Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 339 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 285,并在 马来西亚 地区排名第 912 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 339 名订阅者。
根据 18 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -381,过去 24 小时变化为 -13,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.44%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.02% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 3 069 次浏览,首日通常累积 734 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 19 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
36 339
订阅者
-1324 小时
-987 天
-38130 天
帖子存档
36 339
RM1,000,000 bahagi 365 hari bersamaan dengan RM2,740. Kita perlu buat jualan sebanyak RM2,740 sehari untuk capai jualan RM1juta setahun. Ini kiraan mudah sahaja kawan-kawan.
Jika nasi lemak yang kalian jual hari ini berharga RM5. Maka kalian perlu jual 548 bungkus sehari.
Jika kek kalian berharga RM30, maka kalian perlu jual 92 biji kek sehari.
Jika ebook kalian berharga RM79, maka kalian perlu jual 35 buah sehari.
Hendak buat 548 bungkus nasi sehari, perlu dapatkan banyaknya ejen. Mungkin sekolah, mungkin pejabat, mungkin kilang.
Kalau area kalian duduk ada 5 biji sekolah. 1 sekolah dapat supply 50 bungkus, sudah dapat 250 bungkus sehari. Ada pula pejabat dan kilang, selesai terus 548 bungkus sehari.
Kena tambah tukang masak.
Kena tambah tukang bungkus.
Team kena besar tak boleh buat sendiri
Kawan-kawan, rezeki Allah ini seluas langit. Jika kita berkehendak mahu capai sebanyak itu, maka gerak kerja juga mesti begitu.
Hendak capai jualan berapa ratus juta pun, namun kita tak mahu ambil team, tak mahu tambah operasi, tak mahu belajar, tak mahu bina network, tak mahu berkongsi dengan para ejen, memang takkan terjadi.
Kalau kita buat berdua suami isteri boleh capai jualan RM500 sehari. Bayangkan kalau kita tambah seorang lagi, tambah 2 orang lagi, jualan juga akan berganda.
Membuka dan meluaskan rezeki kepada orang akan menjemput rezeki kepada kita sendiri juga. Jadi buatlah dan berkongsilah baik-baik.
Kawan-kawan,
Kita yang tentukan bisnes kita bagaimana. Kalau sangkut, cek solat. Kalau selalu bergaduh, cek sedekah. Kalau sering tak temu keputusan, cek ada bangun malam ke dak.
Tanyalah sesiapapun yang hebat berbisnes, yang sudah pun kaya raya membina jualan sampai mencecah RM10juta sehari. Iya mereka sentiasa ada kunci yang besar-besar. Yang mana kunci itu mereka guna hari-hari.
Nampak tenang, nampak relaks, namun mereka ini ada senjata rahsia besar iaitu menjaga kebajikan dalam 1 team, menjaga keluarga, menyantuni orang luar, membantu berkongsi rezeki, sentiasa berhubung dengan Allah setiap masa terutama waktu kita semua tidur.
Nak capai, kejar.
Tak mahu, okey sahaja. Kita yang tentukan hidup kita bagaimana. Bukan cikgu, bukan sifu, bukan guru, bukan sesiapapun, ia adalah kita.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Berjuang sampai capai sehari RM1juta jom. Bismillah.
36 339
3 kelas content September-Oktober 2022.
1. Content Marketing & FB Writing.
https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-sept
2. Strategic Content Mapping.
https://onecookies.onpay.my/order/form/kscm_sept
3. Content Sales Mastery
https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-oct
36 339
Soalan: Saya nak berniaga, namun tak tahu nak mula dengan apa.
Jawapan: Mulakan dengan daftar SSM. Kemudian berniagalah. Boleh sahaja mulakan dengan menjadi ejen produk orang lain, ejen dropship atau jika pandai menyediakan makanan yang sedap-sedap, pun boleh.
Menggabungkan bakat, minat dan usaha biasanya akan jadikan kalian peniaga yang berdedikasi.
Awal-awal ini, biar kecil, asal menjadi.
#KHM
36 339
Kita adalah CEO kepada diri kita sendiri. Setiap pagi, ambil mereka ini supaya diri kita jadi hebat:
1. Solat tahajjud. Ia akan beri kita kelapangan membuat keputusan, menambah keselesaan dan memberi banyaknya rahmat.
2. Solat sunat sebelum subuh. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda: "Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".
3. Solat subuh - antara solat yang sukar dilakukan kerana ia masih dalam waktu tidur. Jika berjaya yang ini, banyak halangan di hadapan senang ditempuh.
4. Solat dhuha - ia solat khusus tentang rezeki, kesihatan dan keampunan dari Allah.
Kata cikgu saya:
“Sama seperti kita pergi kerja, kita masuk pejabat atau kilang atau syarikat. Pada setiap pagi kita hantar report, kita bincang, kita sembang tentang masalah semalam dan hari ini kita perbaiki.
Untuk diri kita sendiri, kita konsisten lakukannya setiap hari. Kita adalah CEO kepada otak kita, jiwa kita, badan kita dan segala apa yang kita lakukan.
Tanggungjawab kita besar kepada diri sendiri. Maka jadi CEO ialah jawatan tertinggi kepada diri. Oleh itu jawatan itu kena disambungkan kepada tali yang paling besar iaitu Allah. Kalau tak, kita takkan menang dengan diri kita sendiri, akan kalah dengan nafsu dan akan tumbang dengan hasutan syaitan.”
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bangkit gais!
36 339
1. Tak semua orang suka berniaga. Kita kena tanamkan perkara itu dalam kepala.
2. Jadi dalam media sosial, asingkan posting berniaga dan posting kehidupan.
3. Posting kehidupan wajib lebih banyak dari posting berniaga. Ini sosial media, orang mahu lebih selesa bermain tentang ulas isu, perkara kesukaan yang punya titik persamaan, minat, hiburan serta memberi maklumat. Jika banyaknya berniaga, orang akan mula berundur dari kalian.
4. Nisbahnya ialah setiap 3-4 posting kehidupan, barulah up 1 posting berniaga.
5. Ramai orang suka shopping, namun tak semua orang ada duit setiap masa. Jadi susun iklan dengan sebaiknya.
6. Dikatakan, hari isnin dan rabu ramai peniaga mega membuat jualan besar. Follow sahaja langkah itu. Iklan soft sell dan hard sell pada 2 hari ini biasanya menjadi dengan baik.
7. Buat posting kehidupan yang beri impak positif untuk orang share posting kalian. Apabila tinggi share, orang mula follow kalian. Process ini dinamakan sebagai feeding atau beri umpan untuk audien klik butang follow.
8. Kemudian, kasi tebar jala (buat iklan). Kita mungkin akan dapat ikan bilis, atau ikan jerung atau sotong kurita. Besar crowd (jumlah follower) besar jugalah potensi hasil dari iklan.
9. Tak perlu pun membina follower menjurus kepada produk. Ia adalah posting yang punya content berimpak positif dan pastinya consisten sahaja. Ia adalah perkara yang kalian minat, suka atau mahir. Walau tak sama dengan produk, ia tetap menaikkan follower.
10. Di media sosial, Content adalah segalanya. Bina, susun dan jadualkan. Kalian akan dapat hasilnya.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
#TipsContentKHM #KHM
36 339
Bangunkan diri di media sosial, wajib ada Channel Telegram. Ia adalah
1. Funnelling.
- kita lorongkan orang mempunyai minat, kesukaan dan perhatian sama ke situ.
2. Pembangunan #content yang sekata. Tiada banyak pilihan posting namun fokus kepada beberapa perkara sahaja.
3. Jika kita selebriti, ikon, atau manusia dikenali di kaca tv dan mana-mana media lain, kita boleh bangunkan sebanyak mana dan berbagai jenis content di situ.
4. Namun jika kita tidak dikenali dan baru bermula, adalah sangat baik kita fokus kepada pembangunan content yang tersusun dan berstrategi. Pemilihan topik amat penting untuk jadi crowd puller.
5. Iklan boleh dibuat namun ia ada kaitan dengan pembangunan topik crowd puller tersebut.
6. Boleh sahaja nak guna nama sendiri atau judul topik sebagai nama Channel.
7. Mesti muat naik sekurang-kurangnya 1 post sehari.
*
Mengumpulkan orang yang punya minat sama, kesukaan sama dan mahu belajar perkara sama adalah satu keperluan hari ini.
Rugi jika tak buat. Jika masih belum ada, hari ini boleh mulakan.
Begitulah,
Khairul Hakimin Muhammad,
Channel saya: https://t.me/ContentKHM
36 339
Soalan: Saya selalu travel, namun tak tahu nak tulis apa. Tengok orang lain, seronok ja menulis.
Jawapan: Ada banyak benda yang boleh ditulis semasa mengembara. Dan jika nak beri kesan baik kepada orang lain, penulisan itu mesti impaknya positif. Jika negatif, tak perlu tulis.
Ini senarai perkara yang boleh ditulis sebelum, semasa dalam perjalanan atau selepasnya:
1. Itinerary, jadual serta perancangan perjalanan yang tersusun. Jika jenis yang langgar semua benda, tulis dan post semua itu selepas travel.
2. Budaya, hal budaya orang, cara makan, cara hidup, perkahwinan, anak-anak, cara cakap hello, hai, berterima kasih dan sebagainya semuanya boleh ditulis.
Contohnya di Turki, Istanbul terutamanya, sekiranya kalian solat di mana-mana masjid, selepas ambil wuduk pastikan kalian kesat dan lap semua bahagian yang basah menggunakan tisu yang disediakan.
Kemudian, pakailah stokin untuk menunaikan solat. Budaya di Turki mengutamakan kebersihan, kering dan berstokin merupakan budaya yang masih digunakan sehingga hari ini.
Ini salah 1 posting mudah tentang budaya. Senang kan?
3. Makanan, halal haram, cara nak simpan, cara nak bawa, dos and donts.
4. Tempat menarik, tempat wajib yang perlu dilawati. - review (to inform)
5. Penginapan, hotel, AirBnB, homestay semuanya boleh ditulis. - review (to inform)
6. Kaitan dengan filem, drama. - lokasi pengambaran dan aksi yang dilakukan di situ.
7. Transportation. Publicnya bagaimana, kalau boleh bawa kereta macam mana.
8. Orang. Boleh review sesiapa yang pernah datang ke sini atau yang menjadi ikon atau idola di tempat itu.
9. Sejarah. Ini antara benda yang best untuk dibuat posting. Historical building atau mana-mana kesan sejarah akan buat posting lebih menarik dibaca.
Dan banyak lagi kawan-kawan!
Walaupun dalam negara, kita tetap ada banyak benda untuk ditulis, apatalah lagi di luar. Yang perlu kita buat ialah susun satu demi satu.
Tak perlu kalian ambil semua benda dan tulis dalam satu posting. Tenang-tenang.
Ada ramai antara kita yang bercuti percuma hanya kerana diminta untuk menulis di tempat tersebut. Mereka diberikan tiket penerbangan, penginapan, makan, transport semuanya free dan hanya perlu menulis sahaja di media sosial masing-masing.
Menulislah untuk beri orang lain faham atau tahu atau beri ilmu kepada orang lain.
Dunia pengembaraan penuh dengan pengalaman yang hebat, perkongsian kalian akan bawa banyaknya cita-cita dan harapan untuk ikut kalian ke tempat yang kalian pernah tuju.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Kelas terdekat ialah 22hb September! Join jom! Klik sini ya https://onecookies.onpay.my/order/form/kcm-sept
36 339
Content Sales di media sosial yang bagus ialah yang selesaikan masalah orang dalam beberapa saat.
- jual produk bayi, gunakan ayat selesaikan masalah ibu bapa handle bayi.
- jual makanan, gunakan ayat selesaikan masalah orang lapar.
- jual insuran, gunakan ayat selesaikan masalah orang sakit, kematian keluarga dan tuntutan kewangan.
- jual hartanah, gunakan ayat selesaikan masalah orang belum ada rumah.
- jual baju, gunakan ayat selesaikan masalah orang tak ada pilihan pakaian.
- jual tudung, gunakan selesaikan masalah orang tak tahu bagaimana nak match dengan baju.
Ayat "selesaikan masalah" ini sudah ada di dalam produk kalian. Tinggal kalian nak tulis dan susun sahaja.
Step pertama, kalian perlu senaraikan apa masalah orang (berkaitan dengan produk kita).
Contoh kedai makan:
- orang lapar nak sarapan.
- orang lapar nak makan tengah hari.
- ada orang sekadar nak makan kuih.
- ada orang nak nasi berlauk.
- ada yang nak pedas-pedas.
- ada yang nak lauk tradisional.
- ada yang suka berkuah.
Listkan seberapa banyak masalah orang. Hakikatnya masalah besar mereka ialah hanya lapar. Dari perkataan lapar itu, Step ke-2, kita senaraikan apa kehendak mereka.
Dari situ, kita boleh buat ribuan posting sales
Contoh ayat waktu pagi:
Pagi ini di Restoran Khairul ada nasi lemak, nasi dagang dan nasi minyak. Kami buka 7.00 pagi okeh. Lekas mana nak order whatsapp (link whatsapp) terus sini kami asingkan siap-siap.
Kedai kami di (lokasi) ini. Parking banyak jangan risau. Meja pun banyakkkkk.
Datang okeh (letak gambar nasi lemak, nasi dagang dan nasi minyak)
Esoknya pula letak gambar roti canai, lusa, gambar sambal-sambal tumis. Bersusun sahaja semua.
Sama juga dengan tengah hari dan malam. Susun satu demi satu bukan terus letak semua benda dalam 1 posting.
Semua ini akan saya ajar malam ini di Content Sales Mastery! Jemput datang belaka kawan-kawan! Belajar membina ayat untuk produk sendiri okeh!
Klik sini, masih ada kekosongan:
https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept
https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept
https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept
36 339
Ada 6 jenis testimonial mengikut Brafton.
1. Quote testimonial.
- ia datang terus dari mulut pelanggan. Sangat disukai dan digunakan oleh hampir semua syarikat mega di dunia.
2. Peer testimonial.
- orang kita cakap "mouth to mouth marketing." Ia adalah perbualan di antara 2 orang dan kemudiannya disebarkan lagi dan lagi kepada lebih ramai.
3. Social testimonial.
- ia ditulis di media sosial tanpa sesiapa suruh atau perintah. Mereka menulis kebaikan dan memberi kredit tinggi tanpa apa-apa balasan.
4. Video testimonial.
- pelanggan merakam serta mendokumentasi kebaikan dan keseronokan menggunakan video dan kemudian menyebarkannya.
5. Interview testimonial.
- syarikat mengadakan temuduga ringkas bertanya tentang apa kata pelanggan tentang produk mereka.
6. Influencer testimonial.
- syarikat menggunakan KOL atau influencer untuk bercakap tentang produk / perkhidmatan mereka.
Namun bagaimana nak tulis atau nak bangunkan semua testimoni ini untuk beri kesan baik kepada jualan produk kita?
Haa yang itu akan saya bongkar dalam Kelas Content Sales Mastery pada malam esok! Hanya RM129 sahaja kalian dapat belajar banyak bagaimana membina content jualan bagi produk dan perkhidmatan kalian.
Klik sini, masih ada kekosongan!
https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept
https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept
https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept
36 339
Soalan: Saya sudah mula menulis dengan baik, dan banyak posting yang semakin disukai. Saya syukur sangat, yang saya rimas ialah friend request yang datang dari mana entah. Pelik-pelik. Menyampah pun ada.
Gambar profile pun tak ada, nama pun macam bukan orang, siap mesej nak sangat jadi friends, seriau juga. Macam mana nak atasi ya?
Jawapan: Relaks. Apabila kita buat perkara yang orang lain suka, pastinya mereka itu ingin berkawan dengan lebih rapat.
Tak perlu sampai menyampah.
1. Buka butang follow. Buka Facebook, pergi ke setting, kemudian klik account setting, kemudian klik public post dan publickan profile untuk aktifkan butang follow.
2. Apabila butang follow sudah aktif, semua friend request akan akan terus jadi follower secara otomatik. Tak perlu accept pun. Biarkan sahaja.
3. Friend request punya had maksima sebanyak 1,000 permintaan. Apabila penuh, orang dah tak boleh nak request dah. Akan terus jadi follower sahaja.
Accept = jadi friends, jadi jumlah follower akan menurun.
4. Relaks. Tak perlu sampai menyampah orang asik nak add friends. Tak baik berburuk sangka, mereka masih belum tahu menggunakan Facebook dengan betul.
Mereka tak usik kita pun jika hanya sekadar hantar friend request dan mesej-mesej. Kita yang kawal kita punya akaun. Kena tegas dalam menerima friend request kerana kalian akan lihat posting mereka pada setiap hari.
5. Setkan prinsip. Seperti saya, 95% dari rakan dalam Facebook saya (2,200+ orang) ini adalah yang pernah saya jumpa, kenalan sebenar dan saudara mara dan rakan baik saya.
Begitulah. Akaun kita, kita kawal. Relaks dan bermedia sosial dengan baik-baik.
#RahsiaPenulisanBerpengaruh #KHM #TipsTulisKHM
36 339
Ya dik, kelas esok masih ada kekosongan. Situ kita belajar bagaimana nak buat ayat, bina perkataan, buat copy writing untuk produk / perkhidmatan. Mari jom, klik sini https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept
36 339
Posting jualan ada 2 sahaja. Ia dipastikan semasa kita buat CTA
Hard sell: buat perintah, buat suruhan, arahan, paksaan.
Contoh ayat:
- beli sekarang!
- Dapatkan sekarang!
- Tinggal lagi 10, lekas lekas beli!
- Jangan tunggu lagi! Bertindak segera!
- Lekas klik link ini, nanti habis!
Soft sell: tanpa paksaan. Hanya beritahu.
Contoh ayat:
- butiran ada di bawah.
- link ada di bahagian komen.
- untuk dapatkan, boleh baca di link yang disediakan.
- boleh beli di link di bawah.
- boleh terus ke Shopee kami jika nak beli.
Mana lebih ok? Bergantung kepada strategi. Dua-dua jenis posting ini ada tekniknya, ada caranya. Ada kaedahnya yang berbeza.
Dua-dua boleh beri hasil paling power dalam menjual. Jadi jika nak tahu lebih lanjut, mari ke Sales Content Mastery hari isnin ini 5hb September ok.
Tak dapat tonton live, boleh dapatkan rakaman.
Klik sini:
https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Jangan asal ada produk je, kena pandai menjual okeh!
36 339
Buka restoran kerana ramai orang tak sempat masak.
Buka kedai dobi kerana membantu ramainya orang nak cuci pakaian dan tak sempat kerana kesibukan.
Jual buku kerana ramainya nak membaca benda bagus dan nak tambah ilmu.
Jual kereta kerana pentingnya pengangkutan.
Jual ubat kerana ramainya yang mahu rawat penyakit.
Jual kek kerana ramainya nak makan namun tak reti buat.
Dan macam-macam lagi.
Jadi kawan-kawan, benarlah
Bisnes = Beri Manfaat kepada orang lain.
Khairul Hakimin Muhammad,
Erti hidup dalam memberi.
36 339
Ebook Sales Content Mastery 59 muka surat yang berharga RM229 ini akan diberi percuma kepada peserta kelas isnin ini.
Lekas gaiss!
Masih ada kekosongan! Klik sini ya:
https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept
https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept
https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept
36 339
Soalan: Bagaimana nak pastikan wall kita ini sentiasa ditulis dengan perkara yang orang nak baca? Saya suka menulis, tapi nak dapatkan 10 like, 1 share pun susah.
Jawapan:
1. Bina content dengan adanya kekuatan fakta, bukan membebel dengan pandangan sendiri.
2. Tulis hal kehidupan lebih banyak dari hal berniaga.
3. Jadi manusia, bukan jadi kedai.
4. Menulis mesti dengan tanggungjawab, bukan lempar ikut kepala, campak ikut hati.
5. Susun content untuk orang share post kita, apabila share berlaku, maka bersebarlah ilmu, meluaslah pengetahuan dan bertambahlah follower.
#RahsiaPenulisanBerpengaruh #KHM
Jumpa di kelas 5hb ya! Kita belajar tulis content untuk JUALAN! Sales Content Mastery gaisss. Mari semua! Klik sini https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept
36 339
Soalan: Bagaimana nak pastikan wall kita ini sentiasa ditulis dengan perkara yang orang nak baca? Saya suka menulis, tapi nak dapatkan 10 like, 1 share pun susah.
Jawapan:
1. Bina content dengan adanya kekuatan fakta, bukan membebel dengan pandangan sendiri.
2. Tulis hal kehidupan lebih banyak dari hal berniaga.
3. Jadi manusia, bukan jadi kedai.
4. Menulis mesti dengan tanggungjawab, bukan lempar ikut kepala, campak ikut hati.
5. Susun content untuk orang share post kita, apabila share berlaku, maka bersebarlah ilmu, meluaslah pengetahuan dan bertambahlah follower.
#RahsiaPenulisanBerpengaruh #KHM
36 339
Beberapa perkataan dan ayat yang buat kalian tersangkut nak berjaya. Ia boleh jadi tukang tarik kaki kalian untuk stay di tempat sama sedangkan kalian sedang melangkah naik satu demi satu tangga. Ia adalah:
1. Malas nak buat hari ini. Esoklah.
- tukar kepada: ok saya usahakan sekarang.
2. Kejap lagilah.
- tukar kepada: saya siapkan kerja ini dahulu dan terus saya buat.
3. Tunggu dululah.
- tukar kepada: saya percepatkan semuanya dan saya akan tengok terus hal ini.
4. Tak apa, nanti-nanti pun boleh.
- tukar kepada: saya pastikan saya akan selesaikan hal ini dalam 24 jam.
5. Susahlah.
- tukar kepada: susah juga, tak apa kita buat sama-sama.
6. Aduh, payahnya. Tak boleh tukar ke.
- tukar kepada: saya yakin kita boleh buat!
7. Nampak macam tak boleh ni.
- tukar kepada: nampak macam susah, tapi saya yakin kita boleh usahakan.
Kawan-kawan,
Kita yang susun mindset nak bergerak atau nak kekal di tempat sama. Kalau kita sendiri yang tak nak alihkan kaki kita, ia takkan ke depan atau ke belakang. Ia kekal di situ.
Semua ujian, semua halangan, semua cabaran, pasti ada jalan untuk kita semua hadap dan tempuh. Itu semua lorong nak jumpa sebuah kejayaan gemilang yang kita nak sangat-sangat.
Mula terus hari ini. Tanam dalam kepada semua perkara boleh disusun jadi baik dan jadi berjaya!
Bismillah.
Khairul Hakimin Muhammad.
Bangkit gais.
36 339
Posting saya pada tahun 2016. Story telling.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0363FbQ5m2jfbUfuBNC8ZFpKadPF6SDnwWAbBsryfR6cgQGZzZKCrrbqysMDDsgNtel&id=1409650354
36 339
Soalan: Disiplin apa yang diperlukan dalam aktiviti menulis atau membangunkan #content di media sosial?
Jawapan: Ada beberapa benda yang #wajib dibuat, sekiranya tak buat, baik fokus benda lain yang serasi dengan kalian. Ia adalah:
1. Membaca sekurang-kurangnya 1 buku sebulan.
- ia akan tambah perkataan dalam kepala
- memberi latihan kepada otak dan menambah cerdas.
- buat minda sentiasa aktif dan sering berfikir.
- menambah rasa yakin dan banyak menghormati perkara baru.
2. Set disiplin berapa banyak perkataan yang perlu ditulis setiap hari.
- contohnya dah set 100 patah perkataan. Jadi kena cuba, saya guna Ms Word di laptop. Senang nak jejak berapa patah.
- tulis apa sahaja, janji 100 patah perkataan.
- saban tahun, naikkan ikut kemampuan diri. Kalian akan lihat sendiri ianya bertambah dengan baik. Disiplin ini mesti dibuat setiap hari.
3. Buang dan susun Aps yang tak berguna di dalam telefon.
- contoh: game dan shopping. Perkara ini akan buat kalian tersasar dari disiplin menulis.
- bagi media sosial lain, maksimum melihat / menggunakan Facebook / Insta / Twitter ialah 20 minit setiap kali mahu tengok. Selepas itu membaca / menulis atau buat kerja lain.
4. Rancang untuk travel.
- wajib untuk keluar dari rumah dan pergi mengembara. Tak kisah dalam atau luar negara. Dekat atau jauh, semua ok sahaja. Janji keluar.
- travel akan beri kita menghargai apa yang kita ada dan bersyukur melihat dunia luar.
- travel adalah aktiviti yang buang duit, duit akan hangus, namun yang dapat adalah pengalaman dan keseronokan belajar tentang dunia luar.
5. Pergi kelas setiap tahun.
- dapat ilmu dan refresh cara baru.
- pergi kelas kena guna duit, duit itulah jadi pelaburan hangus untuk kita dapat networking yang best, berjumpa dengan ramai orang dan belajar teknik yang membahagiakan aktiviti kita dalam membuat duit.
6. Berhenti rasa pandai. Tak boleh rasa hebat. Kena sentiasa merendah diri dan selalu rasa nak repair mana yang boleh. Ini disiplin besar yang perlu ada dalam diri sesiapapun.
- jika kena tegur, ambil dan simpan dalam dada.
- jika nak menegur, ambil itu tegur diri dulu sebelum tegur orang lain.
7. Yakin dengan Allah. Disiplin yang ini ada dalam solat, ada dalam selawat ada dalam bab menghormati emak ayah, adik beradik dan keluarga. Ia kena jadi disiplin bab membantu, bab menolong serta bab support kepada mereka.
- jadikan setiap kali dapat panggilan meminta tolong, bantu tanpa alasan.
- tak boleh persoal kenapa kena bantu.
- Allah takkan sediakan kalian ujian begini jika bukan untuk maju.
*
Dalam apa sahaja yang kita buat, kena campur disiplin kerja dengan disiplin hidup.
2 benda ini kena dikahwinkan supaya perjalanan kita dalam nak buat apa pun, Allah bantu.
Sekiranya sibuknya nak berjaya, bangunkan disiplin diri namun membuang disiplin kebaikan dan kemurahan hati kepada keluarga, kalian akan tetap jumpa jalan buntu.
Ingat ini,
Tidak ada pertolongan dari Allah, tiada juga kejayaan, tiada ujian dan tiada harapan nak buka banyaknya pintu rezeki yang terbentang luas tersebut.
Mula hari ini, tak boleh tangguh lagi okey!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Jom ke Kelas Content Sales Mastery. Belajar bina content untuk jualan / produk kalian. Klik sini https://onecookies.onpay.my/order/form/csm-sept
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
