fa
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

رفتن به کانال در Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Parenting Maznah Ibrahim

کانال Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 16 304 مشترک است و جایگاه 965 را در دسته خانواده و کودکان و رتبه 2 355 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 16 304 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 15 ژوئن, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -126 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -5 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 4.63% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً N/A% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 755 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 0 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 16 ژوئن, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته خانواده و کودکان تبدیل کرده‌اند.

16 304
مشترکین
-524 ساعت
-237 روز
-12630 روز
آرشیو پست ها
Bak kata Dr Jody Carrington (seorang Clinical Psyhologist), setiap kali fikir anak ni macam 'attention-seeking' (cari perhatian), cuba tukar mindset sekarang, dia ni cuma nak 'connection-seeking' (cari koneksi), dan lihatlah bagaimana perspektif dan reaksi anda akan berubah. . Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

photo content

Betapa kerap berlaku anak seolah nak MENGAMBIL PERHATIAN kita dengan sama ada : 🙆‍♂️ Buat hal macam-macam termasuk sakitkan adiknya, 🙆‍♂️ Mencelah, menyampuk, menyelit, mengacau kerja yang sedang kita lakukan, 🙆‍♂️ Beremosi tiba-tiba. . . Elak salahkan dia dan tuduh dia 'sengaja cari perhatian'. . . Ketahuilah dia cuma nak connect dengan kita, kan? Betapa kita juga sukar memahami mengapa mereka melakukan begitu dan menganggap dia sengaja tidak memahami situasi kita, Sedangkan kitalah yang lebih perlu bijak memahami iceberg di sebalik perlakuan dia dan bijak mengendalikan keperluan utama dia. . . Caranya, mungkin boleh cuba begini : ⏩ Stop kerja / aktiviti kita sedang lakukan, ⏩ Berpaling kepadanya, beri muka anda full (bukan half ya) sambil rendahkan badan, ⏩ Tanyakan : Ya sayang ada apa boleh Mama/Papa bantu 😄 (as if kita ni kaunter khidmat pelanggan laaa nak cegah komplen lebih lanjut berlaku) ⏩ Lakukan apa dia perlu/mahu, beri perhatian kepadanya, ⏩ 5 minit dah spent masa dengan dia, katakan Mama/Papa ada kerja sebentar lagi, Boleh sayang ....bagi Mama/Papa siapkan kerja Mama/Papa ? ⏩ Ucapkan terima kasih padanya, usap dan touch mana-mana bahagian muka dia (hidung, pipi, dahi). . Refleksi, Maznah Ibrahim Channel Telegram Parenting dan Psikologi Anak di sini ya: T.mazn.me/chan

Fasa IbuBapa Geram Kepada Anak Usia 2 Tahun Mencabar, Namun Sebenarnya Fasa Kritikal untuk Rasa Jaya Diri dan Estim Diri. . Perasan kan, anak nak dekat usia 2 lebih strong willed, mahu itu ini dengan cara dia sendiri. . Itu dipanggil fasa autonomi vs ragu-ragu. . Sokong, dia rasa best dan puas sebab dapat buat sendiri . Dihalang, dia akan jadi ragu-ragu, eh boleh ke aku buat ni? . Ingat lagi fasa usia Fateh setahun lebih dan seterusnya, rupanya ibubapa Intuiting macam saya memang akan beri ruang dan peluang. . ✓Masak nasi (ceduk beras, basuh dan petik api periuk elektrik), ✓Potong sayur dengan pisau sebenar, ✓Tumbuk lesung, ✓Mengacau masakan panas dengan senduk/sudip, ✓Blender, ✓Menyapu, mengemop bagai, ✓Menggunting gunting sebenar, ✓Menyidai baju, ✓Gosok gigi sendiri, mandi sabun sendiri . Semua lah yang orang dewasa buat. . Key nya saya mahu dia experienced. Berpengalaman. Alami. Pengalaman mahal dan tak boleh diganti, since dia minat nak buat sama, kan? Fitrah anak usia sebelum 2 tahun memang amat minat kerja orang dewasa yang dia nampak. . Hasil, memang dia expert dan boleh buat. Bila emergency saya sibuk dengan baby, dan dia lapar, dia usia 7 boleh masak mee goreng dan nasi goreng dari awal tumbuk bawang lagi 😁. Tunggu besar nanti aja sudi buat dengan tak kekok 😋 untuk berdikari asrama/ nanti bantu isteri. . Khairunnisa' juga sama. . Semua atas tu dia dah buat juga. . Sebenarnya memang ada halang sedikit, tapi, 10% dari seluruh kerja itu dia cuba buat, Kita beri ruang dan peluang, 90% itu kita murnikan kerjanya, of course. Dia cuma nak merasa saja.... Lepas merasa biasanya dia tinggalkan. Beri ruang. Kini anak ketiga Yumna pula. Lagi dahsyat dan advance. Semua yang kakak dia expert buat usia 3 dia mula buat usia sebelum 2 dan expert buat usia 2 lebih. Kini usianya 2 thn 4 bulan. . Kita pun sentiasa belajar juga. . ❤ Maznah Ibrahim Channel Parenting dan Psikologi Anak 🧩🧩🧩T.mazn.me/chan .

aja berkaitan perjalanan keibubapaan kita 😊😊😊. . Sentiasa belajar, Refleksi Isnin, Reminder bersama kita, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Bagaimana Nak Tingkatkan Kepuasan dan Hasil Usaha Keibubapaan Yang Selama Ini Kita Lakukan untuk Si Anak Semenjak Anak Lahir? 1. Bila anak lahir, tercetuslah satu hubungan istimewa, peranan yang besar, tanggungjawab yang khusus : Ibu dan Ayah kepada anak ini. 2. Hubungan Ibubapa-Anak pun bermula. Biasanya spark emosi awal ni paling tinggi. Bila ada masalah/ down berkaitan anak spesifik ini, renungkan kembali momen spark paling tinggi ini (saat saat anda rasa paling berharga berkenaan perasaan sebagai ibu / ayah kepada si anak ini...). Ia khusus untuk cetus cas emosi positif hebat itu ya. Boleh juga ceritakan kepada si anak bila santai untuk dia tahu apa kita rasai (baru ini saya cerita kat Fateh anak sulong akan pengalaman awal kehidupannya sebagai bayi, antara hidup dan mati, dan struggle dia dengan cucukan jarum dan unsafe feeling ketika itu, apa saya lakukan dan usahakan dan pasrahkan, dia terharu dengan momen itu yang dia masih hidup dan kental banyak akal sekarang 😄😄😄). 3. Kekuatan hubungan ibubapa-anak yang kualiti ialah bermula dengan 'TRUST'. Ia perlu diusahakan/dilakukan secara KONSISTEN, bukan percuma, walau pada awalnya tanpa pemikiran nyata si anak, ia memang telah ada 100% dari anak kepada si ibu bapa. Percaya telah diletakkan seawal kehidupan mereka. Percaya yang ibuayah akan jaga, pelihara, lindungi dan pastikan dia cukup makan minum, terlindung dari apa jua bahaya, dan sokong dia agar dia rasa selamat untuk terus terokai dunia yang bukan lah syurga macam dalam janin dulu (kerja dia dulu kan makan-minum-main-tidur aja berulang kali 😄😄😄 - baru ni cerita kat Khairunnisa' tentang ini, bila dia tegur perut Mummy macam besar buncit la kan, haish sabo aja anakku, maka saya pun ceritalah pasal apa aktiviti dia dalam perut Mummy dia, dan bagaimana berulang kali perut Mummy yang besar dan best sebagai dunia dia tu, kemudian kempis, ulang kali, inilah hasilnya sedikit berlemak ini, tergelak dia). Namun kepercayaan ini mudah tergugat dengan pengalaman-pengalaman dalam kehidupan, sama ada dari perspektif anak mahupun perspektif ibubapa. Build/bina, tetapkan ia, once ada tergugat sedikit, bina semula (Ebook Rebonding) segera usah bertangguh ya, ingat yang Tuhan itu Maha Tahu dan Sempurna untuk kita sentiasa dapatkan rasa PERCAYA itu semula. Semudah percaya anak boleh buat, boleh capai certain level, anak mampu mandiri (berdikari walau dia anak istimewa). 4. Seterusnya emosi-emosi dalam diri anak ini, dan emosi dalam diri kita untuk anak ini berkembang. Emosi baik, emosi kurang baik, macam roller coaster. Kita mula pening masa usia 2 dia, bila kita tak faham apa berlaku dalam otak dia tu, dan serentak tingkahlaku dia semakin mencabar, berterusan masa usia 5,6 dan semakin gerun bila remaja (perlu ilmu pengurusan emosi ibubapa dan anak untuk isu ini: Modul EHSABAR, Ebook Saya TakNak Marah Anak Lagi). Namun pembinaan bonding (hubungan utuh, kepercayaan) dari awal kehidupan, yang positif dan sentiasa memandang hikmah di sebalik yang kurang baik ini, membentuk hubungan ibubapa-anak yang utuh dan kekal baik. Memungkinkan kekentalan kita terhadap apa jua ombak ribut taufan dapat diharungi dengan baik bersama-sama InsyaAllah. 5. Serentak itu, sepanjang masa dari dalam kandungan hingga anak mula pandai berfikir dan bercakap, elemen komunikasi (mesej disampaikan) akan memainkan peranan, sama ada bentuk komunikasi negatif atau positif. (Ebook Hypnoscript) (Ha ni, moh kita belajar untuk komunikasi positif dengan anak ya InsyaAllah 'Dengarlah Anakku' batch ke-2 akan dibuka sedikit masa nanti). Nah, inilah dia yang utama. 6. Selain ilmu perkembangan anak pada peringkat usia spesifik dia, kita perlu menanam, memasak, membajai kepercayaan kepada anak, yang mereka boleh menjadi seperti apa yang kita niatkan, usahakan dan target kan, selama ini, dalam minda kita, hati kita dan doa kita serta perlakuan kita sehari-hari (Positive Parenting, Golden Age Parenting). . Kesimpulan: Hasil / buah yang kita nak raih, dipengaruhi oleh proses pembentukan anak ini dari 3 aspek di dalam poster ini selain informasi (maklumat) apa s

Bagaimana Nak Tingkatkan Kepuasan dan Hasil Usaha Keibubapaan Yang Selama Ini Kita Lakukan untuk Si Anak Semenjak Anak Lahir? 1. Bila anak lahir, tercetuslah satu hubungan istimewa, peranan yang besar, tanggungjawab yang khusus : Ibu dan Ayah kepada anak ini. 2. Hubungan Ibubapa-Anak pun bermula. Biasanya spark emosi awal ni paling tinggi. Bila ada masalah/ down berkaitan anak spesifik ini, renungkan kembali momen spark paling tinggi ini (saat saat anda rasa paling berharga berkenaan perasaan sebagai ibu / ayah kepada si anak ini...). Ia khusus untuk cetus cas emosi positif hebat itu ya. Boleh juga ceritakan kepada si anak bila santai untuk dia tahu apa kita rasai (baru ini saya cerita kat Fateh anak sulong akan pengalaman awal kehidupannya sebagai bayi, antara hidup dan mati, dan struggle dia dengan cucukan jarum dan unsafe feeling ketika itu, apa saya lakukan dan usahakan dan pasrahkan, dia terharu dengan momen itu yang dia masih hidup dan kental banyak akal sekarang 😄😄😄). 3. Kekuatan hubungan ibubapa-anak yang kualiti ialah bermula dengan 'TRUST'. Ia perlu diusahakan/dilakukan secara KONSISTEN, bukan percuma, walau pada awalnya tanpa pemikiran nyata si anak, ia memang telah ada 100% dari anak kepada si ibu bapa. Percaya telah diletakkan seawal kehidupan mereka. Percaya yang ibuayah akan jaga, pelihara, lindungi dan pastikan dia cukup makan minum, terlindung dari apa jua bahaya, dan sokong dia agar dia rasa selamat untuk terus terokai dunia yang bukan lah syurga macam dalam janin dulu (kerja dia dulu kan makan-minum-main-tidur aja berulang kali 😄😄😄 - baru ni cerita kat Khairunnisa' tentang ini, bila dia tegur perut Mummy macam besar buncit la kan, haish sabo aja anakku, maka saya pun ceritalah pasal apa aktiviti dia dalam perut Mummy dia, dan bagaimana berulang kali perut Mummy yang besar dan best sebagai dunia dia tu, kemudian kempis, ulang kali, inilah hasilnya sedikit berlemak ini, tergelak dia). Namun kepercayaan ini mudah tergugat dengan pengalaman-pengalaman dalam kehidupan, sama ada dari perspektif anak mahupun perspektif ibubapa. Build/bina, tetapkan ia, once ada tergugat sedikit, bina semula segera usah bertangguh ya, ingat yang Tuhan itu Maha Tahu dan Sempurna untuk kita sentiasa dapatkan rasa PERCAYA itu semula. Semudah percaya anak boleh buat, boleh capai certain level, anak mampu mandiri (berdikari walau dia anak istimewa). 4. Seterusnya emosi-emosi dalam diri anak ini, dan emosi dalam diri kita untuk anak ini berkembang. Emosi baik, emosi kurang baik, macam roller coaster. Kita mula pening masa usia 2 dia, bila kita tak faham apa berlaku dalam otak dia tu, dan serentak tingkahlaku dia semakin mencabar, berterusan masa usia 5,6 dan semakin gerun bila remaja (perlu ilmu pengurusan emosi ibubapa dan anak untuk isu ini: Modul EHSABAR). Namun pembinaan bonding (hubungan utuh, kepercayaan) dari awal kehidupan, yang positif dan sentiasa memandang hikmah di sebalik yang kurang baik ini, membentuk hubungan ibubapa-anak yang utuh dan kekal baik. Memungkinkan kekentalan kita terhadap apa jua ombak ribut taufan dapat diharungi dengan baik bersama-sama InsyaAllah. 5. Serentak itu, sepanjang masa dari dalam kandungan hingga anak mula pandai berfikir dan bercakap, elemen komunikasi (mesej disampaikan) akan memainkan peranan, sama ada bentuk komunikasi negatif atau positif. (Ha ni, moh kita belajar untuk komunikasi positif dengan anak ya InsyaAllah 'Dengarlah Anakku' batch ke-2 akan dibuka sedikit masa nanti). Nah, inilah dia yang utama. Selain ilmu perkembangan anak pada peringkat usia spesifik dia, kita perlu menanam, memasak, membajai kepercayaan kepada anak, yang mereka boleh menjadi seperti apa yang kita niatkan, usahakan dan target kan, selama ini, dalam minda kita, hati kita dan doa kita serta perlakuan kita sehari-hari. . Sentiasa belajar, Refleksi Isnin, Reminder bersama kita, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

5 LANGKAH PABILA ANAK MEMUKUL ATAU MENENDANG KERANA APA DIMINTA TAK DAPAT, 1. Tahan tangan atau kakinya agar tidak berjaya cedera atau sakitkan badan anda. . 2. Pandang matanya dan sebut dengan jelas, tegas: “Kaki untuk buat benda baik, berjalan dan berlari, bukan untuk pukul orang” atau “Tangan untuk buat benda baik bukan sakitkan atau cederakan orang”. (Skrip peraturan umum ini ‘applied’ untuk semua orang, bukan skrip untuk kesalahan dia sahaja). . 3. Tambah lagi: “Ayah rasa sakit, ayah tak suka Abang buat macam ni” -- (beritahu perasaan genuin kita, fokus pada PERASAAN si IBU/AYAH kesan dari tindakan si anak, BUKAN fokus kepada KESALAHAN TINGKAHLAKU si ANAK). . 4. Akhiri dengan: “Ayah minta Abang stop sekarang dan pergi pukul bag/bantal/tilam sana” -- (Channelkan energi di tangannya kepada objek lain yang selamat. Objek selamat adalah yang lembut dan boleh ‘absorb’ pukulan kuat, bukan objek keras tak selamat seperti dinding atau meja/kerusi). . 5. Bincang dengan anak akan tingkahlaku dia tadi bila dia dah tenang. Teroka apa perasaan dan pemikiran dia. Ada berkemungkinan dia ada isu terpendam yang bukan berpunca dari Ibu Ayah tapi orang lain seperti guru / rakan di sekolah. Ini namanya ‘tips of Iceberg’. OLEH: MAZNAH IBRAHIM t.mazn.me/chan

photo content

Selamat membentuk anak-anak dan generasi kita, Menjadi sihat dan seimbang fizikal, emosi, intelektual, spiritual, Berkarektor baik, bersahsiah, berhemah, empati. Oleh anda ibubapa positif yang bijaksana dan penuh hikmah, InsyaAllah. . Moga anak anak kita semua juga MERDEKA dari jajahan/ taklukan Pemikiran silap serta layanan yang tidak enak dari kita yang kadangkala terlepas pandang, silap, terbelenggu dengan pengalaman lalu, . Pada zaman anak generasi Alpha yang serba mencabar ini, Mulakan dari institusi dalam rumah kita, Iaitu kita bebas dari apa jua anasir lama yang tidak baik, Hasil ilmu terkini yang kita usaha raih, Teroka dan aplikasinya dengan istiqamah. Kami bersyukur selalu, Terima kasih Tuhan. InsyaAllah. . . CARE, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Antara review yang sempat kami masukkan ke dalam sistem. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1573080236199888&id=477691842405405 Terima kasih semua atas sokongan berterusan, kesabaran, dan kepercayaan kepada saya dan tim. Walau berapa bintang diberi pun tidak mengapa sebab saya tetap akan sentiasa berikan/ sampaikan yang terbaik 9/9 bintang ⭐🌟🌟 dan pertingkatkan kualiti sistem penyampaian saya 😍🥰😊. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan #WebinarPenatEmosi

Alhamdulillah, Recorded webinar link telah dihantar ke email yang telah mendaftar webinar minggu lalu. Sekiranya tiada di inbox, boleh periksa di folder spam/ promotion ya. Sekiranya tiada bermaksud ada salah masuk email semasa mendaftar hari itu (typo). Bagi yang belum / tidak sempat mendaftar dan berminat, kami akan buka form pendaftaran baru kelak. Selamat menonton seorang diri atau dengan pasangan ya 😃 Maznah Ibrahim #SalamMerdekaEmosi

photo content

Rasa Gagal Sebagai Ibu Ayah Sebagai ibu ayah normal, kita akan pernah rasa ‘down’ pada satu-satu ketika dalam ‘parenting journey’ kita. Rasa teruk. Rasa salah. Rasa tak cukup bagus (incompetent)/ gagal. . Itu adalah ‘perfectly normal’. Saya pernah rasa juga…😞 . Cara overcome ialah : 🌼Rasakan : rasakan perasaan down atau incompetent itu. Feeling tak ok namanya. 🌼 Nafaskan perasaan itu : tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan. 🌼 Fikirkan : Allah cipta Manusia sebagai ciptaan Terbaik. Sebenarnya aku ini adalah Ibu atau Ayah yang terbaik untuk anak-anakku yang terbaik. Mana mungin anak hebat ini dijagai oleh ibu ayah yang tak fit dengan dia. Tak apa aku buat silap, atau tak cukup bagus, sebab aku akan ULANG lagi, buat lebih baik. 🌼 Badan : Senyum sambil cerahkan mata, pandang ke depan. MOVE ON. . . Ia bisikan atau gangguan syaitan jeneral dari department keibubapaan aja sebenarnya. Meruntuhkan estim diri ibubapa hebat semua 👊 Kasi syaitan kalah sikit, ok. Bila rasa lemah, Barulah kita tahu / sedar kita ni memang manusia kerdil, Perlu kembali kepada Pencipta kita, Maha Sempurna, Maha Tahu, Rujuk dan kembalilah kepadaNya untuk tenang ( 87 : 27-30 ) . . CARE, Maznah Ibrahim. *Jemput masuk ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di t.mazn.me/chan

photo content

"Na mari sini" "Na, pegang tangan kakak" - kakak KN sangat seorang penjaga yang baik, Thinking introvert. "Na, kakak tau Na boleh buat" - beri semangat dan keyakinan kepada si adik yg adik boleh lakukan MasyaAllah. Lain, takda dalam video. "I know u can do it". MasyaAllah. Bagusnya kakak KN. Hasil hypnoscript, dialah budaknya dari bayi till now. Positif sekali. Selalu positif. Keyakinan diletakkan kepada orang lain di saat Yumna rasa tak yakin turuni gelongsor panjang putar ini. . Maznah Ibrahim