DaebaKing
رفتن به کانال در Telegram
5 796
مشترکین
-524 ساعت
-177 روز
-7330 روز
آرشیو پست ها
5 795
Peminat manhwa aksi dan kisah dunia gelap, satu lagi judul boleh dimasukkan dalam senarai bacaan anda! “The Red Shirt” dilaporkan telah tamat secara rasmi dengan Chapter 78 [COMPLETED].
Mengisahkan Sihyeok Cha, seorang legenda dalam dunia gangster dan pembunuh upahan yang dikenali sebagai “The Red Shirt”. Setelah bertahun-tahun hidup dalam dunia penuh keganasan, Sihyeok mengambil keputusan untuk bersara demi kehidupan baharu bersama isteri tercinta, Miju, serta anak mereka yang bakal dilahirkan.
Namun, meninggalkan dunia lama ternyata bukan perkara mudah.
Apabila tragedi menimpa keluarganya, Sihyeok sekali lagi ditarik kembali ke dunia yang selama ini cuba ditinggalkannya. Ikatan lama, dendam dan pertelingkahan antara puak gangster kembali menghantuinya.
Dengan kehidupan baharu yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan kini musnah, Sihyeok terpaksa berdepan semula dengan musuh-musuh dari masa lalunya.
Dari seorang pembunuh upahan yang mahu bersara, kepada lelaki yang terpaksa kembali ke medan pertarungan demi orang yang dicintainya.
Kini, perjalanan Sihyeok Cha dalam The Red Shirt telah sampai ke penghujungnya selepas 78 bab.
Ada yang baca manhwa ni? 👀
#TheRedShirt #Manhwa #ManhwaCompleted #ManhwaRecommendation
5 795
Penat layan drama ni sebab banyak naik turun. Bila tiba part nak marah je, ehh tetiba tergelak 😂
Strim Drama SEKALI LAGI BAHAGIA di iQIYI Malaysia setiap hari Isnin & Selasa
#iQIYIMalaysia #SekaliLagiBahagia #ZaraZya #MalayDrama #sembangdrama
5 795
Anda peminat Sun Qian?👀
BERKAT THE EARLY SPRING, POPULARITI SUN QIAN MELONJAK — FOLLOWERS TEMBUS 8.3 JUTA!
Kejayaan drama China #TheEarlySpring bukan sahaja mendapat perhatian penonton, malah turut memberi lonjakan besar terhadap populariti pelakon #SunQian.
Menerusi watak Shang Zhi Tao, Sun Qian kini semakin dikenali dan menjadi antara nama yang mendapat perhatian peminat drama China. Popularitinya turut dapat dilihat menerusi peningkatan jumlah pengikut di media sosial.
Sejak awal September 2026, akaun Weibo Sun Qian dilaporkan mengalami pertambahan pengikut yang ketara sehingga jumlah keseluruhannya melepasi 8.3 juta pengikut. Malah, profilnya turut mencatat lebih 1.14 juta kunjungan harian.
Di platform Douyin pula, Sun Qian dilaporkan mempunyai sekitar 2.897 juta pengikut, dengan puluhan ribu pengikut baharu diperoleh hanya dalam tempoh seminggu.
Lonjakan tersebut hadir seiring dengan kejayaan The Early Spring, yang menerima sambutan hangat daripada penonton China dan peminat antarabangsa.
Dalam drama berkenaan, Sun Qian membawakan watak Shang Zhi Tao, seorang wanita muda yang berdepan pelbagai cabaran dalam kehidupan, kerjaya dan hubungan. Watak tersebut turut mendapat perhatian kerana sifatnya yang dekat dengan realiti serta emosi yang mudah difahami penonton.
Persembahan Sun Qian yang bersahaja, termasuk ekspresi wajah, gerak tubuh dan penyampaian dialog, turut menjadi antara faktor yang membuatkan wataknya lebih mudah mendapat tempat di hati penonton.
HAMPIR 10 TAHUN DALAM INDUSTRI
Walaupun baru mendapat lonjakan populariti yang besar, perjalanan Sun Qian dalam industri hiburan sebenarnya bukanlah sesuatu yang singkat.
Dilahirkan pada tahun 1997, Sun Qian terlebih dahulu menuntut dalam bidang tarian dan pernah menjalani latihan balet selama tujuh tahun. Namun, kecederaan lutut menyebabkan dia terpaksa meninggalkan bidang tersebut sebelum beralih ke dunia lakonan.
Dia kemudiannya melanjutkan pendidikan di Central Academy of Drama sebelum memulakan perjalanan sebagai pelakon.
Sepanjang hampir sedekad dalam industri, Sun Qian telah membintangi pelbagai drama termasuk Take My Brother Away, Meteor Garden, Remembrance of Things Past dan Wild Bloom.
Setiap watak yang dibawakan menjadi sebahagian daripada prosesnya mengembangkan kemampuan lakonan sehingga akhirnya namanya semakin menyerlah menerusi The Early Spring.
Tahun 2026 juga menjadi antara tahun penting dalam kerjaya Sun Qian apabila dia terlibat dalam beberapa projek besar seperti Love Song in Winter, Love Story in the 1970s dan The Early Spring.
Dengan momentum populariti yang semakin meningkat, perjalanan Sun Qian nampaknya masih panjang. Dia turut mempunyai beberapa projek akan datang termasuk Detective Hours: In Our Prime, Extreme Punishment Suit dan Love Under the Moon.
Daripada seorang pelakon yang membina nama secara perlahan-lahan, The Early Spring kini menjadi antara karya yang membantu Sun Qian mencapai tahap populariti baharu.
Hampir 10 tahun membina kerjaya, akhirnya Sun Qian mula menuai hasil perjuangannya!
5 795
Peminat manhwa aksi dan kisah dunia gelap, satu lagi judul boleh dimasukkan dalam senarai bacaan anda! “The Red Shirt” dilaporkan telah tamat secara rasmi dengan Chapter 78 [COMPLETED].
Mengisahkan Sihyeok Cha, seorang legenda dalam dunia gangster dan pembunuh upahan yang dikenali sebagai “The Red Shirt”. Setelah bertahun-tahun hidup dalam dunia penuh keganasan, Sihyeok mengambil keputusan untuk bersara demi kehidupan baharu bersama isteri tercinta, Miju, serta anak mereka yang bakal dilahirkan.
Namun, meninggalkan dunia lama ternyata bukan perkara mudah.
Apabila tragedi menimpa keluarganya, Sihyeok sekali lagi ditarik kembali ke dunia yang selama ini cuba ditinggalkannya. Ikatan lama, dendam dan pertelingkahan antara puak gangster kembali menghantuinya.
Dengan kehidupan baharu yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan kini musnah, Sihyeok terpaksa berdepan semula dengan musuh-musuh dari masa lalunya.
Dari seorang pembunuh upahan yang mahu bersara, kepada lelaki yang terpaksa kembali ke medan pertarungan demi orang yang dicintainya.
Kini, perjalanan Sihyeok Cha dalam The Red Shirt telah sampai ke penghujungnya selepas 78 bab.
Ada yang baca manhwa ni? 👀
#TheRedShirt #Manhwa #ManhwaCompleted #ManhwaRecommendation
5 795
ADA PEMBACA MANHWA SINI👀?
Bayangkan seorang bekas kesatria yang mati di medan perang, kemudian terjaga setahun kemudian dalam tubuh baharu. Lebih malang lagi, dia berada di wilayah musuh paling dibencinya!
Itulah permulaan kisah Freya, yang pernah dikenali sebagai Sia, seorang kesatria dari Empayar Tenacis. Selepas terjaga di wilayah Grand Duke Vallot, dia bukan sahaja berdepan dengan musuh lamanya, malah terpaksa mendedahkan rahsia dirinya selepas dipaksa meminum air pokok dunia yang boleh membuat seseorang berkata benar.
Daripada seorang tawanan, Freya akhirnya bekerja di kediaman Grand Duke sebagai pembantu rumah. Pada awalnya, dia hanya mempunyai satu misi iaitu bertahan selama dua tahun sebelum membunuh Grand Duke dan pulang ke tanah airnya.
Namun, rancangan itu mula berubah apabila Freya menunjukkan kemahiran luar biasa dalam menguruskan kediaman tersebut. Daripada menguruskan jamuan hinggalah menjaga kawasan kediaman, malah berdepan dengan pembunuh upahan, Freya perlahan-lahan menjadi individu yang sangat diperlukan oleh keluarga Grand Duke.
Dua tahun kemudian, dia bukan lagi sekadar seorang pembantu rumah.
Dia telah menjadi butler terkuat dan paling dipercayai di kediaman Grand Duke Vallot.
Lebih menarik, Grand Duke Cardrian Vallot juga semakin terikat dengannya. Apa yang bermula sebagai hubungan antara seorang musuh dan pembantunya berubah menjadi sesuatu yang jauh lebih rumit apabila perhatian Cardrian terhadap Freya semakin jelas.
Yang menarik tentang manhwa ini ialah gabungan romance fantasy, transmigrasi/reinkarnasi, enemies-to-lovers, komedi dan elemen politik bangsawan.
Persoalan paling menarik…
Adakah Freya benar-benar akan membunuh Grand Duke seperti yang dirancang? Atau akhirnya dia sendiri jatuh hati kepada lelaki yang sepatutnya menjadi musuhnya?
📌 Tajuk: The Villain Family’s Strongest Butler
📌 Tajuk Korea: 악당가의 최강 집사
📌 Genre: Romance Fantasy, Drama, Comedy, Transmigration
📌 Penulis asal: MON쉘
📌 Artis webtoon: JIJU (지주)
📌 Adaptasi: 생강, 휘쇄
📌 Platform Korea: KakaoPage
📌 Webtoon dilancarkan: 30 September 2026
Kalau suka heroin yang kuat dengan Grand Duke yang mula melekat dengan heroin, yang ini memang harus masuk dalam watchlist!
#TheVillainFamilysStrongestButler #ManhwaRecommendation
5 795
Korang dah mula tengok ke C-Drama ini?
MISTERI MENARIK, TRIO PENYIASAT MULA MENCURI PERHATIAN!
Baru beberapa episod ditayangkan, “Shadow Punisher” sudah mula menunjukkan identitinya sebagai drama misteri kostum yang lebih menekankan penyiasatan, kes pelik dan hubungan antara watak utama berbanding kisah romantik.
Setakat episod 1–6, drama ini membawa beberapa kes yang agak gelap dan luar biasa — daripada mayat wanita yang kehilangan darah, tumbuhan misteri yang menyerang kanak-kanak sehinggalah kes kematian Putera Wenbu yang melibatkan sebuah kotak hitam misteri.
NAK TAHU APA YANG MENARIK??
Luo Yunxi sebagai Li Si menjadi salah satu tarikan utama. Wataknya bukan jenis penyiasat yang hanya bergantung kepada kekuatan fizikal, sebaliknya lebih banyak menggunakan pemerhatian, logik dan helah untuk mendapatkan jawapan.
Menariknya, chemistry antara Li Si, Meng Rui (Alen Fang) dan Bai Zhenzhu (Shen Yujie) juga menjadi daya tarikan drama ini. Apa yang saya suka, interaksi trio ini dan merasakan drama menjadi lebih menyeronokkan apabila ketiga-tiga watak mula bekerjasama, terutama selepas bahagian pengenalan cerita.
Namun, pacing 3 episod awal agak perlahan tetapi tidak membosankan.
Bagi saya, kekuatan terbesar drama ini buat masa sekarang adalah kes-kes misterinya. Setiap kes mempunyai elemen pelik yang membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana ia sebenarnya berlaku dan apa kaitannya dengan konspirasi yang lebih besar.
Dan selepas kes Putera Wenbu dalam episod 6, penyiasatan mula membuka ruang kepada persoalan yang lebih besar. Li Si dan pasukannya bukan sekadar menyelesaikan pembunuhan, mereka perlahan-lahan menghampiri rahsia di sebalik kerajaan Li Luo dan Five Ultimate Mysterious Arts.
Kalau anda sukakan C-Drama gabungan penyiasatan, misteri, wuxia dan supernatural, #ShadowPunisher memang menarik untuk diikuti.
Cuma jangan harapkan misteri yang terus bergerak laju sejak episod pertama. Berikan beberapa episod untuk trio utama terbentuk dan kes-kesnya berkembang dulu tau!
📺 Shadow Punisher kini sedang distrim di iQIYI Malaysia.
#iQIYI #luoyunxi #cdrama #sembangdrama
5 795
Drama ini membawa beberapa kes yang agak gelap dan luar biasa — daripada mayat wanita yang kehilangan darah, tumbuhan misteri yang menyerang kanak-kanak sehinggalah kes kematian Putera Wenbu yang melibatkan sebuah kotak hitam misteri.
Sanggup bongkar setiap misteri dalam “Shadow Punisher” bersama #LuoYunxi dan #AlenFang?
Anda dah mula tengok? Strim sekarang di iQIYI Malaysia!
#ShadowPunisher #CDrama #iQIYI #CDramaKostum #DramaChina
5 795
Reza (Fattah Amin) percaya apa yang dilihatnya benar.
Tapi bagaimana jika semuanya sebenarnya satu fitnah?
Bila kebenaran terbongkar… masih adakah maaf?
Tonton “Andai Masih Ada Maaf” dan ikuti bagaimana kebenaran mula terbongkar. Streaming di iQIYI Malaysia setiap Isnin-Jumaat!
#iQIYIMalaysia #AndaiMasihAdaMaaf #HannahDelisha #FattahAmin #sembangdrama
5 795
Tayangan di Malaysia 10 Malam Ini!😍
Maomao dan Jinshi kembali dengan misteri baharu!
Anime popular The Apothecary Diaries (Kusuriya no Hitorigoto) Musim 3 rasmi memulakan tayangan pada 2 Oktober 2026, meneruskan kisah Maomao yang sekali lagi terheret dalam pelbagai misteri, rahsia dan konflik yang semakin besar.
Musim ketiga kali ini dijadualkan dalam format split cour. Bahagian pertama mula ditayangkan pada Oktober 2026, manakala cour kedua akan kembali pada April 2027.
Lebih menarik, jalan cerita musim 3 bakal membawa Maomao dan Jinshi keluar daripada lingkungan istana yang selama ini menjadi latar utama. Petanda bencana yang mengancam negara, kemunculan seorang gadis misteri yang dikaitkan dengan legenda keabadian serta tanggungjawab baharu Jinshi sebagai saudara Maharaja menjadi antara persoalan yang bakal diterokai.
Menurut sinopsis rasmi Crunchyroll, selepas konflik Shi Clan, Maomao kembali menjalani kehidupan lamanya sebagai ahli farmasi di kawasan rumah pelacuran. Namun, satu kejadian berkaitan sarapan yang dihidangkan di Verdigris House mencetuskan rasa curiganya dan membawa kepada satu lagi penyiasatan. Pada masa yang sama, Jinshi berdepan dengan tanggungjawab baharu selepas identiti sebenarnya sebagai saudara Maharaja terbongkar.
Dengan dunia cerita yang semakin luas, misteri dan bahaya kali ini bukan lagi terhad kepada lingkungan istana. Maomao dan Jinshi bakal berdepan dengan cabaran yang membawa mereka ke lokasi serta situasi baharu, sekali gus menjadikan musim 3 antara perkembangan penting dalam kisah mereka.
Untuk penonton antarabangsa, Crunchyroll turut menyenaraikan musim 3 dalam barisan anime Fall 2026 dan menyediakan tayangan untuk beberapa wilayah termasuk Asia Tenggara.
Maomao kembali. Jinshi juga kembali. Tetapi kali ini, misterinya jauh lebih besar. 👀
Siapa yang dah standby untuk episod pertama musim 3?
#TheApothecaryDiaries
#TheApothecaryDiariesS3
5 795
“Irreplaceable” baru sahaja bermula pada 28 September 2026, jadi masih terlalu awal untuk menentukan sejauh mana karakter Richard akan berkembang sepanjang keseluruhan cerita. Drama ini mempunyai 20 episod dan menampilkan Zhao Jinmai sebagai Xu Chi bersama Wei Daxun sebagai Ye Xinzhi.
“Selepas Luke, adakah Richard akan menjadi karakter lelaki workplace C-Drama yang seterusnya membuatkan penonton susah move on?” 👀
Anda pula macam mana? Team Luke atau mula jatuh hati dengan aura Richard? Atau kedua-duanya mempunyai daya tarikan masing-masing?
