ch
Feedback
DaebaKing

DaebaKing

前往频道在 Telegram

Berita Sensasi Terkini No.1 di Malaysia

显示更多
5 851
订阅者
-124 小时
-157 天
-7330 天
帖子存档
Korang best C-Drama terbaharu ini! “Against The Current” yang baharu sahaja bersiaran di #WeTV menggandingkan Tan Songyun (Seven) & Liu Xueyi dalam kisah cinta penuh konflik, pengkhianatan dan perjuangan. Drama kostum ini membawa kisah seorang wanita daripada keluarga bangsawan yang terpaksa berdepan perubahan hidup secara drastik selepas keluarganya dituduh melakukan pengkhianatan terhadap Maharaja. Shen Jia Lan (Seven), merupakan cucu kepada seorang bangsawan. Kehidupannya yang pada asalnya penuh dengan kemewahan berubah apabila keluarganya dituduh melakukan jenayah berat. Lebih menyakitkan hati, tunangnya sendiri meninggalkannya ketika keluarganya berada dalam kesusahan. Shen Jia Lan kemudiannya terpaksa hidup sebagai seorang pelayan dalam keluarga bekas tunangnya. Namun, dia bukanlah wanita yang mudah menyerah kepada takdir. Dengan ketabahan, kebijaksanaan dan keberaniannya, Shen Jia Lan perlahan-lahan bangkit daripada kedudukannya yang rendah. Dia enggan membiarkan status sosial menentukan masa depannya. Daripada seorang wanita yang kehilangan segala-galanya, dia mula membuktikan bahawa dirinya jauh lebih berharga daripada apa yang orang lain sangkakan. Dalam perjalanan tersebut, hubungan Shen Jia Lan dengan bekas tunangnya turut mengalami perubahan. Daripada rasa kecewa dan pengkhianatan, hubungan mereka berkembang menjadi sebuah kisah cinta yang penuh dengan emosi, konflik dan perjuangan. Mampukah Shen Jia Lan memenangi kembali hati lelaki yang pernah meninggalkannya? Lebih penting lagi, mampukah dia mendapatkan semula penghormatan keluarga tersebut dan membersihkan nama keluarganya daripada tuduhan yang dilemparkan? Dengan Tan Songyun dan Liu Xueyi sebagai pasangan utama, Against The Current pastinya mempunyai kombinasi yang menarik — kisah cinta, konflik keluarga, permainan politik dikalangan golongan bangsawan serta perjalanan seorang wanita yang bangkit melawan nasib. Kalau korang peminat historical C-Drama, kisah strong female lead, dan romance yang penuh tarik tali, drama ini memang patut masuk dalam watchlist! Siapa yang dah masuk drama ini dalam watchlist? 👀 #AgainstTheCurrent #TanSongyun #LiuXueyi #CDrama

photo content

Nama Seungri, bekas anggota BIGBANG, sekali lagi menjadi perhatian selepas seorang lelaki berusia 30-an dilaporkan membuat ad
Nama Seungri, bekas anggota BIGBANG, sekali lagi menjadi perhatian selepas seorang lelaki berusia 30-an dilaporkan membuat aduan terhadapnya berkaitan kes ‘Special Assault’ di Gangnam. Apa sebenarnya yang terjadi? 👀 Baca artikel penuh untuk mengetahui kronologi kes dan penjelasan Seungri di portal bawah. Apa yang berlaku? Teruskan baca di sini: https://www.daebaking.co/seungri-didakwa-terlibat-kes-special-assault/ #Seungri #BIGBANG

photo content

photo content

photo content

Kalau dah tengok Xu Kai dalam beberapa drama, mesti perasan dia memang pandai bawa watak yang berbeza-beza. 👀 Kini, Xu Kai kembali dengan sisi yang lebih gelap dan penuh misteri dalam Spring of the Blade. 🗡️ Nantikan SPRING OF THE BLADE di @iqiyimalaysia #XuKai #iQIYIMalaysia #SwordAndFairy #AsBeautifulAsYou #SpringOfTheBlade

Siri animasi tempatan ‘Kisah Bawah Tanah’ bakal membuka satu lagi lembaran baharu apabila animasi komedi seram yang sarat den
Siri animasi tempatan ‘Kisah Bawah Tanah’ bakal membuka satu lagi lembaran baharu apabila animasi komedi seram yang sarat dengan legenda dan makhluk ghaib Asia Tenggara itu akan mula distrim di #Netflix pada 16 September 2026. Menariknya lagi, animasi ini turut membawa pulang Anugerah Perak di ContentAsia Awards 2026! Kalau selama ini kita kenal toyol, pontianak, pocong dan hantu-hantu tempatan melalui cerita seram, ‘Kisah Bawah Tanah’ hadir dengan pendekatan yang jauh lebih santai dan penuh bahan lawak! Ada yang dah follow Sam, Zack & geng? Nak tahu kisah di sebalik animasi ini dan kenapa Kisah Bawah Tanah semakin mendapat perhatian? BACA ARTIKEL PENUH DI SINI: https://www.daebaking.co/kisah-bawah-tanah-netflix-16-september-2026/ #KisahBawahTanah #KBT #AnimasiMalaysia #AnimasiTempatan #Astro

photo content

photo content

Peminat ‘Descendants of the Sun’ mungkin masih ingat kisah cinta ikonik Yoo Si Jin dan Kang Mo Yeon lakonan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo. Kini, drama popular Korea yang mencetuskan fenomena pada 2016 itu bakal diadaptasi ke versi filem Indonesia! Filem ini diarahkan oleh pengarah terkenal Indonesia, Hanung Bramantyo, manakala watak utama bakal dilakonkan oleh Reza Rahadian dan Dian Sastrowardoyo. Menariknya, filem ini dilaporkan sudah selesai menjalani penggambaran dan kini berada dalam fasa post-production. Adaptasi ini bukan sekadar meniru versi Korea, sebaliknya kisahnya akan dilokalkan mengikut latar dan budaya Indonesia, sambil mengekalkan elemen utama cerita — percintaan antara seorang doktor dan anggota tentera yang datang daripada dunia serta prinsip kehidupan yang berbeza. Filem ini dijangka ditayangkan pada 2027, dengan perancangan untuk ditayangkan kepada penonton di Indonesia dan Korea Selatan.👀 #DescendantsOfTheSun #DOTS #SongJoongKi #SongHyeKyo #RezaRahadian #DianSastrowardoyo

photo content

8 EPISOD “HILANG”?! Rupanya ‘The Early Spring’ yang dibintangi Jing Boran & Sun Qian pada asalnya dirancang sebanyak 32 episod, tetapi versi akhir yang ditayangkan hanya mempunyai 24 episod. Itu bermakna 8 episod daripada perancangan asal tidak muncul dalam versi siaran. Lebih menarik, peminat mendakwa beberapa babak romantik dan interaksi kecil antara Luan Nian & Shang Zhitao yang pernah muncul dalam BTS/promosi tidak kelihatan dalam final cut. Malah, babak Luan Nian merokok dalam episod 9 yang pernah tersebar turut dikatakan telah dikeluarkan daripada episod yang disiarkan. Persoalannya… adakah pemotongan ini menyebabkan perkembangan hubungan mereka terasa terlalu “lompat-lompat”? Dan kalau betul ada banyak footage yang tidak digunakan… KORANG NAK TAK PIHAK PRODUKSI KELUARKAN VERSI UNRELEASED / DIRECTOR’S CUT?👀 #TheEarlySpring #JingBoran #SunQian #CDrama

photo content

🔥 HYUN BIN KEMBALI! ‘MADE IN KOREA’ MUSIM 2 MULA 9 SEPTEMBER DI #DISNEYPLUS! Kalau musim pertama sudah cukup membuatkan penonton terpaku dengan permainan kuasa, pengkhianatan dan dunia gelap era 1970-an, ‘Made in Korea’ Musim 2 nampaknya mahu pergi lebih jauh. Dengan gabungan Hyun Bin, Jung Woo-sung dan Woo Do-hwan, rasanya memang susah untuk peminat K-Drama genre thriller politik nak abaikan drama ini! Watak Baek Gi-tae kembali berdepan dengan dunia yang penuh perebutan kuasa, ambisi dan permainan politik. Kalau musim pertama sudah memperlihatkan sejauh mana seseorang sanggup pergi demi kuasa dan kekayaan, apa pula yang bakal berlaku kali ini? 😮‍💨 Drama ini meneruskan kisah penuh konflik dan perebutan kuasa yang diperkenalkan dalam musim pertama. Baek Gi-tae kini berada dalam kedudukan yang lebih tinggi selepas dinaikkan daripada Timbalan Pengarah kepada Pemangku Pengarah KCIA. Namun, peningkatan kuasa tersebut turut menjadikannya sasaran. Watak Baek Gi-tae berdepan dengan seorang pendakwa raya bernama Jang Geon-young, yang dimainkan oleh Jung Woo-sung. Kedua-duanya berada di pihak yang bertentangan dan mempunyai matlamat yang berbeza. Jika Gi-tae sanggup melakukan pelbagai perkara untuk memperkukuhkan kedudukannya, Geon-young pula berusaha menghalang musuhnya daripada mengumpulkan kuasa sehingga menjadi individu yang tidak lagi boleh disentuh oleh undang-undang. Siapa yang dah masuk dalam watchlist? 👀 #MadeInKorea2 #MadeInKorea #HyunBin #JungWooSung #WooDoHwan #KDrama

photo content

Sebuah novel misteri yang baru diterbitkan tiba-tiba mempunyai kaitan dengan kes lama yang tidak pernah terungkai. 🔍 Strim Cdrama Misteri Jenayah Thriller terbaru, ABYSS di iQIYI Malaysia #iQIYIMalaysia #Abyss #AllenRen #QinJunjie #CDrama

😭😭PREVIEW EPISOD 21 — THE EARLY SPRING “Selama ini, awak tak tahu bagaimana nak menghormati saya…”🥹 I feel you.. Flora..💔 Saksikan sebentar lagi apa yang bakal terjadi dalam EPISOD 21 dan sehingga EPISOD AKHIR bagi yang melanggan VIP PAKEJ EXPRESS #YOUKU. #TheEarlySpring #JingBoran #SunQian #CDrama