fa
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

رفتن به کانال در Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Parenting Maznah Ibrahim

کانال Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 16 278 مشترک است و جایگاه 962 را در دسته خانواده و کودکان و رتبه 2 361 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 16 278 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 20 ژوئن, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -128 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -12 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 6.19% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 2.52% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 1 008 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 410 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 21 ژوئن, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته خانواده و کودکان تبدیل کرده‌اند.

16 278
مشترکین
-1224 ساعت
-347 روز
-12830 روز
آرشیو پست ها
photo content

Semalam Fateh anak saya berkata :- Mummy mesti bangga dapat anak macam Fateh yang pertama mandi pagi dan petang. Wah apa lagi saya pun ucapkan semula ayat pengesahan (words of affirmation : Tangki Emosi Perkataan) : "Mummy dan Ayah memang amat bangga, syukur dapat anugerah anak soleh macam Fateh yang rajin mandi, jadi orang pertama sekali mandi waktu pagi dan petang tanpa disuruh". ...... Fikir semula, macam mana dia boleh ucapkan sebegini? Pastinya dari tangki words tertentu yang Mak Ayah dia selalu ucapkan iaitu 'Proud' / Bangga (walau dia Thinking selalu juga cakap dia tak suka dengar Mummy dia cakap banyak,banyak 😅). ..... Kemudian dia beritahu : Kawan Abang cemburu sebab Abang ada Mak Ayah macam Mummy dan Ayah. Owh hooo camana tu, saya tanya ? Dia sebut nama kawan dia, X iaitu adik kepada abang Y ni, terkejut dan kelihatan cemburu bila dia beritahu atau cerita yang dia dapat apa dia nak (mainan spesifik) setiap bulan bila dia minta pada Mummy (hmm shopee Mummy ler tew 😅😅😅🙊). ..... Tangki material : saya adakan 1 kali sebulan sebab dia layak atas setiap usaha kecil dia lakukan setiap hari sama ada di sekolah, atau di rumah. Dan tangki material saya dapati banyak didambakan oleh kanak-kanak kerana mereka menilai kasih sayang dengan memperoleh apa dia teringin (selain tangki lain yang lebih utama, namun sila limitkan ia agar : 👉 jadi special, 👉 sentiasa tunda / tangguhkan keinginan tidak dapat on the dot dia minta, didik dia sabar dan berdoa, 👉 sentiasa ada sebab kepada hadiah material itu, tiada percuma, 👉 sentiasa penuhkan tangki lain juga iaitu masa, sentuhan, layanan/perbuatan, dan perkataan dengan sangat TIPTOP sebab material tidak boleh ganti sama sekali 4 tangki lain ini). . Dan ya, perkongsian pengalaman dia dengan kawan buatkan dia sedar rupanya ada kawan dia tak dapat macam apa dia dapat dari mak ayah dia... . Syukur Alhamdulillah Tabarakallah, Allah tunjuki dia. . Saya kongsikan tips perkataan power agar anak akan beremosi positif dan seterusnya bertingkahlaku positif ya.😍 .... BINA/TINGKAT SELF ESTEEM ANAK: GUNA PERKATAAN POWER INI UNTUK BOOST MOTIVASI ANAK . Banyakkan guna perkataan-perkataan ini dalam percakapan harian anda dengan anak untuk kekalkan dan tingkatkan motivasi mereka, sekaligus cipta happiness dalam memori di sistem otak mereka. . 🏆 Waah.. ANAK HEBAT ayah berjaya buat …..(xyz)...(roket kertas sendiri, basuh kasut sendiri, basuh pinggan sendiri - harus disebut jelas spesifik) . 🏆 MasyaAllah SUKAnyaaaa Mama bila ….(xyz).. (kakak berusaha kongsi mainan dengan adik, buat air susu sendiri, sikat rambut sendiri, .. SUKA buat yang mendengar akan SUKA hati juga 😊🥰) . 🏆 You are a wonderfull child. Kakak dan abang adalah ANUGERAH TERHEBAT Mama/Ayah dapat dari Allah. . 🏆 It’s okay. TAK APA buat silap, Abang/Kakak CUBA LAGI! Mama yakin lepas ni lebih baik. . 🏆 BOLEH. NANTI abang jadi angkasawan yang seterusnya dalam Negara. 🏆 BOLEH. NANTI kakak jadi tukang masak terhandal dalam Negara dan dunia. . 🏆 Anak KACAK/COMEL/SOLEH/SOLEHAH Mama ni tengah (xyz) (sikat rambut ke, lukis orang ke, berlatih matematik ke), mesti ramai suka sebab (kemas rambut tu, nanti pandai lukis macam orang betul, lama lama terror math). . 🔜 PERKATAAN yang BAIK BAIK beri EMOSI baik-baik juga. Maka TINGKAHLAKU anak juga jadi baik-baik nanti ;) . 🔜 Kerana kata kata anda adalah DOA untuk anak. . . . 😍😍 Semoga dapat sesuatu untuk parenting journey anda pula 👍👍✔✔ ❤️ Oleh : Maznah Ibrahim p/s: Dalam ebook Mudahnya Anak Mendengar Kata Dengan Teknik Hypnoscript, saya ada kongsi lebih 200 skrip positif yang berpengaruh, yang boleh tuan puan gunakan pada situasi tertentu (73 situasi common harian) ❤❤❤ Boleh rujuk website ini untuk maklumat lanjut. 👉👉👉 https://hypnoscript.cc/?utm_source=tc20200313 👉👉👉 https://hypnoscript.cc/?utm_source=tc20200313 👉👉👉 https://hypnoscript.cc/?utm_source=tc20200313 . .

Kenapa Penting Bercakap Elok-Elok Kepada Anak ? Ramai yang membaca penulisan saya sedar dan tahu, untuk bercakap dengan perkataan yang betul kepada anak, selalunya ia sedikit panjang, 'proper' dari segi susunan ayat dan perlu fikir dahulu baru ucapkan. Anda ada rasa begitu? Saya juga rasa begitu 😊. Baca hingga habis: https://maznahibrahim.com/kenapa-penting-bercakap-elok-elok-kepada-anak/

INPUT dari PAKAR untuk BANTU Anda Jadi #IbuBapaKini Yang Lebih Baik Suami saya selalu kata" "Dengan Ilmu, Ketakutan Akan Hilang". Maksud dia, kita ni banyak tak sure, tak pasti, maka akan takut itu dan ini. Orang tu kata itu, orang ni kata ini, bila tahu kebenaran sebenar, kita jadi sure, terus ok sebenarnya kan 😅. . Jadi ibubapa ni jika semudah google google dan baca-baca aja, memang mudah, namun berisiko, sebab kita akan mudah terikut tren kebanyakan orang, yang mungkin ia bukanlah yang betul dan terbaik untuk diri kita, anak kita, keluarga kita, dan situasi kita. Namun mendengar sendiri input dari pakar yang banyak pengalaman dan telah consult ramai orang juga tidak mudah diperoleh sebab keterbatasan mereka nak sampai maklumat kepada kita. . Nah, telah dihimpunkan lebih daripada 20 orang Pakar yang anda boleh belajar, dan tambah ilmu / strategi penting mengikut kesesuaian diri anda. . Ibarat duduk dalam satu seminar sehari, biasanya kita dapat dengar dari 3 speaker macam tu. Perlu arrangement tinggal anak dengan pasangan/ pengasuh, dan mobiliti ke tempat seminar nun di Lembah Klang sana. . Dalam kursus ni, terdapat 27 SPEAKER yang setiap satunya akan berkongsi selama lebih kurang 1 jam atau lebih yang akan berbicara tentang topik khusus yang mereka arif. . 5 HARI Parenting Course untuk anda, Toddible Baby Summit (TBS) 2020 diadakan julung-julung kalinya semenjak tahun 2017 foundernya teringin nak menganjurkannya, ha.. baru kini mendapat (tahun 2020). . Terima kasih saya ucapkan kepada Dr Amalina dan team TBS kerana telah bersusah payah menghimpunkan, dan mengumpulkan seramai 27 speaker tempatan dalam pelbagai topik untuk kita, #IbuBapaKini, . Dari permulaan kehamilan, kelahiran, penjagaan bayi, parenting dan pemakanan. MasyaAllah Tabarakallah. . Saya teruja bila mula mendapat tahunya 😍😍😍, sesuatu yang telah difikirkan lama namun saya sendiri tak mampu lakukannya. . Setiap proses itu ada keterkaitannya dari kehamilan hingga anak telah selamat lahir dan membesar dalam dunia serba mencabar ini, kan? . Jemput daftar untuk tak ketinggalan ilmu yang seumur hidup berguna, tapi kena laksana sekarang juga bukan nanti nanti. . Ia akan berlaku secara online selama 5 hari pada 23-27 Mac ini. . Dr Amalina sendiri semasa menjadi host kepada setiap slot itu, telah banyak belajar sesuatu, apatah lagi kita juga, saya pasti kita semua akan belajar banyak. Ilmu yang kita harap telah tahu awal dulu-dulu masa anak belum lahir lagi, huhu 😣. . . Tapi tak apa, tiada istilah terlambat, the matter of just do it aja ok 😉. Kongsikan dengan adik adik anda, junior anda, dan kenalan anda, akan berita baik ini. . Info penuh dan pendaftaran di sini: https://go.mazn.me/ToddibleSummit https://go.mazn.me/ToddibleSummit https://go.mazn.me/ToddibleSummit . p/s: Saya ajak anda kerana saya sayang anda semua dan nak sama-sama raih ilmu penting ini sama-sama. Kita jumpa live nanti sebagai peserta dalam Summit ni ya. . CARE ♥, Maznah Ibrahim

photo content

Tips Keibubapaan #59 ( Frasa Magis Nak Ucap Kat Anak Bagi Strategi Disiplin Lebih Tenang dan Berkesan) Berbanding marah-marah atau hukum, Cubalah ubah dengan beberapa pendekatan berbeza dari kebiasaan. Saya selitkan nota dan contoh di setiap gambar ya. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1408894799285100&id=477691842405405 Semoga bermanfaat. CARE ♥️, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Adakah Kita Rasa Anak Kita Ni Seorang Yang Keras Kepala? Anak keras kepala ni macam ala-ala anak ‘ketegaq’ la bak kata orang tua/utara. Pada saya, degil, 'ketegaq', keras kepala ('stubborn'), melawan cakap, semuanya adalah satu tanda anak tidak bersetuju dengan kita, #ibubapakini. Fahami 'nature'nya agar respon / tindakbalas kita kepada anak ini adalah berpendekatan lebih positif apabila kita memahaminya lebih baik. Baca lanjut: https://maznahibrahim.com/anak-keras-kepala/

photo content

Tips #58 ( Kejutkan Anak Bangun Tidur dengan Baik ) Saya sediakan 3 langkah yang mungkin boleh bantu kita semua untuk bangunkan anak tidur pagi dengan baik. Mudahan mood seterusnya seharian adalah baik, dan mood mak ayah juga positif. Boleh klik setiap pic., ada tambahan maklumat. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1408344692673444&id=477691842405405 CARE ♥️, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

Tips Keibubapaan #57 ( Formula Ajar Anak Tingkahlaku Hormat - Elak Anak Kurang Ajar ) Banyak terjadi, anak memberontak dan mula kurang hormat (kurang ajar) kepada #IbuBapaKini. Modus operandinya bermula di rumah, Anak dengan ibuayah. Formula 2 paling utama. *tiga tiga pun penting sangat. CARE♥️, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Bermula dari kehamilan, kelahiran, penjagaan bayi, parenting, dan pemakanan. . Rugi tak daftar sebab ia julung-julung kali diadakan, dengan banyak tajuk yang penting dan releven untuk membantu tingkatkan ilmu parenting kita semua. Saya pun sangat teruja nak tonton semua ini (kalau boleh, maka nak beli yang ada Pendrive tu 😄😄😄 sebab Intuiting suka simpan dan berangan nak tengok nanti ☺️). Nak nak musim virus ni, saya rasa dapat attend seminar parenting dari rumah pun dah sangat-sangat syukur…MasyaAllah tabarakallah. Kongsikan dengan kawan-kawan anda link atas juga ya. CARE❤️, Maznah Ibrahim

Macam Mana Nak Atasi Anak Yang Degil? Saya mendapat banyak soalan dalam support group dan email mengenai anak yang dikatakan sebagai ‘degil’ atau tak dengar kata ini. Jika bayi toddler ok lagi, bila dah fasa usia 4 ke atas banyak ibu terlepas cara dengan hukum tak sesuai kepada anak jenis ini. Betulkan Mindset Kita Dulu ------------------------------------ Saya tekankan perkataaan yang sesuai ialah ‘Tidak’ dan disusuli ‘Apa Yang Kita Mahu Anak Jadi’ (Hypnoscript) iaitu : "Anak Saya Tidak Dengar Cakap Saya, Puan. Macam Mana Saya Nak Atasi atau Handle Anak Ini" Sebab kita berhasrat anak-anak ini akan jadi seorang anak yang mendengar kata kita (insyaAllah), maka anak ini BELUM dengar kata kita lagi, dan kini kita sedang mencari solusi atau alternatif pendekatan lebih baik kepadanya (elak LABEL: ANAK DEGIL) Pendekatan Sesuai Untuk Anak Ini --------------------------------------------- Saya percaya anak-anak ini, masih dalam peringkat dibentuk, belum jadi buluh keras lagi. Ikut usia perkembangan, ada fasa normal untuk anak sangat tak ikut apa kita kata, dan egosentrik (2-7 tahun). Namun pastinya ada cara yang lebih baik berbanding turut sama menjadi ego seperti si kecil ini (kecut membayangkan mak ayah 30 tahun pun jadi sama tantrum macam si anak 3-4 tahun). Apa Sebenarnya? ----------------------- Berita baiknya anak ini sebenarnya anak yang tinggi karektor kepimpinan dan ketegasan dalam diri, iaitu anak ‘Strong Willed’, dan ‘High Sensitive Child’, apa saja yang kita cakap dan apa saja yang kita buat kepada dia mahupun kepada orang lain, dia amat sensitif dan terkesan (saya suspek ia anak jenis ekstrovert di otak menurut ilmu STIFIn). Hinggakan apa kita cakap dan kita buat, sesaat masa itu saja dia sudah tiru, heheheheh. Hebat dahsyat anak ini (Semua anak kita hebat dengan cara tersendiri tau). Ia tidak pelik, anak pertama saya hingga kini masih banyak cuba melakukan sebaliknya dari apa yang kami cakapkan. Fateh, jum solat Jemaah. Kita nak masuk syurga sama-sama kan. Waktu solat Jemaah Maghrib itulah lagi dia buat perkara lain; lambat-lambat, tekan-tekan piano lagi, main dengan Yumna lagi dan macam-macam lagi, kemudian baru join masuk saf sampai habis. Memikirkan fasa ini masih fasa 2 dalam Prophet Parenting atau fasa 4 psikososial: Inisiatif vs Rendah Diri untuk didorong, dibimbing (7-12/14 tahun), maka kami masih positif dan tidak menghukum dia. . Apa Approach/Pendekatan Terbaik dan Paling Sesuai Untuk Anak Jenis Ini? ---------------------------------------------------------------------------------- Ha saya dah kaji dan dah lakukan sejak anak saya ini usia 4 lagi. Jika perasan banyak penulisan saya juga mendekati ke arah pendekatan ini. Iaitu teknik negosiasi dan Time In, bukan berkeras sampai retak patah. Ada 3 pendekatan yang boleh kita gunakan untuk anak jenis ini: iaitu i) Work With Them; ii) Negotiate, dan iii) Inspire Them. Dan anda boleh tonton video penjelasan saya dengan Dr Amalina, Founder Toddible selama sejam lebih, dalam Toddible Baby Summit (TBS) 2020, pada satu masa yang ditetapkan (minggu 23-27 Mac 2020), dalam satu website Summit yang akan diberi link kepada yang daftar TBS 2020 ini. Pada saya jika anak anda usia sekolah rendah dan menengah, semua ilmu ini tidak rugi, sebab ingat entropi: sesuatu tak dibuat apa-apa akan menghala kepada 'disorder'? Tiada istilah terlambat, sebab tugas dan tanggungjawab kita sebagai #IbuBapaKini adalah seumur hidup. . . Antara TOPIK yang saya telah kupaskan ialah: Macam mana nak atasi anak degil/ tak ikut arahan? (Puan Maznah Ibrahim): 1. Kenapa anak degil? 2. Macam mana nak atasi anak degil? 3. Hukuman untuk anak yg tidak dengar kata? 4. Cara mendidik anak mengikut usia masing2. Baby, toddler, preschool, school age, teenagers 5. Macam mana nak ubah sikap anak yg degil? 6. Contoh kes yg puan pernah dengar 7. Pesanan terakhir pada mak mak. . Boleh daftar TBS 2020 ini di sini: https://go.mazn.me/ToddibleSummit https://go.mazn.me/ToddibleSummit https://go.mazn.me/ToddibleSummit Yang menghimpunkan 27 speakers berkaitan Parenting Journey kita semua,

photo content

Tips Keibubapaan #56 ( 5 Mesej Penting Kita Nak Sampaikan Pada Anak Lelaki Kita ) Ada anak lelaki ? Mereka ada sifat fitrah Rijal memimpin dengan sangat baik, termasuk ada kekuatan fizikal yang tiada pada perempuan. Penting sekali kita nak sampaikan mesej ini. Klik setiap gambar, ada sebabnya saya nyatakan begini. Jum baca dan kongsi 😊😊😊 CARE ♥️, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan Klik pada setiap gambar, ada tambahan penulisan di situ ya 👇👇👇 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1407094982798415&id=477691842405405