POSITIVE CIRCLE
رفتن به کانال در Telegram
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
نمایش بیشتر826
مشترکین
-224 ساعت
-27 روز
+230 روز
آرشیو پست ها
Ilmu itu tidak bermanfaat kecuali bila sudah diamalkan.
"Jika engkau belajar ilmu seratus tahun lamanya dan engkau menghimpunkan seribu buah kitab, engkau masih belum layak mendapat rahmat Allah SWT kecuali dengan mengamalkan ilmu-ilmu itu..."
- Imam al-Ghazali
Jom berazam untuk amalkan setiap apa yang kita telah pelajari. Moga-moga Allah SWT permudahkan laluan kita untuk mendapat ilmu baru pula.
InsyaAllah.
#kongsipositif
#positivecircle21
Waktu-Waktu Mustajab Berdoa :
1. Akhir malam
2. Selepas solat fardhu
3. Hari Arafah
4. Antara azan dan iqamat
5. Setiap malam bulan Ramadan
6. Malam lailatulqadar
7. 10 Zulhijah
8. Hari jumaat
9. Waktu hujan turun
10. Ketika sujud
11. Ketika berpuasa
Moga diberi kekuatan untuk berdoa dan dimakbulkan doa-doa kita semua. InsyaAllah.
#kongsipositif
#positivecircle21
" Sesungguhnya kesabaran menghadapi kesenangan adalah lebih sukar... Orang yang lapar ketika tiada makanan lebih mudah bersabar berbanding orang yang dihidangkan makanan yang lazat dan mampu menjamahnya. Oleh itu, lebih besar ujian kesenangan."
- Imam al-Ghazali
#kongsipositif
#positivecircle21
Kenapa Perlu Beri Sokongan Psikologi?
1. Redakan emosi yang sedang ditanggung
2. Memenuhi keperluan kehidupan
3. Kembalikan kefungsian untuk menjalani kehidupan
Kenal pasti dan beri bantuan yang kita mampu kepada sesiapa sahaja yang dirasakan perlu.
Ini adalah masa untuk sama-sama beri kebaikan.
#kongsipositif
#positivecircle21
Dapatkan tip lain di :
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
Bagaimana untuk mulakan sesuatu?
Ada 3 faktor penting boleh bantu tingkatkan kesungguhan, mengekalkan momentum dan membawa kepada kejayaan ;
1. MENTOR
2. PASUKAN
3. POSITIVE CIRCLE
Carilah dan binalah 3 faktor ini jika anda ingin memulakan sesuatu. Dengan izin Allah SWT ia akan memandu anda ke landasan yang betul. Dalam apa jua yang ingin anda usahakan.
Jom semak. Berapa faktor yang kita sudah ada?
Mulakan sekarang!
#kongsipositif
#positivecircle21
Dapatkan tip lain di:
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
"Jangan pernah menunda sampai besok apa yang anda dapat buatnya pada hari ini kerana hari esok masih belum tentu milik kita..."
#kongsipositif
#positivecircle
Bukan soal cepat atau lambat. Tetapi ia adalah soal bermula atau tidak.
Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Jadi, pilihlah untuk bermula.
Pelan-pelan kayuh mencari tempo kita sendiri. Ada masa untuk memecut, mulakan sahaja.
Kita pasti menang dengan cara kita sendiri!
#kongsipositif
#positivecircle21
Teknik Pengurusan Stres
#1 FOKUS POSITIF
Kadang masalah yang timbul kepada kita kerana kita terlalu fokus kepada perkara negatif yang berlaku. Kita akui, perasaan dan pemikiran negatif tu sebahagian dalam hidup kita.
Namun, kita ada pilihan untuk memilih apa yang nak kita fokuskan. Dan kita tahu, silap fokus akan menyebabkan kefungsian hidup kita akan turut terganggu.
Ingat, kita akan besarkan apa yang kita fokuskan!
Satu teknik, Fokus Positif. Dalam setiap yang berlaku, cuba cari sisi positif. Iaitu apakah hikmahya. Bertenang, tarik nafas sekejap. Agar pemikiran dan emosi lebih stabil.
Tulis. Senaraikan sebanyak mungkin apakah kualiti diri yang positif kita ada. Gambarkan yang baik tentang diri kita. Pilih beberapa pengakuan positif yang disenaraikan dan ulangi langkah ini sepanjang hari.
Tujuanya untuk betulkan kembali fokus kita. Setiap perkara negatif yang berlaku, pasti ada sisi yang positif juga.
Emosi, tingkahlaku dan pemikiran adalah satu faktor yang saling berkait. Kita perlu bijak menguruskan setiap komponen ini agar kehidupan kita dan orang lain lebih berkualiti.
InsyaAllah kita pasti boleh!
#kongsipositif
#positivecircle
Dapatkan tip lain di:
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
Petang tadi saya berkongsi bersama guru-guru STEM dari Terengganu tentang aktiviti kelas online yang di ambil daripada ebook 35 AKTIVITI KELAS ONLINE.
Seronok kerana mereka sangat aktif memberi respon dan sama-sama beraktiviti.
Tonton pada link dibawah untuk mengetahui sebahagian aktiviti yang dikongsikan. Mungkin ia juga memberikan anda idea.
http://bit.ly/35AktivitiKelasOnline
Semoga bermanfaat.
#kongsipositif
#positivecircle21
TIP MOTIVASI K.E.R.J.A
Dalam mengharungi suasana Bekerja Dari Rumah (BDR) dan Bekerja Di Pejabat (BDP) pastinya suatu yang mencabar.
Momentum perlu dicari dan dikekalkan agar prestasi kerja terus dapat diberikan dengan kualiti terbaik.
TIPS MOTIVASI K.E.R.J.A ini diharapkan dapat membantu untuk kita semua kekal berprestasi tinggi. InsyaAllah!
#kongsipositif
#positivecircle21
Dapatkan banyak tip lain di :
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
t.me/positivecircle21
Dalam suasana tidak menentu sekarang ini, ramai yang nak membantu. Tetapi, mungkin tidak jelas cara dan kemahiran yang betul.
Jom, Teknik B.A.N.T.U ini mungkin berguna untuk membantu meredakan emosi orang lain.
B - Beri perhatian
Gunakan konsep mendengar dengan aktif. Dengar apa yang dikongsikan, lihat ekspresi wajah serta tingkahlaku dan cuba empati dengan apa yang disampaikan
A - Angguk
Ini dinamakan sebagai dorongan minima. Kemahiran ini membantu seseorang untuk selesa dan terus berkongsi serta rasa didengari. Angguk kan kepala perlahan-lahan sambil menjaga kontak mata kepadanya.
N - Neutral
Jangan cepat menghukum atau membuat kesimpulan kepada apa yang difahami. Dengar sehingga habis dan dapatkan penjelasan lanjut. Tidak memihak di mana-mana pihak.
T - Tenangkan diri
Jangan cepat untuk memberi respon atau memintas percakapan orang. Tenang sahaja analisis ceritanya. Kadang-kadang orang hanya ingin meluahkan sahaja dan mereka sudahpun mempunyai solusi sendiri
U - Ulang kembali
Ini dinamakan juga sebagai parafrasa. Cuba ulang balik apa yang disebut dalam ayat yang pendek dan tepat. Ini menunjukkan kita sedang fokus dan memahami.
Cubalah!
InsyaAllah. Mungkin Teknik B.A.N.T.U ini dapat membantu anda menjadi pendengar yang lebih baik dan lebih ramai yang dapat dibantu dengan berkesan.
Cubahlah amalkan dan rasakan perubahannya.
#kongsipositif
#positivecircle21
Seringkali kita mudah membuat kesimpulan terhadap seseorang berdasarkan tindakan (action) yang dibuatnya berbanding niat (intention) sebenar individu terbabit.
Niat adalah sesuatu yang terlindung dan sukar diramalkan. Kecuali ianya diberitahu atau ditanya.
Kesimpulan berdasarkan tindakan (action) semata ini kadang-kadang banyak menimbulkan konflik. Timbulkan salah faham.
Kesudahannya, elak lah mudah membuat kesimpulan awal sebelum mengetahui secara keseluruhan apa yang berlaku. Soal selidik dan bertanyalah jika perlu.
Jangan biasakan untuk laju lidah daripada akal. Kelak binasa!
#kongsipositif
#positivecircle21
Menangis itu fitrah. Tetapi menangis sepanjang masa tanpa mengambil apa-apa tindakan, itu musibah.
Jikka dengan berterusan menangis itu akan membuatkan sesuatu masalah boleh selesai. Maka, teruslah menangis. Teruskan!
Menangis dan berubah itu dua perkara berbeza. Titik tengah antara dua perkara ini ialah pilihan. Pilihlah untuk terus menangis atau menangis dan seterusnya buat perubahan.
Tepuk dada, tanyalah iman.
#kongsipositif
#positivecircle21
Islam itu indah. Semua perkara dengan panduan. Bermula daripada sebesar hinggalah sekecil-kecil perkara.
Pilihan di tangan kita untuk memahami, mendalami dan mengamalkannya.
#kongsipositif
#positivecircle
"Jangan cepat jari dari akal. Kelak menyesal."
Saya kongsikan kembali Tip 4T Bijak Bermedia Sosial:
1. TENANG
Cuba tenangkan diri apabila membaca, melihat atau mendengar sesuatu berita. Ambil masa untuk proses maklukat yang diperolehi. Berhati-hati dengan pemikiran emosional kita berbanding pemikiran rasional.
2. TAHAN
Tahan diri daripada cepat memberi komentar. Semak maklumat yang diterima. Semak pada diri kita, adakah kita ada ilmu tentang perkara ini. Jika kita berjaya tahan diri, betmakna kita telah berjaya beri masa untuk berfikir.
3. TUNGGU
Tunggu sebentar apabila sesuatu isu itu viral. Kebiasaannya, akan ada sesi penjelasan terhadapa isu yang telah viral. Bagi ruang kepada pihak yang terbabit menjawab dahulu.
Kita tidak perlu gopoh.
4. TERUSKAN
Teruskan memberi komen jika langkah di atas telah berjaya kita buat. Jika komen kita itu memberi manfaat kepada orang lain, sahih, tidak mengguris mana-mana pihak dan tidak membuka fitnah atau cacian, maka teruskanlah.
Ingat, perkara sebegini tidak mudah. Semua melibatkan perkiraan dosa pahala. Kita akan dipertanggungjawabkan kelak dengan apa yang telah kita buat.
#kongsipositif
#positivecircle21
TIP MENULIS
Tiada masa dan tiada kemahiran. Antara halangan besar menulis.
Anda boleh mula menulis dengan Konsep Sinergi. Cari rakan yang mempunyai kemahiran yang sama ataupun kemahiran yang saling melengkapi.
Dengan kemahiran ini kita boleh saling membantu, berkongsi idea dan akhirnya menyiapkan penulisan yang dirangcang.
Proses mencari, menyusun, mengembangkan idea, menulis dan menerbitkan penulisan dapat dilaksankan dengan lancar apabila masing-masing tahu apa peranan yang perlu dilakukan.
InsyaAllah, konsep sinergi ini membuka jalan untuk saling membantu, menyumbang dan melancarkan sesuatu projek penulisan.
Kadang kita perlukan sesorang untuk berpadu tenaga dan idea yang sama untuk bergerak. Cuba lihat di sekeliling kita siapakah orang itu.
...
Alhamdulillah, terima kasih Dr Rusni A. Ghani kerana memberi ruang dan kepercayaan untuk bersinergi bagi menyiapkan ebuku 11 TEKNIK PSIKOSPIRITUAL DALAM PENGURUSAN KELUARGA.
11 teknik mudah untuk diaplikasikan bagi mengurus keluarga dengan bijak. InsyaAllah akan dapat dikongsikan sedikit masa lagi. Mohon doa daripada semua ya!
#kongsipositif
#legasimenulis
#positivecircle21
