Kitab & Media Da'wah Islam
الذهاب إلى القناة على Telegram
Pengedar buku-buku Islam autentik berlandaskan Al-Qur’an & Al-Sunnah sesuai dengan pemahaman Salaf al-Ummah. Tempahan lanjut, klik link berikut: wasap.my/60133778497 www.facebook.com/abuzayd.mta
إظهار المزيد2 005
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-67 أيام
-1030 أيام
أرشيف المشاركات
📔 Al-Taqyiid wa al-Idah lima Utliqa wa Ughliqa min Kitab Ibn al-Salah (Stock Clearance)
✍️ Al-Hafiz al-Iraqi
Muqaddimah Ibn al-Salah merupakan antara karya terpenting dalam ilmu mustalah hadis. Kandungannya menghimpunkan pelbagai faedah dan perbahasan penting sehingga menjadi rujukan para ulama' selepasnya. Namun, terdapat beberapa perbahasan yang diperselisihkan serta perkara yang masih memerlukan batasan dan penjelasan.
Atas dasar itu, al-Hafiz al-'Iraqi menyusun al-Taqyid wa al-Idah dengan menghimpunkan catatan yang memperincikan perkara yang masih umum dan menjelaskan perkara yang masih samar. Beliau turut menjawab beberapa kritikan ulama mutaakhirin terhadap Ibn al-Salah yang dinilainya tidak tepat, di samping menguatkan pendapat Ibn al-Salah. Justeru, al-Taqyid wa al-Idah menjadi pelengkap penting yang wajar dimiliki oleh penuntut ilmu hadis untuk memahami Muqaddimah Ibn al-Salah dengan lebih menyeluruh.
🏭 Dar al-Basha'ir al-Islamiyyah
📚 Softcover | 2 Jilid Lengkap
💰 Harga: RM225 RM139 exc. postage
📲 Tempahan & Pertanyaan:
📞 WhatsApp: 013-377 8497
📢 Ikuti saluran & kemas kini kami di:
🔗 Telegram: t.me/nikmatilmu
📸 Instagram: nikmatilmu
📘 Facebook: facebook.com/abuzayd.mta
🛒 Shopee: shopee.com.my/abuzaydtareeq
📔 Paradigma Ibadah - Ibnu Taimiyyah
Paradigma Ibadah merupakan terjemahan karya fenomenal Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah; al-‘Ubudiyyah. Karya ini bertitik tolak daripada persoalan yang diajukan kepada beliau berkenaan firman Allah — mafhumnya:
“Wahai manusia, beribadahlah kepada Rabb kalian...” (al-Baqarah: 21).
Ibnu Taimiyyah kemudiannya menghuraikan secara terperinci hakikat ibadah yang dituntut oleh syarak, dengan menjelaskan makna ibadah serta perkara-perkara yang berkait dengannya.
Lebih daripada sekadar menghuraikan makna ibadah, Syeikh al-Islam, yang dikenali sebagai tokoh yang sangat mengetahui pelbagai pemikiran yang bercanggah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah, turut menyingkap kekeliruan pelbagai aliran dalam memahami konsep ibadah, termasuk golongan sufi, ahli kalam dan firqah-firqah Islam yang lain. Dengan demikian, pembaca dibimbing untuk memahami hakikat ibadah yang sebenar serta tuntutan syarak terhadapnya berteraskan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah.
📚 Softcover | 224 m/s
💰 Harga: RM21 (tidak termasuk kos penghantaran)
📲 Tempahan & Pertanyaan:
📞 WhatsApp: 013-377 8497
📢 Ikuti saluran & kemas kini kami di:
🔗 Telegram: t.me/nikmatilmu
📸 Instagram: nikmatilmu
📘 Facebook: facebook.com/abuzayd.mta
📔 Shifa' al-Siqam fi Sifat al-Inkar 'ala al-Hukkam
✍️ Abu Hazim Muhammad al-Qahiri
Mengingkari pemerintah merupakan antara isu penting dalam perbincangan manhaj kerana ia berkait rapat dengan salah satu usul Ahli Sunnah; iaitu pendirian terhadap pemerintah. Syarak menegaskan agar pemerintah itu dinasihati, diarahkan kepada perkara makruf dan dicegah daripada kemungkaran, namun semua itu mempunyai kaedah dan batas yang ditetapkan syarak serta apa yang telah difahami dan diamalkan oleh golongan al-Salaf al-Salih.
Kitab ini memperincikan kaedah menasihati pemerintah menurut petunjuk syarak dan kefahaman Salaf, di samping merungkai syubhat lazim yang dijadikan hujah untuk menjustifikasikan nasihat terhadap pemerintah yang dilakukan secara terbuka, dengan bersandarkan nas-nas yang disalahfahami atau diselewengkan.
🏭 Dar Sabil al-Mukminin
📚 Softcover | 144 m/s
💰 Harga: RM30 exc. postage
📲 Tempahan & Pertanyaan:
📞 WhatsApp: 013-377 8497
📢 Ikuti saluran & kemas kini kami di:
🔗 Telegram: t.me/nikmatilmu
📸 Instagram: nikmatilmu
📘 Facebook: facebook.com/abuzayd.mta
🛒 Shopee: shopee.com.my/abuzaydtareeq
📔 Fatwa-fatwa Rasulullah ﷺ tentang Aqidah & Akhlaq - Ibn al-Qayyim
225 fatwa Rasulullah ﷺ yang merangkumi persoalan akidah, akhlak dan pelbagai amal yang bermanfaat.
Himpunan ini mengetengahkan dialog dan soal jawab antara para sahabat—generasi terbaik umat ini—dengan Rasulullah ﷺ, penghulu sekalian manusia. Pelbagai persoalan agama dikemukakan kepada Baginda ﷺ, lalu dijawab dengan petunjuk wahyu dan bimbingan yang sarat dengan faedah.
Lebih istimewa, himpunan ini disunting daripada A‘lam al-Muwaqqi‘in, salah satu karya terkemuka al-Imam Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah.
📚 Softcover | 128 m/s
💰 Harga: RM13 (tidak termasuk kos penghantaran)
📲 Tempahan & Pertanyaan:
📞 WhatsApp: 013-377 8497
📢 Ikuti saluran & kemas kini kami di:
🔗 Telegram: t.me/nikmatilmu
📸 Instagram: nikmatilmu
📘 Facebook: facebook.com/abuzayd.mta
🛒 Shopee: shopee.com.my/abuzaydtareeq
📔 Masa'il Su'ila 'anha Ibn 'Uthaymin fa-Qala: "La Adri" aw "La A'lam"
✍️ Muhannad Abu 'Umar
“Aku tidak tahu.”
Dalam kitab ini, hampir 140 soalan dijawab oleh sang faqih, al-Imam Ibn ‘Uthaymin, dengan jawapan “Aku tidak tahu” dan ungkapan-ungkapan yang semisal dengannya.
Sedangkan karya-karya beliau yang telah dicetak mencapai 236 jilid, dengan 73 risalah dalam pelbagai bidang ilmu syariah; fatwa-fatwa beliau menjadi rujukan umat, dan ceramah-ceramahnya masih diulang-ulang hingga ke hari ini.
Namun, “Aku tidak tahu” tetap terpancar daripada lisan beliau.
Kerana pada seorang alim, kemuliaan ilmu bukanlah pada banyaknya jawapan yang mampu diberikan, tetapi pada keberanian untuk tidak berkata tentang Allah tanpa ilmu, apatah lagi menghalalkan apa yang diharamkan-Nya atau mengharamkan apa yang dihalalkan-Nya.
🏭 Maktabah al-'Ulum wa al-Hikam
📚 Softcover | 144 m/s
💰 Harga: RM30 exc. postage
📲 Tempahan & Pertanyaan:
📞 WhatsApp: 013-377 8497
📢 Ikuti saluran & kemas kini kami di:
🔗 Telegram: t.me/nikmatilmu
📸 Instagram: nikmatilmu
📘 Facebook: facebook.com/abuzayd.mta
🛒 Shopee: shopee.com.my/abuzaydtareeq
📔 Dakwahnya Jama'ah Tabligh?
Jamaah Tabligh merupakan antara gerakan Islam terbesar di dunia. Namun, jumlah pengikut yang ramai bukanlah ukuran kebenaran sesuatu manhaj.
Diberi kata pengantar oleh Mufti Saudi, al-‘Allamah Dr. Salih al-Fauzan; buku ini menghimpunkan kritikan terhadap Jamaah Tabligh berdasarkan pengalaman tokoh-tokoh yang pernah melakukan “khuruj” bersama mereka selama bertahun-tahun, di samping penelitian terhadap kitab-kitab dan rakaman berkaitan Jamaah Tabligh.
Sebanyak 16 fatwa ulama Ahli Sunnah yang muktabar dari pelbagai negara dilampirkan bagi menjelaskan pendirian mereka terhadap Jamaah Tabligh dan kitab masyhur mereka, Fada'il al-A'mal.
📚 Softcover | 118 m/s
💰 Harga: RM15 (tidak termasuk kos penghantaran)
📲 Tempahan & Pertanyaan:
📞 WhatsApp: 013-377 8497
📢 Ikuti saluran & kemas kini kami di:
🔗 Telegram: t.me/nikmatilmu
📸 Instagram: nikmatilmu
📘 Facebook: facebook.com/abuzayd.mta
🛒 Shopee: shopee.com.my/abuzaydtareeq
📔 As'ilah Muhimmah Hawl al-Ruqyah wa al-Ruqah
✍️ Al-'Allamah al-Muhaddith Prof. Dr. Rabi' bin Hadi 'Umayr al-Madkhali
Risalah ini menghimpunkan soalan-soalan berkaitan ruqyah dan perawat ruqyah yang dijawab oleh Prof. Dr. Rabi’ bin Hadi al-Madkhali. Jawapan Syeikh, seperti kebiasaannya, sarat dengan faedah dan bimbingan, berteraskan dalil-dalil daripada al-Qur'an dan al-Sunnah, di samping menjelaskan beberapa persoalan yang berkait rapat dengan ruqyah, antaranya sihir, hukum berkomunikasi dengan jin yang merasuk tubuh manusia, hukum meruqyah orang kafir dan pelbagai persoalan menarik yang lain.
Dalam menjelaskan persoalan-persoalan tersebut, turut diselitkan peringatan tentang tauhid dan akidah yang benar, menjadikan risalah ringkas ini bukan sekadar membicarakan persoalan ruqyah, bahkan mengingatkan perawat dan mereka yang terlibat dengannya agar sentiasa berpandukan syariat.
🏭 Dar al-Imam Ahmad
📚 Softcover | 64 m/s
💰 Harga: RM20 exc. postage
📲 Tempahan & Pertanyaan:
📞 WhatsApp: 013-377 8497
📢 Ikuti saluran & kemas kini kami di:
🔗 Telegram: t.me/nikmatilmu
📸 Instagram: nikmatilmu
📘 Facebook: facebook.com/abuzayd.mta
🛒 Shopee: shopee.com.my/abuzaydtareeq
📔 Panduan Syar’i Cara Bersuci — al-‘Utsaimin
Sebagai seorang Muslim, sudah semestinya kita perlu berakidah dengan akidah yang benar, bermanhaj dengan manhaj yang benar, berakhlak dengan akhlak yang benar dan beribadah dengan ibadah yang benar. Namun, sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan dan amalan seharian, tidak semestinya benar.
Begitu juga dalam urusan bersuci (taharah). Sejauh manakah amalan kita selama ini benar-benar selaras dengan bimbingan Allah dan petunjuk Rasul-Nya?
Berbekalkan dalil-dalil syarak serta kalam para ulama’ yang muktabar, buku ini menghuraikan persoalan bersuci dengan penjelasan yang memadai bagi membimbing seorang Muslim melaksanakan taharah sebagaimana yang disyariatkan.
📚 Softcover | 276 m/s
💰 Harga: RM30 (tidak termasuk kos penghantaran)
📲 Tempahan & Pertanyaan:
📞 WhatsApp: 013-377 8497
📢 Ikuti saluran & kemas kini kami di:
🔗 Telegram: t.me/nikmatilmu
📸 Instagram: nikmatilmu
📘 Facebook: facebook.com/abuzayd.mta
🛒 Shopee: shopee.com.my/abuzaydtareeq
