cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

🇲🇾✨^Ayat_Islamic^✨🇲🇾

❤️Aʸᵃᵗ'Isˡᵃᵐⁱᶜ❤️ Close your eyes okay? You must rest right now . I hope you can smile everyday . Based in Malaysia . <3 Anything just at @ayatislamicchatbot Follow Instagram : @ayatislamic_

نمایش بیشتر
ماليزيا38 479زبان مشخص نشده استدین و مذهبی84 109
Advertising posts
700مشترکین
+124 ساعت
+57 روز
-1430 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Jaga solat, Allah jaga kita. . Setiap kali kalau rasa macam banyak betul masalah, kalau bukan sebab kerana Allah sayang, Allah uji, jika tidak, minta jauh. . Mungkin kita dah mula jauh dari Allah, mungkin solat kita. . "...Tapi ada saja yang macam senang je hidup dia", . ada orang kata macam ni. Kita mungkin nampak dia senang zahir, tapi dalam diri dia, hati dia, fikiran dia, kita tak tahu. . Kita tak tahu. Paling penting dalam hidup ini adalah cuba untuk jaga hubungan kita dengan Allah. . Ini yang paling penting dalam hidup ni. . Masih banyak hutang.. jaga solat. . Masih banyak ujian dengan hamba Allah, manusia lain, atas kerana kelemahan diri.. tetap cuba jaga solat. . Masih tak stabil dalam hidup.. terus solat, terus. . Ada kata dengan saya, "Stabil, semua dah ada.. untung." . Tak, definisi stabil bagi saya, bagi kita, bukan hanya soal, dah ada kerja, bisnes ok, rumah ada, kereta ada, semua ada, lengkap la orang kata dekat pandangan mata kita. . Tapi belum lagi, jika diri dia, hubungan dia dengan Allah masih belum stabil. . Dengar azan, rasa biasa. . Terlepas solat, solat nanti-nanti, macam biasa saja. Saya terkejut melihat ada seorang kawan ni saya kenal, sakit pun masih solat, dan last-last meninggal dekat masjid. . "Ya Allah jelesnya. Kan best kalau kita nanti macam tu." . Kita suka kata macam tu, bagus la, tapi sebenarnya itulah hidup dia, itulah cara hidup dia, suka pergi masjid. . Jadi Allah tunjukkan. . Allah tunjukkan, betul, terus sedar saya. . Orang dulu, jika terlambat satu solat jemaah, berhari-hari nangis, tapi kita hari ni nangis sebab hilang kerja, hilang buah hati. . Allah hilang dalam hidup, kita tak takut.
نمایش همه...
*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS* *_Akhlak Muslim_* عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَنَاجَشُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ وَلَا يَحْقِرُهُ التَّقْوَى هَاهُنَا وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian saling mendengki, saling memfitnah, saling membenci, dan saling memusuhi. Janganlah ada seseorang di antara kalian yang berjual beli sesuatu yang masih dalam penawaran muslim lainnya dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. Muslim yang satu dengan muslim yang lainnya adalah bersaudara tidak boleh menyakiti, merendahkan, ataupun menghina. Takwa itu ada di sini (Rasulullah menunjuk dadanya), Baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali. Seseorang telah dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. Muslim yang satu dengan yang Iainnya haram darahnya, hartanya, dan kehormatannya." (Sahih Muslim No: 4650) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Islam melarang umatnya berakhlak buruk antaranya: a.  Mendengki b.  Memfitnah c.  Membenci d.  Memusuhi e.  Membeli sesuatu yang telah dibeli atau dijanjikan kepada orang lain 2. Setiap Muslim adalah bersaudara. Muslim dilarang berbuat zalim dengan Muslim yang lain antaranya dengan cara: a.  Menyakiti b.  Merendahkan c.  Menghina 3. Takwa itu di dada (rasa taat dan patuh kepada Allah itu terletak di dalam hati). 4. Seseorang Muslim dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. 5. Penghinaan boleh berlaku apabila seseorang meremeh, memperlekeh juga merendahkan orang lain sama ada dengan perkataan atau perbuatan termasuk kesalahan mereka. Penghinaan ini adalah bentuk sifat sombong dan bangga diri serta menganggap dirinya lebih mulia dari orang tesebut. 6. Muslim sesama Muslim dilarang: a.  Menumpahkan darah sesama Muslim b.  Menzalimi hartanya c.  Merendahkan kehormatannya _Dalam kita membina sebuah masyarakat dan negara yang harmoni, marilah kita memelihara hak saudara Muslim sebagai tanda kita menyayangi mereka. Jauhilah berakhlak buruk terhadap Muslim yang lain serta tidak menzaliminya._ 19hb April 2024 10hb Syawal 1445H *#1H1H* _"Moga الله redha, Nabi cinta."_ Untuk dapatkan Gambar Hadis #1H1H dan Huraian Hadis melalui medium Whatsapp, sila klik dan join link group Whatsapp di bawah: #1H1H (8) https://chat.whatsapp.com/JOsRUW4LoO64swuCasARnd Untuk memudahkan penyebaran dan menghebahkan penyertaan komuniti hadis dengan lebih meluas lagi, boleh berkongsi link di bawah: ONE-ACCESS LINK #1H1H http://beacons.ai/1hari1hadis
نمایش همه...
🌟#1H1H 🌟(8)

WhatsApp Group Invite