CIDB MALAYSIA
CIDB Malaysia is now on Telegram. Get the latest updates from CIDB by joining this Telegram group. Download Telegram App on your mobile and search CIDB Malaysia on the app and click *join* .
نمایش بیشتر📈 تحلیل کانال تلگرام CIDB MALAYSIA
کانال CIDB MALAYSIA (@cidbmy) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 10 793 مشترک است و جایگاه 6 574 را در دسته تجارت و رتبه 3 304 را در منطقه ماليزيا دارد.
📊 شاخصهای مخاطب و پویایی
از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 10 793 مشترک جذب کرده است.
بر اساس آخرین دادهها در تاریخ 19 نوامبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -106 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -1 بوده و همچنان دسترسی گستردهای حفظ شده است.
- وضعیت تأیید: تأیید نشده
- نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 6.34% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 3.35% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب میکند.
- دسترسی پستها: هر پست به طور میانگین 684 بازدید دریافت میکند. در اولین روز معمولاً 362 بازدید جمعآوری میشود.
- واکنشها و تعامل: مخاطبان بهطور فعال حمایت میکنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.
📝 توضیح و سیاست محتوایی
نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاههای شخصی توصیف میکند:
“CIDB Malaysia is now on Telegram.
Get the latest updates from CIDB by joining this Telegram group.
Download Telegram App on your mobile and search CIDB Malaysia on the app and click *join* .”
به لطف بهروزرسانیهای پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 20 نوامبر, 2026)، کانال همواره بهروز و دارای دسترسی بالاست. تحلیلها نشان میدهد مخاطبان بهطور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته تجارت تبدیل کردهاند.
در حال بارگذاری دادهها
| تاریخ | رشد مشترکین | اشارات | کانالها | |
| 20 نوامبر | 0 | |||
| 19 نوامبر | 0 | |||
| 18 نوامبر | +2 | |||
| 17 نوامبر | 0 | |||
| 16 نوامبر | 0 | |||
| 15 نوامبر | +1 | |||
| 14 نوامبر | 0 | |||
| 13 نوامبر | 0 | |||
| 12 نوامبر | +2 | |||
| 11 نوامبر | 0 | |||
| 10 نوامبر | 0 | |||
| 09 نوامبر | 0 | |||
| 08 نوامبر | 0 | |||
| 07 نوامبر | 0 | |||
| 06 نوامبر | 0 | |||
| 05 نوامبر | 0 | |||
| 04 نوامبر | 0 | |||
| 03 نوامبر | 0 | |||
| 02 نوامبر | 0 | |||
| 01 نوامبر | 0 |
| 2 | ✈️ PELUANG KEEMASAN BUAT KONTRAKTOR BUMIPUTERA & BAKAT TVET!
🚀 PROGRAM PEMBANGUNAN VENDOR MALAYSIA AIRPORTS
Ingin mengembangkan perniagaan dan meneroka peluang menjadi vendor dalam ekosistem Malaysia Airports?
CIDB Malaysia dengan kerjasama MARA dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mempelawa kontraktor Bumiputera serta calon berkelayakan untuk menyertai Program Pembangunan Vendor Malaysia Airports.
🌟 APA YANG ANDA BAKAL PEROLEH?
https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0uChhsW9WP6Rr8ERgXusWCJpiS7uW8q4LFJdXA1swHjmjaqzVZ16S2xnGsu3s42Fl | 192 |
| 3 | KETUA EKSEKUTIF CIDB MALAYSIA RASMIKAN MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN JUBLI KE-50 BMDAM 2026
Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Sr Ahmad Farrin bin Mokhtar, telah menyempurnakan perasmian Majlis Makan Malam Tahunan Jubli Ke-50 Building Materials Distributors Association of Malaysia (BMDAM) pada 5 November 2026, bertempat di Courtyard by Marriott Kuala Lumpur South.
Majlis ini meraikan 50 tahun penubuhan BMDAM sejak tahun 1976 serta sumbangan persatuan tersebut dalam memperkukuh sektor pengedaran bahan binaan di Malaysia. Sambutan ini turut menghimpunkan wakil agensi kerajaan, pemimpin industri dan pemain industri bahan binaan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan serta kerjasama strategik.
CIDB Malaysia menghargai peranan BMDAM dalam menyokong pembangunan industri pembinaan negara, khususnya melalui pengukuhan rantaian bekalan bahan binaan yang berkualiti dan berdaya saing. Kerjasama erat antara CIDB dan pihak industri akan terus menjadi asas penting dalam memacu pembangunan industri pembinaan yang mampan.
#CIDBMalaysia #BMDAM #BMDAM50thAnniversary #IndustriPembinaan #BinaSempurna #MalaysiaMadani
FB:https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid04LjnPHzxqNUBazPsemEa9kJvd9iGQqnonzrPp6cepKQRCchLmvERML755jcjPAmkl | 407 |
| 4 | TAHNIAH SR AHMAD FARRIN BIN MOKHTAR ATAS PENGIKTIRAFAN SEBAGAI HONORARY FELLOW ACPM
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sr Ahmad Farrin bin Mokhtar, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, atas penganugerahan Honorary Fellow oleh Association of Construction Project Managers (ACPM).
Pengiktirafan ini mencerminkan kepimpinan, pengalaman serta sumbangan beliau dalam pembangunan dan pemerkasaan industri pembinaan negara, khususnya dalam bidang pengurusan projek pembinaan.
Seluruh warga kerja CIDB Malaysia merakamkan ucapan tahniah dan berharap agar pengiktirafan ini terus menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh profesionalisme, kecemerlangan serta pembangunan industri pembinaan negara.
#BinaSempurna #MalaysiaMadani | 293 |
| 5 | KUNJUNGAN HORMAT ASSOCIATION OF CONSTRUCTION PROJECT MANAGERS (ACPM) KE CIDB MALAYSIA
CIDB Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Association of Construction Project Managers (ACPM) kepada Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Sr Ahmad Farrin bin Mokhtar, pada 6 November 2026.
Pertemuan ini menjadi platform bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh profesionalisme dan kompetensi pengurusan projek pembinaan, khususnya melalui pembangunan dan pelaksanaan program Certified Construction Project Manager (CCPM), kerjasama latihan serta pembangunan profesional dalam industri pembinaan.
Pada sesi yang sama, Presiden ACPM, PMr. Sr Dr. Wan Maimun Wan Abdullah turut menyampaikan sijil pengiktirafan Honorary Fellow ACPM kepada Sr Ahmad Farrin bin Mokhtar sebagai penghargaan atas kepimpinan dan sumbangan beliau kepada industri pembinaan negara.
CIDB berharap kerjasama dengan ACPM dapat terus diperkukuh dalam usaha meningkatkan kompetensi dan profesionalisme pengurusan projek pembinaan negara.
#ACPM #BinaSempurna #MalaysiaMadani
FB:https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid02rpUn4iyhH2fmpbkb6F6ryC6aaKay19GqWA4ZXaVZWkFJUddWqLByv9jvDxkwgaeal | 287 |
| 6 | Bersedia untuk melangkah lebih jauh dalam industri pembinaan?
Perkukuh pengetahuan, perluas jaringan profesional dan tingkatkan kompetensi menerusi Seminar Transformasi Pembinaan.
PERCUMA 15 Mata CCD
Jangan lepaskan peluang ini. Daftar sekarang!
#BinaSempurna #MalaysiaMadani | 727 |
| 7 | KENYATAAN TAWARAN TENDER
NO PEROLEHAN : BTM/TEN-04/2026 (10030695)
TAJUK : PERKHIDMATAN PENAMBAHBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN TAHUNAN BAGI MODUL SISTEM PENDAFTARAN KONTRAKTOR, LEVI, PENGUATKUASAAN DAN UNDANG-UNDANG UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)
TEMPOH PERKHIDMATAN : TIGA PULUH ENAM (36) BULAN
TARIKH IKLAN : 18 NOVEMBER 2026 (KHAMIS)
TARIKH BELI DOKUMEN : 23 NOVEMBER 2026 (ISNIN)
TARIKH TUTUP SEBUTHARGA : 14 DISEMBER 2026 (ISNIN) SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI
TEMPAT JUAL DOKUMEN : UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB), TINGKAT 11, CIDB 520, THE MET CORPORATE TOWERS, NO. 20 JALAN DUTAMAS 2, 50480 KUALA LUMPUR
Sekian Terima kasih.
#MalaysiaMadani
#BinaSempurna
#CIDBMalaysia | 361 |
| 8 | 🏗️ PROGRAM KONTRAKTOR KOMPETEN, INDUSTRI TERJAMIN: MEMPERKASA PERKHIDMATAN DAN KOMPETENSI KONTRAKTOR!
📅 18 November 2026
📍 HIG Hotel & Convention, Langkawi
CIDB Negeri Kedah dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara (ABMWU) dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) telah menjayakan Program Kontraktor Kompeten, Industri Terjamin bagi memperkukuh pengetahuan, kemahiran serta kecekapan kontraktor dalam pengurusan dan pematuhan keperluan industri pembinaan.
💻 KLINIK CIMS: BIMBINGAN TERUS KEPADA KONTRAKTOR
Antara pengisian utama program ialah Klinik CIMS yang menyediakan khidmat bimbingan dan nasihat berkaitan penggunaan sistem CIMS, urusan pendaftaran, pembaharuan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) serta penyelesaian isu permohonan.
📋 KHIDMAT NASIHAT DAN PENDAFTARAN
Program turut menyediakan kaunter perkhidmatan khusus meliputi:
✅ Pendaftaran Kontraktor
✅ Program Penyeliaan dan Pengurusan
✅ Pendaftaran Program Akreditasi CIDB
Melalui pendekatan ini, kontraktor berpeluang mendapatkan penerangan secara langsung, menyelesaikan isu berkaitan pendaftaran serta memperoleh maklumat mengenai program pembangunan kompetensi.
✨ KONTRAKTOR KOMPETEN, INDUSTRI LEBIH BERDAYA SAING!
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan CIDB bersama rakan strategik dalam memperkasakan kontraktor yang kompeten, profesional dan berdaya saing, sekali gus menyokong pembangunan industri pembinaan negara yang lebih berkualiti dan mampan.
#KontraktorKompeten #CIDBNegeriKedah #ABMWilayahUtara #PKMM #KlinikCIMS #BinaSempurna #MalaysiaMADANI
https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid02RvPqEr7oSzCh181zWmZUuw35egpzfsxrBGrg3AnXpm8XKm82174FwnfMjhSS2Pq1l | 392 |
| 9 | ✈️ PELUANG KEEMASAN BUAT KONTRAKTOR BUMIPUTERA & BAKAT TVET!
🚀 PROGRAM PEMBANGUNAN VENDOR MALAYSIA AIRPORTS
Ingin mengembangkan perniagaan dan meneroka peluang menjadi vendor dalam ekosistem Malaysia Airports?
CIDB Malaysia dengan kerjasama MARA dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mempelawa kontraktor Bumiputera serta calon berkelayakan untuk menyertai Program Pembangunan Vendor Malaysia Airports.
🌟 APA YANG ANDA BAKAL PEROLEH?
✅ Peluang mendaftar sebagai vendor Malaysia Airports.
✅ Akses kepada peluang subkontrak dan tender yang bersesuaian.
✅ Membina jaringan perniagaan strategik.
✅ Pendedahan kepada operasi dan ekosistem projek lapangan terbang.
✅ Potensi dilantik sebagai panel kontraktor Malaysia Airports, tertakluk kepada kelayakan.
📌 KATEGORI PENYERTAAN
🔹 Kategori 1: Kontraktor
🔹 Kategori 2: TVET
📍 Lokasi Pengambilan: Sabah & Sarawak
⏳ Tempoh Latihan: 5 bulan
🗓️ Tarikh Tutup: 30 November 2026
🔥 REBUT PELUANG INI SEKARANG!
Tingkatkan keupayaan, luaskan jaringan perniagaan dan terokai peluang baharu dalam industri pembinaan serta penyelenggaraan lapangan terbang.
📲 DAFTAR SEKARANG!
Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.
📞 WhatsApp: 019-294 1226
📧 E-mel: vdpcidb@gmail.com
Tertakluk kepada syarat dan kelayakan penyertaan yang ditetapkan.
#ProgramPembangunanVendor #MalaysiaAirports #KontraktorBumiputera #TVET #BinaSempurna #MalaysiaMADANI | 454 |
| 10 | بدون متن... | 373 |
| 11 | 🏗️ KONTRAKTOR KOMPETEN, INDUSTRI TERJAMIN!
📅 17 November 2026
📍 HIG Hotel & Convention, Langkawi
👥 69 peserta
CIDB Negeri Kedah dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kedah telah menganjurkan Program Kontraktor Kompeten, Industri Terjamin selama dua hari bermula 17 November 2026.
Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman kontraktor mengenai pematuhan Akta 520, pendaftaran kontraktor serta akreditasi Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP).
Antara pengisian utama termasuk:
✅ Peranan dan tanggungjawab kontraktor di bawah Akta 520.
✅ Syarat dan keperluan pendaftaran kontraktor.
✅ Pengemaskinian Senarai Daftar Kontraktor Dorman.
✅ Latihan Kompetensi Kemahiran (LKK) dan Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK).
Sesi turut menampilkan Tuan Haji Abdul Razak Husin, Penasihat Undang-Undang CIDB, yang berkongsi pandangan mengenai tanggungjawab kontraktor dalam memastikan pematuhan perundangan.
✨ Penganjuran ini mencerminkan komitmen berterusan CIDB bersama rakan strategik dalam memperkasa kontraktor yang kompeten, profesional dan berdaya saing, sekali gus menyokong pembangunan industri pembinaan yang berkualiti dan mampan.
#ProgramKontraktorKompeten #CIDBNegeriKedah #ABMWilayahUtara #PKMM #BinaSempurna #MalaysiaMADANI
FB:https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid02jLohWhHYt4SNvUB3rCSEjdLjRDvKVQiW7nNSqn5X37Xa6fZeUw1jqKht4emnrvgWl | 644 |
| 12 | The 𝗠𝗖𝗜𝗘𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗔𝘄𝗮𝗿𝗱𝘀 𝗖𝗲𝗿𝗲𝗺𝗼𝗻𝘆 & 𝗗𝗶𝗻𝗻𝗲𝗿 has concluded, marking a memorable celebration of excellence in Malaysia’s construction industry.
Our heartfelt thanks to all participants, stakeholders, judges, assessors, convenors and the secretariat for your dedication and invaluable contributions to making this event a success.
Congratulations to all award winners! Your achievements, innovation and commitment to quality continue to drive Malaysia’s construction industry towards greater excellence.
Thank you for being part of this journey. Together, we continue to build a better Malaysia.
#MCIEA #ConstructionExcellence #MalaysianConstruction #BuildingExcellence#CIDBMalaysia #BuildPerfect #MalaysiaMadani | 630 |
| 13 | KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA
NO PEROLEHAN : BTM/SH(A)-15/2026 (10030697)
TAJUK : PERKHIDMATAN MEMBEKAL,MENGHANTAR DAN MEMASANG VIDEO CONFERENCE UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA(CIDB)
TEMPOH PERKHIDMATAN : 2 BULAN TEMPOH BEKALAN DAN 2 TAHUN WARANTI PERKAKASAN
Sekian Terima kasih.
#MalaysiaMadani
#BinaSempurna
#CIDBMalaysia | 725 |
| 14 | Innalillahiwainnailaihirojiun...
Dukacita dimaklumkan bahawa, Allahyarhamah Che Yah binti Mat @ Mohamed, ibunda kepada Mantan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Datuk Ir Ahmad 'Asri Abdul Hamid telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 13 November 2026. Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah.
Ikhlas daripada:
Ketua Eksekutif dan seluruh warga kerja CIDB Malaysia.
#MalaysiaMadani
#BinaSempurna
#CIDBMalaysia | 614 |
| 15 | KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA
NO PEROLEHAN : SL1/SH(B)-02/2026 (10030767)
TAJUK : PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN, PEJABAT DAN KAWASAN PEJABAT CIDB NEGERI SELANGOR BAGI TEMPOH BERMULA 1 JANUARI 2027 HINGGA 31 DISEMBER 2027 UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)
TARIKH & MASA TAKLIMAT : 19 NOVEMBER 2026 (KHAMIS) & 10.00 PAGI
*TAKLIMAT ADALAH DIWAJIBKAN
*DOKUMEN HANYA AKAN DIJUAL KEPADA VENDOR YANG MENGHADIRI TAKLIMAT SAHAJA
Sekian Terima kasih.
#MalaysiaMadani
#BinaSempurna
#CIDBMalaysia | 616 |
| 16 | That’s a wrap on Day 2 of ICTC! ✨
Thank you for being part of ICTC. We hope the insights shared and connections made have inspired fresh ideas for how we shape the places where we live, learn, work and connect.
Together, let’s build environments that educate, empower and improve lives — today and for future generations.
See you next year!
#ICTC #Day2Highlights #BuiltEnvironment #BuildingTogether #BinaSempurna #MalaysiaMadani | 571 |
| 17 | Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa, Ketua Pengarah Kerja Raya, atas pengiktirafan teramat bernilai sebagai Alumni Sohor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersempena Majlis Konvokesyen UTM Kali Ke-70.
Seluruh warga kerja dan kepimpinan mendoakan semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus menyumbang bakti dan kepimpinan cemerlang dalam memacu pembangunan infrastruktur negara. Syabas dan tahniah!👏🎓✨
#cidbmalaysia #binasempurna #AlumniSohor #JKR | 671 |
| 18 | PEMAKLUMAN SEMAKAN PUSAT LATIHAN / PENILAIAN BERTAULIAH CIDB
Dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menyediakan kemudahan semakan Pusat Latihan / Penilaian Bertauliah bagi membolehkan penggiat industri pembinaan dan orang awam mendapatkan maklumat serta mengesahkan status pentauliahan pusat yang berdaftar dan diiktiraf oleh CIDB Malaysia.
Semakan ini boleh dibuat dengan mudah melalui imbasan QR Code yang disediakan pada poster hebahan.
SEMAK & PASTIKAN PUSAT BERTAULIAH DIIKTIRAF CIDB
#PusatLatihan #PenilaianBertauliah
#BinaSempurna #MalaysiaMadani | 766 |
| 19 | بدون متن... | 531 |
| 20 | PEMAKLUMAN SEMAKAN PUSAT LATIHAN / PENILAIAN BERTAULIAH CIDB
Dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menyediakan kemudahan semakan Pusat Latihan / Penilaian Bertauliah bagi membolehkan penggiat industri pembinaan dan orang awam mendapatkan maklumat serta mengesahkan status pentauliahan pusat yang berdaftar dan diiktiraf oleh CIDB Malaysia.
Semakan ini boleh dibuat dengan mudah melalui imbasan QR Code yang disediakan pada poster hebahan.
Antara senarai program yang boleh dibuat semakan adalah seperti berikut:
1. Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (PLB / PPKB)
2. Sijil Kecekapan Pengurusan (PLBSKP)
3. Contractor Continuous Development (PLCCD)
4. Safety Induction for Construction Workers (PLSICW)
Melalui kemudahan ini, pengguna boleh mendapatkan maklumat berkaitan nama pusat latihan / penilaian, alamat, jenis program / tred, status pentauliahan, tempoh pentauliahan serta maklumat untuk dihubungi.
Sehubungan itu, semua penggiat industri pembinaan adalah digalakkan untuk membuat semakan terlebih dahulu bagi memastikan pusat latihan atau penilaian yang dipilih mempunyai pentauliahan yang sah dan diiktiraf oleh CIDB Malaysia.
SEMAK & PASTIKAN PUSAT BERTAULIAH DIIKTIRAF CIDB
#PusatLatihan #PenilaianBertauliah
#BinaSempurna #MalaysiaMadani
https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid02oQ3N2bWPiRrQreCcvk1YL67wf9DYRWyazGb3ALZA6SVuoXvFAzYcUtonmFREb28ol | 541 |
