(OFFICIAL) UNIT KESIHATAN UiTM CAWANGAN SELANGOR
الذهاب إلى القناة على Telegram
Tujuan telegram ini untuk kegunaan menyebarkan maklumat berkaitan kesihatan dan perubatan dari pengurusan kesihatan UCS kepada para staf dan pelajar FB - https://www.facebook.com/ukesucs/ Tiktok - tiktok.com/@ukkpauitmofficial Unit Kesihatan-0332584131
إظهار المزيد1 752
المشتركون
+124 ساعات
+47 أيام
-130 أيام
أرشيف المشاركات
🩸 JOM DERMA DARAH! SETITIS DARAH, SEJUTA HARAPAN! ❤️
Ayuh warga UiTM dan komuniti setempat! Inilah peluang anda untuk menyumbang kepada insan yang memerlukan melalui Program Derma Darah bersempena dengan Health Recreation Carnival @ UCS 2026.
Setiap titisan darah yang didermakan mampu menyelamatkan nyawa. Jom bersama-sama kita hulurkan sumbangan dan jadikan amalan murni ini sebagai sebahagian daripada gaya hidup kita.
📅 Tarikh: 12 – 13 November 2026 (Khamis – Jumaat)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Kampus Puncak Alam
Pembahagian Sesi:
🔹 Sesi 1: 10.00 pagi – 1.45 petang
🔹 Sesi 2: 2.30 petang – 4.00 petang
👥 Terbuka kepada: Staf, pelajar UiTM dan komuniti setempat.
🎓 Pelajar UiTM yang menyertai program ini juga layak menerima mata e-Merit tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
📌 Jangan lupa bawa kad pengenalan atau pasport semasa hadir!
❤️ Jom derma darah, jom selamatkan nyawa!
Anjuran:
UNIT KESIHATAN
UiTM CAWANGAN SELANGOR
KAMPUS PUNCAK ALAM
05 نوفمبر, 21:13
*💉 PROGRAM VAKSINASI INFLUENZA | HEALTH RECREATION CARNIVAL @ UCS 2026*
Lindungi diri daripada jangkitan influenza! Jom dapatkan vaksin influenza pada harga istimewa RM59 sahaja!
📅 Tarikh: 12 November 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Lokasi: Dewan Serbaguna PFI, UiTM Kampus Puncak Alam (Booth BIG Pharmacy)
👥 Terbuka kepada: Staf dan pelajar UiTM sahaja
Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran!
Penyertaan tertakluk kepada jumlah minimum peserta yang ditetapkan.
*Untuk maklumat lanjut, hubungi Unit Kesihatan UiTM Kampus Puncak Alam di talian 03-32584131.*
Cegah influenza, lindungi kesihatan kita!
04 نوفمبر, 01:42
04 نوفمبر, ~01:42
*PENDAFTARAN MASIH DIBUKA!*
Jom sertai *Health Recreation Carnival @ UCS 2026!*
Empat aktiviti menarik masih mencari peserta:
🏃 Night Run – RM10 sahaja!
🏋️ Mini Hyrox – RM50
💃 Aerodance Open Competition – RM70/pasukan
🚣 Trail & Paddle – Trail RM10 | Paddle RM5
*KHAS UNTUK PELAJAR UiTM!*
Nikmati *0.75* mata eMerit bagi *setiap aktiviti* yang disertai!
Jangan lepaskan peluang ini. Daftar sekarang dan meriahkan karnival bersama kami!
Maklumat lanjut dan pendaftaran:
https://sites.google.com/uitm.edu.my/healthrecreationcarnival2026
04 نوفمبر, 01:41
💃 UCS AERODANCE OPEN COMPETITION 2026 🕺
Sempena Karnival Rekreasi Kesihatan UiTM Cawangan Selangor
Jom tampil bertenaga, ceria dan buktikan kreativiti gerakan anda di pentas! 🎶🔥
Terbuka kepada pelajar IPTA/IPTS, Sekolah Menengah dan Belia (16-35 tahun)
📅 Tarikh: 15 NOVEMBER 2026 (AHAD)
⏰ Masa: 9:00 PAGI - 11:00 PAGI
📍 Tempat: DEWAN SERBAGUNA PFI, UiTM CAWANGAN SELANGOR KAMPUS PUNCAK ALAM
👨👩👧👦 Penyertaan: 7 HINGGA 10 ORANG SATU PASUKAN
🎟️ Yuran Penyertaan: RM70 / PASUKAN
🏆 Hadiah: PIALA IRINGAN JOHAN, NAIB JOHAN DAN TEMPAT KE-3 BESERTA SIJIL
📝 DAFTAR SEKARANG!
🔗 https://tinyurl.com/UCSAerodanceOpenCompetition
Sila scan QR code dan lengkapkan borang pendaftaran. Penyertaan adalah terhad.
Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan bakat dan menguji stamina anda!
✨ Irama. Tenaga. Keceriaan. Sihat Bersama! ✨
02 نوفمبر, 23:06
*💉 PROGRAM VAKSINASI INFLUENZA | HEALTH RECREATION CARNIVAL @ UCS 2026*
Lindungi diri daripada jangkitan influenza! Jom dapatkan vaksin influenza pada harga istimewa RM59 sahaja!
📅 Tarikh: 12 November 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Lokasi: Dewan Serbaguna PFI, UiTM Kampus Puncak Alam (Booth BIG Pharmacy)
👥 Terbuka kepada: Staf dan pelajar UiTM sahaja
Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran!
Penyertaan tertakluk kepada jumlah minimum peserta yang ditetapkan.
*Untuk maklumat lanjut, hubungi Unit Kesihatan UiTM Kampus Puncak Alam di talian 03-32584131.*
Cegah influenza, lindungi kesihatan kita!
27 أكتوبر, 04:56
09 نوفمبر, ~11:56
🩸❤️ JOM RAMAI-RAMAI DERMA DARAH! ❤️🩸
Setitis darah, sejuta harapan! 🫶🏻
Jom kita sama-sama jadi hero dan selamatkan nyawa! 🦸🏻♀️🦸🏻♂️
📅 12–13 November 2026
📍 Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Puncak Alam
Jangan tunggu orang lain, jadilah insan yang menyelamatkan! ❤️🩸
#BloodDonation #HealthRecreationCarnivalUCS2026
18 أكتوبر, 00:30
🌿 READY FOR AN ADVENTURE? 🛶💦
Jom sertai Health Recreation Carnival @ UCS 2026: Trail & Paddle Escape! 🥾✨
📅 14 November 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi
📍 Cadamba Trail & Kolam Basah 8, FSK
🥾 Trail: RM10/seorang
🛶 Paddle: RM5/seorang
Merit untuk pelajar Uitm
Terbuka kepada peserta berumur 10 tahun ke atas! Jangan lepaskan peluang untuk aktif, beriadah dan cipta pengalaman menarik bersama-sama! 💚
📲 Scan QR code pada poster untuk pendaftaran!
Wellness Starts With Us! 💪🏻🌿
17 أكتوبر, 23:41
🔥 MINI HIGHROX UiTM CAWANGAN SELANGOR 2026! 💪
Bersedia untuk cabaran kekuatan, stamina dan ketahanan diri! 🏋️
📅 14 November 2026 | 8.00 pagi
📍 Dewan Serbaguna UiTM Puncak Alam
💰 Yuran: RM50 seorang
🏆 Hadiah wang tunai + e-sijil untuk pemenang!
Terbuka kepada staf UiTM, pelajar dan komuniti setempat. Kategori Open & Veteran (40 tahun ke atas), lelaki dan wanita.
⚠️ Tempat terhad! Daftar sebelum 10 November 2026.
17 أكتوبر, 23:40
💚🏃 GREEN RIBBON COMMUNITY NIGHT RUN 5KM!
Jom berlari sambil memeriahkan karnival! 🎉
📅 13 Nov 2026 |
⏰ 8.00–10.30 malam
📍 UiTM Puncak Alam
💰 RM15 seorang
🎓 Merit untuk pelajar UiTM!
🎁 25 peserta lelaki & wanita serta cabutan bertuah!
17 أكتوبر, 23:40
🍳 HEALTHY COOKING COMPETITION 2026! 🥗
Jom sertai pertandingan masakan sihat bertemakan “Warisan Sihat: Inovasi Masakan Malaysia” sempena Health Recreation Carnival @ UCS 2026!
📅 12 November 2026 (Khamis)
⏰ 2.00 – 5.30 petang
📍 Dewan Serbaguna UiTM Puncak Alam
👥 2 orang satu pasukan | Terhad kepada 10 pasukan sahaja!
💰 Yuran: RM35/pasukan
🏆 Hadiah wang tunai sehingga RM200 + e-Sijil!
Jangan lepaskan peluang! Daftar sekarang melalui QR code pada poster. 🔥
17 أكتوبر, 23:39
📢 JOM STAF UiTM, MERIAHKAN FUN OBSTACLE TREASURE HUNT 2026! 🔥🏃♀️
Cabaran, keseronokan dan teamwork menanti anda! 💪
👥 1 pasukan = 5 orang
📅 13 November 2026 (Jumaat)
⏰ 8.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Dewan Serbaguna & sekitar UiTM Puncak Alam
Jom kumpulkan geng sekerja, uji semangat berpasukan dan rebut peluang untuk sama-sama memeriahkan karnival!
Jangan tunggu geng lain ajak, kita ajak geng kita dulu! 😉🔥
17 أكتوبر, 23:38
🎉 HEALTH RECREATION CARNIVAL @ UCS 2026 🎉
Jom meriahkan karnival kesihatan dengan pelbagai aktiviti menarik, saringan kesihatan dan penglibatan pelbagai agensi luar! 💪❤️
✨ Peluang pelajar UiTM mengumpul merit melalui penyertaan dalam aktiviti yang ditawarkan!
📅 12–15 November 2026 📍 Dewan Serbaguna, UiTM Kampus Puncak Alam
Jangan lepaskan peluang! Jom sertai, meriahkan suasana dan jadikan kesihatan keutamaan kita! 💙🩷
Wellness Starts With Us!
17 أكتوبر, 23:38
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Tuan / Puan / Saudara / Saudari
KEMPEN DERMA DARAH PERDANA 2026 - UiTM CAWANGAN SELANGOR
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan sempena sambutan Hari Penderma Darah Sedunia, UiTM Cawangan Selangor akan menganjurkan Kempen Derma Darah Perdana UiTM 2026 bagi membantu meningkatkan stok darah nasional serta memberi kesedaran tentang kepentingan pendermaan darah. Program ini akan diadakan ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 16 Jun 2026 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi sehingga 4.00 petang
Tempat :
1. Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Puncak Alam
2. Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Puncak Perdana
3. Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Dengkil
4. Lobi Fakulti Perubatan Kampus Sungai Buloh
3. Sehubungan dengan itu, pihak penganjur amat mengalu-alukan dan menggalakkan kehadiran semua staf, pelajar serta komuniti setempat yang memenuhi syarat kelayakan untuk hadir sebagai penderma darah. Sepanjang kempen ini, pelbagai aktiviti sampingan turut disediakan seperti saringan, pameran dan bicara kesihatan. Pihak penganjur juga akan menyediakan sijil penghargaan, pemberian e-merit (pelajar) serta jam latihan (staf) kepada mereka yang layak.
Setiap beg darah yang didermakan mampu memberi sinar harapan kepada pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan, pembedahan, dan terapi berterusan. Jom sama-sama meriahkan Kempen Derma Darah Perdana UiTM. Kehadiran anda mampu menyelamatkan nyawa!
Sekian, terima kasih.
16 يونيو, 01:01
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Tuan / Puan / Saudara / Saudari
JEMPUTAN MENYERTAI WEBINAR PROMOSI OPERASI SELAMAT PARU - PARU (OPS SELAMAT PAPA)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia, Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor akan menganjurkan Webinar Promosi Operasi Selamat Paru - Paru (OPS Selamat PaPa) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan belia, pelajar sekolah, mahasiswa IPT, staf UiTM dan komuniti mengenai bahaya penggunaan vape dan rokok terhadap kesihatan paru-paru. Program ini akan diadakan ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 15 Jun 2026 (Isnin)
Masa : 8.30 malam sehingga 10.00 malam
Platform : Aplikasi Google Meet
Pautan : meet.google.com/cph-xhus-owc
Sehubungan dengan itu, pihak penganjur amat mengalu-alukan dan menggalakkan kehadiran semua staf, pelajar serta komuniti setempat untuk menyertai webinar ini. Pihak penganjur juga akan menyediakan sijil penghargaan, pemberian e-merit (pelajar) serta jam latihan (staf) kepada mereka yang layak.
Sekian, terima kasih.
15 يونيو, 08:30
Assalamualaikum wbth,
Mohon jasa baik mahasiswa dan mahasiswi UiTM Cawangan Selangor untuk mengisi soal selidik ini bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Unit Kesihatan bagi kesejahteraan para pelajar
Segala kerjasama dan perhatian daripada anda semua amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
10 يونيو, 22:43
HEBAHAN TERKINI!!📢📢📢
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Emeritus / Datuk / Dato / Datin / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan
Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam sukacitanya ingin menjemput warga UiTM untuk menghadiri Webinar Let's Talk Minda Sihat @UCS Siri 1/2026 anjuran kami seperti di butiran berikut :
Tajuk : Tak Apa Untuk Tak Okay, Jom Bincang Kesihatan Mental
Tarikh : 22 Mei 2026
Hari : Jumaat
Masa : 10.00 - 12.00 tengah hari
FB LIVE : Unit Kesihatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor facebook.com/ukesucs
Tekan LIKE dan SHARE di halaman FB Unit Kesihatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor facebook.com/ukesucs kami untuk mendapatkan notifikasi ketika webinar berlangsung.
Link pengesahan kehadiran akan diberikan pada akhir program tersebut untuk kegunaan rekod jam latihan (bagi staf UiTM sahaja) , eMerit (pelajar UiTM) & e-sijil.
Jom bersama kami!!
Sekian, terima kasih.
19 مايو, 20:18
