fa
Feedback
POSITIVE CIRCLE

POSITIVE CIRCLE

رفتن به کانال در Telegram

Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF

نمایش بیشتر
826
مشترکین
-224 ساعت
-27 روز
+230 روز
آرشیو پست ها
photo content

Panduan buat kita. Moga kita berjaya dalam mujahadah ini. Saling mendoakan. #kongsipositif #positivecircle21
Panduan buat kita. Moga kita berjaya dalam mujahadah ini. Saling mendoakan. #kongsipositif #positivecircle21

Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memberikan motivasi dan semangat penting dalam kita menghadapi ujian. Ia satu contoh
Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memberikan motivasi dan semangat penting dalam kita menghadapi ujian. Ia satu contoh terbaik. Berkat kepatuhan dan kesabaran yang tinggi membuahkan hasil yang dinilai tinggi dan dikenang hingga ke hari ini. Semoga, contoh tauladan ini menjadi penguat kepada kita semua dalam menghadapi setiap ujian yang ditentukan kepada kita. InsyaAllah. Salam Aidil Adha. 1442 Hijrah. #kongsipositif #positivecircle21

Moga diberi peluang dan kekuatan untuk beramal. InsyaAllah. #kongsipositif Dapatkan tip positif di sini: t.me/positivecircle2
Moga diberi peluang dan kekuatan untuk beramal. InsyaAllah. #kongsipositif Dapatkan tip positif di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

photo content

Keyakinan kepada diri sendiri dan keyakinan kepada Allah SWT adalah dua senjata yang cukup ampuh. Kedua-dua ini saling berkait bagi mencapai kejayaan. Keyakinan kepada diri sendiri hasil mengingati Allah, detik kematian dan hari akhirat. Di dalam dirinya tertanam sifat taqwa yang utuh. Hatinya terikat dengan Allah. Setiap ujian dilalui dengan tenang apabila mengenangkan azabnya mati. Kesusahan hidup dihadapi dengan yakin kerana menyedari itulah bekalan untuk hidup di akhirat nanti. Kita lemah. Tetapi, apabila bergantung harap kepada Allah Yang Maha Hebat, insyaAllah tiada yang mustahil. Allah sentiasa ada. DIA tidak pernah meninggalkan kita. Ayuh, terus perteguhkan hati-hati kita! #kongsipositif #positivecircle21

photo content

Petang ni sempat mencuba 1 platform webinar yang dipanggil CLICKMEETING. Nampaknya macam menarik juga kemudahan yang ditawark
Petang ni sempat mencuba 1 platform webinar yang dipanggil CLICKMEETING. Nampaknya macam menarik juga kemudahan yang ditawarkan kepada pengguna. Ini antara tawaran yang boleh saya senaraikan: 25 attendees Whiteboard Screen sharing Surveys / Polls Q&A Call to Action Breakout rooms Stream on Facebook or Youtube Banyak lagi yang ditawarkan. Mungkin yang berminat boleh cuba sendiri dan explore lagi mengikut keperluan masing-masing. #kongsipositif

FEELINGS FLASHCARDS EMOSI merupakan bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku. Terdapat 6 asas emosi iaitu kebahagiaan, kesedihan, ketakutan, jijik, kemarahan dan kejutan yang telah diperkenalkan oleh Paul Ekcman. 4 kemahiran penting dalam Kebijaksanaan Emosi (EQ) ialah : 1. Mengenalpasti emosi sendiri dan orang lain 2. Menggunakan emosi sewajarnya 3. Memahami punca emosi 4. Mengurus emosi dengan efektif Jom amalkan 4 kemahiran di atas ini dengan menggunakan FEELINGS FLASHCARDS yang dikongsikan agar hidup kita lebih bermakna. #kongsipositif #positivecircle21 Dapatkan banyak tip positif di : t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

Feelings Flashcards - Hasbullah.pdf

Hidup kita pasti tidak akan sunyi daripada terus diuji dan diuji. Musibah atau nikmat itu semua adalah ujian. Terkadang mata yang melihat menafsirkan pelbagai sudut. Namun hati jua yang tepat untuk menilai dan melihat sisi mana ujian tersebut berdasarkan panduan iman. Ujian boleh datang dalam pelbagai bentuk. أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ ۖ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). -Sura Al-Baqarah, Ayah 214 Hati ini perlu dilatih, dibentuk dan diisi dengan tarbiah yang betul. Agar ujian ini sebagai peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ingatlah, ujian ini bukan sia-sia... Ujian itu tanda keimanan... أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? -Sura Al-Ankabut, Ayah 2 #kongsipositif Dapatkan banyak lagi TIP POSITIF di sini : t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

photo content

Nak melayan rasa yang tak pernah cukup ni entah bila pun tidakkan pernah cukup. Ibaratnya orang sedang kehausan diberi minum air laut. Tidakkan pernah puas. Biarpun dah tertonggeng banyak bekas. Rasa yang dipandu nafsu begitulah. Hilang arah. Sesat entah ke mana sudah. Sedar-sedarnya sudah parah. Hanya tunggu masa untuk rebah. Ikatlah rasa dengan iman. Agar dipandu ke jalan kebenaran. Tidak bebas mengikut permintaan. Baru hidup berhaluan. Syukurlah! Kita masih diberi peluang. Banyak nikmat yang kadang kita tak perasan. Sudah hilang baru terkenang. Syukurlah! Allah pasti tambah. Moga dapat barakah. Hidup pasti meriah. #kongsipositif Dapatkan banyak lagi TIP POSITIF di sini : t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

photo content

Sabar... Untuk pasif atau proaktif, itu satu pilihan. Kedua-duanya mempunyai impak dan memerlukan tindakan yang berbeza. Kita
Sabar... Untuk pasif atau proaktif, itu satu pilihan. Kedua-duanya mempunyai impak dan memerlukan tindakan yang berbeza. Kita berhak menentukan mana satu pilihan kita. Orang lain hanya boleh memberi maklumat, tunjuk ajar dan sokongan tanda kebersamaan. Akhirnya semua terpulang kepada kita. Namun kita semua percaya, fitrahnya kita akan memilih yang terbaik yang kita rasa pada masa itu. Berdasarkan maklumat dan kemampuan yang kita ada. Apabila sumber lain diperolehi, maka di situ akan ada pertimbangan lain. Cubalah! #kongsipositif Lagi tip positif di sini : t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

Sabar... Ia tak mudah, namun tidaklah susah jika betul caranya. Jom bermula cari HIKMAHNYA sekarang! #kongsipositif #positive
Sabar... Ia tak mudah, namun tidaklah susah jika betul caranya. Jom bermula cari HIKMAHNYA sekarang! #kongsipositif #positivecircle21

Kadang-kadang kita tidak selalu bersikap optimis terhadap masalah yang kita hadapi. Kerana hidup tidak semudah itu. Mungkin k
Kadang-kadang kita tidak selalu bersikap optimis terhadap masalah yang kita hadapi. Kerana hidup tidak semudah itu. Mungkin kita lebih bersetuju untuk sentiasa bermula dengan positif atas apa yang berlaku. Kerana dengan permulaan yang positif, insyaAllah sekurang-kurangnya semua akan baik-baik sahaja. Dalam masa yang sama, kita dituntut untuk prihatin dengan masalah yang kita hadapi. Bukan berasa bimbang. Keprihatinan akan lebih membantu untuk kita mencari jalan penyelesaian berbanding berasa bimbang. Kebimbangan biasanya membawa kepada masalah akhirnya. Berhati-hati untuk memilih sikap yang tepat terhadap sesuatu peristiwa. Ia akan membentuk tindakan kita seterusnya. #kongsipositif Dapatkan banyak lagi TIP POSITIF di sini : t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

Jom kita amalkan H.E.L.P agar lebih ramai yang dapat dibantu dan kita #kongsipositif. Jika tidak dapat membantu, janganlah me
Jom kita amalkan H.E.L.P agar lebih ramai yang dapat dibantu dan kita #kongsipositif. Jika tidak dapat membantu, janganlah membantut kan orang lain. Pilih untuk berada dalam kebaikan. Dapatkan tip positif : t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

photo content