ch
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

前往频道在 Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

显示更多

📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览

频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 306 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 285,并在 马来西亚 地区排名第 906

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 306 名订阅者。

根据 20 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -389,过去 24 小时变化为 -8,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.78%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.02% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 3 187 次浏览,首日通常累积 734 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

凭借高频更新(最新数据采集于 21 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。

36 306
订阅者
-824 小时
-957
-38930
帖子存档
Main media sosial, orang anggap hal kecil. Apabila ada orang buat jualan berjuta, kita pandang sebelah mata. Rasa susah nak percaya. Ini yang berlaku semasa PKP. Apabila dah biasa dengan jualan di mall atau mana-mana ruangan offline, kedai dan sebagainya, kita tak kisah dengan jualan secara online. Kali ini, medan online terpaksa diikuti. Semua tempat mengambil pesanan melalui sistem atau paling kecil caranya pun melalui Whatsapp. Kawan-kawan, Main media sosial langkahnya kecil sahaja. Semua medan ini percuma. Pembangunan #content di wall kita itu yang perlu diusahakan dengan sebaiknya. Boleh jadi ia akan membuka banyaknya jalan, memunculkan berbagai pintu dan tiba-tiba di tangan kita ada bermacam kunci. Lalu kita buka dan kita lihat wah banyaknya rezeki. Iya, ada orang jualannya sehingga RM10,000 seminggu semasa PKP ini. Semalam rakan saya menjual makanan hanya di kawasannya sahaja, jualan sehari mencecah RM4,200. Siap ada beberapa runner yang uruskan penghantaran semuanya. Beliau hanya guna Instagram dan Facebook sahaja. Dari segi sistem semua guna Whatsapp. Tak salah mencuba, tak perlu bimbang, buang ego, buang sombong, dulu kita semua kaya-kaya beli karipap pun dari IKEA, boleh jadi hari ini kita hanya pandai itu sahaja. Maka juallah, supaya kita juga ada pendapatan. Tak salah baru bermula. Yang salahnya tak buat apa-apa langsung. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Biar kecil, asal menjadi. Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Mengikut The Brand Doctor yang beroperasi di Amerika Syarikat, 5 jenis #Content yang disukai oleh ramai orang ialah: 1. Yang buat orang terhibur (Entertainment). - sama ada ia dalam bentuk orang ketawa atau merasa seram atau merasa seronok atau bahagia atau sekadar cerita biasa. 2. Yang buat orang terdidik (Educate). - biasanya dalam bentuk step by step, tips, petua, teknik yang mudah dilakukan. 3. Yang buat mereka rasa diberi maklumat (information). - cerita atau penyampaian mudah terhadap 1-1 hal. 4. Yang memberi mereka inspirasi (inspired). - biasanya dalam bentuk story-telling yang ditulis dengan emosi yang mudah faham dan terkesan. 5. Yang memudahkan mereka membeli (selling without selling). - yang tidak memaksa orang membeli malah ditulis dengan mudah faham, direct to point dan tanpa memaksa atau menyuruh orang membeli. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat semuanya jom!

Dalam menulis posting, wajib ada fakta. Kena letak dalam kepala yang bermain dengan media sosial, pendapat kita tak penting. Yang paling mustahak ialah perkara benar dan betul. Itulah maksud bermain dengan #Content. Selepas itu barulah ia disusun ayat dan perkataannya bersama emosi. Dua perkara ini jika tidak serasi, tidak akan menjadi. Contoh silap: Memang best kurma ini. Lembut dan tak manis sangat. >> kesilapannya ialah tiada fakta tepat tentang kurma tersebut. Emosinya tergantung dan kita tertanya-tanya banyak perkara. Contoh betul: Puas hati beli kurma Algeria dari team KHM. Memang lembut dan tak puas makan. Asyik nak mengunyah sahaja dari pagi sampai petang. Sedap! Best! Puas hati. Kalau nak beli, pi ke wall beliau okey! >> menulis tepat di mana dia beli itu adalah fakta, lebih dari itu, faktanya memberi impak positif kepada audien (audien boleh pergi beli terus) dan diserasikan dengan emosi sedap dan puas hati. Ya, fakta itu bukannya perlu cari di Wikipedia. Ia hanya perkara benar kejadian pada waktu tersebut sahaja. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Senang kan? Nak tips lagi terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Ramai tanya ada jual kat Shopee tak rendang ni, adaaa! Nah ini linknya: https://shopee.com.my/product/562674509/11291996435?s
Ramai tanya ada jual kat Shopee tak rendang ni, adaaa! Nah ini linknya: https://shopee.com.my/product/562674509/11291996435?smtt=0.146948417-1649124838.9

Jadikan kita ini alasan untuk berkemanusiaan lagi hari ini: - sedekah awal pagi, kalian tak tahu berapa banyak sekolah, masjid, anak yatim, rumah perlindungan, pelarian yang menanti-nanti makanan dan bantuan setiap hari. - beli lebih sarapan. Setiap hari beli lebih dari diri sendiri. Beli sahaja dan letak di pantry, tulis siapa nak ambil, ambillah. Boleh jadi ada yang sudah beberapa hari mengadap megi dan biskut sahaja kerana kehabisan duit gaji. - telefon sahaja emak ayah, mesej sahaja adik beradik, boleh jadi saat itu mereka sedang teringatkan kita. - asal terserempak kucing atau anjing, berhentikan kenderaan atau terus sahaja masuk kedai belikan makanan, mana kita tahu dah berapa lama mereka tak makan. Lebih cantik sedia siap-siap dalam kereta. - ucap sahaja salam (assalamualaikum) dan beri sahaja senyuman paling manis kita ada. Boleh jadi harinya mendung dan ucapan selamat kita buat hati dia sejahtera dan damai. Buat sahaja kawan-kawan. Kita nak memanusiakan manusia, kita mula diri kita dulu. Terus sahaja hari ini ya. Bismillah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Salam subuh semua

Seorang penjual penapis air tak perlu gabung nama beliau dengan jenama penapis air tersebut. Seorang wakil hartanah, tak perlu gabung nama beliau dengan perkataan property dan sebagainya. Seorang usahawan kerepek, tak perlu gabung nama beliau dengan nama perusahaannya. Guna nama manusia, nama sendiri adalah lebih baik. Untuk beri orang kenal kalian, tulis #content yang tersusun di media sosial. Bahagikan kepada 3 jenis, untuk dapatkan #Crowd, untuk dapatkan #RM dan untuk naikkan #Engagement (disebut Side). Di situ orang akan kenali kalian. Jika kalian letak nama: Ahmad Coway, Linda Property, Pakcik Hensem Kerepek, Siti Madu, Shahrul Kedai Jam, Bukan sahaja orang takut nak add, nak accept, malah orang akan jauhkan diri dari kalian. Dari minda orang lain, mereka akan nampak kalian hanya nak menjual, jadi tak ada keseronokan nak berkawan dengan kalian di media sosial. Ingat, media sosial adalah medan berkawan, nak menjual, susun baik-baik supaya mereka tak rasa tak selesa. Sekali sahaja rasa merepek, rasa meluat, kalian hilang kawan, hilang jualan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Relaks okey.

Selamat berpuasa dan menyambut ramadan al mubarak semua kawan-kawan
Selamat berpuasa dan menyambut ramadan al mubarak semua kawan-kawan

Betul ka ni gais
Betul ka ni gais

Lihat gambar dengan teliti, mereka balut barli dengan kobis. Inilah yang mereka makan di kem pelarian masa team #wintermissioncsm ke sana bulan lalu. Ada hari, waktu tengah hari sahaja yang ada makanan. Ada hari, dua tiga hari waktu tengah hari pun, berlaparlah biasanya. Bulan Ramadan yang nak tiba nanti, lagilah tak tahu mereka semua ini nak makan apa. Jadi kami di Cinta Syria Malaysia - CSM akan ke sana menghantar bantuan makanan, perubatan dan keperluan pendidikan buat anak-anak. Serendah RM50, kalian dapat bantu mereka satu keluarga mengisi perut dengan juadah iftar. Satu keluarga, antara 5-7 ahlinya di dalam setiap khemah. Moga Ramadan ini, mereka merasa dapat makan nasi dan lauk ayam. Doakan ya! Mari kongsi rezeki bersama mereka. Layari link bit.ly/csmkhairul untuk menyumbang. Atau Sumbangan ke akaun Maybank CSM: No. Akaun: 562834640983 Ref: khm "Your Help, Their Future" #ramadanmissioncsm #sharesharelah

photo content

15 istilah marketing media sosial yang kalian kena tahu: 1. #CTA - Call To Action. 2. #KPI - Key Performance Indicator. 3. #CLV - Customer Lifetime Value. 4. #CPC - Cost Per Click. 5. #CPL - Cost Per Lead. 6. #CPM - Cost Per Mille. 7. #RSS - Rich Site Summary. 8. #CPA - Cost Per Acquisition. 9. #CTR - Click Through Rate. 10. #SMMA - Social Media Marketing Agency. 11. #SEM - Seach Engine Marketing. 12. #SEO - Seacr Engine Optimization. 13. #CRO - Convertion Rate Optimization. 14. #CRM - Customer Relationship Management. 15. #CMS - Content Management System. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Kita kongsi sama-sama.

Dah nak habis Q1 2022, kena ada mindset yang kuat untuk lawan perkara negatif. Anasir buruk ini memang datang kepada kita setiap hari. Ada sahaja yang duk bertandang, cara kita handle sahaja yang boleh buat kita masih di lane yang betul. Antara teknik yang betul melawan negativiti ini ialah: 1. Pura-pura bodoh. Dengar sahaja apa yang mereka cakap, angguk dan biarkan kebodohan itu berlalu. Buat mereka yang cakap bukan-bukan itu bersungguh cerita. Jangan jawab, jangan lawan, jangan pertikai, jangan sambung dan jangan komen. Akhirnya dia akan cakap rugi bercakap dengan kita sebab tak ada respon. Kahkahkah. 2. Teknik ke-2, apabila dia datang lagi nak cerita, kita ignore dia. Kita cakap kita sibuk, kita cakap kita banyak kerja. Dia ajak pi makan kita cakap kita bawa bekal. Aha, dia akan nampak point kita lari-lari dan dia akan mula cakap ke orang lain tentang kita pula. Tenang, tak ada apa pun. 3. Kita terus switch off tentang dia. Kita berjaya fokus apa nak buat. Dia lalu, kita beri salam dan kita terus buat kerja macam biasa. Ini dah level tinggi punya melawan. Haha. Kawan-kawan, ramai yang kata di tempat kerja dia penuh negativiti. Sebenarnya kita kena handle. Itu tempat kita cari rezeki, jadi kita perlu lawan, hadap dan lalui dengan cara kita sendiri. Buat sahaja kerja, siapkan semuanya. Waktu datang, datang awal, waktu balik, happy balik. Ingat, kita bukan pokok, kalau dah tak boleh buat apa-apa, carilah tempat lain. Kita semua multitasking, kita sahaja nak buat ke tak. Minda kita tentukan apa kita nak lalui semuanya esok hari. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buang yang toksik itu dalam kepala okeh!

Sekiranya kalian nak positif, tulis perkara baik, sentiasa dalam keadaan yang elok dan bagus untuk membangunkan #content di media sosial, maka kalian memang kena buat semua perkara ini. Medan ini memang banyak negatifnya. Luahan hati, tak puas hati, perli, benci, jahat dan carut, semua ada. Nak tukar segala itu, buat rutin kecil ini, ia adalah: 1. Apa yang kalian buat pada setiap pagi. 2. Apa yang kalian cakap kepada diri sendiri. 3. Apa yang kalian baca. 4. Apa yang kalian tonton. 5. Siapa yang ada akses kepada kalian. 5 perkara ini jika ada negatifnya, maka itulah hidup kalian yang sebenar juga begitu dalam media sosial. Begitu juga jika semuanya baik dan positif. Kita tentukan siapa kita, kita yang boleh kawal diri kita. Nak sentiasa bersangka baik, maka buat yang baik-baik 5 perkara di atas. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Semalam Kurma Medjoul Palestin dah pun sampai. Kami dah mula buat penghantaran pun. Insya-Allah hari-hari akan ada penghantar
Semalam Kurma Medjoul Palestin dah pun sampai. Kami dah mula buat penghantaran pun. Insya-Allah hari-hari akan ada penghantaran. Nak self pick up pun boleh. RM69 sahaja untuk 1kg gais. Lekas buat tempahan, hantarkan ke emak ayah di kampung pun sangatlah bagus. Kurma saiz besar dan lembut! Lekas klik sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Soalan: Kenapa ada orang sukakan like? Saya relaks ja. Lantaklah like sikit ke banyak ke janji hidup saya bahagia. Orang lain saya tengok macam try hard sangat, naik meluat pula. Jawapan: Facebook dibina dengan features utama iaitu, Posting, Like, Komen dan Share. Semuanya ada fungsi berbeza. Nak senang kata: Posting digunakan untuk membuat post. Ingat, Facebook = Story. Jadi, posting mesti ada elemen cerita. Like tanda posting itu bagus dan mengikut kehendak manusia. Dengan kata lain, ikut human behaviour. Jika posting kau teruk. Kau tak akan dapat like. Dan kau pula nak bantai orang dapat like banyak. Komen untuk kalian berinteraksi. Antaranya ialah bertanya dan menghargai posting menggunakan sticker atau ikon. Ingat, sticker dan ikon berkesan di ruang komen. Bukan di ruang posting. Share pula tandanya posting anda ada impak kepada orang lain. Ia akan menambah crowd apabila posting anda itu dibawa keluar dari kelompok kawan anda sendiri. Di sinilah kunci untuk follower kalian bertambah. Begitulah. #RahsiaPenulisanBerpengaruh #KHM

5 perkara yang boleh buat kalian tidak fokus dalam membangunkan #content di media sosial: 1. Membandingkan tulisan atau pembinaan #posting kalian dengan orang lain. Boleh untuk rujuk dan baiki, bukan melihat tanpa belajar sesuatu. 2. Terlalu banyak berfikir tanpa berbuat. Selagi tak mencuba, selagi itulah kalian tak belajar. 3. Melihat jumlah like, share dan komen yang sedikit dan sentiasa merasakan ia sesuatu yang sukar nak dibuat. Sedangkan jika diperhatikan pertumbuhan, ia adalah perkara normal. Tak ada kejayaan yang datang dengan banyak sekaligus. 4. Merasakan orang tak like adalah tak suka. Sedangkan sosial media bersifat persepsi. Tulis sahaja, fokus dan konsisten. Jika kita tahu, suka, mahir tentang hal itu, post sahaja, lambat laun akan ada orang ikuti perkembangan kita. 5. Sentiasa dikelilingi oleh orang yang salah. Di alam realiti bersepah kawan suka kutuk, di media sosial pergi add entah siapa-siapa. Akhirnya terus mendapat komen dan reaksi yang menjatuhkan. Bina persahabatan yang menguat, positif dan saling percaya. * Pelajarannya ialah: - buat sahaja. - tak ok, repair dan buat lagi. - positif. - fokus. - disiplin. - konsisten. - bersungguh-sungguh berusaha. Semua ini ada 1 perkataan yang sesuai, ia adalah “kental”. Jika mahu bermain media sosial, kena ada perkataan tersebut. Hanya jiwa yang ada itu akan ramai follower, akan berjuta jualannya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Siapa yang berusaha, dia akan berjaya. Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

photo content

Kalian dah book Kurma Medjoul Palestin? Lekas tau, insya-Allah stok sampai minggu ini dan kami akan kurierkan terus. RM69/kg
Kalian dah book Kurma Medjoul Palestin? Lekas tau, insya-Allah stok sampai minggu ini dan kami akan kurierkan terus. RM69/kg sahaja. Pek kotak dalam 1kg. Kurma saiz besar, lembut dan sedap. Klik sini ya: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Rutin saya menulis #content di media sosial: 7-9am - Tips Content (To Educate). 10-12pm - Iklan Kelas / Ebook (To Moneytize).
Rutin saya menulis #content di media sosial: 7-9am - Tips Content (To Educate). 10-12pm - Iklan Kelas / Ebook (To Moneytize). 2-4pm - Side (To Entertain). 5-6pm - Review (To Inform / To Moneytize). 8-10pm - Side (To Entertain) atau To Inspire. (Jadual ini saya akan main dan rotate fungsinya setiap hari). * To Educate / To Inform / To Inspire: Crowd, dapat share. To moneytize: dapat duit. Side: Maintain engagement. Saya akan tulis sahaja setiap hari dalam Microsoft Word, kemudian saya save dalam folder. Itu dinamakan sebagai bank content. Saya masih ada 200 posting yang belum up. Masih ada 40 resipi yang belum up. Jadi, sibuk bagaimanapun, follower tetap naik apabila kita buat posting crowd. Sales tetap masuk walau kita tidur. Best kan? Alhamdulillah. Allah perancangan, maha merancang. Kita sebagai hamba, nak berjaya juga kena merancang. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, ya https://t.me/ContentKHM

Mula baca 1 buku. Mula berlari 1 kilometer. Mula bangun 1 jam lebih awal dari biasa. Mula bersedia 1 minit sebelum masuk waktu solat. Mula dengan mengaji 1 helai Al-Quran. Mula berdoa lebih 1 perkara setiap masa. Mula makan 1 jenis sayur setiap hari. Mulakan hari dengan 1 gelas air. Mula tidur 1 jam lebih awal dari biasa. Mula bekerja dengan tulis 1 helai checklist. Sentiasa sedekah RM1 di mana-mana. Didik diri belanja sekurang-kurangnya 1 pinggan makanan. Bawa bekal 1 jenis buah setiap hari. Sentiasa istighfar pada setiap 1 jam. Mula bantu 1 orang ahli keluarga. Mula berguru dengan 1 orang cikgu. Mulakan sahaja. Kawan-kawan, semuanya bermula dari 1. Lihat bagaimana anda berubah dalam 1 tahun. Dan kemudian lihatlah tahun seterusnya anda jadi apa. Kaya dan berjaya ada caranya. Semuanya bermula dengan 1 langkah. Kemudiannya jadi beribu, juta dan lebih. Bangkit kawan-kawan, terus mula esok! Tak perlu tunggu lagi! Kita nak berjaya, kita masih tak mahu bergerak kepada langkah pertama. Lawan malas, lawan segala apa hal negatif yang ada dalam kepala. Kita nak berjaya, maka kita kena mula! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah!

Khairul Hakimin Muhammad - Telegram 频道 @contentkhm 的统计与分析