CIDB MALAYSIA
CIDB Malaysia is now on Telegram. Get the latest updates from CIDB by joining this Telegram group. Download Telegram App on your mobile and search CIDB Malaysia on the app and click *join* .
إظهار المزيد📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام CIDB MALAYSIA
تُعد قناة CIDB MALAYSIA (@cidbmy) في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 11 252 مشتركاً، محتلاً المرتبة 6 416 في فئة الأعمال والمرتبة 3 392 في منطقة ماليزيا.
📊 مؤشرات الجمهور والحراك
منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 11 252 مشتركاً.
بحسب آخر البيانات بتاريخ 20 يونيو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار -67، وفي آخر 24 ساعة بمقدار -5، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.
- حالة التحقق: غير موثّقة
- معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 8.65%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 4.16% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
- وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 973 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 468 مشاهدة.
- التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.
📝 الوصف وسياسة المحتوى
يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
“CIDB Malaysia is now on Telegram.
Get the latest updates from CIDB by joining this Telegram group.
Download Telegram App on your mobile and search CIDB Malaysia on the app and click *join* .”
بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 21 يونيو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة الأعمال.
جاري تحميل البيانات...
| التاريخ | نمو المشتركين | الإشارات | القنوات | |
| 20 يونيو | 0 | |||
| 19 يونيو | 0 | |||
| 18 يونيو | +1 | |||
| 17 يونيو | +1 | |||
| 16 يونيو | +2 | |||
| 15 يونيو | +1 | |||
| 14 يونيو | 0 | |||
| 13 يونيو | 0 | |||
| 12 يونيو | +1 | |||
| 11 يونيو | 0 | |||
| 10 يونيو | +1 | |||
| 09 يونيو | +1 | |||
| 08 يونيو | +1 | |||
| 07 يونيو | 0 | |||
| 06 يونيو | 0 | |||
| 05 يونيو | 0 | |||
| 04 يونيو | 0 | |||
| 03 يونيو | 0 | |||
| 02 يونيو | +1 | |||
| 01 يونيو | +1 |
| 2 | 📢 PROGRAM KLINIK COACHING SCORE 2026 CIDB CAWANGAN SANDAKAN
CIDB Cawangan Sandakan akan menganjurkan Program Klinik Coaching SCORE 2026 yang khusus disasarkan kepada penggiat industri pembinaan di daerah Sandakan, terutamanya kontraktor Gred G2 hingga G7.
Program ini bertujuan memberi bimbingan berkaitan asas pengurusan kewangan serta pendedahan kepada komponen dan kaedah penilaian SCORE bagi membantu kontraktor meningkatkan penarafan SCORE. Inisiatif ini juga dapat memperkukuh keupayaan syarikat dan meningkatkan daya saing dalam industri pembinaan.
📅 Tarikh: 16 Julai 2026 (Khamis)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Hotel Pavilion, Sandakan, Sabah
🔗 Pendaftaran:
https://evms.cidb.gov.my/event/mGAP814C7o0
https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid035JTQjg22wCmKF9ZfDYzHWf2QsmRr9iyXV64ibgVuaUFctYJTW8Gy43zWoYuaBoZMl | 818 |
| 3 | KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA
NO PEROLEHAN : BKK/SH(A)-07/2026 (10029418)
TAJUK : PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN HEBAHAN PROGRAM KESEDARAN NASIONAL JOM BINA SEMPURNA (JBS) UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)
TEMPOH PERKHIDMATAN : DUA PULUH EMPAT (24) BULAN
TARIKH BELI DOKUMEN : 18 JUN 2026 (KHAMIS)
TARIKH TUTUP SEBUTHARGA : 25 JUN 2026 (KHAMIS) SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI
TEMPAT JUAL DOKUMEN : UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB), TINGKAT 11, CIDB 520, THE MET CORPORATE TOWERS, NO. 20 JALAN DUTAMAS 2, 50480 KUALA LUMPUR
SYARAT AM/KELAYAKAN VENDOR:
1. Berdaftar sebagai vendor CIDB
2. Berdaftar dengan MOF dalam Kod Bidang:
- 221102 / 221110 / 222004
3. Mempunyai Sijil Pematuhan Cukai - Tax Compliance Certificate (TCC)-berstatus ‘PATUH’
https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0BuZrZ5RkX4zfp3eqoWLHziVC32nfQchwZwDwfkNSFPG8uYpJTvP1eQEGzwRW1uE4l
#MalaysiaMadani
#BinaSempurna
#CIDBMalaysia | 618 |
| 4 | 🌙 Salam Maal Hijrah 1448H daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia).
Kehadiran tahun baharu Islam adalah detik terbaik untuk kita memperbaharui azam, meningkatkan integriti, dan memacu kualiti serta keselamatan dalam industri pembinaan demi masa depan negara.
Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan dan kejayaan buat seluruh rakyat Malaysia.
✨"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati" 🇲🇾
#CIDBMalaysia #MaalHijrah1448H #BinaSempurna #MalaysiaMADANI | 830 |
| 5 | Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia.
Semoga YB Dato Sri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, kesejahteraan dan terus cemerlang dalam memimpin pembangunan infrastruktur serta kemajuan industri pembinaan negara.
Ikhlas daripada warga CIDB Malaysia.
#SelamatHariLahir #AlexanderNantaLinggi #CIDBMalaysia #KementerianKerjaRaya | 845 |
| 6 | SEMINAR PENDAFTARAN KONTRAKTOR MALAYSIA MADANI NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2026
📅 Tarikh : 08 Julai 2026 (Rabu)
⏰ Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat : Bertam Resort, Kepala Batas, Pulau Pinang
💰 Yuran Penyertaan : RM150.00 seorang
🏅 Mata CCD : 15 Mata CCD akan diberikan kepada peserta yang layak
Tempat adalah terhad. Daftar segera!!!
📝 Daftar sekarang melalui link berikut : https://evms.cidb.gov.my/event/OMaS824RXcH
Sebarang pertanyaan emel ke :
cidb_penang@cidb.gov.my
"Memperkasa Kontraktor Malaysia MADANI Melalui Pematuhan, Kompetensi dan Profesionalisme."
#SeminarPendaftaranKontraktor
#BinaSempurna
#MalaysiaMadani
https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid02FqbUe5rcAfA2LguBbNK99wVrZkvHzXs5MRwwhDJweoj7qVgWHK8uSqKZE9aQSrGQl | 940 |
| 7 | Sebentar tadi telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang baharu kepada YBrs. Sr Ahmad Farrin Mokhtar.
Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia, turut serta dalam majlis tersebut YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya; YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan); dan YB Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd. Wahab, Pengerusi CIDB.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan atas pelantikan ini. Semoga pengalaman, kewibawaan dan komitmen yang dimiliki terus memperkukuh industri pembinaan negara serta memacu agenda pembangunan infrastruktur yang mampan, berkualiti dan berdaya saing.
#KKR
#CIDB
#BinaSempurna
#MadaniBekerja
#MalaysiaMadani
https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid02ypS5xrkcecca468Rnk2AT8g1EKaZ98vRhZbGZ9Q7WhYPAge25cHdmieAkBGum4fwl | 1 200 |
| 8 | Tahniah atas Pelantikan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia
CIDB Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sr Ahmad Farrin Mokhtar atas pelantikan beliau sebagai Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, berkuat kuasa pada 8 Jun 2026.
Pelantikan ini mencerminkan keyakinan terhadap pengalaman, kepimpinan dan komitmen beliau dalam memperkasakan industri pembinaan negara. Semoga beliau terus memimpin CIDB Malaysia dengan visi yang jelas, integriti yang tinggi serta semangat kolaboratif dalam merealisasikan agenda transformasi industri pembinaan yang lebih mampan, inovatif dan berdaya tahan.
Selamat menjalankan amanah demi kemajuan industri pembinaan Malaysia.
#BinaSempurna #MalaysiaMadani | 1 065 |
| 9 | Program Coaching SCORE 2026
Alor Setar, 10 Jun 2026.
CIDB Negeri Kedah telah menganjurkan program Coaching SCORE 2026 di Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar, yang dihadiri oleh 48 orang kontraktor Gred 2 hingga Gred 7. Program ini bertujuan memberikan kefahaman mendalam mengenai objektif, definisi, parameter, dan proses penilaian SCORE yang kini diwajibkan bagi urusan pembaharuan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK).
Melalui sesi interaktif dan bimbingan dua hala, para peserta berpeluang membangkitkan pelbagai isu penting, terutamanya berkaitan pemahaman soalan penilaian dan penyediaan dokumen sokongan yang tepat.
Pengarah CIDB Negeri Kedah, menegaskan kepentingan penilaian tersebut serta pelaksanaan syarat minimum bintang SCORE untuk pendaftaran semula Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK).
Mengambil inspirasi daripada kejayaan THB Maintenance Sdn Bhd sebagai kontraktor 5 bintang pertama di Kedah pada tahun 2025, 6 buah syarikat kontraktor bertaraf 4 bintang yang hadir diseru untuk meningkatkan pencapaian mereka bagi menambah bilangan kontraktor bertaraf 5 bintang di negeri tersebut.
Program sepanjang hari ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Hazwan bin Hashim daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang berkongsi maklumat mengenai unjuran projek domestik agensi tersebut, sekali gus membuka peluang keemasan kepada kontraktor tempatan.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam membantu melonjakkan gred prestasi kontraktor di samping memastikan pematuhan syarikat terhadap piawaian terkini yang ditetapkan oleh CIDB.
#ProgramCoachingSCORE #BinaSempurna #MalaysiaMadani
https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0dkag1nANmHZSfvRvkgsHQiSYwV5UXto8axtz5ZoDNNztwwS7SZYQCvcD19yZ5bNSl | 1 069 |
| 10 | CAJ PEMUTIHAN BAGI PEKERJA BINAAN ASING YANG TIDAK BERDAFTAR SEBAGAI PERSONEL BINAAN Majikan bagi Pekerja Binaan Asing Sektor Pembinaan yang didapati gagal mendaftarkan Pekerja Binaan Asing semasa tempoh Program Pemutihan dikenakan Caj Pemutihan sebanyak RM500 bagi setiap pendaftaran Pekerja Binaan Asing tersebut. Caj dengan kadar ini, hanya terpakai kepada majikan yang berusaha mendaftarkan Pekerja Binaan Asing sehingga 31 Disember 2026. Pembayaran dan urusan boleh dibuat di Tingkat 24, CIDB 520, The Met Corporate Tower. | 889 |
| 11 | WEBINAR ON MANDATORY MALAYSIAN STANDARD FOR IBS PRODUCT IN FOURTH SCHEDULE ACT 520 CIDB, VOL. 3.0
Webinar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada penggiat industri pembinaan mengenai bahan binaan dan standard yang telah menjadi mandatori di bawah Perintah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan Jadual Keempat 2021)
- Kewajipan Perakuan Standard (PPS) bagi produk dalam Jadual Keempat Akta 520 CIDB
- Diskripsi produk serta penggunaan di sekitar industri pembinaan
- Pematuhan kepada kualiti produk mengikut piawaian standard yang telah ditetapkan
pada Akta 520 CIDB
LINK PENDAFTARAN
https://evms.cidb.gov.my/event/AK7T827U8bn
#BinaSempurna #MalaysiaMadani | 985 |
| 12 | Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai langkah memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang pendigitalan, perkongsian data, pembangunan kontraktor serta peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada industri pembinaan negara.
Kerjasama ini akan membuka ruang kepada integrasi maklumat yang lebih menyeluruh, memperkukuh proses pengesahan data serta memudahcara urusan pemain industri melalui penggunaan teknologi dan sistem digital yang lebih cekap.
Selain itu, MoU ini turut memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti dan kompetensi kontraktor tempatan melalui perkongsian kepakaran, program pembangunan industri serta penerokaan peluang kerjasama yang dapat meningkatkan daya saing kontraktor Malaysia dalam melaksanakan projek-projek berimpak tinggi.
Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen kedua-dua organisasi dalam memperkukuh ekosistem pembinaan yang lebih mampan, berintegriti, berinovasi dan berdaya tahan, sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
https://www.facebook.com/share/p/1JQmMW9LZz/ | 932 |
| 13 | Program Joint Instruction Education & Talent Quality (ETQ) VISTA i-Plus Working Committee Bil. 3/2026
8–9 Jun 2026 – Wakil CIDB Malaysia yang diketuai oleh Ts. Emasria Ismail, Pengurus Besar Bahagian Latihan & Akreditasi, telah menghadiri Program Joint Instruction Education & Talent Quality (ETQ) VISTA i-Plus Working Committee Bil. 3/2026 di INSTEP, Terengganu.
Program ini merangkumi mesyuarat Jawatankuasa Kerja VISTA i-Plus, perbincangan ETQ, sesi kumpulan kerja serta lawatan ke fasiliti latihan Upstream Downstream Training Plant (UDTP) di INSTEP bagi meninjau kemudahan latihan dan teknologi terkini industri minyak dan gas.
Penyertaan CIDB Malaysia mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama industri-TVET serta pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.
#CIDBMalaysia #BinaSempurna #MalaysiaMadani #VistaiPlus
https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid027paLcUiYHovVSLxnsmKaJBNQBe861tH83E13JVNhang5YVcaU9J95zn8VSd57d2bl | 846 |
| 14 | 🔔TEMPOH PENDAFTARAN PERCUMA VENDOR CIDB DILANJUTKAN SEHINGGA 31 JULAI 2026!
Makluman kepada semua vendor, pendaftaran vendor CIDB melalui sistem eP@CIDB kini dilanjutkan secara PERCUMA sehingga 31 Julai 2026.
Daftar sekarang di:
🌐 https://eperolehan.cidb.gov.my/
Sebarang pertanyaan:
📧 vendor.sap@cidb.gov.my
#MalaysiaMadani #BinaSempurna #CIDBMalaysia #ePCIDB #PendaftaranVendorCIDB #PerolehanCIDB #VendorCIDB | 643 |
| 15 | KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA
NO PEROLEHAN : BTM/SH(A)-05/2026 (10029386)
TAJUK : PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGKONFIGURASI, MENGUJI, MENTAULIAH DAN KHIDMAT SOKONGAN BAGI INFRASTRUKTUR VIRTUALISASI HYPER-V DAN SANDARAN (BACKUP) DI LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)
TEMPOH BEKALAN : SATU (1) TAHUN *KIRAAN TEMPOH PERKHIDMATAN TIDAK TERMASUK TEMPOH JAMINAN PRODUK
https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0AsiRZCA3ham38YmEFEAGtb5HDG5TxgSRUFwMc2dCJNqnq7iuau4stojWSMp2yzPnl | 682 |
| 16 | KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA
NO PEROLEHAN : BTM/SH(A)-04/2026 (10029283)
TAJUK : PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN SISTEM PENYIMPANAN DOKUMEN (DOCUMENT REPOSITORY) UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)
TEMPOH BEKALAN : LAPAN (8) BULAN PEMBANGUNAN DAN SATU (1) TAHUN TEMPOH JAMINAN
TARIKH BELI DOKUMEN : 9 JUN 2026 (SELASA)
TARIKH TUTUP SEBUTHARGA : 16 JUN 2026 (SELASA) SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI
TEMPAT JUAL DOKUMEN : UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB), TINGKAT 11, CIDB 520, THE MET CORPORATE TOWERS, NO. 20 JALAN DUTAMAS 2, 50480 KUALA LUMPUR
https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0N3z8Szd8fRempQAy36BA2iLVHLzMdM1wR6T27Y7vov6zyC4ESHzeJEBbF6oF1Cu6l | 775 |
| 17 | SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
𝐘𝐁𝐇𝐆. 𝐃𝐀𝐓𝐎' 𝐈𝐫. 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐄𝐒𝐀
Atas pelantikan sebagai
KETUA PENGARAH KERJA RAYA
JABATAN KERJA RAYA
Berkuat kuasa 8 JUN 2026
#MalaysiaMadani
#CIDBMalaysia
#BinaSempurna | 915 |
| 18 | 🌱 ADAKAH INDUSTRI PEMBINAAN BERSEDIA UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH HIJAU? 🌱
Kelestarian bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan dalam industri pembinaan masa kini. Dengan peningkatan permintaan terhadap pembangunan mampan, pemahaman mengenai Green Procurement, Eco-Labels dan Life Cycle Costing (LCC) menjadi semakin penting bagi memastikan projek yang lebih cekap, bernilai dan mesra alam.
🚧 Sertai SEMINAR PEMBINAAN MAMPAN SIRI 3/2026 dan dapatkan pendedahan eksklusif mengenai amalan terbaik serta trend terkini yang sedang membentuk masa depan industri pembinaan.
https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0N3z8Szd8fRempQAy36BA2iLVHLzMdM1wR6T27Y7vov6zyC4ESHzeJEBbF6oF1Cu6l | 987 |
| 19 | 🔥 Nak rasai sendiri pengalaman TVET yang sedang membentuk masa depan Malaysia? Ini tempatnya!
🚧 Hari TVET Negara 2026 kini memasuki Hari Ke-2 dan suasananya semakin meriah!
Dari 5 hingga 7 Jun 2026, Dataran Putrajaya menjadi tumpuan ribuan pengunjung yang ingin meneroka dunia kemahiran, teknologi dan kerjaya masa depan. Dengan pelbagai aktiviti interaktif, demonstrasi teknologi terkini serta peluang pendidikan dan kerjaya, inilah platform terbaik untuk seisi keluarga.
🎮 Di bawah payung Kementerian Kerja Raya Malaysia reruai CIDB Malaysia , kami membawakan pengalaman eksklusif melalui simulator canggih daripada Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan CIDB Technologies Sdn Bhd yang membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman mengendalikan peralatan dan teknologi industri pembinaan moden.
✨ Keistimewaan Hari TVET Negara 2026 turut diserikan dengan kunjungan:
🇲🇾 YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim
🇲🇾 YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
🇲🇾 YB Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan
serta
🇲🇾 YBhg. Dato’ Ir. Haji Yusuf Haji Abdul Wahab, Pengerusi CIDB Malaysia.
❓Kalau bukan sekarang, bila lagi mahu melihat sendiri teknologi yang bakal mencorakkan masa depan negara?
❓Kalau bukan di sini, di mana lagi anda boleh mencuba, belajar dan meneroka pelbagai peluang TVET dalam satu lokasi?
📢 Jangan sekadar melihat di media sosial — datang dan alami sendiri!
Bawa keluarga, rakan-rakan dan anak-anak ke Hari TVET Negara 2026. Temui peluang baharu, sertai aktiviti menarik dan rasai pengalaman yang pasti membuka mata tentang masa depan pendidikan dan kerjaya berasaskan kemahiran.
📍 Dataran Putrajaya
🗓️ 5 – 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi – 10.00 malam
TVET bukan lagi pilihan kedua. TVET adalah masa depan. Jumpa anda di reruai CIDB Malaysia!
#HariTVETNegara2026 #TVETPilihanUtama #CIDBMalaysia #ABMMalaysia #CIDBTechnologies #TVETUntukMasaDepan #MalaysiaMADANI #JomKeTVET #DataranPutrajaya
#cidbmalaysia
#binasempurna
#KementerianKerjaRayaMalaysia
#BinaMasaDepanBersamaTVET 🚀🏗️🇲🇾
https://www.instagram.com/p/DZOrMglmnDI/?igsh=MXJsZDNteXM2dndzeQ== | 1 251 |
| 20 | 🤝 Memperkukuh Kualiti, Keselamatan dan Kelestarian Industri Pembinaan Negara
📍 Kuala Lumpur | 4 Jun 2026
Bagaimana kerjasama strategik dapat mempercepat transformasi industri pembinaan negara?
CIDB Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Teknologi bersama Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) telah menerima kunjungan hormat daripada Encorp Berhad yang diketuai oleh Pengurus Besar (Corporate Affairs), Datin Norsyela Binti Jaafar serta delegasi syarikat.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan mengenai potensi kerjasama dalam memperkukuh pelaksanaan program QLASSIC, SHASSIC dan MyCREST sebagai pemacu kecemerlangan kualiti pembinaan, keselamatan di tapak bina serta pembangunan mampan.
Kolaborasi ini mencerminkan komitmen bersama antara CIDB Malaysia, CREAM dan pihak industri dalam memperkasa agenda transformasi sektor pembinaan ke arah yang lebih berdaya saing, inovatif, berkualiti tinggi dan lestari, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Kerjasama hari ini, membina kecemerlangan masa hadapan.
#BinaSempurna #MalaysiaMadani #CIDBMalaysia #CREAM #EncorpBerhad #QLASSIC #SHASSIC #MyCREST #IndustriPembinaan #Kelestarian #KualitiPembinaan
https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0fSsF4JJjacsbPvQ46RaxDZxKyNMbyAVehNY43NqAHA5vSrtnVGT5kStHF7wCaxh8l | 1 139 |
متاح الآن! بحث تيليغرام 2025 — أهم رؤى العام 
