fa
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

رفتن به کانال در Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Parenting Maznah Ibrahim

کانال Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 16 313 مشترک است و جایگاه 968 را در دسته خانواده و کودکان و رتبه 2 352 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 16 313 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 12 ژوئن, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -126 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -3 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 4.19% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً N/A% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 684 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 0 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 13 ژوئن, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته خانواده و کودکان تبدیل کرده‌اند.

16 313
مشترکین
-324 ساعت
-257 روز
-12630 روز
آرشیو پست ها
Penting Sangat Ke Libatkan Anak dalam Tugasan Dalam Rumah Sejak Awal Usia? https://maznahibrahim.com/ok-ke-latih-anak-buat-kerja-rumah-ni/

3 KUNCI ANAK BEREMOSI POSITIF DAN KURANG TANTRUM Mudah-mudahan kita dapat membantu mengurus emosi anak dengan menyediakan 'asas tapak yang baik' untuk mereka. https://maznahibrahim.com/nak-anak-sihat-emosi-dan-kurang-tantrum/

Komen dan maklumbalas begini banyak saya perolehi dari pm, dan email reply. Biasanya follower yang mengikut penulisan saya selama 2 - 4 tahun, akhirnya telah memberi satu perubahan yang signifikan dalam hidup mereka. Alhamdulillah dengan izinNya. Inilah yang kita katakan sebagai bergaul atau berada dalam circle positif, seperti berkawan dengan penjual minyak wangi kita terpalit wanginya dan berkawan dengan pembuat besi kita terpalit bau besinya (lebih kurang). Maka, pastikan kita berada dalam circle yang positif; membaca, mendengar, dan berbual2 dengan orang / page / website yang hanya membantu membina diri kita saja. Elakkan /off kan membaca timeline atau circle yang kurang membina. Sebab kita manusia ni fitrahnya adalah makluk sosial dan mudah terpengaruh. Hmm... jum bersama-sama untuk meningkatkan diri dalam keibubapaan positif dengan ilmu dan kemahiran yang sesuai.

photo content

Ini boleh berlaku seawal usia anak 7 tahun. Ni saya perhatikan sewaktu anak sulong saya usia 7 tahun, waktu kecemasan la kiranya sebab adik baby dia nak perhatian dan susu, dia yang sedang saya masakkan mee goreng dia, sanggup ambil alih dan buat. Hmm nampak tak kekok dan master cheff jugaklah. Means fasa ni dia konfiden buat sebab telah ada pengalaman sewaktu usia 1-6 tahun di atas tadi tulah. Fasa 7-14 tahun ni mereka banyak dibimbing, dan diberi disiplin sedikit bagi tugasan penting khusus lain seperti kemas katil, basuh pinggan dsb, dan boleh ikut fasa 1-4 di atas semula sewaktu usia sekolah rendah ini, tiada masalah ok 👌😃. Kami pun sedang mendidik si anakanda sulong ini untuk kemas katil dia, lipat selimut cadar bantal dia selepas bangun tidur. Lama fasa 7-12 tahun sebelum masuk asrama ni, tak mengapa pelan pelan santai aja ok. . Maka, buat lah Sebab ia tak luak pun. Santai dan gembira, demi kebaikan kita kelak dan kebaikan diri dia akan datang: masa dia dah masuk asrama, dia masuk universiti, dia berdikari di luar negara ke, dia masuk ke alam rumahtangga, dia menjaga isteri berpantang ke dsb. Jangan esok masa dia remaja kita kata/kondem/banding dia dengan anak orang lain yang pandai boleh diharap basuh sebiji pinggan, sedangkan masa fasa dia 2-6 tu dia nak basuh pinggan berjejeh air di sinki kita marah, kan? InsyaAllah yang nak dibentuk itu adalah seorang khalifah yang bertanggungjawab kepada dirinya sendiri jua. . Refleksi, Maznah Ibrahim Channel telegram psikologi anak dan keibubapaan positif: T.mazn.me/chan https://www.thestar.com.my/lifestyle/family/2019/08/23/children-chores

[Kajian Mendapati Anak Yang Telah Dilatih Buat Kerja Rumah Sejak Kecil, Adalah Individu Dewasa Yang Sukses]. Jika ditanya saya seawal usia berapa boleh mula ajak anak buat kerja rumah, Saya akan katakan seawal usia 1. Sebab usia 1, kebanyakan anak kita sudah boleh 'copy cat' (meniru perbuatan) dan sudah masuk 'bunga-bunga' fasa autonomi, Nak lakukan sendiri, Cara sendiri. Jika dulu kita suapkan dia 'solid food' dia, Kini dia nak suap sendiri malah menyuapkan ibubapa nya pula. Usia 1 ini juga mereka sudah boleh laksanakan 'single instruction', Contoh : => Tolong masukkan baju kotor ini ke dalam bakul baju sana tu => Tolong buang tisu ni ke bakul sampah tu. --------- Namun perjalanan mereka jauh lagi, kan. Seiring dengan siri pengalaman mereka diberi peluang melakukan 'kerja rumah' ini, Mereka akan membentuk persepsi terhadap 'kerja rumah' ini, Sama ada best atau tak best, Walau pada mereka sewaktu mencuba tu, ianya untuk 'fun' aja. Bersekali pengalaman ini ialah emosi yang terbentuk dari pujian / dorongan, vs. kritikan / kecaman / marah, Bersekali ini juga ada elemen kognitif/pemikiran terbentuk (makna kepada kerja rumah ini dinilai secara pemikiran seperti betul atau salah, cukup bagus atau tak cukup bagus), Ia berlaku dari ekspektasi ibubapa terhadap 'hasil' 'kerja rumah' ini, iaitu hasilnya sempurna/ tip top atau sebaliknya, berbanding proses mereka melakukan itu yang kita nak hargainya. Sebaiknya, ✅ Ikutlah perkembangan usia mereka, fitrah bermain dan mencuba mereka itu. ✅ Berilah peluang dan ruang sewaktu mereka minat, mahu dan aktiviti tugasan bersesuaian dengan usia mereka, ✅ Maka insyaAllah sebenarnya ia seiring saja, Tiada paksaan pun. . Di sini saya kongsikan 4 FASA bagi anak kita boleh master atau berdikari dalam melakukan satu-satu tugasan, menurut Julie Lythcott-Haims, New York Times 'bestselling author of How to Raise an Adult', untuk kita ibubapa sama-sama renung semula fasa anak kita ni :- 1. Kita BUATKAN untuk dia. Ni pasti berlaku, iaitu sewaktu anak kita bayi lagi. Masa ni juga digalakkan kita beri dia lihat apa kita buat, sebab dia pun nak dibentukkan 'secure attachment' dengan kita, tak boleh ditinggalkan berjauhan dari kita, tak boleh tak nampak kita, kan? Jadi masa kita buat kerja rumah ni kita pun bercerita lah kepada dia apa kita lakukan, tunjukkan nama benda dan apa perbuatan kita. Secara tak langsung dia dapat tingkatkan vokabulari dan memahami konteks dengan lebih berkesan 👍😊. . 2. Kita BUAT BERSAMA-SAMA dia. Masa ni berlaku seawal usia 1 yang saya nyatakan di atas. Masa dia syiok nak join dan cuba buat tu, berilah dia RUANG dan PELUANG merasai pengalaman melakukannya. Dia nampak ayah dia macam best aja vacuum, dia pun nak mencuba, Dia nampak mak dia ting ketang ketung menumis dia pun nak cuba. Ia berlaku tak sampai 10 saat pun, namun impaknya masyaAllah besar sangat. Key nya beri, tapi pantau lah agar dia selamat. Buat bersama-sama ni bentuk momen berharga, cipta bonding ibubapa-anak, dan of course ia membantu meningkatkan perkembangan sensori dan kognitif dia. . 3. Dia BUAT dan kita TENGOK. Ni fasa dia usia seawal 2 tahun masa dia nak sangat buat sendiri (autonomi: cara sendiri) dan diandaikan dia telah ada pengalaman buat sama-sama dengan ibubapa lah (fasa 2 dia atas), Dan fasa usia 3-6 tahun (INISIATIF) yang mana mak tak beri pun, dia buat aja sendiri. Sebab mak busy, dia pun konfiden aja nak buat sendiri. Bila dimarahi sewaktu fasa mereka berani mencuba sendiri inilah yang akan beri kesan reverse iaitu dari berinisiatif kepada mudah rasa bersalah, ragu-ragu. Untuk tugasan khas/khusus nak latih atau nak beri dia cuba tu kita pantau lah semasa dia buat tu. Just to make sure dia selamat. Saya perhatikan anak ketiga saya fasa ini, dan telah alhamdulillah agak master dalam skil 'memasak' sup sayur dia dari awal hingga akhir hingga menghidang. Slowly grow. Bukan nak beri sangat, tapi memikirkan ini fasa dia, hari dia, beri ajalah. SABAR banyak dan SUPPORT aja. Memang boleh nampak progres dia dari masa ke semasa. . 3. Dia BUAT SENDIRI SEPENUHNYA sendiri.

photo content

photo content

Selamat Hari Guru buat semua ibu bapa yang merupakan guru pertama kepada anak-anak kita sendiri. Teruslah membimbing, dan men
Selamat Hari Guru buat semua ibu bapa yang merupakan guru pertama kepada anak-anak kita sendiri. Teruslah membimbing, dan menunjuki dengan sabar anak-anak kita, segala ilmu dicurahkan (walau cara membasuh pinggan / melipat baju dengan betul), amat besar manfaatnya, dalam kehidupan mereka. Syabas, IbuAyah-Guru 💝, Maznah Ibrahim

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

[Kenali dan Kendali Anak Kita] (Mengikut TheChildWhisperer) . Tackle mereka dari '5 Steps' ini. . Step 1: Bila Anak Bertingkahlaku Mencabar, sentiasa lihat di sebalik mesej anak, bukan 'tips of iceberg' dia (apa yang kita nampak sahaja pada waktu itu). Ingat, iceberg hanya 10%, manakala punca dia ialah bawah iceberg tak nampak, 90%. Contoh mudah dan biasa, anak merengek-rengek, buat hal, bergaduh, rupanya dia mengantuk tak tidur lagi seharian ini 😁 . Steps 2: Kenalpasti Secara Fitrahnya, Kebiasaan, Natural, Jenis (Type) Anak Ini, Biasanya Bagaimana? Jika sudah tahu personaliti genetik anak, lagi mudah. Jika belum, just baca-baca dan agak anak jenis type mana, baca banyak-banyak untuk tahu cara tackle anak jenis itu. . Steps 3: Interprete Makna Tantrum Dia. Tanya Diri. Apa Keperluan Anak Yang Tak Dipenuhi. . (contoh Fateh saya baru ini, marah pada orang belakang turuni tangga di Bukit Sami, kerana dia lambat, dia kata : "Eh apa ni, mana boleh potong barisan. Kena beratur" 😬. Sungguh Anak Thinking (menurut Personaliti Genetik STIFIn, if ikut TheChildWhisperer dia Type 4) saya ini amat marah bila orang tak ikut peraturan, - Sebab otak dominan dia Thinking itu, fitrah cara berfikirnya adalah manusia perlu mengikut peraturan, dan logik akal dia adalah pada egosentrik dia usia 5 tahun itu. Juga - marah bila uncle belakang gelak, dia ingat orang tu gelakkan dia - part ni selalu berlaku, dia Thinking, sensitiviti dia ialah tidak suka diperlekehkan, walau orang tak berniat nak gelakkan dia. Part ni kami masih latih dia untuk lebih empati dan toleransi, fahami perspektif orang lain. Pelan-pelan kayuh. 'The needs' dia ialah respected walau dia anak kecil, more time to think/do reflection, fokus kepada objektif dia menuruni bukit. . Steps 4: Be Intuitive, Not Reactive. Tidak Perlu React, Tapi Respond dengan Mata Hati Dalam Anda. Anda Sebagai Ibu Bapa, Adalah Bijak dalam Mengenali Sensitiviti Dia. Faham dan Advocate kepada Orang Luar Yang Tak Faham Anak Kita. . Sebabnya orang luar tidak sepenuhnya faham atau tahu mengenai peel anak kita ini. Fikirkan yang jika kita sendiri pun tak mampu nak faham anak, macam mana orang luar nak faham anak kita lebih dari kita ? . Steps 5: Enjoy Your Experience. Setiap Kali Anda Berjaya Fahami Anak dengan Baik, Ucapkan Syabas Kepada Diri. Ini kerana kita perlu raikan sendiri usaha dan pencapaian kecil kita setiap hari agar kekal positif dalam keibubapaan kita. . . 5 Steps ini ada di gambar di bawah dan rujukannya untuk bacaan lanjut ada di poster berkenaan. . Refleksi, Maznah Ibrahim #repost2017 Channel Parenting dan Psikologi Anak: T.mazn.me/chan

Bercakap tidak benar --> kita mahu anak-anak bercakap benar. Fahami di sebaliknya dan apa tindakan sebaiknya. https://maznahibrahim.com/geram-dan-pening-bila-anak-usia-2-tahun-bercakap-tidak-benar-atau-tidak-mengakui-perbuatan-silapnya/

Jemput ke Positive Parenting Conference yang akan diadakan pada 18-25 Mei 2021 di sini: Ianya percuma untuk 8 hari ini, mengandungi 20 pakar parenting dan pembangunan diri. https://afineparent.com/positive-parenting-conference Saya mendaftar di Academy ini untuk akses setahun agar dapat memberikan lebih input lagi kepada crowd saya di Malaysia. Silakan share kepada kenalan anda yang mungkin berminat. Maznah Ibrahim

Photo from Maznah
Photo from Maznah

Di hari akhir Ramadhan ini saya memohon ampun dan maaf andainya ada silap bicara dan terluka rasa disebabkan oleh saya, tanpa
Di hari akhir Ramadhan ini saya memohon ampun dan maaf andainya ada silap bicara dan terluka rasa disebabkan oleh saya, tanpa sedar. Saya mendoakan kalian semua telah memperoleh banyak pelajaran dan pengalaman yang istimewa dari sebulan Ramadhan yang barakah pada tahun ini. Semoga apa jua amalan kecil yang telah mula menjadi konsisten dapat kita teruskan selepas ini ya. Semudah mampu menahan marah, atau rajin baca Quran, beristighfar, bangun malam, mendengar kuliah dsb, Teruskan ia, kerana Ramadhan bulan cuci hati ini mungkin kita tidak ketemu lagi pada tahun hadapan, namun peluang walau sehari yang masih wujud, hari ini, esok, dan seterusnya kita rebut peluang dengan berbuat kebaikan demi kebaikan, Manfaatnya untuk diri, pasangan, anak-anak, keluarga terdekat, jauh dan sahabat handai serta umat Islam seluruhnya. CARE ❤, Salam hari akhir Ramadhan, Maznah Ibrahim.