fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

Kitab & Media Da'wah Islam

Kitab & Media Da'wah Islam

رفتن به کانال در Telegram

Pengedar buku-buku Islam autentik berlandaskan Al-Qur’an & Al-Sunnah sesuai dengan pemahaman Salaf al-Ummah. Tempahan lanjut, klik link berikut: wasap.my/60133778497 www.facebook.com/abuzayd.mta

نمایش بیشتر
1 999
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-87 روز
-1230 روز
آرشیو پست ها
📔 Tanda-tanda Orang Akan Mati (Pre-loved — 7/10) Datangnya kematian tidak diketahui oleh sesiapa pun kerana hanya Allah yang mengetahui bilakah seseorang itu akan mati. Namun, terdapat lebih daripada 5 tanda yang dikaitkan dengan kematian seseorang, seperti yang dinyatakan oleh al-Qurtubi dalam buku ini. Beliau mengulas dengan ilmiah tentang selok-belok kematian, tanda-tanda menjelang ajal dan cara menghadapi kematian. Semoga Allah mengurniakan kita semua pengakhiran yang baik. Wallahul musta'an. 📚 Format: Softcover | 96 m/s 💰 Harga: RM25 RM13 (tidak termasuk kos penghantaran) 📲 Tempahan & Pertanyaan: 📞 WhatsApp: 013-377 8497 📢 Ikuti saluran & kemas kini kami di: 🔗 Telegram: t.me/nikmatilmu 📸 Instagram: nikmatilmu 📘 Facebook: facebook.com/abuzayd.mta 🛒 Shopee: shopee.com.my/abuzaydtareeq

photo content

📔 Tawqif al-Hukkam ‘ala Ghawamidh al-Ahkam ✍️ Al-Aqfahasi al-Shafi’i Ibn 'Imad al-Aqfahsi atau al-Aqfahasi; antara tokoh besar mazhab al-Shafi'i yang banyak menghasilkan karya sehingga menjadi rujukan dalam mazhab tersebut. Antara karya beliau yang penting dalam ialah Tawqif al-Hukkam. Kitab ini banyak dinukilkan oleh sarjana mazhab al-Shafi'i mutaakhirin, khususnya dalam perbahasan hukum-hakam pernikahan. Keistimewaannya terletak pada kupasan terperinci terhadap permasalahan hukum yang rumit dan mendalam, selaras dengan judulnya, Ghawamidh al-Ahkam. Antara faktor yang menjadikan kitab ini lebih menonjol ialah ketiadaan kitab lain dalam mazhab al-Shafi'i yang mengkhususkan perbincangan sedalam ini tentang hukum-hakam pernikahan. Lebih daripada sekadar menghimpunkan hukum-hakam pernikahan, al-Aqfahasi turut membahaskan Asbab al-Khilaf secara terperinci. Beliau juga menghimpunkan pelbagai Furu' Fiqhiyyah, Masa'il Usuliyyah, Dawabit dan Qawa'id Fiqhiyyah, serta Masa'il Lughawiyyah. Kesemua ini memperlihatkan keluasan ilmu dan kedalaman penelitian beliau. 🏭 Dar Ibn al-Jawzi, Saudi 📚 Hardcover | 785 m/s 💰 Harga: RM110 exc. postage 📲 Tempahan & Pertanyaan: 📞 WhatsApp: 013-377 8497 📢 Ikuti saluran & kemas kini kami di: 🔗 Telegram: t.me/nikmatilmu 📸 Instagram: nikmatilmu 📘 Facebook: facebook.com/abuzayd.mta 🛒 Shopee: shopee.com.my/abuzaydtareeq

photo content
+1

photo content

📔 Konsultasi Nifas & Merawat Bayi Selepas melahirkan anak, wanita melalui pelbagai perubahan fizikal dan emosi. Tempoh nifas juga hadir dengan cabaran tersendiri, termasuk dalam memahami hukum-hakam berkaitan ibadah serta penjagaan diri selepas bersalin. Disinilah terletaknya kepentingan mempelajari ilmu tentang haid dan nifas, dari dua sudut: 1. Sudut agama: Berkaitan dengan ibadah seperti solat, puasa dan haji, serta hukum baligh, talak, idah dan hubungan suami isteri. 2. Sudut kehidupan: Membantu memahami kitaran haid dan mengenali petunjuk berkaitan kesuburan serta kehamilan. Bukan itu sahaja, buku ini turut membincangkan pemulihan ibu selepas bersalin dan penjagaan bayi pada hari-hari awal kelahiran. Antara topik menarik yang diketengahkan ialah proses adaptasi emosi ibu ketika nifas, cara mengurangkan ketidakselesaan selepas bersalin, komplikasi nifas, persediaan rumah untuk menyambut bayi, penjagaan bayi dalam 48 jam pertama serta keperluan bayi berusia 2–6 hari dan masalah yang mungkin timbul ketika menjaganya. Sebuah rujukan untuk membantu ibu memahami keperluan diri dan bayi, khususnya dalam menempuh fasa awal selepas kelahiran. 📚 Format: Softcover | 152 m/s 💰 Harga: RM35 (tidak termasuk kos penghantaran) 📲 Tempahan & Pertanyaan: 📞 WhatsApp: 013-377 8497 📢 Ikuti saluran & kemas kini kami di: 🔗 Telegram: t.me/nikmatilmu 📸 Instagram: nikmatilmu 📘 Facebook: facebook.com/abuzayd.mta 🛒 Shopee: shopee.com.my/abuzaydtareeq

photo content

📔 Al-Jawab al-Bahir fi Zuwwar al-Maqabir ✍️ Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah al-Harrani (Tahkik: Al-Mu'allimi / Sulaiman al-Sani') Pada akhir hayatnya, Ibnu Taimiyyah dipenjarakan atas tuduhan yang tidak berasas berkaitan isu ziarah kubur dan beberapa isu lain yang berkaitan dengannya. Ketika berada di dalam penjara, beliau menghimpunkan perbahasan tentang isu-isu tersebut sehingga terhasillah risalah ini. Beliau kemudian mengirimkan naskhah tersebut kepada Sultan Qalawun agar baginda dapat menilai sendiri pandangan sebenar beliau dan membandingkannya dengan pelbagai syubhat yang disebarkan oleh musuh-musuhnya dengan menyandarkan perkataan yang tidak benar kepada beliau. Kitab ini merupakan jawapan Ibnu Taimiyyah dalam usaha membela pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar dalam isu ziarah kubur. Di dalamnya, beliau menjelaskan bentuk ziarah yang menepati syarak, ziarah yang bersifat bidaah, ziarah yang diharamkan, ziarah yang mengandungi unsur kesyirikan serta pelbagai perincian lain berkaitan dengannya. Edisi berharakat/berbaris penuh. 🏭 Maktabah al-Imam al-Zuhri 📚 Hardcover | 129 m/s 💰 Harga: RM78 exc. postage 📲 Tempahan & Pertanyaan: 📞 WhatsApp: 013-377 8497 📢 Ikuti saluran & kemas kini kami di: 🔗 Telegram: t.me/nikmatilmu 📸 Instagram: nikmatilmu 📘 Facebook: facebook.com/abuzayd.mta 🛒 Shopee: shopee.com.my/abuzaydtareeq

photo content
+1

photo content

📔 Matn al-Ajurrumiyyah Dengan Terjemah Bahasa Jawi Al-Ajurrumiyyah, teks asas dalam pengajian ilmu bahasa Arab, kini tampil dengan terjemahan bahasa Jawi berserta tulisan Rumi. Dengan mengekalkan uslub bahasa klasik, edisi ini dapat membantu para pembaca, khususnya yang masih bertatih mempelajari ilmu bahasa Arab, memahami perbahasan yang terkandung dalam teks masyhur ini dengan lebih mudah. Edisi ini turut dilengkapi teks bahasa Arab dan bahasa Jawi yang ditaip semula, berserta tulisan Rumi bagi memudahkan pembacaan dan membantu para pelajar mengikuti teks asal dengan lebih lancar. 📚 Format: Softcover | 84 m/s 💰 Harga: RM25 (tidak termasuk kos penghantaran) 📲 Tempahan & Pertanyaan: 📞 WhatsApp: 013-377 8497 📢 Ikuti saluran & kemas kini kami di: 🔗 Telegram: t.me/nikmatilmu 📸 Instagram: nikmatilmu 📘 Facebook: facebook.com/abuzayd.mta 🛒 Shopee: shopee.com.my/abuzaydtareeq

photo content
+1

photo content

Open Order Kitab Baru Terbit #76 Tajuk: Taqrib 'Aqidah al-Imam al-Shafi'i Sinopsis ringkas: Kita sering mendengar segelintir menyatakan bahawa mereka bermazhab al-Shafi’i dalam isu fiqh. Namun, jarang kita dapati orang yang mengaku berakidah al-Shafi’i. Sedangkan Imam al-Shafi’i juga merupakan rujukan utama dalam isu akidah. Kitab ini merupakan panduan penting untuk mengetahui akidah sebenar Imam al-Shafi'i. Pegangan akidah Imam al-Shafi‘i yang dirangkumkan dalam kitab ini bersumber daripada karya-karya beliau serta riwayat-riwayat yang direkodkan oleh anak-anak murid beliau. Riwayat-riwayat tersebut disertakan dengan sanad, sekali gus memberikan asas periwayatan yang lebih kukuh dan lebih berautoriti. Hardcover | 223 m/s | Cet. Tayyibah al-Khadra' | RM85 termasuk kos pos S/M. Klik disini untuk tempahan lanjut: wasap.my/60133778497/taqribaqidahshafii Dapatkan kemaskini terbaru kitab-kitab arab di: https://t.me/nikmatilmu

photo content

📔 Al-Qiyas bayna Jumhur al-Usuliyyin wa Ibn Hazm al-Zahiri ✍️ Abu 'Abd al-A'la Khalid 'Uthman al-Misri Kajian ilmiah ini membahaskan perbezaan pandangan antara jumhur ulama' usul fiqh dengan Ibn Hazm, tokoh utama mazhab Zahiri yang dikenali tegas dalam menolak dan mengingkari qiyas, dalam keadaan majoriti umat menerimanya. Syeikh Khalid ‘Uthman menghuraikan pendirian Ibn Hazm dalam perkara ini serta mengemukakan bantahan terhadap hujah-hujahnya. Perbahasan ini sekali gus memperlihatkan perbezaan pendekatan antara madrasah Zahiriyyah dengan jumhur ulama' usul fiqh dalam menerima dan berhujah dengan qiyas sebagai salah satu dalil penetapan hukum. Syeikh turut memberi penjelasan tentang kepentingan isu ini dalam fiqh Islam serta pengaruhnya terhadap proses pengeluaran hukum-hakam syarak. 🏭 Dar al-Afnan 📚 Softcover | 96 m/s 💰 Harga: RM39 exc. postage 📲 Tempahan & Pertanyaan: 📞 WhatsApp: 013-377 8497 📢 Ikuti saluran & kemas kini kami di: 🔗 Telegram: t.me/nikmatilmu 📸 Instagram: nikmatilmu 📘 Facebook: facebook.com/abuzayd.mta 🛒 Shopee: shopee.com.my/abuzaydtareeq

photo content
+1

photo content

📔 Tata Busana Para Salaf (Pre-loved) Pernah terfikir bagaimana gaya pakaian Rasulullah ﷺ dan para sahabat Baginda ﷺ? Dalam buku ini, pembaca dapat menghayati tradisi berpakaian golongan Salaf. Turut dipaparkan tatacara berpakaian golongan wanita pada zaman Nabi ﷺ, sekali gus membolehkan pembaca meneliti perbezaan ketara antara cara berpakaian wanita moden hari ini dengan cara berpakaian wanita yang hidup pada zaman yang dinobatkan sebagai zaman terbaik sepanjang peradaban. Pelbagai jenis pakaian dan kelengkapan Rasulullah ﷺ dibahaskan dalam buku ini, daripada jubah, selipar, cincin dan serban hinggalah selimut Baginda ﷺ. Turut dimuatkan bab khusus yang membicarakan pakaian penghuni syurga. 📚 Format: Softcover | 312 m/s 💰 Harga: RM25 RM13 (tidak termasuk kos penghantaran) 📲 Tempahan & Pertanyaan: 📞 WhatsApp: 013-377 8497 📢 Ikuti saluran & kemas kini kami di: 🔗 Telegram: t.me/nikmatilmu 📸 Instagram: nikmatilmu 📘 Facebook: facebook.com/abuzayd.mta 🛒 Shopee: shopee.com.my/abuzaydtareeq

photo content