5 443
مشترکین
+1824 ساعت
+177 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز
در حال بارگیری داده...
کانالهای مشابه
ابر برچسبها
هیچ دادهای
مشکلی وجود دارد؟ لطفاً صفحه را تازه کنید یا با مدیر پشتیبانی ما تماس بگیرید.
اشارات ورودی و خروجی
---
---
---
---
---
---
جذب مشترکین
سپتامبر '26
سپتامبر '26
+40
در 0 کانالها
اوت '26
+40
در 0 کانالها
Get PRO
ژوئیه '26
+49
در 0 کانالها
Get PRO
ژوئن '26
+23
در 0 کانالها
Get PRO
مه '26
+32
در 0 کانالها
Get PRO
آوریل '26
+37
در 0 کانالها
Get PRO
مارس '26
+23
در 0 کانالها
Get PRO
فوریه '26
+24
در 0 کانالها
Get PRO
ژانویه '26
+77
در 0 کانالها
Get PRO
دسامبر '25
+99
در 0 کانالها
Get PRO
نوامبر '25
+26
در 0 کانالها
Get PRO
اکتبر '25
+24
در 0 کانالها
Get PRO
سپتامبر '25
+9
در 0 کانالها
Get PRO
اوت '25
+6
در 0 کانالها
Get PRO
ژوئیه '25
+16
در 0 کانالها
Get PRO
ژوئن '25
+21
در 0 کانالها
Get PRO
مه '25
+51
در 0 کانالها
Get PRO
آوریل '25
+69
در 0 کانالها
Get PRO
مارس '25
+67
در 0 کانالها
Get PRO
فوریه '25
+20
در 0 کانالها
Get PRO
ژانویه '25
+142
در 0 کانالها
Get PRO
دسامبر '24
+79
در 0 کانالها
Get PRO
نوامبر '24
+104
در 0 کانالها
Get PRO
اکتبر '24
+131
در 0 کانالها
Get PRO
سپتامبر '24
+288
در 0 کانالها
Get PRO
اوت '24
+121
در 0 کانالها
Get PRO
ژوئیه '24
+66
در 0 کانالها
Get PRO
ژوئن '24
+117
در 0 کانالها
Get PRO
مه '24
+57
در 0 کانالها
Get PRO
آوریل '24
+97
در 0 کانالها
Get PRO
مارس '24
+480
در 0 کانالها
Get PRO
فوریه '24
+81
در 0 کانالها
Get PRO
ژانویه '24
+43
در 0 کانالها
Get PRO
دسامبر '23
+51
در 0 کانالها
Get PRO
نوامبر '23
+116
در 0 کانالها
Get PRO
اکتبر '23
+71
در 0 کانالها
Get PRO
سپتامبر '23
+67
در 0 کانالها
Get PRO
اوت '23
+68
در 0 کانالها
Get PRO
ژوئیه '23
+117
در 0 کانالها
Get PRO
ژوئن '23
+47
در 0 کانالها
Get PRO
مه '23
+98
در 0 کانالها
Get PRO
آوریل '23
+178
در 0 کانالها
Get PRO
مارس '23
+167
در 0 کانالها
Get PRO
فوریه '23
+162
در 0 کانالها
Get PRO
ژانویه '23
+90
در 0 کانالها
Get PRO
دسامبر '22
+203
در 0 کانالها
Get PRO
نوامبر '22
+200
در 0 کانالها
Get PRO
اکتبر '22
+207
در 0 کانالها
Get PRO
سپتامبر '22
+194
در 0 کانالها
Get PRO
اوت '22
+319
در 0 کانالها
Get PRO
ژوئیه '22
+192
در 0 کانالها
Get PRO
ژوئن '22
+225
در 0 کانالها
Get PRO
مه '22
+451
در 0 کانالها
Get PRO
آوریل '22
+44
در 0 کانالها
Get PRO
مارس '22
+284
در 0 کانالها
Get PRO
فوریه '22
+1 564
در 0 کانالها
| تاریخ | رشد مشترکین | اشارات | کانالها | |
| 19 سپتامبر | +4 | |||
| 18 سپتامبر | +19 | |||
| 17 سپتامبر | +2 | |||
| 16 سپتامبر | 0 | |||
| 15 سپتامبر | +2 | |||
| 14 سپتامبر | 0 | |||
| 13 سپتامبر | 0 | |||
| 12 سپتامبر | +1 | |||
| 11 سپتامبر | +4 | |||
| 10 سپتامبر | +3 | |||
| 09 سپتامبر | 0 | |||
| 08 سپتامبر | 0 | |||
| 07 سپتامبر | 0 | |||
| 06 سپتامبر | +1 | |||
| 05 سپتامبر | +2 | |||
| 04 سپتامبر | 0 | |||
| 03 سپتامبر | 0 | |||
| 02 سپتامبر | +1 | |||
| 01 سپتامبر | +1 |
پستهای کانال
Masih keliru atau rasa takut-takut nak decide homeschooling untuk anak? 🌈
Jangan risau, anda tak bersendirian! Jom selami kisah sebenar, strategi praktikal, dan tip "dari hati ke hati" dalam sesi santai Homeschooling: Heart to Heart anjuran The Loppy Family.
Sesi ini sesuai untuk anda yang:
❇️Baru nak berjinak-jinak & nak faham tujuan sebenar homeschooling.
❇️Nak tahu strategi & tip membina rutin pembelajaran yang efisien di rumah.
❇️Nak dengar perkongsian real journey (pahit manis yang jarang orang cerita!).
Butiran sesi:
❇️Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
❇️Masa: 10:00 pagi – 12:30 tengah hari
❇️Lokasi: PPAS Selayang
Yuran Komitmen:
🍁RM20 / seorang
🍁RM30 / berpasangan (suami & isteri) — lebih jimat datang bersama!
Tempat adalah terhad untuk memastikan sesi perbincangan lebih close.
📲 Daftar sekarang.
Hubungi / WhatsApp: https://wa.me/6011-62570353
| 2 | بدون متن... | 72 |
| 3 | Saya pernah buat anak lelaki saya takut nak berkahwin. Bukan sebab saya cerita tentang buruknya perkahwinan. Tapi sebab sejak mereka kecil, saya selalu pesan: “Kalau nanti kamu nak berkahwin, ingat… kamu lelaki. Kamu ada tanggungjawab. Kamu kena jadi qawwam. Kamu kena fikir nafkah, perlindungan, tempat tinggal, anak-anak dan keluarga.” ⤵️ Baca lagi.
Kata-kata saya kepada anak-anak lelaki saya rupanya membuatkan mereka takut untuk berkahwin. : )
Tapi tak mengapa. Mereka masih kecil. Apa yang mereka katakan itu belum tentu menggambarkan kematangan atau pandangan mereka apabila dewasa nanti.
Saya cuma mahu mereka faham dari awal bahawa apabila mereka sudah dewasa dan memilih untuk berumah tangga, mereka perlu tahu kedudukan dan amanah mereka sebagai lelaki.
Allah berfirman:
> الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ
“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita...”
— Surah An-Nisa’, 4:34
Lelaki perlu belajar menjadi qawwam — memimpin, melindungi dan menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga.
Sebab itu saya selalu pesan kepada anak-anak lelaki saya:
jangan berkahwin dengan mindset bahawa isteri mesti bekerja untuk membantu mencukupkan keperluan keluarga.
Nafkah adalah tanggungjawab suami. Kalau suatu hari nanti isteri bekerja, itu tidak bermaksud pendapatannya perlu dijadikan asas kewangan keluarga sehingga keluarga bergantung kepadanya.
Saya mahu mereka membina keluarga dengan keadaan yang gaji suami menjadi asas pengurusan keperluan rumah, supaya jika suatu hari isteri perlu berhenti bekerja kerana anak-anak, keluarga atau keperluan lain, keputusan itu tidak menggoncangkan kewangan rumah tangga.
Dan saya mahu mereka faham bahawa tugas mendidik anak bukan sesuatu yang kecil.
Kalau suatu hari nanti isteri bekerja kerana ada keperluan atau maslahat tertentu, itu perkara yang perlu dibincangkan dan diuruskan dengan baik dalam rumah tangga. Tetapi jangan sampai anak-anak membesar tanpa perhatian dan pendidikan ibu bapa hanya kerana kedua-duanya mengejar pendapatan.
Mungkin sebab itu anak-anak saya sekarang rasa takut nak berkahwin.
Bila mereka melihat sendiri besarnya tanggungjawab seorang ayah sebagai provider, pelindung dan pemimpin keluarga, mereka mula sedar:
“Eh, kahwin ni banyak tanggungjawab rupanya.”
Dan bagi saya, tak mengapa mereka takut.
Takut kepada besarnya amanah tidak semestinya sesuatu yang buruk.
Yang saya mahu ialah mereka bersedia sebelum sampai waktunya, belajar Al-Quran dan Sunnah, belajar tentang tanggungjawab lelaki, belajar mengurus kewangan, belajar mengawal diri, belajar memimpin dengan adil dan belajar bahawa menjadi suami bukan sekadar mempunyai seorang isteri.
Ia adalah amanah di hadapan Allah.
Jadi, saya tak mahu anak lelaki saya sekadar bercita-cita untuk “nak kahwin.”
Saya mahu mereka sampai kepada satu tahap di mana mereka boleh berkata:
“Kalau suatu hari nanti Allah takdirkan aku menjadi suami dan ayah, aku mahu sudah bersedia untuk memikul amanah itu.”
Walaupun sekarang mereka masih kecil dan mungkin hanya nampak perkahwinan sebagai sesuatu yang menakutkan.
أم إلهام Umm Ilham
💗Sertai kelas parenting- refleksi asmaul husna dan refleksi parenting al-Naba': Hubungi https://wa.me/601162570353
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
#notaIlyaniMunsarikh #notaUmmIlham | 144 |
| 4 | Tak salah hantar anak ke sekolah dengan harapan anak jadi orang berjaya. Yang salah kayu ukur berjaya kita ikut dunia dan hawa nafsu semata-mata. Anak yang berjaya bukan sekadar yang dapat straight As. Bukan yang hebat akademik. Bukan juga yang pandai mengumpul harta. Tapi yang solatnya khusyuk.
Khusyuk ya, bukan sekadar solat. Faham dan amal al-Mu'minun ayat 1-2 akan rewire cara mak ayah melihat kejayaan dan mendidik anak mengikut direction yang betul⤵️⤵️
Bangun pagi, kita hantar anak pergi sekolah. Kita risau kalau dia kena buli. Kita risau keputusan peperiksaan. Kita risau tentang masa depan mereka.
Namun, adakah kita cukup risau tentang akhirat mereka?
Solatnya macam mana?
Al-Quran dia baca, tapi dia faham tak?
Sunnah dia kenal dan cuba amalkan tak?
Istiqamah tak bila tak ada siapa melihat?
Dan yang paling penting, dia kenal Allah atau sekadar kenal dunia?
Allah menyebut ciri orang-orang beriman:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”
— Surah al-Mu’minun, 23:1–2
Jadi, pagi ini kita nak prep anak untuk apa?
Bukan sekadar peperiksaan.
Bukan sekadar kerjaya.
Tetapi mendidik mereka supaya menjadi orang beriman yang berjaya di sisi Allah.
Wallahu'alam
💗Sertai kelas parenting- refleksi asmaul husna dan refleksi parenting al-Naba': Hubungi https://wa.me/601162570353
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
#notaIlyaniMunsarikh #notaUmmIlham | 289 |
| 5 | Ibu ayah yang mahu berusaha menjadi orang bertaqwa dan produktif tidak akan melepas 4 perkara ini setiap pagi: ⤵️⤵️
4 cara mengisi waktu pagi
1⃣Membaca & mentadabburi Al-Quran
Bukan sekadar membaca, tetapi cuba memahami makna dan mengambil pelajaran daripada ayat yang dibaca.
2⃣Mengulang hafalan Al-Quran
Waktu pagi boleh dimanfaatkan untuk murajaah hafalan agar ayat yang telah dihafal tidak mudah terlupa.
3⃣Membaca zikir-zikir pagi
Antaranya membaca zikir pagi, istighfar, Ayat Kursi serta Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.
4⃣Menuntut ilmu agama
Boleh membaca kitab, mengikuti majlis ilmu atau belajar ilmu agama yang bermanfaat.
Pagi jangan dibiarkan berlalu sia-sia. Isi dengan sesuatu yang mendekatkan kita kepada Allah.
Umm Ilham أم إلهام
💗Sertai kelas parenting- refleksi asmaul husna dan refleksi parenting al-Naba': Hubungi https://wa.me/601162570353
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
#notaIlyaniMunsarikh #notaUmmIlham | 269 |
| 6 | Akhirnya, kita tak mahu anak sekadar membesar dengan hanya tahu berapa markah yang dia dapat dalam peperiksaan, berapa A yang dia dapat dalam peperiksaan. Hakikatnya, kita mahu dia tahu siapa dirinya di sisi Allah.
Saya tadi ingatkan anak saya, dalam kehidupan ini kita sebenarnya bukan bersaing dengan orang lain. Kita bersaing dengan diri kita sendiri — dengan diri kita yang semalam.
Kalau semalam kita sudah baik, hari ini kita cuba jadi lebih baik. Kalau semalam kita banyak silap, hari ini kita cuba perbaiki diri.
Sebab itu saya rasa sangat penting anak-anak diberi ruang untuk mengenal diri mereka sebelum mereka terlalu terikat dengan sistem.
Dalam sistem sekolah, kita tidak boleh bina sepenuhnya sistem penilaian kita sendiri. Ada sukatan, ada peperiksaan, ada markah dan ada ukuran tertentu yang digunakan untuk menilai pencapaian anak.
Tetapi apabila kita homeschool, kita boleh bina sistem kita sendiri. Kita boleh tanya:
Apa yang anak saya sudah kuasai?
Apa yang masih perlu diperbaiki?
Apa kekuatan dia?
Apa kelemahan dia?
Apa bakat dan potensi yang Allah kurniakan kepada dia?
Dan yang paling penting — bagaimana akhlak dan taqwanya?
Sebab bagi saya, umur 1 hingga 15 tahun bukan semata-mata masa untuk mengejar peperiksaan.
Itu adalah antara waktu yang sangat berharga untuk anak mengenal siapa dirinya, mengenal kekuatan dan kelemahannya, mencuba pelbagai perkara, menemukan potensi dan membina keyakinan diri.
Dan dalam proses itu, kita mahu anak belajar bahawa nilai dirinya bukan ditentukan oleh markah, ranking, pujian manusia atau penerimaan masyarakat.
Ukuran yang paling penting ialah bagaimana dia melihat dirinya sebagai seorang hamba Allah — berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.
Kalau suatu hari nanti dia perlu masuk ke dalam sistem peperiksaan, insya-Allah dia boleh belajar menyesuaikan diri dengan sistem itu.
Dia boleh terima kalau suatu ketika dia dapat markah rendah. Dia boleh terima kalau orang lain lebih cemerlang dalam sesuatu bidang.
Sebab dia tahu:
“Markah aku bukan nilai keseluruhan diri aku.”
Dia tahu Allah telah menciptakannya dengan kemampuan, ujian dan amanah yang tersendiri.
Allah berfirman:
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”
— Surah At-Tin, 95:4
Jadi kita bukan mahu membesarkan anak yang hanya tahu bagaimana untuk mendapat markah yang tinggi.
Kita mahu membesarkan anak yang tahu siapa dirinya, tahu kepada siapa dia akan kembali, tahu apa kekuatannya, tahu apa kelemahannya, dan tahu bahawa nilai dirinya tidak bergantung kepada penilaian manusia.
Sebab bila asas itu sudah kuat, bila dia masuk ke mana-mana sistem sekalipun, dia tidak mudah hilang dirinya.
💗Sertai kelas parenting- refleksi asmaul husna.
Hubungi https://wa.me/601162570353
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh
#notaIlyaniMunsarikh #notaUmmIlham | 307 |
| 7 | "Bila sangkakala ditiup nanti... kita akan berhimpun dalam kumpulan mana?" 👥✨
Bukan jasad sahaja yang akan dibangkitkan semula dari sekecil-kecil tulang ekor, tapi jiwa dan harapan kita pun Allah berkuasa pulihkan sepenuhnya!
Dalam siri Paradigm Shift Parents (An-Naba': 18) kali ini, kita akan berbincang:
⭐Bagaimana Allah menyusun manusia berbondong-bondong mengikut ikutan mereka di dunia.
⭐Cara bimbing anak memilih "kumpulan" yang betul sebelum melangkah ke akhirat.
⭐Skrip Praktikal Dialog Anak: 4 langkah mudah untuk fahamkan anak tentang Hari Kiamat tanpa rasa takut.
Belajar bina akidah anak dengan bahasa yang tenang dan meyakinkan.
📌 Jom sertai siri refleksi ini sekarang!
Siri 10
🍁Tarikh: 14 September 2026
🍁Hari: Isnin
🍁Masa: 8.30 pg
Jadikan Al-Quran kompas utama dalam mendidik jiwa anak-anak kita.
Dapatkan tiket untuk komitmen menghadiri siri ini. Hubungi admin https://wa.me/601162570353 | 396 |
| 8 | Surah Az-Zariyat ayat 58 menegaskan:
"Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh (Zul Quwwatil Matin)."
Kalau kita yang lemah ni pun sanggup buat apa sahaja untuk rezeki, apatah lagi Allah Zul Quwwatil Matin?
Kalau kita sebagai ibu bapa yang serba kekurangan ini pun punya rasa sayang dan sifat protective yang tinggi pada anak, bayangkan Allah—pemilik sifat Zul Quwwatil Matin. Allah jauh lebih mampu, kukuh, dan tiada tandingan dalam menjaga serta mencukupkan rezeki anak-anak kita.
Jumpa esok pagi insyaAllah seperti biasa.
Soul Resonance: The Resilience Project✨
Cari Kekuatan Jiwa Melalui Asma'ul Husna - Siri 5
Sabtu, 12 September 2026, 8.30-9.00 pg
Berminat beli buku latihan asmaul husna?
Hubungi https://wa.me/601162570353 | 357 |
| 9 | Tadi terbaca seorang lawyer berkongsi tentang pasangan yang bercerai sebab dah penat dengan kehidupan rumah tangga, ditambah pula dengan anak autism.
Tak ada gaduh pun. Tapi mungkin mereka cuma nak berehat dan stay away daripada triggers.
Mungkin kalau berpisah, ada dua rumah. Boleh gilir-gilir jaga anak. Jadi masing-masing ada ruang untuk rehat.
Sebenarnya, nak rehat.
Saya faham.
Anak saya neurodivergent. Suami pun neurodivergent.
Hidup dalam rumah macam ada orang, tapi sebenarnya lonely in mind. Ya, kita rasa paling lonely pada saat kita terlalu penat tapi tiada yang 'aware' kita penat asbab orang dalam rumah itu ada kesukaran 'membaca' emosi kita.
Tak ada orang yang betul-betul notice feeling dan emosi kita. Kita kena jadi orang yang paling stabil dan paling function.
Kena monitor.
Kena remind semua orang.
Kena pastikan emosi anak stabil.
Kena pastikan rumah berjalan.
Kena fikir macam-macam.
Saya faham masing-masing mungkin rasa kesian kepada satu sama lain. Tapi kadang-kadang tak tahu macam mana nak “skip” semua itu.
Nak duduk seorang.
Nak ada masa seorang diri.
Saya pun sebenarnya sangat value masa seorang tanpa anak dan tanpa suami.
Tapi jarang dapat.
Cuma yang berbeza pada kami, saya cuba susun jadual untuk saya rehat.
Atau, kalau saya yang in charge semuanya dan saya dah hampir burnout, saya akan cakap terus terang apa yang saya perlukan dan apa yang patut dibuat.
Suami ikut sahaja.
Sebab bila pasangan ASD, saya tak expect dia untuk terus faham apa yang saya rasa.
Saya bagi arahan dengan jelas.
Apa yang perlu dibuat, saya beritahu.
Apa yang saya perlukan, saya cakap.
Satu lagi yang kami sangat bersyukur ialah tadabbur al-Quran.
It really does help.
Bukan bermaksud hidup terus jadi mudah.
Tapi al-Quran membantu kami melihat ujian dengan cara yang berbeza.
Anak pertama: ADHD + ASD mild.
Anak kedua: ADHD + disleksia mild.
Anak ketiga: tipikal
Suami: ASD mild.
Saya pula ada bipolar disorder type 2.
Dan saya homeschool.
Semua anak dengan saya hampir 24 jam.
Jadi saya faham bagaimana rasanya hidup dalam keadaan yang sentiasa memerlukan kita untuk function.
Kadang-kadang kita bukan tak sayang.
Bukan tak bersyukur.
Bukan tak sayang pasangan atau anak.
Kita cuma penat.
Sangat penat.
Dan kita perlukan long term solution. Kita nampak berpisah adalah long term solution. Tapi, kalau kita fikir dalam sikit, kita boleh sepakat dengan berfikir dengan framework/ worldview al-Quran dan sunnah.
Kembali kepada peranan masing-masing. Memaknai posisi isteri, ibu dengan worldview wahyu, memaknai posisi suami, ayah dengan worldview wahyu.
Kita akan nampak ruang untuk bernafas. Ruang untuk berhenti sekejap. Rehat dalam solat, rehat dalam tadabbur time, zikrullah.
Untuk tarik nafas.
Untuk berehat.
Untuk kembali stabil.
Dan bagi saya, salah satu perkara yang sangat membantu ialah kembali kepada al-Quran.
Turn back to the Quran.
Rasalah bagaimana al-Quran memandu kita berenang dalam lautan ujian.
Bukan menghilangkan laut itu.
Tetapi mengajar kita bagaimana untuk terus berenang dan survive.
Wallahu a‘lam.
Ilyani Umm Ilham
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
#30daysbarakahproductivity
#suritadabbursuriproduktif
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel
💗Tadabbur untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a
🌹Untuk tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh | 515 |
| 10 | بدون متن... | 339 |
| 11 | بدون متن... | 504 |
| 12 | بدون متن... | 527 |
| 13 | Akhirnya, kita seharusnya mahu anak kita membesar dengan prinsip ini, “Aku akan berusaha sebaik mungkin kerana Allah. Aku tidak malas belajar, bekerja kerana tawakal. Aku tidak sombong apabila berjaya. Aku tidak putus asa apabila gagal. Kerana rezeki aku di tangan Allah, dan tujuan hidupku adalah untuk menghambakan diri kepada Allah.” 10 perkara wajib ajar anak tentang tauhid dan rezeki⤵️⤵️
10 perkara penting yang wajib kita ajar kepada anak tentang tauhid & rezeki
1. Tujuan hidup bukan untuk menjadi kaya.
Ajarkan anak bahawa tujuan kita diciptakan ialah untuk beribadah kepada Allah.
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” Surah al-Zariyat, 51:56
2. Allah sahaja yang memberi rezeki.
Bukan majikan, pelanggan, kerajaan atau manusia. Mereka hanyalah sebab. Ar-Razzaq ialah Allah. Surah al-Zariyat, 51:58
3. Jangan takut tidak mendapat rezeki.
Ajarkan anak bahawa rezeki mereka telah berada dalam ilmu dan ketetapan Allah. Kita berusaha, tetapi hati bergantung kepada Allah.
4. Berusaha itu sebahagian daripada tawakal.
Tawakal bukan bermaksud duduk menunggu. Ajarkan anak belajar, bekerja, berkemahiran dan berusaha, kemudian menyerahkan hasil kepada Allah.
5. Jangan jadikan kekayaan ukuran kejayaan.
Orang kaya belum tentu berjaya di sisi Allah. Orang yang hidup sederhana juga boleh menjadi sangat mulia jika bertakwa.
6. Jangan membandingkan rezeki.
Ajarkan anak: “Kenapa dia ada, kita tak ada?” bukan cara melihat rezeki. Setiap orang diuji dengan pemberian yang berbeza.
7. Harta ialah amanah, bukan milik mutlak kita.
Jika Allah beri banyak, ajarkan mereka bersyukur, bersedekah dan menggunakan harta pada perkara yang Allah redai.
8. Jangan mengejar harta dengan cara yang Allah haramkan.
Tiada rezeki yang layak dikejar dengan menipu, mencuri, rasuah atau mengabaikan kewajipan kepada Allah.
9. Ajarkan anak bersyukur ketika mendapat dan bersabar ketika tidak mendapat.
Tidak semua kehendak perlu dipenuhi. Anak perlu belajar bahawa “tidak dapat” bukan bermaksud Allah tidak sayang.
10. Ajarkan mereka bahawa rezeki terbesar ialah hidayah dan keselamatan di akhirat.
Kita mahu anak berjaya di dunia, tetapi lebih daripada itu, kita mahu mereka menjadi hamba Allah yang selamat apabila kembali kepada-Nya.
أم إلهام
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel
💗Tadabbur untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a
🌹Untuk tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh | 510 |
| 14 | Kalau tak sabar, banyak benda boleh jadi hiccup.
Kerja belum selesai, dah mula mengeluh.
Rancangan tak menjadi, terus hilang semangat.
Penat sedikit, terus rasa mahu berhenti.
Sedangkan sabar itu bukan sekadar bertahan dengan ujian. Sabar juga tentang bagaimana kita mengurus diri apabila sesuatu tidak berjalan seperti yang kita harapkan.
Sebab itu, dalam membina kehidupan yang lebih produktif, kita bukan hanya perlukan time management. Kita perlukan sabar management.
🌿 30 Days Barakah Productivity
30 hari untuk belajar mengurus masa, rutin dan kehidupan dengan lebih teratur — supaya produktiviti kita bukan sekadar banyak yang selesai, tetapi ada barakah di dalamnya.
Tinggal 5 hari. Hubungi https://wa.me/601162570353 | 497 |
| 15 | Macam mana seorang ibu nak tenang kalau dia bergantung kepada yang lemah? Siapa yang lemah? Diri dia, usaha dia, orang lain, suami dia, anak dia, cikgu sekolah anak dia, semualah dia bergantung. Hidup memang tak tenang. Lagi-lagi risau rezeki dan masa depan anak. Overthinking jadinya. Bergantunglah kepada al-Razzaq zulquwwatil matin⤵️
Kita sendiri lemah. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada anak kita esok, apatah lagi masa depan mereka.
Jadi, bergantunglah kepada Ar-Razzāq, Allah Yang Maha Memberi Rezeki, Yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh.
Bukan hanya rezeki anak yang kita serahkan kepada-Nya, bahkan rezeki kita sendiri.
Kita usaha, kita ikhtiar, kita cari sebab.
But our hearts should depend on Allah, not on the means.
Allah berfirman:
إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ ٥٨
“Sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pemberi Rezeki, Yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh.”
(Surah al-Zariyat: 58)
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel
💗Tadabbur untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a
🌹Untuk tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh | 644 |
| 16 | 🌿 Reflect & Parent: Kompas Juz ‘Amma: An-Naba’- Siri 9
Alhamdulillah, kita sambung lagi perjalanan Kompas Juz ‘Amma bersama Surah An-Naba’.
Kali ini kita akan menyelami ayat 17 dan melihat bagaimana ayat al-Quran boleh menjadi kompas dalam memahami dan mendidik anak-anak.
✨ Special invitation untuk group alumni Bengkel Ibu Madrasah Pertama 101.
📖 Reflect & Parent: Kompas Juz ‘Amma: An-Naba’- Siri 9
🌱 Refleksi Parenting — Ayat 17
📅 Isnin, 24 Ogos 2026
⏰ 8.30 pagi
Insya-Allah, kita belajar al-Quran bukan sekadar untuk tahu maksud ayat, tetapi untuk melihat bagaimana ayat itu membentuk cara kita menjadi ibu.
Nak sertai siri ini?
📲 Hubungi WhatsApp: https://wa.me/601162570353 | 415 |
| 17 | Jepun ada satu konsep yang dipanggil ikigai, basically, a reason to wake up every morning.
Manusia memang perlukan purpose. Perlukan sesuatu yang buat kita rasa, “Okay, esok aku ada benda nak buat.”
Sebab tu di Jepun, konsep ikigai banyak digunakan untuk membantu orang mencari makna dan tujuan dalam hidup.
Masa saya baca tentang ikigai di wall Tn Amirul, saya terfikir…
Islam sudah jawab reason ini lebih 1,400 tahun dahulu, tinggal lagi ramai tidak tahu sebab tak faham al-Quran.
Allah berfirman:
«وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ»
«“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.”»
Surah al-Zariyat, 51:56
Kita selalu fikir purpose of life tu kena sesuatu yang besar.
Nak jadi doktor.
Nak bina bisnes.
Nak kaya.
Nak travel satu dunia.
Nak retire early.
Allah sudah bagi jawapan yang jauh lebih fundamental:
Kita diciptakan untuk beribadah kepada-Nya. Dalam parenting pun kena start dari sini.
Jangan kita besarkan anak hanya dengan mindset:
“Belajar elok-elok. Nanti dapat kerja bagus. Nanti hidup senang.”
Yes, semua tu penting.
Tapi what's the bigger picture?
Anak kena tahu, dia belajar bukan sekadar untuk exam.
Dia bekerja bukan sekadar untuk gaji.
Dia jaga mak ayah bukan sekadar sebab tanggungjawab keluarga.
Dia buat semua itu kerana dia seorang hamba Allah.
Bila purpose kita jelas, benda-benda kecil dalam hidup pun ada makna.
Kemas rumah boleh jadi ibadah.
Jaga anak boleh jadi ibadah.
Cari nafkah boleh jadi ibadah.
Belajar boleh jadi ibadah.
Jadi mungkin soalan parenting yang kita patut tanya bukan sekadar:
“Anak aku nak jadi apa bila besar nanti?”
Tetapi:
“Anak aku tahu tak, untuk apa Allah ciptakan dia?”
Sebab ikigai mungkin membantu manusia mencari a reason to live.
Tetapi al-Quran sudah mengajar kita why we were created.
Lebih 1,400 tahun yang lalu.
Wallahu'alam.
أم إلهام | 416 |
| 18 | بدون متن... | 306 |
| 19 | Untuk wanita yang baru berhenti kerja dan memilih menjadi suri rumah, benda pertama yang kena buat bukan susun jadual rumah tapi menuntut ilmu mengurus rumah tangga dengan panduan al-Quran dan sunnah. Sebab sekarang kita bukan sekadar ada lebih banyak masa untuk mengurus rumah. Kita ada amanah yang lebih besar untuk mendidik manusia di dalam rumah. ⤵️⤵️
Kalau menjadi suri rumah sekadar jaga rumah, masak, kemudian banyak masa dihabiskan dengan rehat dan hiburan, sebenarnya kita sedang mensia-siakan satu peluang yang besar.
Allah letakkan sebahagian wanita di rumah bukan semata-mata untuk mengurus rumah.
Ada amanah yang jauh lebih besar: mendidik generasi.
Allah berfirman:
«يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا»
«“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka.”
(Surah At-Tahrim, 66:6)»
Tak semua wanita ada priviledge untuk duduk di rumah. Ada yang perlu keluar bekerja untuk membantu keluarga.
Jadi, kalau Allah beri kita ruang untuk berada di rumah, gunakanlah ruang itu untuk invest masa, tenaga dan emosi dalam menuntut ilmu al-Quran dan sunnah.
Sebab anak-anak kita bukan hanya perlukan makanan, pakaian dan rumah yang kemas.
Mereka perlukan ibu yang tahu apa yang perlu diajarkan, apa yang perlu dibetulkan, dan bagaimana mendidik mereka berdasarkan wahyu.
Duduk di rumah bukan bermaksud kita tidak bekerja.
Kerja kita mungkin tidak bergaji, tetapi amanahnya sangat besar.
Dan rugilah kalau peluang sebesar ini habis hanya untuk mengejar keselesaan diri, sedangkan generasi di depan mata kita sedang membesar.
Wallahu'alam
أم إلهام
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel
💗Tadabbur untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a
🌹Untuk tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh | 697 |
| 20 | Dua orang ibu diberi 24 jam yang sama. Seorang tidur dengan rasa gagal kerana kerja rumah tak pernah habis. Seorang lagi juga penat, tetapi hatinya tenang kerana berdamai dengan ketetapan Allah untuk urusan hari itu. Kadang-kadang, yang kita perlukan bukan lebih banyak masa. Tetapi lebih banyak qanaah, lapang dada dan redha dengan Tuhan kita.
#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily
Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3
Channel
💗Tadabbur untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a
🌹Untuk tadabbur girls only
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G
Telegram nota نور العلياني
https://t.me/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl
Telegram- Topik parenting & pendidikan
https://t.me/IlyaniMunsarikh | 546 |
