fa
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 35 303 مشترک است و جایگاه 275 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 893 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 35 303 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 20 سپتامبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -251 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -2 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 8.63% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً N/A% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 0 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 0 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 21 سپتامبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

35 303
مشترکین
-224 ساعت
-577 روز
-25130 روز
آرشیو پست ها
Bagaimana nak hadapi setiap hari dengan positif? Aha, ini antara teknik bagus untuk kalian buat sendiri. Ia akan beri kalian aura, tenaga serta banyaknya cas-cas baik kepada diri kalian sendiri. 1. Keluar rumah, nampak jiran, kita pun angkat tangan. Dia tak balas malah terus ja berjalan laju. Tenang, tarik nafas dan masuk kereta pergi kerja. Tengok jam, kasi 2 minit fikir, lepas ja 2 minit, terus lupakan. 2. Dalam perjalanan, nampak pula orang buang sampah dari dalam kereta ke luar. Arghhhh. Tengok jam! Kasi 2 minit untuk marah! Lepas 2 minit, lupakan! 3. Sampai tempat kerja, susahnya nak cari parking. Alhamdulillah dapat juga walau jauhnya menapak. Tengok jam, kasi 2 minit untuk penat, lepas itu lupakan! *** Perasan tak yang setiap hari, apabila kita nak positif, Allah akan beri kita ujian berjumpa dengan hal negatif. Jujurnya semua itu untuk kita hadap sama ada dengan hemah atau sebaliknya. Kalau kita dapat lalui dengan positif segala: - fikiran. - kemarahan. - kepenatan. Maka kita akan dapat positif juga. Apa yang saya tulis di atas ialah hasil dari saya dengar dari kuliah maghrib itu hari. Kata ustaz ini, isterinya selalu negatif. Pagi-pagi marah anak, petang nak masak pun sering hangin sana, keluntang sini. Dan beliau akhirnya berjaya sembang dan isteri beliau akhirnya mengubah diri kepada orang yang sangat positif sekarang. Hanya tetapkan berapa minit untuk fikir, berapa minit untuk marah dan berapa minit untuk penat. Semua itu kita boleh kawal. Apabila semua itu ok, maka kita sendiri akan: - lebih ceria. - lebih terbuka. - lebih hormat diri sendiri. Dan itu akan menyebabkan kita kurang penat. Kita dapat tenaga, dan paling best ialah Allah hadiahkan kita dengan rezeki yang mencurah-curah. Kadang-kadang kita tak sedar, #rezeki susah nak masuk hanya kerana banyak benar benda negatif dalam badan. Ada satu kajian (kata ustaz tersebut) kalau kita boleh fikir, marah dan penat selama lebih 15 minit dengan benda yang kita tak boleh kawal, maka badan kita akan penat lebih 2 jam. Dan itu menyebabkan kita jadi perlahan, jadi tak ok sana tak ok sini. Jadi, pilihlah untuk positif! Kita yang kawal diri kita okey! Sekarang baru saya faham kenapa ramainya #jutawan selalu jadi positif dan kerap fikir hal besar sahaja. Yang kecil-kecil, dia jentik sahaja kurang 30 saat dia dah lupakan! Hebat kan? Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mari jadi positif!

Biskut Mazola ada di kilang. Tak boleh kurier nanti hancur. Buka 10am-5pm Isnin - Jumaat. Ini Waze kilang kami di Bangi Use Waze to drive to KHM FOODIES SDN BHD, Jalan 6C/6, Bandar Baru Bangi: https://waze.com/ul/hw282g8s0d

photo content

Stok biskut di kilang kami agak banyak. Stok baru belaka kami buat sahaja dengan bahan mentah yang ada. Namun kami mungkin ak
Stok biskut di kilang kami agak banyak. Stok baru belaka kami buat sahaja dengan bahan mentah yang ada. Namun kami mungkin akan tutup kilang kami kerana tak boleh tanggung kos yang semakin menaik dan kenaikan harga barang yang semakin menggila. Nanti kami buat sales semua produk yang kami ada ya. Dont worry gais. Semua okey sahaja. Bisnes bagus, cuma kami tak ada duit lebih (cash reserve) untuk bertahan. Habis belaka dah berbulan top up sana sini. Dah tak tahu nak bergadai apa lagi. Bisnes best, team best, namun kami tak boleh hadap supply chain yang menakutkan. Doakan semuanya baik-baik sahaja ya. Khairul Hakimin Muhammad, Jalan terus bismillah.

RM1,000,000 bahagi 365 hari bersamaan dengan RM2,740. Kita perlu buat jualan sebanyak RM2,740 sehari untuk capai jualan RM1juta setahun. Ini kiraan mudah sahaja kawan-kawan. Jika nasi lemak yang kalian jual hari ini berharga RM5. Maka kalian perlu jual 548 bungkus sehari. Jika kek kalian berharga RM30, maka kalian perlu jual 92 biji kek sehari. Jika ebook kalian berharga RM79, maka kalian perlu jual 35 buah sehari. Hendak buat 548 bungkus nasi sehari, perlu dapatkan banyaknya ejen. Mungkin sekolah, mungkin pejabat, mungkin kilang. Kalau area kalian duduk ada 5 biji sekolah. 1 sekolah dapat supply 50 bungkus, sudah dapat 250 bungkus sehari. Ada pula pejabat dan kilang, selesai terus 548 bungkus sehari. Kena tambah tukang masak. Kena tambah tukang bungkus. Team kena besar tak boleh buat sendiri Kawan-kawan, rezeki Allah ini seluas langit. Jika kita berkehendak mahu capai sebanyak itu, maka gerak kerja juga mesti begitu. Hendak capai jualan berapa ratus juta pun, namun kita tak mahu ambil team, tak mahu tambah operasi, tak mahu belajar, tak mahu bina network, tak mahu berkongsi dengan para ejen, memang takkan terjadi. Kalau kita buat berdua suami isteri boleh capai jualan RM500 sehari. Bayangkan kalau kita tambah seorang lagi, tambah 2 orang lagi, jualan juga akan berganda. Membuka dan meluaskan rezeki kepada orang akan menjemput rezeki kepada kita sendiri juga. Jadi buatlah dan berkongsilah baik-baik. Kawan-kawan, Kita yang tentukan bisnes kita bagaimana. Kalau sangkut, cek solat. Kalau selalu bergaduh, cek sedekah. Kalau sering tak temu keputusan, cek ada bangun malam ke dak. Tanyalah sesiapapun yang hebat berbisnes, yang sudah pun kaya raya membina jualan sampai mencecah RM10juta sehari. Iya mereka sentiasa ada kunci yang besar-besar. Yang mana kunci itu mereka guna hari-hari. Nampak tenang, nampak relaks, namun mereka ini ada senjata rahsia besar iaitu menjaga kebajikan dalam 1 team, menjaga keluarga, menyantuni orang luar, membantu berkongsi rezeki, sentiasa berhubung dengan Allah setiap masa terutama waktu kita semua tidur. Nak capai, kejar. Tak mahu, okey sahaja. Kita yang tentukan hidup kita bagaimana. Bukan cikgu, bukan sifu, bukan guru, bukan sesiapapun, ia adalah kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Berjuang sampai capai sehari RM1juta jom. Bismillah.

3 kelas content September-Oktober 2022. 1. Content Marketing & FB Writing. https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-sept 2.
3 kelas content September-Oktober 2022. 1. Content Marketing & FB Writing. https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-sept 2. Strategic Content Mapping. https://onecookies.onpay.my/order/form/kscm_sept 3. Content Sales Mastery https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-oct

Soalan: Saya nak berniaga, namun tak tahu nak mula dengan apa. Jawapan: Mulakan dengan daftar SSM. Kemudian berniagalah. Boleh sahaja mulakan dengan menjadi ejen produk orang lain, ejen dropship atau jika pandai menyediakan makanan yang sedap-sedap, pun boleh. Menggabungkan bakat, minat dan usaha biasanya akan jadikan kalian peniaga yang berdedikasi. Awal-awal ini, biar kecil, asal menjadi. #KHM

Kita adalah CEO kepada diri kita sendiri. Setiap pagi, ambil mereka ini supaya diri kita jadi hebat: 1. Solat tahajjud. Ia akan beri kita kelapangan membuat keputusan, menambah keselesaan dan memberi banyaknya rahmat. 2. Solat sunat sebelum subuh. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda: "Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya". 3. Solat subuh - antara solat yang sukar dilakukan kerana ia masih dalam waktu tidur. Jika berjaya yang ini, banyak halangan di hadapan senang ditempuh. 4. Solat dhuha - ia solat khusus tentang rezeki, kesihatan dan keampunan dari Allah. Kata cikgu saya: “Sama seperti kita pergi kerja, kita masuk pejabat atau kilang atau syarikat. Pada setiap pagi kita hantar report, kita bincang, kita sembang tentang masalah semalam dan hari ini kita perbaiki. Untuk diri kita sendiri, kita konsisten lakukannya setiap hari. Kita adalah CEO kepada otak kita, jiwa kita, badan kita dan segala apa yang kita lakukan. Tanggungjawab kita besar kepada diri sendiri. Maka jadi CEO ialah jawatan tertinggi kepada diri. Oleh itu jawatan itu kena disambungkan kepada tali yang paling besar iaitu Allah. Kalau tak, kita takkan menang dengan diri kita sendiri, akan kalah dengan nafsu dan akan tumbang dengan hasutan syaitan.” Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bangkit gais!

1. Tak semua orang suka berniaga. Kita kena tanamkan perkara itu dalam kepala. 2. Jadi dalam media sosial, asingkan posting berniaga dan posting kehidupan. 3. Posting kehidupan wajib lebih banyak dari posting berniaga. Ini sosial media, orang mahu lebih selesa bermain tentang ulas isu, perkara kesukaan yang punya titik persamaan, minat, hiburan serta memberi maklumat. Jika banyaknya berniaga, orang akan mula berundur dari kalian. 4. Nisbahnya ialah setiap 3-4 posting kehidupan, barulah up 1 posting berniaga. 5. Ramai orang suka shopping, namun tak semua orang ada duit setiap masa. Jadi susun iklan dengan sebaiknya. 6. Dikatakan, hari isnin dan rabu ramai peniaga mega membuat jualan besar. Follow sahaja langkah itu. Iklan soft sell dan hard sell pada 2 hari ini biasanya menjadi dengan baik. 7. Buat posting kehidupan yang beri impak positif untuk orang share posting kalian. Apabila tinggi share, orang mula follow kalian. Process ini dinamakan sebagai feeding atau beri umpan untuk audien klik butang follow. 8. Kemudian, kasi tebar jala (buat iklan). Kita mungkin akan dapat ikan bilis, atau ikan jerung atau sotong kurita. Besar crowd (jumlah follower) besar jugalah potensi hasil dari iklan. 9. Tak perlu pun membina follower menjurus kepada produk. Ia adalah posting yang punya content berimpak positif dan pastinya consisten sahaja. Ia adalah perkara yang kalian minat, suka atau mahir. Walau tak sama dengan produk, ia tetap menaikkan follower. 10. Di media sosial, Content adalah segalanya. Bina, susun dan jadualkan. Kalian akan dapat hasilnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, #TipsContentKHM #KHM

Bangunkan diri di media sosial, wajib ada Channel Telegram. Ia adalah 1. Funnelling. - kita lorongkan orang mempunyai minat, kesukaan dan perhatian sama ke situ. 2. Pembangunan #content yang sekata. Tiada banyak pilihan posting namun fokus kepada beberapa perkara sahaja. 3. Jika kita selebriti, ikon, atau manusia dikenali di kaca tv dan mana-mana media lain, kita boleh bangunkan sebanyak mana dan berbagai jenis content di situ. 4. Namun jika kita tidak dikenali dan baru bermula, adalah sangat baik kita fokus kepada pembangunan content yang tersusun dan berstrategi. Pemilihan topik amat penting untuk jadi crowd puller. 5. Iklan boleh dibuat namun ia ada kaitan dengan pembangunan topik crowd puller tersebut. 6. Boleh sahaja nak guna nama sendiri atau judul topik sebagai nama Channel. 7. Mesti muat naik sekurang-kurangnya 1 post sehari. * Mengumpulkan orang yang punya minat sama, kesukaan sama dan mahu belajar perkara sama adalah satu keperluan hari ini. Rugi jika tak buat. Jika masih belum ada, hari ini boleh mulakan. Begitulah, Khairul Hakimin Muhammad, Channel saya: https://t.me/ContentKHM

Soalan: Saya selalu travel, namun tak tahu nak tulis apa. Tengok orang lain, seronok ja menulis. Jawapan: Ada banyak benda yang boleh ditulis semasa mengembara. Dan jika nak beri kesan baik kepada orang lain, penulisan itu mesti impaknya positif. Jika negatif, tak perlu tulis. Ini senarai perkara yang boleh ditulis sebelum, semasa dalam perjalanan atau selepasnya: 1. Itinerary, jadual serta perancangan perjalanan yang tersusun. Jika jenis yang langgar semua benda, tulis dan post semua itu selepas travel. 2. Budaya, hal budaya orang, cara makan, cara hidup, perkahwinan, anak-anak, cara cakap hello, hai, berterima kasih dan sebagainya semuanya boleh ditulis. Contohnya di Turki, Istanbul terutamanya, sekiranya kalian solat di mana-mana masjid, selepas ambil wuduk pastikan kalian kesat dan lap semua bahagian yang basah menggunakan tisu yang disediakan. Kemudian, pakailah stokin untuk menunaikan solat. Budaya di Turki mengutamakan kebersihan, kering dan berstokin merupakan budaya yang masih digunakan sehingga hari ini. Ini salah 1 posting mudah tentang budaya. Senang kan? 3. Makanan, halal haram, cara nak simpan, cara nak bawa, dos and donts. 4. Tempat menarik, tempat wajib yang perlu dilawati. - review (to inform) 5. Penginapan, hotel, AirBnB, homestay semuanya boleh ditulis. - review (to inform) 6. Kaitan dengan filem, drama. - lokasi pengambaran dan aksi yang dilakukan di situ. 7. Transportation. Publicnya bagaimana, kalau boleh bawa kereta macam mana. 8. Orang. Boleh review sesiapa yang pernah datang ke sini atau yang menjadi ikon atau idola di tempat itu. 9. Sejarah. Ini antara benda yang best untuk dibuat posting. Historical building atau mana-mana kesan sejarah akan buat posting lebih menarik dibaca. Dan banyak lagi kawan-kawan! Walaupun dalam negara, kita tetap ada banyak benda untuk ditulis, apatalah lagi di luar. Yang perlu kita buat ialah susun satu demi satu. Tak perlu kalian ambil semua benda dan tulis dalam satu posting. Tenang-tenang. Ada ramai antara kita yang bercuti percuma hanya kerana diminta untuk menulis di tempat tersebut. Mereka diberikan tiket penerbangan, penginapan, makan, transport semuanya free dan hanya perlu menulis sahaja di media sosial masing-masing. Menulislah untuk beri orang lain faham atau tahu atau beri ilmu kepada orang lain. Dunia pengembaraan penuh dengan pengalaman yang hebat, perkongsian kalian akan bawa banyaknya cita-cita dan harapan untuk ikut kalian ke tempat yang kalian pernah tuju. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kelas terdekat ialah 22hb September! Join jom! Klik sini ya https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-sept

Content Sales di media sosial yang bagus ialah yang selesaikan masalah orang dalam beberapa saat. - jual produk bayi, gunakan ayat selesaikan masalah ibu bapa handle bayi. - jual makanan, gunakan ayat selesaikan masalah orang lapar. - jual insuran, gunakan ayat selesaikan masalah orang sakit, kematian keluarga dan tuntutan kewangan. - jual hartanah, gunakan ayat selesaikan masalah orang belum ada rumah. - jual baju, gunakan ayat selesaikan masalah orang tak ada pilihan pakaian. - jual tudung, gunakan selesaikan masalah orang tak tahu bagaimana nak match dengan baju. Ayat "selesaikan masalah" ini sudah ada di dalam produk kalian. Tinggal kalian nak tulis dan susun sahaja. Step pertama, kalian perlu senaraikan apa masalah orang (berkaitan dengan produk kita). Contoh kedai makan: - orang lapar nak sarapan. - orang lapar nak makan tengah hari. - ada orang sekadar nak makan kuih. - ada orang nak nasi berlauk. - ada yang nak pedas-pedas. - ada yang nak lauk tradisional. - ada yang suka berkuah. Listkan seberapa banyak masalah orang. Hakikatnya masalah besar mereka ialah hanya lapar. Dari perkataan lapar itu, Step ke-2, kita senaraikan apa kehendak mereka. Dari situ, kita boleh buat ribuan posting sales Contoh ayat waktu pagi: Pagi ini di Restoran Khairul ada nasi lemak, nasi dagang dan nasi minyak. Kami buka 7.00 pagi okeh. Lekas mana nak order whatsapp (link whatsapp) terus sini kami asingkan siap-siap. Kedai kami di (lokasi) ini. Parking banyak jangan risau. Meja pun banyakkkkk. Datang okeh (letak gambar nasi lemak, nasi dagang dan nasi minyak) Esoknya pula letak gambar roti canai, lusa, gambar sambal-sambal tumis. Bersusun sahaja semua. Sama juga dengan tengah hari dan malam. Susun satu demi satu bukan terus letak semua benda dalam 1 posting. Semua ini akan saya ajar malam ini di Content Sales Mastery! Jemput datang belaka kawan-kawan! Belajar membina ayat untuk produk sendiri okeh! Klik sini, masih ada kekosongan: https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept

Ada 6 jenis testimonial mengikut Brafton. 1. Quote testimonial. - ia datang terus dari mulut pelanggan. Sangat disukai dan digunakan oleh hampir semua syarikat mega di dunia. 2. Peer testimonial. - orang kita cakap "mouth to mouth marketing." Ia adalah perbualan di antara 2 orang dan kemudiannya disebarkan lagi dan lagi kepada lebih ramai. 3. Social testimonial. - ia ditulis di media sosial tanpa sesiapa suruh atau perintah. Mereka menulis kebaikan dan memberi kredit tinggi tanpa apa-apa balasan. 4. Video testimonial. - pelanggan merakam serta mendokumentasi kebaikan dan keseronokan menggunakan video dan kemudian menyebarkannya. 5. Interview testimonial. - syarikat mengadakan temuduga ringkas bertanya tentang apa kata pelanggan tentang produk mereka. 6. Influencer testimonial. - syarikat menggunakan KOL atau influencer untuk bercakap tentang produk / perkhidmatan mereka. Namun bagaimana nak tulis atau nak bangunkan semua testimoni ini untuk beri kesan baik kepada jualan produk kita? Haa yang itu akan saya bongkar dalam Kelas Content Sales Mastery pada malam esok! Hanya RM129 sahaja kalian dapat belajar banyak bagaimana membina content jualan bagi produk dan perkhidmatan kalian. Klik sini, masih ada kekosongan! https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept

photo content

Soalan: Saya sudah mula menulis dengan baik, dan banyak posting yang semakin disukai. Saya syukur sangat, yang saya rimas ialah friend request yang datang dari mana entah. Pelik-pelik. Menyampah pun ada. Gambar profile pun tak ada, nama pun macam bukan orang, siap mesej nak sangat jadi friends, seriau juga. Macam mana nak atasi ya? Jawapan: Relaks. Apabila kita buat perkara yang orang lain suka, pastinya mereka itu ingin berkawan dengan lebih rapat. Tak perlu sampai menyampah. 1. Buka butang follow. Buka Facebook, pergi ke setting, kemudian klik account setting, kemudian klik public post dan publickan profile untuk aktifkan butang follow. 2. Apabila butang follow sudah aktif, semua friend request akan akan terus jadi follower secara otomatik. Tak perlu accept pun. Biarkan sahaja. 3. Friend request punya had maksima sebanyak 1,000 permintaan. Apabila penuh, orang dah tak boleh nak request dah. Akan terus jadi follower sahaja. Accept = jadi friends, jadi jumlah follower akan menurun. 4. Relaks. Tak perlu sampai menyampah orang asik nak add friends. Tak baik berburuk sangka, mereka masih belum tahu menggunakan Facebook dengan betul. Mereka tak usik kita pun jika hanya sekadar hantar friend request dan mesej-mesej. Kita yang kawal kita punya akaun. Kena tegas dalam menerima friend request kerana kalian akan lihat posting mereka pada setiap hari. 5. Setkan prinsip. Seperti saya, 95% dari rakan dalam Facebook saya (2,200+ orang) ini adalah yang pernah saya jumpa, kenalan sebenar dan saudara mara dan rakan baik saya. Begitulah. Akaun kita, kita kawal. Relaks dan bermedia sosial dengan baik-baik. #RahsiaPenulisanBerpengaruh #KHM #TipsTulisKHM

Ya dik, kelas esok masih ada kekosongan. Situ kita belajar bagaimana nak buat ayat, bina perkataan, buat copy writing untuk produk / perkhidmatan. Mari jom, klik sini https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept

Posting jualan ada 2 sahaja. Ia dipastikan semasa kita buat CTA Hard sell: buat perintah, buat suruhan, arahan, paksaan. Cont
Posting jualan ada 2 sahaja. Ia dipastikan semasa kita buat CTA Hard sell: buat perintah, buat suruhan, arahan, paksaan. Contoh ayat: - beli sekarang! - Dapatkan sekarang! - Tinggal lagi 10, lekas lekas beli! - Jangan tunggu lagi! Bertindak segera! - Lekas klik link ini, nanti habis! Soft sell: tanpa paksaan. Hanya beritahu. Contoh ayat: - butiran ada di bawah. - link ada di bahagian komen. - untuk dapatkan, boleh baca di link yang disediakan. - boleh beli di link di bawah. - boleh terus ke Shopee kami jika nak beli. Mana lebih ok? Bergantung kepada strategi. Dua-dua jenis posting ini ada tekniknya, ada caranya. Ada kaedahnya yang berbeza. Dua-dua boleh beri hasil paling power dalam menjual. Jadi jika nak tahu lebih lanjut, mari ke Sales Content Mastery hari isnin ini 5hb September ok. Tak dapat tonton live, boleh dapatkan rakaman. Klik sini: https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jangan asal ada produk je, kena pandai menjual okeh!

Buka restoran kerana ramai orang tak sempat masak. Buka kedai dobi kerana membantu ramainya orang nak cuci pakaian dan tak sempat kerana kesibukan. Jual buku kerana ramainya nak membaca benda bagus dan nak tambah ilmu. Jual kereta kerana pentingnya pengangkutan. Jual ubat kerana ramainya yang mahu rawat penyakit. Jual kek kerana ramainya nak makan namun tak reti buat. Dan macam-macam lagi. Jadi kawan-kawan, benarlah Bisnes = Beri Manfaat kepada orang lain. Khairul Hakimin Muhammad, Erti hidup dalam memberi.

Ebook Sales Content Mastery 59 muka surat yang berharga RM229 ini akan diberi percuma kepada peserta kelas isnin ini. Lekas g
Ebook Sales Content Mastery 59 muka surat yang berharga RM229 ini akan diberi percuma kepada peserta kelas isnin ini. Lekas gaiss! Masih ada kekosongan! Klik sini ya: https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept

Soalan: Bagaimana nak pastikan wall kita ini sentiasa ditulis dengan perkara yang orang nak baca? Saya suka menulis, tapi nak dapatkan 10 like, 1 share pun susah. Jawapan: 1. Bina content dengan adanya kekuatan fakta, bukan membebel dengan pandangan sendiri. 2. Tulis hal kehidupan lebih banyak dari hal berniaga. 3. Jadi manusia, bukan jadi kedai. 4. Menulis mesti dengan tanggungjawab, bukan lempar ikut kepala, campak ikut hati. 5. Susun content untuk orang share post kita, apabila share berlaku, maka bersebarlah ilmu, meluaslah pengetahuan dan bertambahlah follower. #RahsiaPenulisanBerpengaruh #KHM Jumpa di kelas 5hb ya! Kita belajar tulis content untuk JUALAN! Sales Content Mastery gaisss. Mari semua! Klik sini https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept