*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*
*_Menyuap Makanan Untuk Isteri_*
عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ
Daripada Sa'd bin Abu Waqash bahawasanya dia mengkhabarkan, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya, tidaklah kamu memberikan suatu nafkah dengan mengharap keredhaan Allah kecuali kamu akan diberi pahala termasuk sesuatu yang kamu suapkan ke mulut isterimu." (HR Bukhari No: 54) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Seorang Muslim apabila ia menunaikan kewajibannya terhadap diri dan ahli di bawah tanggungannya dengan mencari rezeki yang halal, akan mendapatkan balasan dan pahala.
2. Pemberian suami ke atas isteri seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal adalah suatu kewajipan. Setiap yang diberi kepada isteri termasuk menyuapkan makanan ke mulut isteri akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah. Sabda Rasulullah SAW:
ولهنَّ عليكم رزقُهن وكسوتُهنَّ بالمعروفِ
“Wajib bagi kalian (para suami) memberikan rezeki (makanan) dan pakaian dengan baik kepada mereka (para isteri).” (HR. Muslim No: 1218)
Juga hadis yang diriwayatkan dari Muawiyah Al-Qusyairi:
قلت: يا رسول الله! ما حقُّ زوجة أحدِنا عليه؟ قال: أن تُطعِمَها إِذا طَعِمْت، وتَكْسُوَها إِذا اكتسيت، ولا تضربَ الوجه، ولا تُقَبِّحَ، ولا تهجرَ إِلا في البيت
Aku berkata: Wahai Rasulullah, apa yang berupa hak isteri yang wajib kami tunaikan?’. Baginda bersabda: ‘Engkau beri ia makan jika engkau makan, engkau beri ia pakaian jika engkau berpakaian, dan jangan engkau memukul wajahnya, jangan mencelanya, dan jangan memboikotnya kecuali di rumah.” (HR. Abu Daud No: 2142) Status: Hasan
3. Para suami wajib menunaikan hak isteri yang menjadi tanggungjawabnya seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya.
4. Suami yang menyuapkan makanan yang baik dan halal ke mulut isteri akan mendapat ganjaran pahala juga mengeratkan hubungan kasih sayang pasangan suami isteri.
5. Bagi lelaki, bekerjalah mencari rezeki yang halal dengan niat yang ikhlas untuk keperluan ahli keluarga. Semoga ia menjadi balasan pahala untuk kita.
29hb Januari 2023
07hb Rejab 1444H
*
#1H1H*
_"Moga الله redha, Nabi cinta."_
Untuk dapatkan Gambar Hadis
#1H1H dan Huraian Hadis melalui medium Whatsapp, sila klik dan join link group Whatsapp di bawah:
#1H1H (14)
https://chat.whatsapp.com/GYKtgjXNAfm7iUNk1fT2n5
Untuk memudahkan penyebaran dan menghebahkan penyertaan komuniti hadis dengan lebih meluas lagi, boleh berkongsi link di bawah:
ONE-ACCESS LINK
#1H1H
http://beacons.ai/1hari1hadisMostrar más ...