fa
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

رفتن به کانال در Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Khairul Hakimin Muhammad

کانال Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 35 289 مشترک است و جایگاه 277 را در دسته بازاریابی و PR و رتبه 893 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 35 289 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 23 سپتامبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -247 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -6 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 8.64% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً N/A% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 0 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 0 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 24 سپتامبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته بازاریابی و PR تبدیل کرده‌اند.

35 289
مشترکین
-624 ساعت
-557 روز
-24730 روز
آرشیو پست ها
Soalan: Saya perasan yang tuan duk susun posting, apa impaknya? Jawapan: Saya suka disiplin itu. Lain orang lain cara, kalian boleh susun, boleh tak perlu susun, semua ok sahaja. Saya memang dah set 7 - 9.00 pagi akan beri tips #content atau #StoryTelling, kemudian lepas 2 jam sama ada buat iklan atau sebarkan produk, kemudian saya akan letak posting yang orang akan klik butang share, seperti cerita dan sebagainya, petang buat review produk, malam saya akan tulis hal yang orang rileks dan bertenang. Content yang saya susun melibatkan: Double Engagement - Sales - Double Engagement - Sales - Engagement. Double engagement = dapat Share + Like dan komen. Sales = engagement turun, tapi dapat duit. Ok ja. Kemudian kena naikkan balik engagement tersebut dengan posting lain sekitar 2 jam selepas itu. Barulah semua ok, follower masih bertambah, sales pun lebat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sedang solat pun Allah suruh ikut masa, inikan hal kerja. Cewah.

photo content

Abah saya seorang cikgu. Emak pula suri rumah, namun bantu abah berniaga dari tingkap rumah. Zaman kami duduk rumah guru, emak akan berniaga aiskrim Malaysia. Ada budak sekolah lalu, mereka akan ketuk cermin dapur membeli. Peristiwa ini buat saya percaya bisnes lagi best. Abah seorang yang sangat taat kepada kementerian. Kalau boleh, nak anak-anak semua jadi cikgu atau tenaga pengajar. Hasilnya abang sulong saya seorang guru. Habis diploma, abah akan cakap "jadilah cikgu." Habis degree, abah akan cakap "jadilah cikgu." Namun saya tak bertempur langsung. Hanya pergi sahaja apa interview dan ujian untuk puaskan hati abah. Saya tak berjaya dan akhirnya kerja kilang. Namun, semasa kerja kilang, saya tak pernah tak buat part time. Bukan waktu itu sahaja, masa di sekolah dan Universiti saya sentiasa berniaga apa sahaja. Buat tshirt kelas, buat flyers, buat poster. Semua asal boleh jana duit. Di Universiti, kerja potong ayam, kerja katering bagai. Semua buat. Saya tetap letak dalam kepala bisnes tetap lagi best dari bekerja. Sampailah pada tahun 2006, saya berkahwin dan saya cakap ke isteri saya yang saya akan makan gaji maksimum 10 tahun. Lalu saya tulis dalam diari yang saya akan: - ada kedai. - ada bisnes - ada kilang (siap tulis dalam kurungan kilang makanan). - ada adik beradik bantu. - isteri saya akan berhenti kerja. Banyak saya tulis dan buku nota itu masih ada sampai sekarang. Haha tak boleh tunjuk bahaya ada banyak wishlist. Hahahaha. Nak cakap kepada kalian, selepas 10 tahun 2 bulan, Allah susun saya berhenti kerja saat saya diterima jadi pengurus bahagian latihan di kilang tersebut. Jawatan itu best. Ada gaji besar, ada elaun bagai. Namun sebab mind set nak bisnes lebih besar, big why lebih besar, saya pilih bisnes. Saya masuk kelas, berguru dan cari ilmu tak putus-putus. Saya nak upgrade diri, jadi saya wajib pergi belajar. Saya lalui tahun pertama yang agak sukar. Namun alhamdulillah dapat atasi dengan sokongan dan dorongan isteri dan keluarga. Waktu berhenti kerja itu, abahlah paling runsing. Namun hari ini beliau bangga saya berhenti kerja. Syukur Alhamdulillah. Kawan-kawan, Ada 2 benda saya nak beritahu di sini. 1. Mindset kena kuat. Hadap ujian namun tak payah bertempur. Tak payah buktikan apa-apa kepada sesiapa, hanya terus cari jalan nak capai cita-cita. Yakin ujian itu Allah sediakan untuk kita, jadi kita kena positif laluinya. 2. Rajin menulis wishlist. Bukan setakat sembang dan cakap sahaja. Tulis, tulis, tulis. Contoh: Pada tahun 2023, saya ada sebuah kilang biskut dengan kapasiti 200 pekerja dan pengeluaran 20,000 balang sehari. Ha gituh. Allah makbulkan, Allah tak pernah tak makbulkan doa kita. Hanya cepat lambat sahaja. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Percaya Allah bantu. 💪

Orang Bangi dan sekitarnya: Malam tadi ada yang kecewa biskut di kilang kami dah tak banyak. Dont worry bebeh, pagi ini kami
+2
Orang Bangi dan sekitarnya: Malam tadi ada yang kecewa biskut di kilang kami dah tak banyak. Dont worry bebeh, pagi ini kami buat lagi dan akan top up di rak kedai sebelum tengah hari ya. Mai jam 3 petang untuk dapat air Kopi Meta percuma! Waze Lokasi kami Use Waze to drive to KHM FOODIES SDN BHD, Jalan 6C/6, Bandar Baru Bangi: https://waze.com/ul/hw282g8s0d Buka jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam.

Semalam saya dapat nasihat mudah nak melihat team atau lihat diri sendiri adakah kita akan jadi jutawan satu hari nanti. 1. Kita pupuk minat berniaga. - mungkin dulu tak minat, namun sebab tahu nak kena ubah diri dan keluarga, kita usaha cuba sesuatu yang baru walau benda kecil. Contohnya berniaga pasar malam, jadi droship atau ejen apa-apa bisnes. - semangat dan berjaya buang malu ini pasti buat kita berada dalam liga berbeza dari kerja makan gaji. 2. Kita ada sense dalam urgency. - kita ada speed. Kita ingin selesaikan masalah. Kita tak suka drama. Kita nak penyelesaian. Kalau kita nampak ini dalam diri kita, maka ketahuilah kita akan pergi jauh. - kalau kita hadap masalah dan kita tak berhenti persoal kenapa kenapa kenapa, bermaksud kita masih di tempat sama. 3. Kita konsisten upgrade diri. - kalau dulu tak ada nak solat sunat. Sekarang dhuha tak tinggal, solat sunat sebelum subuh tak pernah miss, tahajjud juga buat selalu. - kalau dulu zikir tah kemana, sekarang sentiasa selawat. - kalau dulu sedekah hanya pada hari jumaat, sekarang hari-hari. * Kawan-kawan, Kita tentukan kita nak jadi apa dan bagaimana kita nak capai, kita yang kena usahakan. Allah akan bantu dan Allah takkan sia-siakan mereka yang berusaha. Bangkit gais! Cuba tengok diri kita sekarang dan diri kita 5 tahun lepas, kalau masih sama, maka kita kena usaha ubah mula hari ini juga! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 💪

Mana yang masih nak biskut mazola, ini senarai ejen yang masih ada stok 1. Ezam, 10 Balang, Seremban - Senawang - Sendayan www.wasap.my/60136309750/Mazola 2. Zilah 18 balang (Shah Alam; Seksyen 17 - Seksyen 32; Kota Kemuning;Jalan Kebun; BSP) http://www.wasap.my/60123581673/mazolaraya 3. Nadia 14 balang (Alor Setar, Jitra, Pendang) www.wasap.my/60107698151/mazola 4. Ruslaily 6balang ( Sungai Udang/ Masjid tanah/ bukit Rambai/ Melaka) www.wasap.my/60193858656/MazolaSedap😋 5. Pja Enterprise 50 balang - 1496, Jalan Nangka, Bukit Mertajam, Pulau Pinang www.wasap.my/601154314131/biskutmazola 6. Hidayah@Elly Ismail 8balang - Melaka www.wasap.my/601159641159/MazoLa 7.Nik Aida 18 balang-Jalan Klang Lama/Taman Sri Manja/Taman Sri Sentosa www.wasap.my/6011-11508920

Kawan-kawan, Dalam berniaga, Kejar dulu RM10 pertama. Kemudian RM100 pertama. Kemudian RM1,000 pertama. Kemudian RM10,000 pertama. Kemudian RM100,000 pertama. Kemudian RM1,000,000 pertama. Dan seterusnya. Semua tangga itu berbeza. Dan kita perlu belajar, cuba, buat, belajar, cuba, buat, belajar, cuba, buat, belajar. Merendah diri, Ada rasa nak belajar, Cari guru! Mindset kena kuat, Konsisten, Tutup ruang benda negatif, Pulun! Terpaling penting ialah duduk dalam circle dan berkawan dengan orang yang betul. Kalau hari-hari kita dengar orang cakap kita takkan berjaya, kita takkan dapat buat, benda itu mustahil dan sebagainya, dari mana kita nak dapat kekuatan nak buat RM10 pertama? Kena usaha berkawan dengan orang yang mindset sama. Yang hari-hari kalau jumpa sembang idea. Sembang nak besarkan lagi bisnes. Nak luaskan lagi empayar. Bagaimana nak pakai strategi itu ini. Itulah keistimewaan circle dan kawan yang betul. Dan yang paling nak kena jaga ialah hati sendiri. Berhenti duk nak rasa buat bisnes ini untuk tunjuk kat orang kita boleh berjaya. Lantakkan semua itu. Buh dalam kepala kita kena bantu diri sendiri. Kita kena bantu keluarga, kita kena bantu ramai orang sekeliling kita. Baru semua itu Allah bantu. Kalau kita buat untuk duk sekadar jaja dan tunjuk, ia bukanlah benda baik. Ia boleh jadi dosa dan entah-entah sukar nak dimakbulkan. Kawan-kawan, jaga hati okeh! Bismillah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sudah melepasi 1 juta pertama beberapa tahun lalu. Alhamdulillah.

Tinggal 55 jaaa haha

Tinggal 190 ja wehhh. Baik cepat

Rezeki orang tak tidur selepas subuhhhh! Mana yang tak berjaya dapatkan Gift Pack biskut keluaran kami (Pack of 3) dari Mydin
Rezeki orang tak tidur selepas subuhhhh! Mana yang tak berjaya dapatkan Gift Pack biskut keluaran kami (Pack of 3) dari Mydin, kalian boleh terus ke akaun Shopee Mydin. Klik je dekat sini, depa masih ada stok! Lekas! https://shopee.com.my/product/41985388/16940498137?smtt=0.357642152-1650666191.9 Dapatkan tauuuu! Boxnya cantik boleh buat gift. Tema songket. Boleh jadikan hadiah untuk emak ayah di kampung! Lekasss! RM40 ja untuk 3 balang + kotak cantik!

Apabila bermain media sosial, kalian perlu ingat: 1. Kita berinteraksi sesama manusia, ia tentang manusia dan bersembang tentang hal-hal biasa yang manusia lalui. Ia ada kaitan yang kuat dengan emosi. 2. Ada lebih 3.2 Billion aktif user setiap hari mengikut data dari Emarsys. 3. Dari angka itu, ada lebih 70 juta pemilik bisnes yang membina perniagaan dan menjadikan Facebook sebagai “kedai” yang paling menguntungkan. 4. Di Amerika, purata bermain Facebook ialah sekitar 58 minit sehari. 5. Dalam tempoh itu, peniaga perlu beriklan dengan tersusun untuk mendapatkan jualan sekitar 30-48 saat selepas audien membaca posting kita. 6. Ia adalah #content yang menyebut tentang info produk, kelebihan, menggunakan emosi yang sesuai dan membantu audien menyelesaikan masalahnya. 7. Ia adalah content “to educate, to inform dan to inspire” yang menjadikan orang mengikut kalian, dan seterusnya membeli produk dari kalian. 8. Setiap aktif user di Facebook dikatakan telah klik sekitar 8 iklan sebulan dan membelinya terus. Ia adalah keputusan yang telah diletak di dalam kepala selepas membacanya berkali-kali. 9. Mengulang content namun menulisnya dengan berbagai teknik, kaedah, cara, jenis dan sebagainya akan menjadikan posting tersebut berkesan menarik pelanggan. 10. Melayan pelanggan dengan baik adalah cara terbaik untuk mendapatkan pesanan. Agenda bersembang “mouth to mouth” di dunia maya adalah 200% lebih kuat dari iklan yang kita buat di Page Ads dan sebagainya. Begitulah. Semoga bermanfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Jaga content, jaga emosi audien.

FREE KURIER! Gais WarongMall.net berikan kami FREE KURIER untuk: 500 pek rendang tradisi, 500 pek dendeng. Ia akan berlangsun
FREE KURIER! Gais WarongMall.net berikan kami FREE KURIER untuk: 500 pek rendang tradisi, 500 pek dendeng. Ia akan berlangsung selama 7 hari bermula sekarang atau habis stok. Mana yang dululah. Haha. Lekas gais! Platform terkini ini adalah milik Malaysia sepenuhnya! Boleh kata inilah platform kita semua. Mari gais terus ke sini: https://warongmall.net/shop/OneCookies-HQ-818 https://warongmall.net/shop/OneCookies-HQ-818 https://warongmall.net/shop/OneCookies-HQ-818 Dapatkan FREE KURIER kalian okeh! Stok tak banyak tuuu! Dapatkan sekarang!

Apa yang menyebabkan #Follower anda naik di Facebook? Jawapannya ialah #SHARE. Buat posting #content yang konsisten tentang sesuatu yang anda mahir, suka, minat, power, hebat. Konsisten bermaksud, wajib ada 3 atau 4 kali seminggu tentang hal tersebut. Posting yang hanya banyak like dan komen, hanya menaikkan engagement. Namun posting yang ada share, akan beri double engagement. Kejar Share okey! #RahsiaPenulisanBerpengaruh Khairul Hakimin Muhammad, 💪

Posting viral, follower tidak naik. Maka perlu kemaskini ruangan profile. 1. Letak gambar profile bersendirian. Bukan dengan kucing, dengan anak, dengan keluarga, dengan suami / isteri, dengan kawan. Gambar yang bagus ialah gambar seorang diri berukuran passport (dari atas dada ke rambut). Juga bukan gambar ilustrasi atau karton. 2. Gambar cover mesti bersifat kehidupan. Bukan menjual atau meletak perkataan. Apabila posting viral, profile akan dilihat dengan tekun, jika ada perkataan seperti perunding bla bla bla, penjual bla bla bla, ejen bla bla bla, audien akan kembali berundur dan tidak klik butang follow. Gambar yang bagus ialah gambar biasa yang sifatnya tentang kehidupan. Seperti makan, travel, keluarga dan kawan. Meletakkan perkataan di ruangan gambar, sekaligus menjadikan gambar itu poster. 3. Ruangan edit bio atau description, letak elemen minat atau hobi. Bukan jawatan. Saya sendiri letak suka memasak, menulis dan mengembara. Minat yang sama dengan audien akan mendekatkannya dan memudahkan klik butang follow. 4. Jawatan letak di ruangan about. Letak jawatan yang betul, bukan main-main. 5. Gunakan nama manusia. Bukan nama kedai, nama produk dan tulis dengan ejaan biasa. Bukan guna huruf jawi, latin serta bahasa yang sukar difahami oleh audien sendiri. Jika tidak mahu guna nama sendiri, tak mengapa. Guna nama panggilan, pena atau mana yang kalian suka, janji nama manusia. Ingat kawan, ini media sosial. Bangunkan kepercayaan tinggi dikalangan audien. Dan audien akan mula tekan butang follow. #RahsiaPenulisanBerpengaruh Khairul Hakimin Muhammad, Tips ini hanya ada di Channel Telegram KHM. https://t.me/ContentKHM

Ada antara kita yang sedang menidurkan kemahirannya, menidurkan bakatnya, menidurkan kekuatannya dan menidurkan semangatnya. Ramadan kali ini bangkitlah. Bangunkan semuanya, belajar bagaimana untuk kuasai dan pastikan ia berbaloi untuk kita dapat bantu lebih ramai lagi! Bangun dan bangkit kawan-kawan!

Untuk posting #iklan, #content boleh digunakan dengan: 1. Awareness. Biasanya bersifat menerangkan produk sahaja. Jarang dapat jualan namun posting ini memberi makna. Apabila semakin ramai yang tahu tentang produk, ia memudahkan posting iklan selepas itu. Sekiranya dapat jualan, ia bonus. Masa yang sesuai ialah 12 tengah hari. 2. Sales. Boleh dimuat naik secara terus hard sell atau soft sell. Tak jadi masalah. Apabila orang sudah tahu tentang produk, proses membuat jualan akan jadi “kacang!” Namun, di sini yang memberi cabaran ialah aktiviti closed sales. Mesti ada sistem yang lengkap dalam menerima tempahan seperti meletakkan link Whatsapp. Yang menerima tempahan pula kena laju, kurier kena cekap dan menerima rungutan dengan terbuka. Masa yang sesuai ialah 3.00 petang atau 5.30 petang. Dua perkara ini dibangunkan dengan content tersendiri, dan mesti selalu dibuat. Ingat, bukan semua posting kita adalah posting iklan. Ia tetap perlu disisip dengan posting kehidupan biasa. Kalau tidak, semua orang akan berundur dan merasakan kita ini hanya kedai, bukan manusia yang mahu bermedia sosial. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka iklan pada 10.00 pagi, 12.00 tengah hari, 3.00 petang dan 6.00 petang.

photo content

Menyenaraikan kesyukuran semalam pada hari ini adalah proses yang membersihkan hati. Rasa Allah beri banyak, rasa Allah menyayangi dan rasa Allah sentiasa di sisi. Dari sekecil-kecil hal, hingga ke perkara besar. Saya beri contoh ya. Ini saya buat setiap hari dan saya ada siap-siap "buku syukur" saya. Saya tulis setiap pagi sebelum waktu dhuha. - Alhamdulillah semalam dapat berpuasa. - Alhamdulullah semalam dapat berbuka. - Alhamdulillah semalam dapat sedekah waktu subuh. - Alhamdulillah semalam sales RM100,000. - Alhamdulillah semalam dapat mengusik dan bergurau dengan keluarga di Group Whatsapp. - Alhamdulillah semalam dapat keluar sekejap beli barang dengan keluarga. - Alhamdulillah semalam dapat jumpa team di kilang. - Alhamdulillah semalam dapat ilmu baru dari team. - Alhamdulillah semalam dapat buat live dengan share lebih 2k. - Alhamdulillah semalam dapat hadiahkan telekung kepada keluarga. - Alhamdulillah semalam dapat jumpa keluarga di rumah mentua. - Alhamdulillah semalam dapat up posting best-best di socmed. - Alhamdulillah semalam dapat sahur bersama keluarga. - Alhamdulillah semalam dapat membaca buku Hypo Selling. - Alhamdulillah semalam dah masuk juz 5 mengaji. - Alhamdulillah semalam dapat masakkan kari ayam. Ini contoh sahaja kawan-kawan, saya malu nak tunjuk buku syukur saya. Banyak hal peribadi ditulis di situ. Maaf sungguh. Saya sekadar nak beritahu apabila kita luahkan kesyukuran dan tulis, kita lebih hargainya. Kita dapat fikir dengan rasional rupanya Allah beri kita banyak setiap hari. Dan kita wajib bersyukur. Kalau dalam kepala kita penuh hal negatif, kita sentiasa rasa tak cukup, maka kita akan terlindung dengan banyaknya pemberian yang Allah beri. Sebab itu pandang orang lebih sikit kita marah, pandang orang kaya pun kita rasa mereka jahat dan sebagainya. Kawan-kawan, Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7) Allah sendiri beritahu yang kita kena bersyukur. Dari perkara sekecil-kecil sampailah ke benda besar. Bersyukur sebanyak-banyaknya. Kita akan dapat lagi dan lagi. Berhenti mengeluh, berhenti pandang orang lain dapat banyak, tengok diri sendiri. Boleh jadi sangat banyak kita dapat, namun asbab tak berhenti tengok orang lain, kita terlupa nak berterima kasih kepada Allah. Hati-hati kawan-kawan, saat kita dapat kita tidak bersyukur segala nikmat, boleh jadi saat Allah tarik, Allah sengaja campakkan dalam kepala dan jiwa kita, kita sayang semua benda. Itu penyebab kita makin resah, gelisah jadi tak keruan sepanjang masa. Nak jiwa tenang, bersyukur. Lihat banyaknya Allah beri setiap hari. Jiwa lapang, tidur pun lena. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bersyukur ada follower dan rakan yang sentiasa support saya. Terima kasih semua. Sayang belaka. ❤️❤️❤️.

#content yang bagus tidak bersifat: 1. Merungut. - memberi tahu masalah, namun tidak memberi bagaimana ia boleh diselesaikan. 2. Membuka jalan berbahas. - menyebarkan kesilapan / kesalahan orang namun tidak memberi impak positif. 3. Membantah. - menulis untuk berbahas, namun hanya maklum apa yang tidak disukai, bukan memberi hujah fakta jelas yang ia boleh diperbaiki. 4. Membuka aib. - menyebarkan kesilapan orang lain, memburukkan dan bersifat menjatuhkan maruah orang. 5. Meroyan. - menulis sesuatu masalah itu dengan marah, benci dan maki dan fokus kepada hal itu sahaja tanpa memaklum bagaimana ia boleh selesai dengan membuat beberapa siri posting yang lebih kurang sama. Elakkan 5 hal ini ya kawan-kawan. Fokus beri impak positif! Khairul Hakimin Muhammad, Fokus posting kebaikan.

Boleh jadi itu antara penyebab kita gagal dan kita sering resah melihat kejayaan orang lain. Kita tak besar mana pun. Allah sahaja ada kuasa. Nak berjaya, bersihkan hati, rendahkan diri. Orang tinggi ilmu, adabnya juga harus tinggi. Begitulah, Khairul Hakimin Muhammad, Selamanya pelajar di muka bumi.