fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

رفتن به کانال در Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Parenting Maznah Ibrahim

کانال Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 15 756 مشترک است و جایگاه 966 را در دسته خانواده و کودکان و رتبه 2 350 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 15 756 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 26 اکتبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -143 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -2 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 3.92% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 2.12% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 618 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 334 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 27 اکتبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته خانواده و کودکان تبدیل کرده‌اند.

15 756
مشترکین
-224 ساعت
-317 روز
-14330 روز
آرشیو پست ها
Kita dah mula webinar ye.

InsyaAllah Berjumpa kita malam ini ya. Semoga semuanya dipermudahkan, Lancar, Terbuka luas untuk kemasukan semua ke webinar room. *link setiap orang tidak sama, di email yang anda telah daftar ya.😍 Maznah Ibrahim * sempat daftar lagi, sudah 1020 orang daftar. Link di sini : https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1

photo content

Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia. Saya buat satu video shoot pendek untuk anda, sahabat saya semua. Ia berkenaan: 5 Perkara Penting Kita Boleh Lakukan untuk Bantu Kesihatan Mental Anak dan Diri Kita. Bantu saya kongsi dengan sahabat di luar sana. Oh ya, kita ON malam ini, doakan ya, Webinar Eksklusif kita, pada malam ini, Sabtu 9.30 malam. Terima kasih kerana bersabar dan senantiasa menyokong usaha saya. Sayang anda semua. Yang belum daftar boleh daftar sini: https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1 *Sudah hampir 1000 bertambah registrants nya ya, subhanallah. Doakan ya support person berjaya 'fix'kan sistem.

Ok dah boleh masuk ya. Alhmdulillah.

Maaf atas kesulitan, Ada isu teknikal tiba-tiba dari HQ Webinar, Kami sedang usahakan, Jika apa-apa saya akan announce ya. Sabar 😃 kami dan anda semua ya. Tolong Doakan.

photo content

InsyaAllah sudah 838 orang mendaftar, Saya doakan semua yang daftar akan beroleh kemudahan dalam mengakses 'Webinar Room' malam ini. Email memang sudah dihantar oleh sistem, secara otomatik sejurus setelah kalian mendaftar. Sekiranya tidak menerimanya, boleh periksa di 'Spam' atau 'Promotion Folder' ya. Terbaik, untuk pengalaman webinar malam nanti ialah: 1. guna laptop 2. wifi rumah 3. namun guna hp dan internet sendiri pun ok sebagai participant :) Chrome browser lebih stabil dari internet browser lain ya, Jadinya boleh copy link dalam email dan paste di chrome browser hp memasing malam nanti sekiranya ia tidak otomatik menerusi 'chrome browser'. *Link setiap orang tidak sama = ia adalah tiket /seat anda 🥰👍👍 Sempat daftar lagi tiada masalah: https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1 CARE ❤, Maznah Ibrahim

photo content

Jum buat pernafasan relaks 4-2-8 😍👍🏼👍🏼 Jenis macam ni confirm akan buat anda lebih tenang Sebab hembus nafas (8) lagi banyak 2 kali ganda dari tarik nafas (4). Ia sejenis Calm Breathing juga, dalam Hypnobirthing, bila bantu ibu switch dari cemas gemuruh masa contraction kepada tenang 😀😀😍. . Kan semua orang nak jadi Calm Parent. Kan semua orang nak jadi Lebih Baik. Maka buatlah. Ia percuma dan paling efektif sebenarnya. Ia adalah tool yang sedia ada dalam diri kita. Kuasai teknik pernafasan ini (cuba buat, amalkan). Ajari anak anak yang mudah marah, mudah takut (kurang yakin diri). Untuk anak kalau tak dapat kiraan 4-2-8 pun tak apa, cukuplah sekadar : "Adik, tarik nafas (ibu sama-sama tarik nafas panjang), hembus nafas (ibu sama-sama hembus nafas perlahan-lahan)", buat 3 kali. Puji anak sebab buat aja pun walau comel comel tak betul mana pun 😁👍🏼👍🏼😘. . Saya selalu buat dan ajar anak sejak anak pertama usia 2 lebih (masa emosi dia dan emosi saya melanda😁) hingga kini Alhamdulillah dia pandai dah guna bila emosi tak ok datang. . . Sharing because we CARE❤, Maznah Ibrahim Sempat lagi daftar webinar parenting malam ini agar dapat kurangkan damage kepada anak melalui approach yang betul, sudah hampir 800 orang mendaftar subhanallah Link sini ya : https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1 *poster terbaik ini dibuat oleh sahabat PPsi KKM saya Pn Hajibonnisa' 😍😍😍 Tq Kak Nisa

photo content

Pendekatan - approach kepada setiap anak berbeza. Ada anak sesuai cara keras, ada anak sesuai cara lembut, Jadinya apakah yang mungkin sesuai? Nanti kita dengarkan dari 1+4 host dalam webinar bersama saya esok ya. Daftar di sini: https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1 CARE ❤ Maznah Ibrahim Telegram channel saya: t.mazn.me/chan berkongsi mengenai parenting positif dan psikologi anak-anak

photo content

Elak Damage Anak Berpanjangan Syukur di tahun 2020 ini sudah banyak modul, bahan, idea, dan bermacam lagi berkaitan ilmu parenting yang diadvokasikan oleh pelbagai individu, badan kerajaan mahupun bukan kerajaan. Setakat saya mula berkongsi mengenai parenting hanya dengan info mengenai perkembangan kanak-kanak sejak tahun 2014, saya dihujani juga dengan pertanyaan dan luahan rasa, berkenaan 'tersilap', terutama yang baru jumpa atau kenal saya (anak sudah besar panjang), hinggalah kini. PELUANG MAKE A CHANGE Namun sentiasalah saya katakan tiada mungkin kita terlambat untuk berubah dalam pendekatan kita kepada anak-anak kita. Malah saya sendiri juga sebagai ibu muda (walau sudah usia 40 tahun ini), yang berkahwin agak lewat usia 30 dan memperoleh anak di usia 32 (kawan semua anak sudah prasekolah masa tu), saya juga ada buat banyak kesilapan kepada anak, terutama anak pertama. Sempat tak turn back? Sempat sangat jawap saya. Dengan doa, hasrat, ilham Allah berikan, akan sentiasa datanglah individu, info kelas, perkongsian dari mana jua untuk membantu saya dalam hasrat baik saya ini. ELAK DAMAGE ANAK BERPANJANGAN DENGAN PENDEKATAN YANG BETUL, SESUAI DAN SELESA Once kita dapat ilmu baru, teruslah apply. Ilmu banyak, yang mana satu? Doalah, Allah paling Tahu mana paling sesuai untuk kondisi kita. Kesal? Usah berlamaan, terus bangkit. Buat baik dengan betul, buat betul dengan baik, satu saat momen kita berubah buat betul dan lebih baik, anak boleh rasa dan kesannya, tentulah kesan yang baik. Jum kita bersama-sama mendapat pendedahan perkongsian dari 5 ibu berkenaan 5 pendekatan berbeza untuk salah satu anak mereka. Bantu saya kongsikan agar ramai lagi akan masuk ke kelas Webinar ini ya. Link daftar: https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting2 (Setakat ini sudah 506 orangmendaftar, masuklah beramai mana pun tak apa, insyaAllah internet kita semua ok, bersualah kita esok malam ya) INGAT, PENDEKATAN YANG BETUL DAN SESUAI ADALAH UNTUK KITA LEBIH DEKAT DENGAN ANAK, SEBALIKNYAPENDEKATAN YANG TIDAK SESUAI, AKAN MENJAUHKAN/ MENJARAKKAN LAGI HUBUNGAN IBUBAPA-ANAK . CARE ❤ , Maznah Ibrahim Telegram channel saya: T.mazn.me/chan

Webinar Parenting Elak Damage_T.pdf8.54 MB

Hantar Anak ke Sekolah Dengan Doa yang TerBaik . Hadiah paling berharga namun percuma selain peluk anak ialah DOA. Antara pesanan dan doa yang baik-baik adalah: 👍 dengar cakap teacher/pengasuh 👍 main dengan kawan elok-elok --> (bukan jangan gaduh dengan kawan) 👍 kongsi mainan dengan kawan 👍 main sama-sama 👍 solat elok / betul / fokus 👍 siapkan kerja dalam kelas 👍 kongsi makanan dengan kawan 👍 dll lagi kebiasaan anda.. Juga doa Rasulullah s.a.w kepada Ibn Abbas semasa kecil, adalah agak terbaik rangkumannya.. walau anak anda bayi sekalipun. . Agar anak soleh solehah kita ini akan faqqih (faham) tentang agama (deen, cara hidup yang baik, betul), dan Allah yang mengajarkan Anak kita ini takwil (tafsir Al Quran) melalui guru sekolah / penjaga sementaranya. . Bukankah Agama sentiasa mengajar kita yang baik-baik, lengkap untuk hidup dengan tatacara kehidupan beserta larangannya agar kita hidup aman? Maka insyaAllah segala pesanan panjang anda selama ini terangkum jua...... (main baik2 dsb). . CARE♥️, Maznah Ibrahim . t.mazn.me/chan Daftar webinar parenting Jumaat ini di sini : https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1

photo content

Sebab kita ibubapa ini bukan pakar otak/ boleh scan otak anak/ bukan Tuhan/ mahupun bukan diri anak itu sendiri, Maka kita takkan tahu exactly 100% apa anak fikir, rasa dan sebab kepada tindakannya begitu begini, Namun, Kita dikurniakan naluri keibubapaan dan kemanusiaan yang cukup baik, Hanya perlu aktifkan hati nurani itu dan cuba rasakan ketenangan apabila kita telah melakukan satu-satu tindakan, sama ada meminta, mengarah, memudah cara, memberi jalan, membantu kebolehan/potensi anak dan pelbagai pendekatan lagi. Mudahan itulah yang paling serasi, dan paling sesuai dengan dia, Dan paling WIN untuk dia dan kita. Sentiasa belajar dan berkongsi, InsyaAllah, Care ❤, Maznah Ibrahim Sudah daftar webinar pendekatan sukses parenting Jumaat malam? Sudah 450 orang mendaftar 😍, Segera dapatkan seats dan unique link anda melalui email ya, Daftar di sini: https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1 https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1 https://webinar.mazn.me/pendekatansuccessparenting1