✨ S T U D Y T I M E ✨
PENDIDIKAN ISLAM F4 BIDANG AQIDAH
HINDARI AJARAN SESAT
-CIRI AJARAN SESAT-
❄️ ASPEK AL-QURAN DAN AL-HADIS
1) Memahami dan mentafsir Al-Quran dengan logik akal semata-mata tanpa mengikut disiplin ilmu yang betul.
-Seseorang cuba faham dan tafsirkan Al-Quran hanya guna akal fikiran sendiri, tanpa berpandukan ilmu yang betul seperti tafsir, bahasa Arab, asbabun nuzul (sebab ayat diturunkan), dan panduan ulama. Kalau guna logik akal semata-mata, tafsiran boleh jadi tersasar atau menyimpang daripada maksud sebenar, sebab Al-Quran bukan teks biasa.
2) Meyakini bahawa terdapat Al-Quran lain yang tersembunyi
3) Hanya berpegang dengan Al-Quran dan menolak hadis sebagai sumber hukum Islam
-Seseorang itu hanya yakin dan berpegang pada Al-Quran. Tapi tidak kepada hadis. Ingat tau, dalam Islam kita berpegang kepada Al-Quran dan Hadis. So kita kena berpegang kepada keduanya tak boleh hanya satu. Kalau menolak hadis maknanya menolak sebahagian besar ajaran Islam.
🌤 ASPEK AQIDAH
1) Mengaku menjadi nabi atau rasul
-Seseorang mendakwa dirinya sebagai nabi atau rasul, sedangkan dalam Islam kita percaya bahawa Nabi Muhammad ﷺ adalah nabi dan rasul terakhir.
2) Mendakwa diri atau gurunya sebagai Imam Al-Mahdi
-Dalam Islam, Imam Al-Mahdi hanya akan muncul pada waktu yang ditetapkan oleh Allah dan tanda-tandanya sudah jelas diterangkan dalam hadis sahih. Kalau seseorang mendakwa jadi Al-Mahdi tanpa tanda-tanda tersebut, itu dianggap pembohongan dan penyelewengan akidah.
3) Mendakwa gurunya dapat menebus dosa
-Dalam Islam, hanya Allah yang berkuasa mengampunkan dosa, bukan guru, ustaz, wali, atau sesiapa pun.
4) Memuja makhluk untuk mendapat sesuatu kelebihan
-Menyanjung, menyembah, atau memberi penghormatan berlebihan kepada makhluk (manusia, haiwan, jin, roh, dll.) dengan tujuan mendapat kuasa, kekayaan, kesaktian, atau kelebihan tertentu.
5) Mempercayai semua agama benar dan menuju ke syurga
-Berkeyakinan bahawa semua agama adalah benar dan semuanya akan membawa penganutnya ke syurga, walaupun ajaran mereka berbeza dan bercanggah. Akidah Islam menegaskan bahawa agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam.
6) Menolak alam ghaib seperti roh, malaikat dan jin
-Tidak percaya atau menafikan kewujudan perkara ghaib seperti roh, malaikat, jin, syurga, neraka, dan perkara lain yang disebut dalam Al-Quran dan hadis sahih.
🍂 ASPEK IBADAH
1) Menolak kewajipan ibadah fardhu
-Tidak mengakui bahawa ibadah fardhu seperti solat lima waktu, puasa Ramadan, zakat, dan haji adalah wajib atas setiap Muslim yang memenuhi syarat.
2) Beribadah dengan hanya berzikir bagi menggantikan solat
-Solat adalah rukun Islam kedua dan ibadah yang paling utama; ia tidak boleh diganti dengan amalan lain.
3) Menunaikan ibadah haji ditempat yang dianggap suci selain Mekah Al-Mukarramah
-Seseorang menunaikan haji di tempat lain yang mereka anggap suci — contohnya di makam, gunung, atau kawasan tertentu — bukan di Mekah Al-Mukarramah
4) Menghalalkan perzinaan atas nama nikah
-Melakukan zina (hubungan antara lelaki dan perempuan tanpa akad nikah yang sah) tetapi mengaku atau berpura-pura ia sebagai “nikah”, untuk menghalalkan perbuatan itu.
🌾 ASPEK AKHLAK
1) Mengejek, merendah-rendahkan dan mempersendakan sahabat Nabi SAW
-Sahabat Nabi ﷺ adalah generasi terbaik umat Islam yang telah membantu menyebarkan dan mempertahankan Islam. Menghina mereka boleh dianggap menghina Nabi ﷺ, kerana mereka adalah orang terdekat dan pendukung baginda.
2) Bersikap taksub dengan ajaran guru sehingga menganggap hanya kumpulan nya yang benar.
-Terlalu fanatik dan taksub dengan ajaran guru atau pemimpin tertentu sampai percaya hanya kumpulan mereka saja yang betul, manakala semua orang atau kumpulan lain dianggap salah atau sesat.
3) Memperkecil amalan masyarakat berdasarkan sunah Rasulullah SAW sebaliknya berbangga dengan amalan yang bertentangan dengan syariat Islam