlhbTN0Mg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2018950224744472773?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUU-G4_D71f?xmt=AQF0mEQDy6K2yHkeL9ZoIJb_vzZ_Ljk9gB3n7g3DrRxsqPStjnj2dgYNguqsm3BYgxTmbRDe&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐖𝐚𝐤𝐚𝐟 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐉𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 Alhamdulillah, petang tadi saya berkesempatan hadir ke Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya bagi menyempurnakan Program Pelancaran Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2026, satu inisiatif berterusan yang mengangkat al-Quran sebagai pedoman hidup dan warisan ummah. Program Wakaf Al-Quran ini telah digerakkan sejak tahun 2007 dan kini memasuki tahun ke-19. Sepanjang tempoh tersebut, jutaan naskhah al-Quran telah dimanfaatkan, bukan sahaja di dalam negara malah sampai ke pelbagai pelosok dunia termasuk komuniti Islam minoriti dan golongan yang memerlukan. Inilah hakikat wakaf yang sebenar, memberi tanpa putus dan membina kebaikan yang berpanjangan. Setiap naskhah al-Quran yang diwakafkan membawa doa pewakaf, harapan para pendidik dan sinar hidayah kepada mereka yang membacanya. Ia adalah sedekah jariah yang pahalanya terus mengalir selagi kalam Allah ini dibaca, difahami dan diamalkan. Saya yakin, dengan sokongan berterusan masyarakat, institusi serta rakan strategik, Program Wakaf Al-Quran akan terus menjadi jambatan kebaikan yang menghubungkan ummah merentas sempadan dan generasi. Semoga usaha ini diberkati dan menjadi saham akhirat buat semua yang terlibat. Insya-Allah. #WakafAlQuran #MembinaGenerasiAlQuran 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1MVNYCYf2p/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUTEEDeEsxj/?igsh=MWdvbjJrNXQ2NDAyaw== 📱X: https://x.com/i/status/2018682148144951738 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUTEnlRj-Ox?xmt=AQF0foj02u71XfxYmaoguZk_QrdKWfMAbY2zId72u7GYzbkCuvv_esB_PR8fa_adc6Lbkb8&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐭𝐫𝐢𝐨𝐭𝐢𝐤 𝐔𝐌𝐍𝐎: 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐩𝐢𝐬 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 Saya kongsikan momen ulang tahun pertama Sekolah Patriotik UMNO, satu usaha yang mencerminkan komitmen UMNO bagi melahirkan kepimpinan masa hadapan yang lebih tersusun, matang dan relevan dengan kehendak masa kini. Insya-Allah, Sekolah Patriotik UMNO akan terus menjadi medan pembinaan kepimpinan baharu yang mampu memikul amanah perjuangan parti dan negara dengan penuh tanggungjawab. #SekolahPatriotikUMNO #SPU #UMNO 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSaGyhYWv/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DUS-23Vkjbi/?igsh=MXdnNTBnYThlNzU4aw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1AMkySPEiZ/ 📱YouTube: https://youtu.be/35tZ5c8A5ik?si=nwoa2RwIgOatq-qy 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

photo content

𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐌𝐚𝐝𝐫𝐚𝐬𝐚𝐭𝐡𝐮𝐥 𝐆𝐨𝐮𝐭𝐡𝐢𝐲𝐲𝐚𝐡 𝐁𝐫𝐢𝐜𝐤𝐟𝐢𝐞𝐥𝐝 Sempena malam Nisfu Syaaban yang penuh keberkatan, saya berpeluang hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Baharu Madrasathul Gouthiyyah, Brickfields yang telah berkembang dari sebuah surau kecil sejak tahun 1987, kini menjadi pusat aktiviti buat warga kota yang ingin berhenti sejenak untuk solat, bermuhasabah dan mencari ketenangan. Apa yang membanggakan, bangunan baharu ini telah dapat dibina hasil daripada wakaf, sumbangan masyarakat, sokongan institusi agama termasuk Kerajaan. Ia membuktikan bahawa apabila komuniti bergerak seiring, pembangunan berteraskan nilai dapat direalisasikan dengan lebih bermakna. Ketika berucap, saya menyebutkan keunikan kawasan Brickfields ini di mana terdapat masjid, gereja, kuil dan tokong berdiri berdekatan. Oleh itu, peluasan surau ini perlu hadir dengan amanah yang lebih besar, bukan hanya tempat ibadah, tetapi tempat membentuk akhlak, adab dan kefahaman hidup bermasyarakat. Di sinilah nilai toleransi beragama dipupuk, nilai Islam dizahirkan melalui sikap saling menghormati, budi pekerti yang baik dan keupayaan hidup bersama secara harmoni tanpa mengorbankan prinsip agama. Harapan saya agar Madrasathul Gouthiyyah terus berperanan dalam memartabatkan syiar Islam dan membawa kebaikan kepada warga kota, khususnya masyarakat Islam di Bandaraya Kuala Lumpur. #MalamNisfuSyaaban #MadrasathulGouthiyyah #Brickfield #KualaLumpur 📱FB: https://www.facebook.com/share/1CKL9dYeK8/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DURy-PKEsw4/?img_index=7&igsh=NXRwdGFhOWN6Y3l2 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2018503570723852509?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DURzBHyD451?xmt=AQF0ZueBR1SlSAmIWE3dzJwoSnZanF5L9WJmwZGxwP-rt5gksoeZ8FvXp1WFbbBup4JCXew&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan bersama Datuk Al-Sheikh Al-Sayyid Afeefuddin Al-Jailani serta para jemaah di pusat ilmu dan dakwah Darul Jailani, Setiawangsa, sempena malam Nisfu Syaaban untuk mengimarahkan malam yang mulia ini dengan amalan dan munajat. Semoga hati kita terus dipelihara dan langkah kita dipermudahkan dalam menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba. Insya-Allah. 📱FB: https://www.facebook.com/share/1AgWtqeVdw/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUQw3A1kqQq/?igsh=MXgyZmE3NHJnZWp4eg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2018358430696911028?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUQxAa9D3sc?xmt=AQF06VIZmSWFJPTJFtrJhQ2VnQhIEUw7a7GpkLn55mdSzAKY_ALJSBsMrTDRp8HBR4fEBiQF&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐢𝐬𝐟𝐮 𝐒𝐲𝐚𝐚𝐛𝐚𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan malam Nisfu Syaaban, malam penuh rahmat dan keampunan, sebagai persiapan rohani menyambut kedatangan Ramadan yang mulia. Marilah kita memperbanyakkan doa, zikir dan muhasabah diri, semoga Allah SWT menerima amal kita serta mengurniakan keberkatan, keampunan dan kekuatan iman kepada kita semua. Insya-Allah. #NisfuSyaban1447H #MenujuRamadan 📱FB: https://www.facebook.com/share/1DXf5hKUUP/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUQO8CHEvgR/?igsh=MTVzcThjYmllcGk2dw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2018283588849131525?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUQO_1zD1MF?xmt=AQF0meJO9cTWunzaKcG9N8opcBtUMS_ToXvH_mPzZQ0wtqO37EIk5_cdT0IYxI1ZMz4X12Q&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel