🚗
RAREUNION SCANDINAVIAN 2026 🇳🇴🇸🇪🇩🇰
✨ Memburu Aurora Bersama Alumni Trip @NotaUmrahDIY
Kami sedang mencari
SEORANG LELAKI BERTUAH untuk melengkapkan team
Roadtrip Scandinavia 2026.
Ini
bukan travel agent.
Ini
bukan trip pakej.
Ini ialah trip bersama geng yang minat travel secara
DIY, self-drive dan percaya bahawa
journey is part of the adventure.
━━━━━━━━━━━━━━
📅 Tarikh
21 Oktober – 6 November 2026
15 Hari 14 Malam
Cadangan laluan:
🇸🇪 Sweden – 3 hari
🇩🇰 Copenhagen, Denmark – 1 hari
🇳🇴 Norway – selebihnya
Itinerary tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.
━━━━━━━━━━━━━━
🚐 Konsep Trip
Roadtrip DIY menggunakan
3 buah MPV.
Walaupun DIY, anda tak perlu pening nak buat semua kajian.
Team leader kami akan urus hampir semua persiapan lebih awal:
✅ Merancang laluan terbaik
✅ Mengkaji tempat-tempat menarik
✅ Memilih penginapan
✅ Menyusun itinerary harian
✅ Menganggarkan kos minyak, tol, feri dan parkir
Tugas anda cuma…
💰 Sediakan bajet
✈️ Tempah tiket penerbangan apabila “buy call” dikeluarkan
😄 Datang dan nikmati pengalaman roadtrip bersama.
━━━━━━━━━━━━━━
💰 Anggaran Bajet
RM10,000 – RM15,000 seorang
Anggaran bergantung kepada harga tiket penerbangan semasa, hotel dan kos pengangkutan.
Sebagai perbandingan, pakej Scandinavia di pasaran lazimnya berada sekitar
RM13,000 untuk tempoh yang lebih singkat, malah ada yang mencecah
RM20,000 bagi itinerari sekitar 13 malam. Dengan konsep DIY, kita dapat menikmati tempoh perjalanan yang lebih panjang pada kos yang jauh lebih berbaloi.
━━━━━━━━━━━━━━
🍳 Makan
Hampir setiap hari kita akan memasak sendiri.
✔️ Lebih jimat
✔️ Mudah mendapatkan makanan halal
✔️ Makan lebih puas
✔️ Kadang-kadang lagi sedap daripada makan di restoran. 😄
━━━━━━━━━━━━━━
Kami Mencari Orang Yang…
✅ Lelaki sejati
✅ Easy going & sporting
✅ Boleh bekerjasama dan bertolak ansur
✅ Berdikari ketika travel
✅ Boleh mengurus tempahan penerbangan sendiri
✅ Mempunyai bajet yang mencukupi
✅ Tidak berkira apabila tiba giliran memandu, memasak atau membantu team
━━━━━━━━━━━━━━
Trip Kami Bukan Jenis…
❌ Kejar checklist semata-mata
❌ Ligan masa dari satu tempat ke satu tempat
❌ Habiskan masa membeli-belah
Kami lebih suka…
📸 Berhenti bila nampak pemandangan cantik.
☕ Minum kopi sambil menikmati view.
🌄 Menikmati perjalanan, bukan sekadar mengejar destinasi.
Kerana itulah
roadtrip Scandinavia sentiasa menjadi antara trip impian ramai pengembara.
━━━━━━━━━━━━━━
Berminat?
Jika anda rasa
anda ialah orang yang kami cari, kami alu-alukan penyertaan anda.
⚠️
Hanya SATU (1) kekosongan untuk LELAKI sahaja.
Sekiranya anda benar-benar serius dan memenuhi semua syarat, hubungi team kami melalui email dibawah untuk kami guide anda untuk terus beli tiket flight :
📩
Email:
ibnuarabi.umrahdiy@gmail.com
Jumpa anda di Scandinavia! 🇳🇴🇸🇪🇩🇰
@NotaUmrahDIY