STPM RANDOM NOTES
رفتن به کانال در Telegram
5 961
مشترکین
+1624 ساعت
+2357 روز
+30830 روز
آرشیو پست ها
5 961
Repost from STPM BIOLOGY CHANNEL (halobudy)
STPM BIOLOGY SEM 1 CLASS VIDEO
CHAPTER 1: MOLECULES OF LIFE
https://youtu.be/0HbLr_myzzA
CHAPTER 2: INTRODUCTION TO MOLECULAR GENETICS
https://youtu.be/Nw08Tz76sfU
CHAPTER 3: STRUCTURE OF CELLS & ORGANELLES
https://youtu.be/APf2i3D4NWw
CHAPTER 4: MEMBRANE STRUCTURE & TRANSPORT
https://youtu.be/fiug6otBCMA
CHAPTER 5: ENZYME
COMING SOON
CHAPTER 6: CELLULAR RESPIRATION
COMING SOON
CHAPTER 7: PHOTOSYNTHESIS
https://youtu.be/SnH6MaTjeAs
created by @halobudy
5 961
Repost from Pejuang 4.00 STPM
S 👤 : Penting ke aspek tatabahasa walaupun baru semester 1 ?
J 🗣️: Ya, aspek tatabahasa adalah sangat penting walau dalam bentuk bahasa yang kita gunakan, sama ada lisan atau tulisan. Tatabahasa ialah bidang asas yang telah kita kenali sejak waktu persekolahan lagi. Apa yang boleh saya katakan calon STPM semester satu wajib menguasai asas tatabahasa. Sesuatu ayat yang baik dan betul adalah sempurna binaan, penggunaan dan penyusunan kata serta strukturnya. Bidang ini akan anda ketahui secara rinci sewaktu anda semester dua nanti.
5 961
Repost from Pejuang 4.00 STPM
Kata oleh dan kerana kedua-duanya ialah kata sendi nama dalam bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, kata oleh tidak boleh diikuti oleh kata sendi nama kerana. Tambahan pula, dari segi makna kedua-dua kata tersebut bermakna sama, iaitu menunjukkan hubungan sebab berlakunya sesuatu.
5 961
Repost from Pejuang 4.00 STPM
Bahasa Melayu Semester 3
Variasi Bahasa 📘
Dari segi makna, kata variasi bermakna neka atau kelainan. Variasi bahasa pula merujuk satu kajian dalam bidang Sosiolinguistik yang mengkaji kelainan penggunaan dan pertuturan dalam sesuatu bahasa. Bahasa sifatnya dinamik. Penutur sesuatu bahasa atau komuniti bahasa berkenaan tidak tetap pertuturan mereka. Oleh sebab itu, wujudnya kelainan berbahasa ini. Kelainan bahasa juga wujud berdasarkan konteks dan situasi sesuatu peristiwa bahasa / komunikasi, iaitu beberapa aspek hubungan penutur seperti dengan siapa, di mana, dan tentang apa.
Dari segi linguistik sejarawi, variasi bahasa khususnya yang wujud di Malaysia jelas sekali apabila wujudnya variasi bahasa pijin dan kreol. Bahasa pijin dan kreol ini mula menapak dan wujud di Malaysia apabila orang bukan Melayu bercampur dan bertutur dengan orang Melayu menggunakan bahasa Melayu. Sudah sedia maklum bahawa bahasa Melayu dahulu ialah bahasa Lingua Franca di kepulauan Nusantara. Lama kelamaan, variasi bahasa berkaitan menjadi satu bahasa kendiri yang kita namakan sebagai Kreol melalui proses pengkreolan / kreolisasi dan memiliki penuturnya sendiri.
5 961
Repost from ALUMNI STPM BATCH 05 ‼️
Apa Itu Proses Fonologi ?
FONETIK & FONOLOGI SEMESTER 1 (SUKATAN BAHARU)
Proses fonologi merujuk proses-proses yang berlaku dalam penyebutan sesuatu kata. Penyebutan ini pula bervariasi dan memiliki sebab tertentu bagi sesuatu proses itu berlaku. Merangkumi tiga proses utama :
1. Perubahan
2. Penyisipan
3. Pengguguran
Huraian :
1. Proses Perubahan
- Merujuk perubahan bunyi sesuatu fonem dalam kata berubah menjadi bunyi yang lain akibat pengaruh di lingkungan segmen tertentu ketika penyebutan.
- Terdiri daripada tiga subproses :
a. Pembentukan Hentian Glotis
b. Penyengauan
c. Asimilasi Nasal
2. Proses Penyisipan
- Merujuk proses menyisipkan sesuatu bunyi dalam satu segmen dengan bunyi tertentu ketika penyebutan.
- Terdiri daripada tiga subproses :
a. Penyisipan Geluncuran
b. Penyisipan Glotis
c. Penyisipan Schwa (e - pepet)
3. Proses Pengguguran
- Merujuk proses menggugurkan sesuatu bunyi di segmen tertentu sama ada di akhir kata atau di awal kata.
- Terdiri daripada dua subproses :
a. Pengguguran Getaran
b. Pengguguran Obstruen Tak Bersuara
Proses-proses ini ialah proses umum yang terdapat dalam sebutan bahasa Melayu standard. Proses-proses ini juga ada yang hanya melibatkan kata tunggal dan ada juga kata terbitan (berimbuhan).
Wallahua'lam
BA. Linguistik Melayu
Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi UPM
اکنون در دسترس! پژوهش تلگرام ۲۰۲۵ — مهمترین بینشهای سال 
