Nota Umrah DIY
前往频道在 Telegram
📈 Telegram 频道 Nota Umrah DIY 的分析概览
频道 Nota Umrah DIY (@notaumrahdiy) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 19 643 名订阅者,在 旅游 类别中位列第 1 162,并在 马来西亚 地区排名第 1 931 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 19 643 名订阅者。
根据 23 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -89,过去 24 小时变化为 3,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 9.22%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 1 812 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Perkongsian Umrah DIY dan info-info semasa”
凭借高频更新(最新数据采集于 24 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 旅游 类别中的关键影响点。
19 643
订阅者
+324 小时
-167 天
-8930 天
帖子存档
19 643
Pengumuman penutupan sementara ruang udara di Qatar. Sila rujuk pengumuman terkini dari airlines masing-masing
@NotaUmrahDIY
19 643
Hari ini 1,394 tahun yang lalu, wafatnya Nabi Muhammad SAW.
Setelah Baginda berhijrah ke Madinah pada 622M, Mekah akhirnya menjadi milik Islam sekitar 630M. Ketika itu, keliling Kaabah ada 360 buah berhala. Baginda bertindak menghancurkannya termasuklah berhala di dalam Kaabah selain para sahabat memusnahkan yang lain di kawasan berhampiran.
Apabila Mekah telah dibersihkan, Baginda berangkat lagi ke kota suci itu buat kali terakhir sekitar 631/632M untuk menunaikan ibadah haji yang menjadi satu-satunya haji yang dilaksanakan Baginda semasa hayatnya.
Pada 9 Zulhijjah (6 Mac), Rasulullah SAW menyampaikan Khutbah Terakhir di Arafah di mana Baginda menyeru umatnya supaya tidak kembali ke cara hidup lama yang jahil dan berpegang kepada Al-Quran dan sunnah sebagai cara hidup terbaik.
Ketika Baginda menyebut agama Islam telahpun disempurnakan, para sahabatnya tidak dapat menahan rasa hiba kerana merasakan hayat Baginda sudah menghampiri penghujung.
Sebelum pulang ke Madinah, Baginda menziarahi makam isteri tercinta, Saidatina Khadijah RA, insan pertama yang mempercayai penerimaan wahyu pertama Allah SWT kepada Baginda dan yang pertama memeluk Islam, buat kali terakhir.
Selepas dua bulan sekembalinya ke Madinah, Baginda mengalami demam dan sakit kepala. Untuk beberapa hari Baginda masih boleh mengimamkan solat sehingga sakitnya semakin teruk dan meminta Abu Bakar RA untuk menggantikannya.
Pada 8 Jun 632M, bersamaan 12 Rabiulawal 11H, Rasulullah SAW menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan isterinya, Aishah RA. Baginda dimakamkan di lokasi wafatnya di dalam bilik Aishah RA (kini di dalam Masjid Nabawi, Madinah).
Sumber: Biography, The Life of the Prophet Muhammad (Ibn Kathir), muftiwp.gov.my
#PeristiwaHariIni
@NotaUmrahDIY
19 643
Repost from Travel Promo Alerts✈️
+5
RM250 OFF Flight
Saudia & Qatar Airways 😍
NO MIN SPEND‼️
Madinah ✈️ Jeddah🇸🇦 RM48🔥
Jeddah ✈️ Cairo🇪🇬 RM138🔥
Jeddah ✈️ Amman🇯🇴 RM149🔥
KL ✈️ London🇬🇧 RM985🔥
Claim & guna sekarang✨
👉🏻 https://invl.me/clnfp7n
19 643
+1
🇸🇦 NEWS: A new international food court has opened near Gate 340 of Masjid Nabawi. The facility includes international meals, coffee, and a seating area for visitors. This new spot replaces the previous food court that was located at Gate 333.
source : FB Islamic Information
@NotaUmrahDIY
19 643
PERINGATAN BERKENAAN PELAKSANAAN HAJI TAHUN 1447H
Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) Jeddah ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji tahun ini supaya mendapatkan visa/permit haji yang sah sebelum memulakan perjalanan ke Arab Saudi.
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan arahan tegas hanya individu yang memiliki visa/permit haji yang sah sahaja dibenarkan berada di Mekah mulai 1 Zulkaedah sehingga 14 Zulhijjah 1447H bagi menunaikan ibadah haji.
Seperti yang telah dilaksanakan pada tahun lepas, mana-mana individu yang didapati menunaikan atau cuba untuk menunaikan ibadah haji tanpa visa/permit haji yang sah akan dikenakan denda sehingga SAR20,000; diusir keluar dari Arab Saudi; dan disenaraihitam dari memasuki Arab Saudi untuk tempoh 10 tahun.
Manakala bagi mereka yang bersubahat dalam memudahcara pelaksanaan haji tanpa visa/permit haji yang sah akan dikenakan denda sehingga SAR100,000. Ini termasuklah mereka yang memohon visa ziarah untuk individu lain bagi tujuan menunaikan haji secara tidak sah; membawa atau cuba membawa mereka masuk ke Mekah bermula 1 Zulkaedah sehingga 14 Zulhijjah 1447H; dan memberi tempat tinggal atau melindungi mereka di Mekah pada tarikh tersebut, dengan pengangkutan yang digunakan untuk membawa penumpang berkenaan akan disita.
Justeru, KJM Jeddah sekali lagi menasihati semua rakyat Malaysia agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi dan membatalkan hasrat menunaikan ibadah haji sekiranya tidak memiliki visa/permit haji yang sah.
KJM Jeddah tetap sedia membantu rakyat Malaysia di Arab Saudi. Namun, mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang negara ini perlu bersedia menghadapi sepenuhnya tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas mereka.
Sekiranya terdapat pihak-pihak yang menawarkan pakej haji selain pengelolaan Tabung Haji (PJH), KJM Jeddah menyarankan supaya tuan/puan membuat semakan dengan pihak Tabung Haji terlebih dahulu.
Terima kasih.
KONSULAT JENERAL MALAYSIA JEDDAH
26 April 2026
posting asal
https://www.facebook.com/share/p/1HBmvr2AR6/?mibextid=wwXIfr
@NotaUmrahDIY
19 643
Baru-baru ini (31 Disember 2025 – 16 Januari 2026), aku sekeluarga melancong ke Turkey. Kami buat roadtrip menjelajah kawasan Wilayah Laut Hitam sampai ke Ayder — memang pengalaman yang sangat best!
Sebelum pergi, aku ambil travel insurans Etiqa (Pelan Tripcare 360 Platinum) dengan harga RM405 untuk 6 orang selama 17 hari.
Nak dijadikan cerita, pada hari balik (16 Januari), flight kami delay selama 23 jam disebabkan masalah teknikal pada sistem kawalan pesawat. Semua penumpang diberikan penginapan hotel untuk satu malam, dan kami sekeluarga dapat 2 bilik di Marriott Hotel Istanbul.
👉 Apa jadi lepas tu?
Aku buat claim dengan pihak Etiqa melalui ejen, dan Alhamdulillah lulus. Kami terima pampasan sebanyak RM5,100 untuk kelewatan tersebut.
Dalam masa yang sama, aku juga cuba guna servis Compensair — syarikat yang bantu tuntut pampasan penerbangan berdasarkan undang-undang seperti EU Regulation 261/2004.
Mereka maklumkan potensi pampasan adalah €600 seorang.
Proses dia agak panjang — hampir 4 bulan berbalas email dan hantar dokumen termasuk detail akaun bank. Tapi akhirnya…
💰 Hari ini, pihak AirAsia X telah bayar pampasan sebanyak:
👉 RM16,659.66 (≈ €3,600 untuk 6 orang)
Cuma perlu tolak komisen Compensair sebanyak 35% atas usaha mereka.
Kesimpulan penting:
✅ Travel insurans sangat berbaloi — RM405 boleh dapat RM5,100
✅ Pampasan airline juga boleh dituntut (ramai tak tahu!)
✅ Kalau tak nak pening urus sendiri, boleh guna servis macam Compensair
✅ Dalam kes aku, total pampasan lebih RM20k — sangat membantu!
Pengajaran: Jangan berkira ambil travel insurans bila travel luar negara. Kita tak tahu apa akan jadi — delay, lost baggage, sakit, kemalangan — semua tu boleh berlaku bila-bila masa.
Bila jadi macam kes aku, memang rasa sangat bersyukur sebab dah buat persediaan awal.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kawan-kawan yang plan nak travel ✈️
kredit : FB Dk Aragon Dk Aragon
posting asal
https://www.facebook.com/share/p/1CRqu3FHka/?mibextid=wwXIfr
@NotaUmrahDIY
19 643
Saudi Arabia has started enforcing Hajj entry restrictions into Makkah from Monday, April 13, 2026. No one can enter the Holy City without a Hajj permit, a Makkah residency ID, or a Makkah work permit. The restrictions are in place as the Kingdom prepares for Hajj 2026 starting around May 25. Make sure you have the right documents before travelling to Makkah
@NotaUmrahDIY
19 643
🟡 KEMAS KINI: Dua Masjid Suci telah membangunkan lima pusat simpanan bagasi khusus untuk jemaah haji di Masjid al-Haram dan Masjid an-Nabawi.
Terdapat empat pusat simpanan bagasi di Masjid al Haram: halaman barat di belakang Bilik Mandi No. 6, Jalan Ajyad bersebelahan Bilik Mandi No. 1, halaman timur bersebelahan Perpustakaan Makkah, dan bangunan perkhidmatan di Pengembangan Saudi Ketiga (3). Titik pengumpulan bagasi telah terletak di beberapa pintu masuk utama ke Masjid Agung: Pintu Raja Abdulaziz (1), Pintu Raja Fahd (79, Pintu Umrah, dan Pintu 100.
Di Masjid an-Nabawi, sebuah pusat simpanan bagasi terletak di antara pintu keluar 365 dan 366.
Penyimpanan bagasi tersedia sehingga empat jam dan ditawarkan secara percuma, 24 jam sehari.
Sumber : FB Islamic Information
@NotaUmrahDIY
19 643
𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐍𝐃𝐎𝐊 𝐀𝐒𝐑𝐀𝐌𝐀
𝐾𝑜𝑚𝑝𝑙𝑒𝑘𝑠 𝑃𝑒𝑛𝑑𝑖𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 𝐴𝑙𝑀𝑎𝑠𝑦ℎ𝑢𝑟, 𝑃𝑒𝑟𝑙𝑖𝑠
Maahad Tahfiz AlMasyhur sedang melaksanakan pembinaan pondok untuk dijadikan asrama bagi menyediakan penempatan selesa dan kondusif kepada para penuntut ilmu.
𝐃𝐚𝐧𝐚 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧:
RM30,000 / 3,000 Lot
𝐁𝐚𝐤𝐢 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧:
RM19,000 / 1,900 Lot
𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡:
RM10 (1 Lot)
Kami membuka peluang kepada tuan/puan untuk bersama-sama menyumbang saham akhirat melalui infaq pembangunan ini.
📌 𝐀𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐈𝐧𝐟𝐚𝐪:
CIMB 860 415 8004
Maahad Tahfiz AlMasyhur
📞 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧:
Mudir Maahad: +6011-2073 1048
Admin: +6011-5390 2104
Semoga setiap sumbangan menjadi pemberat timbangan amal dan saham jariah yang berpanjangan.
@NotaUmrahDIY
19 643
NOTIS KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI WILAYAH BARAT ARAB SAUDI
Susulan penumuman sebelum ini, pihak Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah ingin memaklumkan bahawa pendaftaran untuk inisiatif membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Wilayah Barat Arab Saudi akan ditutup pada ketetapan berikut:
Tarikh: 8 Mac 2026 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi (waktu Saudi)
Pautan pendaftaran adalah seperti berikut:
https://forms.gle/goS1vqsSpneNbGhv6
KONSULAT JENERAL MALAYSIA
Jeddah
@NotaUmrahDIY
19 643
NOTIS KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI WILAYAH BARAT ARAB SAUDI (JEDDAH, MEKAH, MADINAH DAN TAIF)
1. Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Arab Saudi yang memilih untuk pulang secara sukarela.
2. Inisiatif ini adalah bersifat sehala (one-way) dari Jeddah dan/atau Madinah ke Kuala Lumpur dan disediakan khusus bagi membantu rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air dalam situasi semasa.
3. Keutamaan penyertaan akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang berada di Wilayah Barat Arab Saudi (Jeddah, Mekah, Taif dan Madinah) bagi tujuan lawatan sementara atau menunaikan ibadah (umrah atau ziarah), khususnya mereka yang terkesan akibat gangguan perjalanan susulan pembatalan penerbangan bermula pada 28 Februari 2026 hingga kini.
4. Pendaftaran hendaklah dibuat secara individu melalui pautan yang disediakan oleh pihak Konsulat bagi memastikan ketepatan maklumat setiap pemohon seperti berikut:
https://forms.gle/goS1vqsSpneNbGhv6
5. Rakyat Malaysia yang bekerja di Arab Saudi dan merupakan pemegang "Iqamah" (Kad Pengenalan Diri) dinasihatkan untuk menyemak terma kontrak pekerjaan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memohon menyertai inisiatif ini.
6. Maklumat lanjut berhubung inisiatif ini akan dimaklumkan oleh pihak Konsulat dalam masa terdekat.
7. Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi:
Telefon: +966 573 099 589
Emel: mwjeddah@kln.gov.my
8. Sebarang makluman terkini akan dihebahkan melalui Facebook Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.
KONSULAT JENERAL MALAYSIA JEDDAH
5 MAC 2026
@NotaUmrahDIY
19 643
Pendaftaran HAJI pakej global NUSUK direct dari pihak SAUDI TANPA ORANG TENGAH
AlhamduliLlah, tidak lama lagi, kerajaan Saudi melalui Kementerian Haji dan Umrah dan melalui official NUSUK portal, akan mengeluarkan pakej haji global.
Anda boleh mendaftarkan minat untuk menyertai pakej HAJI GLOBAL ini melalui pautan https://hajj.nusuk.sa/registration/global-pilgrim-request
NOTA :
Setakat ini, pengumumam rasmi pakej haji global belum finalize. Berdasarkan pakej HAJI NUSUK untuk peserta dari US, EUROPE dan OCENIA (Australia / NZ) pakej mungkin bermula sekitar SR65k (anggaran, tidak pasti tepat)
@NotaUmrahDIY
19 643
PROMO Qatar Airways
RM 2,328 (trip.com)
Multicity
KUL - JED
MED - KUL
4 - 18 November 2026
*banyak lagi tersedia pada harga ini
@NotaUmrahDIY
19 643
Apa jadi kepada semua Anak Rasulullah SAW ?
Jom tonton disini
https://www.youtube.com/watch?v=aXti3eUK2WI
@NotaUmrahDIY
19 643
Repost from Pemburu Tiket Murah ✈️
+1
Trip sambut Ramadan & Syawal di Mekah
AirAsia X
Premium Flatbed | Non-stop
KUL - Jeddah - KUL
RM6,007
Terus beli di sini 👉🏻 https://invl.me/cln5y00
Pada page terakhir sebelum pembayaran, masukkan Kod Promosi: HIGHFLY untuk dapatkan diskaun RM500. Harga selepas diskaun: RM6,007‼️
19 643
Repost from Pemburu Tiket Murah ✈️
+1
Umrah awal Ramadan? Ayuhhhh
Business Class
Saudi Airlines
KUL - Madinah - KUL
RM5,678
Terus beli di sini 👉🏻 https://invl.me/cln5xzu
Pada page terakhir sebelum pembayaran, masukkan Kod Promosi: HIGHFLY untuk dapatkan diskaun RM500. Harga selepas diskaun: RM5,678 sahaja
Selamat memburu!
19 643
Repost from Pemburu Tiket Murah ✈️
Qatar Airways Business & First Class Promo
KUL – Jeddah – KUL
💰 RM6,640
Kelas Penerbangan:
• KUL → Doha: Business Class
• Doha → Jeddah: First Class
• Jeddah → Doha: First Class
• Doha → KUL: Business Class
Terus buat tempahan di sini: https://invl.me/cln5xzf
Pada page terakhir sebelum pembayaran, masukkan Kod Promosi: HIGHFLY untuk dapatkan diskaun RM500. Harga selepas diskaun: RM6,140 sahaja
Selamat memburu!
19 643
Kes ni pada awalnya ramai yang komen kaitkan dengan DIY, akhir sekali tiada kaitan langsung 😅
Nak tahu TA mana, boleh scroll FB tuan tanah dibawah
Info lanjut
https://www.facebook.com/share/p/1BMkq8eBJr/?mibextid=wwXIfr
@NotaUmrahDIY
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
