3 272
مشترکین
-324 ساعت
-147 روز
-6130 روز
آرشیو پست ها
3 272
https://ngl.link/sabrinamarrose2
Lama gila tak dapat ngl. Send cepat apa2. Review ebook pun boleh 😆
3 272
+5
https://www.instagram.com/p/DZ1VWWZmXuT/?igsh=MTNsdGtwMWE3NHptbA==
Tolong like and repost kalau rajin. 🥹
3 272
Saya rasa tak sempat la 20 hb, saya buka 25 hb ya? Sorry tau. 😭😭😭 20 hb mungkin saya dah siap menulis tapi saya kena baca balik dan semak ayat, typo semua. After that saya kena edit layout ebook pula. Huhu.
Korang kumpul duit dulu ya. RM12 harga promo. Harga asal RM15. Harga promo saya buka untuk seminggu.
Tak sabar nak bagi korang jumpa Dunya Nahia dan Kadeen Hanzhal. ❤️🦋
3 272
“Deen tak dapat nak menjanjikan bulan bintang, tetapi Deen akan cuba sehabis baik untuk menjadi suami yang menyayangi isteri sepenuh hati.”
Dunya tertunduk segan. Dia menggerakkan kepala ke bawah tanda mengerti.
“I pun akan cuba jadi isteri yang baik untuk Deen. Isteri yang mendengar kata. Sebelum ni, I sangat senang untuk memberontak, tetapi selepas apa yang berlaku, I tak boleh buat perangai macam tu lagi.” Dunya tersenyum pahit. Jari-jemarinya dimainkan gelisah.
“I boleh bahagia kan, Deen? Walaupun I ada silap I dengan Allah, dengan manusia lain.” Mata Dunya mula berkaca. Tidak mampu mengawal perasaan sedih.
“Satu saja yang Deen boleh cakap, Allah tak kejam. Fikir yang baik-baik dan jangan pernah jemu untuk mengharapkan keampunan.”
Dunya mengangguk laju. Air mata yang tumpah diseka rakus dengan belakang tangan.
“Dunya, kalau nak bahagia di tempat yang abadi nanti, jangan terlalu mengejar dunia. Cukuplah mengejar deen yang sebenar. Dan biarkan Deen yang mengejar Dunya, kerana Dunya bakal menjadi dunia Deen tidak lama lagi.”
Dunya mengemam senyum dan mengangguk perlahan. Ya, dia akan terus mengejar cara hidup Islam yang Allah redhai.
“Deen, seandainya I hampir tergelincir daripada jalan yang benar, you tarik I kembali, ya?”
“Gladly. Itu kan tugas Deen sebagai imam untuk Dunya.” Kadeen mengenyit mata, bergurau kecil bagi menenangkan emosi wanita di sebelahnya.
Dunya melepaskan gelak halus. Nafas disedut dalam. Kali ini, dia memandang Kadeen dengan mata yang bersinar terang.
“Tak sabarnya nak kahwin. Tapi kenapa I rasa macam I seorang saja yang teruja. What about you, Deen?”
Dunya mencebikkan bibir. Sedikit terasa hati dengan Kadeen yang sentiasa berlagak tenang. Wajah Kadeen sangat sukar untuk memberikan reaksi yang dia harapkan.
“Jangan sedih. Masa sekarang belum sesuai untuk Deen jadi nakal. Sabar sikit.” Kalaulah gadis ini tahu betapa Kadeen berusaha untuk menjaga tutur katanya, Dunya mungkin tidak akan mampu untuk bertentang mata dengannya lagi.
Dunya meneguk liur dek renungan Kadeen yang seakan-akan memberi amaran.
3 272
“Alhamdulillah. I okey. I… I tak tinggalkan solat. I guna telekung yang you belikan untuk I. Setiap hari I mengaji. Tipulah kalau I tak rasa berat dan tak ada bisikan-bisikan halus yang menggoda, tapi I cuba kuatkan hati. I nak jadi wanita yang baik untuk you,” Luah Dunya dengan dada yang berdebar keras.
Menerima pengakuan itu, Kadeen tanpa sedar mengeratkan genggaman pada stereng kereta, seperti dia sedang menahan rasa yang bergejolak di dalam diri.
Nafasnya tergantung lagi buat seketika.
Mengapa mudah sekali Dunya Nahia menggoncang ketenangan seorang Kadeen Hanzhal? Mungkin ini saatnya Kadeen menunaikan kata-katanya yang sebelum ini.
“Dunya, Dunya ingat tak sebelum ni Deen pernah cakap pada Dunya, kejar dulu Deen yang sebenar. Mana tahu Deen di sini yang akan terkejarkan Cik Dunya selepas ini.”
Dunya mengangguk laju. Mestilah dia ingat. Sebab itu dia berusaha untuk menjadi lebih baik. Supaya dia lebih sesuai untuk mendapatkan tempat di sisi Kadeen Hanzhal.
“Deen rasa Deen telah masuk fasa itu sekarang. Fasa di mana Dunya buat Deen rasa nak mengejar. How couldn’t I?” Kadeen mengerling wanita di sebelahnya dengan tatapan redup sebelum cepat dia melarikan anak mata.
“Bila Dunya sedang cuba sehabis baik? Dunya buat Deen tidak berani untuk bertemu mata dengan Dunya. Kerana hormat dan kerana keindahan Dunya yang mampu menghanyutkan.”
Pengakuan Kadeen membenam segala kata di dalam kepalanya. Dunya menelan liur dengan sukar. Tidak menyangka Kadeen boleh sejujur ini soal hati dan perasaan. Wajah Dunya diserbu kepanasan.
“I.. Deen, I sebenarnya nak cakap sesuatu. I bukan nak pergi tasik sangat. I sebenarnya nak buat satu permintaan.” Dunya menyedut dalam nafasnya.
3 272
“Sorry, sorry. I lambat. Maaf sangat buat you tunggu lama.” Dunya memejam kelopak mata dan menggosok tangan meminta maaf.
“Raise your head, Dunya.”
Dunya mengangkat kepala dan membuka matanya berhati-hati. Melihat Kadeen yang senyum sehingga menampakkan lesung pipitnya yang mahal, Dunya terpempan beberapa detik.
“Sebab ini ke Dunya lambat?” Selidik Kadeen, memaksudkan kain yang menutupi rambut wanita itu.
Dunya mengangguk perlahan. Bibirnya melukis senyuman canggung. Tak cantik ke?
Kadeen menarik nafas yang seolah-olah tersangkut bilamana Dunya berhenti di hadapannya. Matanya tidak lari dari menatap tepat manik mata coklat perang milik si gadis.
“You look breathtaking.” Kadeen mengungkap perlahan. Tempo jantungnya berjaya meleset.
Pipi Dunya membahang panas. Malu apabila dipuji oleh lelaki yang sememangnya kedekut dengan pujian. Tambah lagi apabila dia direnung seperti itu.
“Cantik ke?” Dunya mengulum senyum. Ingin memastikan yang telinganya tidak salah menafsir.
“Like a rare pink conch pearl concealed in the depths of the sea.”
Kadeen berpuitis? Tidak walaupun seribu tahun telah berlalu, tetapi tengoklah dia sekarang.
Kadeen berdeham kecil, lalu bergerak membuka pintu kereta untuk wanita itu. Bersedia untuk membawa gadis itu ke Taman Tasik Perdana seperti yang Dunya inginkan.
“Have you been well since we last met?” Tanya Kadeen tanpa mengerling Dunya di sisinya.
3 272
Sunyinya, korang tengah layan world cup ke? By the way saya Team Morocco dengan Spain. (Saya buat-buat tahu) 😇
3 272
Nah!
“Hubungan antara seorang anak dengan ibu bapa tak akan putus dengan mudah, Ruslan. She will still love you. She's just adding one more person to the picture.”
Dia tetap akan sayang kamu. Dia cuma menambah seorang lagi insan untuk disayangi. Wow!
Kenapa Tan Sri Ruslan tidak mempunyai fikiran seperti itu? Dato’ Muntasir betul.
“Cemburu tak sesuai lagi untuk kita yang separuh abad ni, Ruslan.”
“Ya, aku salah. Maaflah, otak aku tak matang bila ada hal yang melibatkan emosi,” balas lelaki itu dalam nada merajuk.
“Ha, kamu jangan nak merajuk dengan saya pula.” Dato’ Muntasir menahan tawa.
“Merajuk pun apa aku boleh buat? Kita akan berbesan juga.” Tan Sri Ruslan mendengus tidak puas hati.
“Kalau Kadeen tu buruk sikit tak adalah aku bawa perangai tak cukup umur.”
“Amboi. Anak saya yang kamu cakap tu.”
“Ish.” Tan Sri Ruslan menekup muka dalam telapak tangan.
“Jadi macam mana?”
“Ish.” Dia menggosok pula belakang leher.
“Ish. Tak naklah I berkawan dengan you. Apa main desak-desak ni? Bagi I fikir sekejap.” Tan Sri Ruslan sudah ber-I dan you dengan lelaki itu.
Dato’ Muntasir menolak isi dalam pipi dengan lidah. Matanya terkunci sesaat. Geram dengan perangai Tan Sri Ruslan.
“Aku dah cakap buruk kalau orang tua merajuk. Susah betul orang tua seorang ni nak faham.” Dato’ Muntasir mula menukar kata ganti nama diri. Lebih kepada terlepas sebenarnya.
“Excuse me? Did you just use ‘aku’ with me?”
Dato’ Muntasir berdeham keras. Mukanya berubah sedikit cemas.
“Kamu salah dengar.”
“I tak pekak lagi, Muntasir. And what? Orang tua. Wahhh!”
“Hujung minggu ni kamu dengan saya kita main golf, nak?” Dato’ Muntasir cuba mengubah topik. Sedar yang dirinya salah.
“Deal!” Cepat Tan Sri Ruslan bersetuju. Bukan senang Dato’ Muntasir nak mengajak dulu.
3 272
Hopefully, ebook ni masih dapat bagi manfaat kepada yang membeli dan membaca walaupun tak banyak. 💗✨
3 272
Selagi ebook tak siap, selagi tu saya nak meracun korang. Nanti ajak yang lain beli sekali tau. Ebook kali ni panjang. Currently dah 24k words, 6k more nak 30k words. Puas sikit korang baca.
😈😈
3 272
Melihat nama pemanggil yang tertera di kaca telefon, perasaan tidak selesa hatinya terbang sekelip mata.
“Dunya.”
Tan Sri Ruslan mengerang resah. Waktu genting seperti ini juga puteri kesayangannya perlu menelefon Kadeen Hanzhal.
“Assalamualaikum, Dunya Deen,” Kadeen melembutkan suara. Matanya tidak lari daripada membalas tatapan cemas bercampur geram Tan Sri Ruslan.
“Waalaikumussalam, Deen. You tengah buat apa tu? Sibuk tak?”
“Tak, Deen tak sibuk.” Kadeen menipu dengan lancar.
Seolah-olah dia tidak datang menyergah bilik pejabat Tan Sri Ruslan, dan meminta Dunya daripada tangan lelaki di depannya.
“Dunya nak beritahu apa-apa ke pada Deen?”
“I miss you.”
Kadeen menekup mata dengan telapak tangan. Telinganya bertukar rona. Tan Sri Ruslan siap menayang muka jijik. Ya, dia dapat mendengar suara anak perempuannya di sebelah sana dengan jelas.
“Tapi itu bukan sebab utama I telefon you. Sebenarnya I nak bagitahu you-”
“I miss you,” Ejek lelaki 50-an itu dengan mimik muka menyampah.
“Dengan I tak ada pula you nak bermiss you, miss you.
Wajah Kadeen bertambah hangat gara-gara reaksi tidak matang Tan Sri Ruslan.
“Tan Sri, please. Matanglah sikit.”
“Sekejap. You dengan papa ke Deen?!” Dunya hampir menjerit.
“Ya, Dunya. Deen ada dengan papa Dunya.”
“Oh My God. Papa dengar I confess ke?!”
Kadeen menjauhkan telefon dari telinga apabila wanita itu terjerit cuak. Kali ini Kadeen menekan butang pembesar suara.
“Deen pun ada confess. Deen nak jadi sua-”
Uhuk! uhuk! uhuk!
Tan Sri Ruslan cepat berpura-pura batuk dengan kuat untuk menghentikan percakapan Kadeen. Dia tahu lelaki itu sengaja mempermainkannya.
“Sua? Papa are you okay?”
“Yes, yes. I’m okay.”
Kadeen melorek senyuman sinis. Sebelah keningnya terangkat ke atas.
“End the call, end the call, end the call,” paksa Tan Sri Ruslan berkali-kali tanpa mengeluarkan suara, namun mukanya sangat penuh dengan perasaan. Begitu juga gerak tangan yang menunjuk gaya mematikan panggilan.
“I don’t want to.” Kadeen membalas kembali, juga tanpa suara. Tak ada makna dia melepaskan peluang keemasan itu untuk mengenakan Tan Sri Ruslan.
“Deen confess nak jadi suami Dunya, tapi papa Dunya tolak.”
“APA DIA?!” Pekik Dunya keras.
Tan Sri Ruslan menepuk dahi. Dia nampaknya telah jatuh ke dalam perangkap sendiri. Kadeen Hanzhal memang licik!
اکنون در دسترس! پژوهش تلگرام ۲۰۲۵ — مهمترین بینشهای سال 
