(OFFICIAL) UNIT KESIHATAN UiTM CAWANGAN SELANGOR
رفتن به کانال در Telegram
Tujuan telegram ini untuk kegunaan menyebarkan maklumat berkaitan kesihatan dan perubatan dari pengurusan kesihatan UCS kepada para staf dan pelajar FB - https://www.facebook.com/ukesucs/ Tiktok - tiktok.com/@ukkpauitmofficial Unit Kesihatan-0332584131
نمایش بیشتر1 752
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
+7330 روز
آرشیو پست ها
🩸❤️ JOM RAMAI-RAMAI DERMA DARAH! ❤️🩸
Setitis darah, sejuta harapan! 🫶🏻
Jom kita sama-sama jadi hero dan selamatkan nyawa! 🦸🏻♀️🦸🏻♂️
📅 12–13 November 2026
📍 Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Puncak Alam
Jangan tunggu orang lain, jadilah insan yang menyelamatkan! ❤️🩸
#BloodDonation #HealthRecreationCarnivalUCS2026
🌿 READY FOR AN ADVENTURE? 🛶💦
Jom sertai Health Recreation Carnival @ UCS 2026: Trail & Paddle Escape! 🥾✨
📅 14 November 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi
📍 Cadamba Trail & Kolam Basah 8, FSK
🥾 Trail: RM10/seorang
🛶 Paddle: RM5/seorang
Merit untuk pelajar Uitm
Terbuka kepada peserta berumur 10 tahun ke atas! Jangan lepaskan peluang untuk aktif, beriadah dan cipta pengalaman menarik bersama-sama! 💚
📲 Scan QR code pada poster untuk pendaftaran!
Wellness Starts With Us! 💪🏻🌿
🔥 MINI HIGHROX UiTM CAWANGAN SELANGOR 2026! 💪
Bersedia untuk cabaran kekuatan, stamina dan ketahanan diri! 🏋️
📅 14 November 2026 | 8.00 pagi
📍 Dewan Serbaguna UiTM Puncak Alam
💰 Yuran: RM50 seorang
🏆 Hadiah wang tunai + e-sijil untuk pemenang!
Terbuka kepada staf UiTM, pelajar dan komuniti setempat. Kategori Open & Veteran (40 tahun ke atas), lelaki dan wanita.
⚠️ Tempat terhad! Daftar sebelum 10 November 2026.
💚🏃 GREEN RIBBON COMMUNITY NIGHT RUN 5KM!
Jom berlari sambil memeriahkan karnival! 🎉
📅 13 Nov 2026 |
⏰ 8.00–10.30 malam
📍 UiTM Puncak Alam
💰 RM15 seorang
🎓 Merit untuk pelajar UiTM!
🎁 25 peserta lelaki & wanita serta cabutan bertuah!
🍳 HEALTHY COOKING COMPETITION 2026! 🥗
Jom sertai pertandingan masakan sihat bertemakan “Warisan Sihat: Inovasi Masakan Malaysia” sempena Health Recreation Carnival @ UCS 2026!
📅 12 November 2026 (Khamis)
⏰ 2.00 – 5.30 petang
📍 Dewan Serbaguna UiTM Puncak Alam
👥 2 orang satu pasukan | Terhad kepada 10 pasukan sahaja!
💰 Yuran: RM35/pasukan
🏆 Hadiah wang tunai sehingga RM200 + e-Sijil!
Jangan lepaskan peluang! Daftar sekarang melalui QR code pada poster. 🔥
📢 JOM STAF UiTM, MERIAHKAN FUN OBSTACLE TREASURE HUNT 2026! 🔥🏃♀️
Cabaran, keseronokan dan teamwork menanti anda! 💪
👥 1 pasukan = 5 orang
📅 13 November 2026 (Jumaat)
⏰ 8.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Dewan Serbaguna & sekitar UiTM Puncak Alam
Jom kumpulkan geng sekerja, uji semangat berpasukan dan rebut peluang untuk sama-sama memeriahkan karnival!
Jangan tunggu geng lain ajak, kita ajak geng kita dulu! 😉🔥
🎉 HEALTH RECREATION CARNIVAL @ UCS 2026 🎉
Jom meriahkan karnival kesihatan dengan pelbagai aktiviti menarik, saringan kesihatan dan penglibatan pelbagai agensi luar! 💪❤️
✨ Peluang pelajar UiTM mengumpul merit melalui penyertaan dalam aktiviti yang ditawarkan!
📅 12–15 November 2026 📍 Dewan Serbaguna, UiTM Kampus Puncak Alam
Jangan lepaskan peluang! Jom sertai, meriahkan suasana dan jadikan kesihatan keutamaan kita! 💙🩷
Wellness Starts With Us!
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Tuan / Puan / Saudara / Saudari
KEMPEN DERMA DARAH PERDANA 2026 - UiTM CAWANGAN SELANGOR
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan sempena sambutan Hari Penderma Darah Sedunia, UiTM Cawangan Selangor akan menganjurkan Kempen Derma Darah Perdana UiTM 2026 bagi membantu meningkatkan stok darah nasional serta memberi kesedaran tentang kepentingan pendermaan darah. Program ini akan diadakan ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 16 Jun 2026 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi sehingga 4.00 petang
Tempat :
1. Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Puncak Alam
2. Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Puncak Perdana
3. Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Dengkil
4. Lobi Fakulti Perubatan Kampus Sungai Buloh
3. Sehubungan dengan itu, pihak penganjur amat mengalu-alukan dan menggalakkan kehadiran semua staf, pelajar serta komuniti setempat yang memenuhi syarat kelayakan untuk hadir sebagai penderma darah. Sepanjang kempen ini, pelbagai aktiviti sampingan turut disediakan seperti saringan, pameran dan bicara kesihatan. Pihak penganjur juga akan menyediakan sijil penghargaan, pemberian e-merit (pelajar) serta jam latihan (staf) kepada mereka yang layak.
Setiap beg darah yang didermakan mampu memberi sinar harapan kepada pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan, pembedahan, dan terapi berterusan. Jom sama-sama meriahkan Kempen Derma Darah Perdana UiTM. Kehadiran anda mampu menyelamatkan nyawa!
Sekian, terima kasih.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Tuan / Puan / Saudara / Saudari
JEMPUTAN MENYERTAI WEBINAR PROMOSI OPERASI SELAMAT PARU - PARU (OPS SELAMAT PAPA)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia, Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor akan menganjurkan Webinar Promosi Operasi Selamat Paru - Paru (OPS Selamat PaPa) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan belia, pelajar sekolah, mahasiswa IPT, staf UiTM dan komuniti mengenai bahaya penggunaan vape dan rokok terhadap kesihatan paru-paru. Program ini akan diadakan ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 15 Jun 2026 (Isnin)
Masa : 8.30 malam sehingga 10.00 malam
Platform : Aplikasi Google Meet
Pautan : meet.google.com/cph-xhus-owc
Sehubungan dengan itu, pihak penganjur amat mengalu-alukan dan menggalakkan kehadiran semua staf, pelajar serta komuniti setempat untuk menyertai webinar ini. Pihak penganjur juga akan menyediakan sijil penghargaan, pemberian e-merit (pelajar) serta jam latihan (staf) kepada mereka yang layak.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum wbth,
Mohon jasa baik mahasiswa dan mahasiswi UiTM Cawangan Selangor untuk mengisi soal selidik ini bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Unit Kesihatan bagi kesejahteraan para pelajar
Segala kerjasama dan perhatian daripada anda semua amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
HEBAHAN TERKINI!!📢📢📢
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Emeritus / Datuk / Dato / Datin / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan
Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam sukacitanya ingin menjemput warga UiTM untuk menghadiri Webinar Let's Talk Minda Sihat @UCS Siri 1/2026 anjuran kami seperti di butiran berikut :
Tajuk : Tak Apa Untuk Tak Okay, Jom Bincang Kesihatan Mental
Tarikh : 22 Mei 2026
Hari : Jumaat
Masa : 10.00 - 12.00 tengah hari
FB LIVE : Unit Kesihatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor facebook.com/ukesucs
Tekan LIKE dan SHARE di halaman FB Unit Kesihatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor facebook.com/ukesucs kami untuk mendapatkan notifikasi ketika webinar berlangsung.
Link pengesahan kehadiran akan diberikan pada akhir program tersebut untuk kegunaan rekod jam latihan (bagi staf UiTM sahaja) , eMerit (pelajar UiTM) & e-sijil.
Jom bersama kami!!
Sekian, terima kasih.
📢 HEBAHAN PROGRAM KESIHATAN
Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🌿
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam akan menganjurkan:
🩺 Program Kempen Kesedaran Kesihatan @UCS
💚 “Sayangi Buah Pinggang Anda”
📅 29 April 2026 (Rabu)
📍 Kampus Puncak Alam
Semua warga UCS (staf & pelajar) dijemput hadir 😊
📌 Pendaftaran:
Sila imbas QR kod pada poster atau daftar melalui link:
https://forms.gle/7e4i2PgUujG8eErq9
⚠️ Tempat terhad kepada 120 peserta terawal sahaja!
Jom tingkatkan kesedaran dan jaga kesihatan buah pinggang kita 💪
Terima kasih atas sokongan anda 🙏
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Salam UiTM dihatiku,
Y.Bhg Dato'/Datin/Prof/Dr/Prof Madya/Tuan/Puan
Hebahan Kemudahan Perkhidmatan Perubatan Dan Maklum Balas Pelanggan Atas Talian
Sukacita dimaklumkan, Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam ada menyediakan permohonan secara atas talian seperti berikut:
1. Kemudahan Perkhidmatan Perubatan
1️⃣ Pinjaman Peralatan Perubatan
2️⃣ Bantuan Perkhidmatan Perubatan (Pasukan Paramedik/ Ambulan/ First Aid/ dan lain- lain Perkhidmatan Perubatan)
3️⃣ Penghantaran Bagi Temujanji Pelajar Ke Hospital/ Klinik Kerajaan
4️⃣ Surat Akuan Kemudahan Rawatan Perubatan Pelajar (EzGL) Di Luar Waktu Pejabat
5️⃣ Program Pemeriksaan Kesihatan Healthy 40
6️⃣ Klinik Berhenti Merokok
2. Maklum Balas Pelanggan :
1️⃣ Maklum Balas Pelanggan
2️⃣ Borang Aduan Pelanggan
📲
https://linktr.ee/unitkesihatanuitmselangor
Unit Kesihatan,
UiTM Cawangan Selangor,
Kampus Puncak Alam.
Tel : 03-32584131
Fax :03-32584140
YBhg. Datuk/Dato’/Datin /Prof/ Prof Madya/ Dr./ Ir./ Tuan/ Puan/ Encik dan Cik,
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & Selamat Sejahtera
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana telah berjaya menerbitkan eBuletin UnI@SIHAT EDISI ke 2 yang merangkumi pelbagai aktiviti dan program kesihatan yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Julai hingga Disember 2025.
Semoga bermanfaat.
e Buletin UnI@SIHAT EDISI 2.pdf
https://online.fliphtml5.com/UNITKESIHATANKPA_KPP/gzpl/
Sekian, terima kasih
اوسها، تقوى، موليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Unit Kesihatan
Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam & Puncak Perdana
Tel: 03-3258 4131/4135
Faks: 03-3258 4140
E-mel: unitkesihatanselangor@uitm.edu.my
FB Unit Kesihatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Telegram https://t.me/ukesucs
Instagram https://www.instagram.com/unit_kesihatan_kpa_uitm/
Tiktok https://www.tiktok.com/@ukkpauitmofficial?_t=8lN8NiSx1ip&_r=1
