fa
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 35 281 مشترک است و جایگاه 277 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 893 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 35 281 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 23 سپتامبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -247 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -6 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 8.64% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً N/A% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 0 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 0 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 24 سپتامبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

35 281
مشترکین
-624 ساعت
-557 روز
-24730 روز
آرشیو پست ها
2013 - Social Media & Strategy Content Summit, Singapore. Waktu ini masih tak reti menulis. 2014 - KL Social Media Week, masih tak reti menulis. 2015 - Kelas Penulisan Bahasa Melayu Tinggi, KL, bolehlah belajar cuba-cuba. - Digital Media World Forum, London, masih cuba menulis namun gagal lagi. - Story, Robert McKee, London, terus cuba dan cuba belajar. - Influencer, London, masuk kelas specific untuk menulis di Facebook. Waktu ini nampak jalan. - kelas-kelas bisnes di London juga, seperti kelas McDonnal, Coke, Apple, FB, dan sebagainya. Mereka buat kelas ala case study bagaimana brand-brand ini power yakmat. Disember 2015 saya cuba dan ia menjadi. Tahun sama saya mula masuk ke IMKK, Datuk Wira Dr. Azizan Osman. 2016-2019, saya ulang alik ke London, Amsterdam, Singapore, Jakarta semata untuk belajar menulis. Saya sempat pergi ke kelas: - Editor kepada JK Rowling. - Chapter Yusuf (surah Yusuf). - Behind The Story (bagaimana membesarkan karya dari sebuah penulisan kepada filem dan drama). - Fateh Business Foundation (masuk untuk belajar bisnes dan gunakan elemen bisnes untuk menulis di wall FB). - juga saya ambil kelas menulis dari Ibu Asma Nadia (Indonesia), Bapak Habiburrahman (Indonesia), Cikpuan Azzah Abdul Rahman (Malaysia), mengikuti kelas penulisan artikel dan rencana juga di Malaysia. 2017, saya dapat 100,000 follower yang pertama. Syukur alhamdulillah. Hangpa nak cakap saya main taram, itu hangpa punya pasal. Saya sikit pun tak berganjak. Saya jenis suka belajar. Nak kira kos belajar, tak ternilai. Dari segi duit nampaklah dalam lebih RM200,000 dibayar sepanjang 6-7 tahun ulang alik ke negara orang. Itu termasuk tiket, penginapan bagai. Saya pernah masuk ke kelas Robert McKee dan dalam kelas itu siap ada pelakon handalan HollyWood. Depa pun masuk kelas okeh. Haha. Orang lain menulis hebat tak pergi belajar, syukur. Saya tak sepandai itu. Sekarang saya buka kilang biskut. Kalau orang lain cakap ruginya belajar menulis, bangunkan content kemudian buat biskut je, saya akan jawab, inilah yang Allah beri kepada saya dan saya happy. Syukur sangat saya teruskan bisnes ini. Dari saya berpenat-penat dan tak happy dengan apa saya buat. Saya suka belajar namun saya ada masalah tak reti nak handle soalan, saya tak pandai kawal emosi kalau soalan itu bersifat mempersoal, saya tak hargai kalau orang memuji dan saya selalu anggap anak murid kena ikut cara saya sedangkan ada banyak cara lain yang mereka boleh buat. So saya undur diri baik-baik. Tak undur 100%, saya masih buat sikit-sikit khas untuk mereka yang memerlukan kelas ini. Buku masih saya keluarkan. Setakat ini ada Rahsia Penulisan Berpengaruh 1.0 dan terbaharu Rahsia Penulisan Berpengaruh 2.0. Channel Telegram pun saya masih kongsi semua tips dan skill menulis social media di sana. Kawan-kawan, Belajar sahaja. Sampai satu masa kalian akan hargai ilmu itu untuk apa. Saya tak tahu saya akan membuka kilang demi kilang. Semua Allah atur. Dapat follower ramai ini pun semuanya Allah beri. Tulis-tulis, orang suka. Sungguhpun ada kaki fitnah, kaki benci dan kaki cemburu tak bertempat, syukur saya tak pernah sampai ke tahap melawan dan membenci beriya-iya. Saya bersyukur ada orang hargai ilmu "tak ada nilai ini". Walau banyak kali saya diperli, disindir hanya kerana kami keluarkan duit belajar tentang social media, saya tetap tegap mengatakan ia tetap sebuah ilmu sedap untuk saya gunakan sebagai membawa peluang pekerjaan, membantu banyaknya NGO, sekolah, masjid, bantu Syria, serta orang ramai yang kesusahan dan menjana ekonomi negara. Membantu sampai berjaya, buat kita ini sangat rajin menolak masalah dan membesarkan peluang. Syukur alhamdulillah. Kawan-kawan, Saya hanya boleh kongsi tips sedikit, nak berjaya, belajar. Sama ada melalui pengalaman atau pergi ke kelas, ia adalah proses belajar. Ambillah ilmu itu untuk diguna dan diamal. Insya-Allah, akan ada jalan untuk berjaya. Kalau sekadar belajar tak beramal, kemudian kita persoal guru, melawan, memburukkan cikgu, ilmu itu sendiri akan laknat kita.

Pilih 2 atau 3 perkara dalam bentuk #content yang nak ditulis di media sosial. Contoh: 1. Travel. 2. Makan. 3. Jual Produk Bayi. Travel adalah perkara yang diminati, makanan pula memang duk makan hari-hari. Travel - up itinerari, tips beli tiket, beli penginapan, review sana sini, cerita, musim, makanan, culture, gambar dan keindahan, orang, buku, filem yang dibuat di situ serta macam-macam. Post ini akan dapat #crowd. Konsisten susun pada setiap hari jam 10.00 pagi. Makanan pula up makan dekat mana, kalau pandai masak, buat resipi, kalau boleh cerita pasal bahan, equipment, dapur, material, diet, serta utensil, organizer semuanya boleh di up. Akan dapat crowd juga. Up pada jam 3.00 petang setiap hari. Untuk Iklan produk bayi, buat ja hard sell jam 12.00 tengah hari setiap hari. Tak ada masalah pun crowd dan posting sales itu tak ada kena mengena. Ianya posting kehidupan dan memang itulah yang kita suka dan lalui. Susunannya, Crowd - sell - crowd. Posting malam, buat side, fun-fun. Esoknya buat lagi benda ini. Susun semuanya. Kalian akan dapat crowd, follower mula naik, sales pun akan mula kencang. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Travel, Kemanusiaan, Makanan, Story.

Main dengan #Content, hasilnya berganda. Buat posting #crowd, dapat #follower. Apabila mereka semua dah berkumpul, klik butang follow yang kita dah setkan, maka kita gunakan sebaiknya. Sentiasa engage dengan mereka. Pastikan mereka stay dan loyal dengan kita. Kemudian susun untuk posting #RM yang kita akan jana jualan. Sifirnya mudah sahaja: Awal pagi - Posting crowd - dapat share, follower naik. Selepas itu buat posting sales, dapat duit walau posting itu tak ada siapa like atau komen. Kemudian susun posting side supaya engagement berlaku dan wall kita masih kukuh dengan reach yang betul. Follower dapat Duit dapat, Engagement maintain. Ingat, kita bukan kerja untuk bayar bill sahaja sepanjang hidup, banyak lagi benda lain nak buat terutama kena tolong orang dan kita juga mahu bawa keluarga bercuti pusing dunia. Eh itu lepas covid-19 terhapuslah. Hihi. Begitulah kawan-kawan, mari guna sosial media dengan baik dan berguna! Mula hari ini. Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Jom membeli belah kuih raya sekarang! Di ruangan komen saya. Ada ramai yang menjual. Kalau kalian nak jual juga pun boleh. Klik sini! https://www.facebook.com/1409650354/posts/10228778560594743/?d=n

Main media sosial, orang anggap hal kecil. Apabila ada orang buat jualan berjuta, kita pandang sebelah mata. Rasa susah nak percaya. Ini yang berlaku semasa PKP. Apabila dah biasa dengan jualan di mall atau mana-mana ruangan offline, kedai dan sebagainya, kita tak kisah dengan jualan secara online. Kali ini, medan online terpaksa diikuti. Semua tempat mengambil pesanan melalui sistem atau paling kecil caranya pun melalui Whatsapp. Kawan-kawan, Main media sosial langkahnya kecil sahaja. Semua medan ini percuma. Pembangunan #content di wall kita itu yang perlu diusahakan dengan sebaiknya. Boleh jadi ia akan membuka banyaknya jalan, memunculkan berbagai pintu dan tiba-tiba di tangan kita ada bermacam kunci. Lalu kita buka dan kita lihat wah banyaknya rezeki. Iya, ada orang jualannya sehingga RM10,000 seminggu semasa PKP ini. Semalam rakan saya menjual makanan hanya di kawasannya sahaja, jualan sehari mencecah RM4,200. Siap ada beberapa runner yang uruskan penghantaran semuanya. Beliau hanya guna Instagram dan Facebook sahaja. Dari segi sistem semua guna Whatsapp. Tak salah mencuba, tak perlu bimbang, buang ego, buang sombong, dulu kita semua kaya-kaya beli karipap pun dari IKEA, boleh jadi hari ini kita hanya pandai itu sahaja. Maka juallah, supaya kita juga ada pendapatan. Tak salah baru bermula. Yang salahnya tak buat apa-apa langsung. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Biar kecil, asal menjadi. Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Mengikut The Brand Doctor yang beroperasi di Amerika Syarikat, 5 jenis #Content yang disukai oleh ramai orang ialah: 1. Yang buat orang terhibur (Entertainment). - sama ada ia dalam bentuk orang ketawa atau merasa seram atau merasa seronok atau bahagia atau sekadar cerita biasa. 2. Yang buat orang terdidik (Educate). - biasanya dalam bentuk step by step, tips, petua, teknik yang mudah dilakukan. 3. Yang buat mereka rasa diberi maklumat (information). - cerita atau penyampaian mudah terhadap 1-1 hal. 4. Yang memberi mereka inspirasi (inspired). - biasanya dalam bentuk story-telling yang ditulis dengan emosi yang mudah faham dan terkesan. 5. Yang memudahkan mereka membeli (selling without selling). - yang tidak memaksa orang membeli malah ditulis dengan mudah faham, direct to point dan tanpa memaksa atau menyuruh orang membeli. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat semuanya jom!

Dalam menulis posting, wajib ada fakta. Kena letak dalam kepala yang bermain dengan media sosial, pendapat kita tak penting. Yang paling mustahak ialah perkara benar dan betul. Itulah maksud bermain dengan #Content. Selepas itu barulah ia disusun ayat dan perkataannya bersama emosi. Dua perkara ini jika tidak serasi, tidak akan menjadi. Contoh silap: Memang best kurma ini. Lembut dan tak manis sangat. >> kesilapannya ialah tiada fakta tepat tentang kurma tersebut. Emosinya tergantung dan kita tertanya-tanya banyak perkara. Contoh betul: Puas hati beli kurma Algeria dari team KHM. Memang lembut dan tak puas makan. Asyik nak mengunyah sahaja dari pagi sampai petang. Sedap! Best! Puas hati. Kalau nak beli, pi ke wall beliau okey! >> menulis tepat di mana dia beli itu adalah fakta, lebih dari itu, faktanya memberi impak positif kepada audien (audien boleh pergi beli terus) dan diserasikan dengan emosi sedap dan puas hati. Ya, fakta itu bukannya perlu cari di Wikipedia. Ia hanya perkara benar kejadian pada waktu tersebut sahaja. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Senang kan? Nak tips lagi terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Ramai tanya ada jual kat Shopee tak rendang ni, adaaa! Nah ini linknya: https://shopee.com.my/product/562674509/11291996435?s
Ramai tanya ada jual kat Shopee tak rendang ni, adaaa! Nah ini linknya: https://shopee.com.my/product/562674509/11291996435?smtt=0.146948417-1649124838.9

Jadikan kita ini alasan untuk berkemanusiaan lagi hari ini: - sedekah awal pagi, kalian tak tahu berapa banyak sekolah, masjid, anak yatim, rumah perlindungan, pelarian yang menanti-nanti makanan dan bantuan setiap hari. - beli lebih sarapan. Setiap hari beli lebih dari diri sendiri. Beli sahaja dan letak di pantry, tulis siapa nak ambil, ambillah. Boleh jadi ada yang sudah beberapa hari mengadap megi dan biskut sahaja kerana kehabisan duit gaji. - telefon sahaja emak ayah, mesej sahaja adik beradik, boleh jadi saat itu mereka sedang teringatkan kita. - asal terserempak kucing atau anjing, berhentikan kenderaan atau terus sahaja masuk kedai belikan makanan, mana kita tahu dah berapa lama mereka tak makan. Lebih cantik sedia siap-siap dalam kereta. - ucap sahaja salam (assalamualaikum) dan beri sahaja senyuman paling manis kita ada. Boleh jadi harinya mendung dan ucapan selamat kita buat hati dia sejahtera dan damai. Buat sahaja kawan-kawan. Kita nak memanusiakan manusia, kita mula diri kita dulu. Terus sahaja hari ini ya. Bismillah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Salam subuh semua

Seorang penjual penapis air tak perlu gabung nama beliau dengan jenama penapis air tersebut. Seorang wakil hartanah, tak perlu gabung nama beliau dengan perkataan property dan sebagainya. Seorang usahawan kerepek, tak perlu gabung nama beliau dengan nama perusahaannya. Guna nama manusia, nama sendiri adalah lebih baik. Untuk beri orang kenal kalian, tulis #content yang tersusun di media sosial. Bahagikan kepada 3 jenis, untuk dapatkan #Crowd, untuk dapatkan #RM dan untuk naikkan #Engagement (disebut Side). Di situ orang akan kenali kalian. Jika kalian letak nama: Ahmad Coway, Linda Property, Pakcik Hensem Kerepek, Siti Madu, Shahrul Kedai Jam, Bukan sahaja orang takut nak add, nak accept, malah orang akan jauhkan diri dari kalian. Dari minda orang lain, mereka akan nampak kalian hanya nak menjual, jadi tak ada keseronokan nak berkawan dengan kalian di media sosial. Ingat, media sosial adalah medan berkawan, nak menjual, susun baik-baik supaya mereka tak rasa tak selesa. Sekali sahaja rasa merepek, rasa meluat, kalian hilang kawan, hilang jualan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Relaks okey.

Selamat berpuasa dan menyambut ramadan al mubarak semua kawan-kawan
Selamat berpuasa dan menyambut ramadan al mubarak semua kawan-kawan

Betul ka ni gais
Betul ka ni gais

Lihat gambar dengan teliti, mereka balut barli dengan kobis. Inilah yang mereka makan di kem pelarian masa team #wintermissioncsm ke sana bulan lalu. Ada hari, waktu tengah hari sahaja yang ada makanan. Ada hari, dua tiga hari waktu tengah hari pun, berlaparlah biasanya. Bulan Ramadan yang nak tiba nanti, lagilah tak tahu mereka semua ini nak makan apa. Jadi kami di Cinta Syria Malaysia - CSM akan ke sana menghantar bantuan makanan, perubatan dan keperluan pendidikan buat anak-anak. Serendah RM50, kalian dapat bantu mereka satu keluarga mengisi perut dengan juadah iftar. Satu keluarga, antara 5-7 ahlinya di dalam setiap khemah. Moga Ramadan ini, mereka merasa dapat makan nasi dan lauk ayam. Doakan ya! Mari kongsi rezeki bersama mereka. Layari link bit.ly/csmkhairul untuk menyumbang. Atau Sumbangan ke akaun Maybank CSM: No. Akaun: 562834640983 Ref: khm "Your Help, Their Future" #ramadanmissioncsm #sharesharelah

photo content

15 istilah marketing media sosial yang kalian kena tahu: 1. #CTA - Call To Action. 2. #KPI - Key Performance Indicator. 3. #CLV - Customer Lifetime Value. 4. #CPC - Cost Per Click. 5. #CPL - Cost Per Lead. 6. #CPM - Cost Per Mille. 7. #RSS - Rich Site Summary. 8. #CPA - Cost Per Acquisition. 9. #CTR - Click Through Rate. 10. #SMMA - Social Media Marketing Agency. 11. #SEM - Seach Engine Marketing. 12. #SEO - Seacr Engine Optimization. 13. #CRO - Convertion Rate Optimization. 14. #CRM - Customer Relationship Management. 15. #CMS - Content Management System. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Kita kongsi sama-sama.

Dah nak habis Q1 2022, kena ada mindset yang kuat untuk lawan perkara negatif. Anasir buruk ini memang datang kepada kita setiap hari. Ada sahaja yang duk bertandang, cara kita handle sahaja yang boleh buat kita masih di lane yang betul. Antara teknik yang betul melawan negativiti ini ialah: 1. Pura-pura bodoh. Dengar sahaja apa yang mereka cakap, angguk dan biarkan kebodohan itu berlalu. Buat mereka yang cakap bukan-bukan itu bersungguh cerita. Jangan jawab, jangan lawan, jangan pertikai, jangan sambung dan jangan komen. Akhirnya dia akan cakap rugi bercakap dengan kita sebab tak ada respon. Kahkahkah. 2. Teknik ke-2, apabila dia datang lagi nak cerita, kita ignore dia. Kita cakap kita sibuk, kita cakap kita banyak kerja. Dia ajak pi makan kita cakap kita bawa bekal. Aha, dia akan nampak point kita lari-lari dan dia akan mula cakap ke orang lain tentang kita pula. Tenang, tak ada apa pun. 3. Kita terus switch off tentang dia. Kita berjaya fokus apa nak buat. Dia lalu, kita beri salam dan kita terus buat kerja macam biasa. Ini dah level tinggi punya melawan. Haha. Kawan-kawan, ramai yang kata di tempat kerja dia penuh negativiti. Sebenarnya kita kena handle. Itu tempat kita cari rezeki, jadi kita perlu lawan, hadap dan lalui dengan cara kita sendiri. Buat sahaja kerja, siapkan semuanya. Waktu datang, datang awal, waktu balik, happy balik. Ingat, kita bukan pokok, kalau dah tak boleh buat apa-apa, carilah tempat lain. Kita semua multitasking, kita sahaja nak buat ke tak. Minda kita tentukan apa kita nak lalui semuanya esok hari. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buang yang toksik itu dalam kepala okeh!

Sekiranya kalian nak positif, tulis perkara baik, sentiasa dalam keadaan yang elok dan bagus untuk membangunkan #content di media sosial, maka kalian memang kena buat semua perkara ini. Medan ini memang banyak negatifnya. Luahan hati, tak puas hati, perli, benci, jahat dan carut, semua ada. Nak tukar segala itu, buat rutin kecil ini, ia adalah: 1. Apa yang kalian buat pada setiap pagi. 2. Apa yang kalian cakap kepada diri sendiri. 3. Apa yang kalian baca. 4. Apa yang kalian tonton. 5. Siapa yang ada akses kepada kalian. 5 perkara ini jika ada negatifnya, maka itulah hidup kalian yang sebenar juga begitu dalam media sosial. Begitu juga jika semuanya baik dan positif. Kita tentukan siapa kita, kita yang boleh kawal diri kita. Nak sentiasa bersangka baik, maka buat yang baik-baik 5 perkara di atas. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Semalam Kurma Medjoul Palestin dah pun sampai. Kami dah mula buat penghantaran pun. Insya-Allah hari-hari akan ada penghantar
Semalam Kurma Medjoul Palestin dah pun sampai. Kami dah mula buat penghantaran pun. Insya-Allah hari-hari akan ada penghantaran. Nak self pick up pun boleh. RM69 sahaja untuk 1kg gais. Lekas buat tempahan, hantarkan ke emak ayah di kampung pun sangatlah bagus. Kurma saiz besar dan lembut! Lekas klik sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Soalan: Kenapa ada orang sukakan like? Saya relaks ja. Lantaklah like sikit ke banyak ke janji hidup saya bahagia. Orang lain saya tengok macam try hard sangat, naik meluat pula. Jawapan: Facebook dibina dengan features utama iaitu, Posting, Like, Komen dan Share. Semuanya ada fungsi berbeza. Nak senang kata: Posting digunakan untuk membuat post. Ingat, Facebook = Story. Jadi, posting mesti ada elemen cerita. Like tanda posting itu bagus dan mengikut kehendak manusia. Dengan kata lain, ikut human behaviour. Jika posting kau teruk. Kau tak akan dapat like. Dan kau pula nak bantai orang dapat like banyak. Komen untuk kalian berinteraksi. Antaranya ialah bertanya dan menghargai posting menggunakan sticker atau ikon. Ingat, sticker dan ikon berkesan di ruang komen. Bukan di ruang posting. Share pula tandanya posting anda ada impak kepada orang lain. Ia akan menambah crowd apabila posting anda itu dibawa keluar dari kelompok kawan anda sendiri. Di sinilah kunci untuk follower kalian bertambah. Begitulah. #RahsiaPenulisanBerpengaruh #KHM

5 perkara yang boleh buat kalian tidak fokus dalam membangunkan #content di media sosial: 1. Membandingkan tulisan atau pembinaan #posting kalian dengan orang lain. Boleh untuk rujuk dan baiki, bukan melihat tanpa belajar sesuatu. 2. Terlalu banyak berfikir tanpa berbuat. Selagi tak mencuba, selagi itulah kalian tak belajar. 3. Melihat jumlah like, share dan komen yang sedikit dan sentiasa merasakan ia sesuatu yang sukar nak dibuat. Sedangkan jika diperhatikan pertumbuhan, ia adalah perkara normal. Tak ada kejayaan yang datang dengan banyak sekaligus. 4. Merasakan orang tak like adalah tak suka. Sedangkan sosial media bersifat persepsi. Tulis sahaja, fokus dan konsisten. Jika kita tahu, suka, mahir tentang hal itu, post sahaja, lambat laun akan ada orang ikuti perkembangan kita. 5. Sentiasa dikelilingi oleh orang yang salah. Di alam realiti bersepah kawan suka kutuk, di media sosial pergi add entah siapa-siapa. Akhirnya terus mendapat komen dan reaksi yang menjatuhkan. Bina persahabatan yang menguat, positif dan saling percaya. * Pelajarannya ialah: - buat sahaja. - tak ok, repair dan buat lagi. - positif. - fokus. - disiplin. - konsisten. - bersungguh-sungguh berusaha. Semua ini ada 1 perkataan yang sesuai, ia adalah “kental”. Jika mahu bermain media sosial, kena ada perkataan tersebut. Hanya jiwa yang ada itu akan ramai follower, akan berjuta jualannya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Siapa yang berusaha, dia akan berjaya. Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Khairul Hakimin Muhammad - آمار و تحلیل کانال تلگرام @contentkhm