Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
رفتن به کانال در Telegram
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
نمایش بیشترکشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
1 866
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-47 روز
-630 روز
آرشیو پست ها
Sokongan untuk Bukit Bintang Berselawat 3.0 kini semakin mekar dengan kehadiran seruan daripada Ustaz Farkhan Daie. Terima kasih diucapkan kepada ustaz atas dukungan dan semangat yang dititipkan.
Sesungguhnya, usaha kecil kita ini adalah jambatan untuk kita sama-sama menzahirkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Baginda Rasulullah SAW di tengah-tengah kesibukan kota.
Ayuh bersama buat seluruh sidang ummah, marilah kita meluangkan masa untuk hadir memeriahkan malam penuh barakah ini. Kita basahkan lidah dengan selawat, kita panjatkan doa buat saudara kita di Palestin dan kita hidupkan suasana dengan nur kebersamaan.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Alhamdulillah, sokongan untuk Bukit Bintang Berselawat 3.0 terus mengalir. Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Salehudin Sukor, Pengarah Kebudayaan USIM atas seruan dan dukungan yang diberikan buat program ini.
Kesudian beliau untuk bersama menyokong usaha ini amat dihargai dalam mengangkat budaya selawat, nilai adab serta semangat “Budaya dikendong, agama dijunjung” dalam masyarakat.
Ayuh sama-sama kita hadir memeriahkan Bukit Bintang Berselawat 3.0. Kita hidupkan malam kota dengan alunan selawat, doa dan rasa kebersamaan demi ummah.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
ESOK ✨
Selawat menyatukan hati,
adab menyatukan manusia.
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
— Riwayat Ahmad
16 Mei 2026 • Sabtu
Bukit Bintang, Kuala Lumpur
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
#SolidaritiPalestin
Alhamdulillah, sokongan untuk Bukit Bintang Berselawat 3.0 terus rancak! Kali ini, kita terima 'seruan' khas daripada abang long kita, Achong Sweetchild.
Siapa yang tak kenal dengan aura bertenaga beliau di pentas? Sebagai seorang pengacara, pelakon, dan penyanyi yang cukup berpengalaman, kesudian saudara Achong untuk mengajak peminat dan kawan-kawan semua hadir adalah satu sokongan yang amat bermakna buat kita semua.
Seperti kata saudara Achong, jom kita ramai-ramai serbu Bukit Bintang! Kita tukarkan suasana hingar-bingar kota kepada alunan selawat yang mendamaikan jiwa.
Bawa semangat paling padu kita berselawat, kita berdoa, dan kita nyatakan solidariti kita buat saudara di Palestin. 🇲🇾🇵🇸
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Alhamdulillah, terima kasih saudari Ainan Tasneem yang budiman atas kesudian bersama-sama menyemarakkan gelombang selawat di tengah kota Kuala Lumpur.
Kelembutan bicara dan ketulusan beliau dalam mengajak masyarakat untuk kembali mencintai Rasulullah SAW benar-benar memberi inspirasi, terutamanya buat kaum wanita dan generasi muda.
Ayuh semua! Seperti mana ajakan saudari Ainan, mari kita penuhi malam penuh barakah ini dengan alunan zikir, doa, dan solidariti buat Palestin. Kita jadikan Bukit Bintang sebagai saksi penyatuan hati kita semua.
https://vt.tiktok.com/ZSxe2nPhQ/
Jumpa anda di sana untuk malam yang penuh indah dengan cinta dan kasih sayang 🌸✨
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#SolidaritiPalestin
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Alhamdulillah, sokongan para artis tanah air terus mengalir buat Bukit Bintang Berselawat 3.0.
Terima kasih buat saudara Ronnie Hussein atas kesudian mengajak semua tontonan bersama menyemarakkan malam penuh mahabbah ini.
Ayuh bersama menambahkan lagi seri Bukit Bintang Berselawat dengan alunan selawat, budaya dan mesej cinta yang menyatukan masyarakat di tengah kota.
Ayuh bersama kita jadikan 16 Mei ini malam penuh selawat, doa dan solidariti buat Palestin 🇲🇾🤍🇵🇸
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
“Meremang…” katanya
Terima kasih Saudara Saharul Ridzwan atas sokongan dan turut bersama menyebarkan semangat #BukitBintangBerselawat 3.0 🤍
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lebih ramai hati terpaut dengan selawat dan suasana yang penuh harmoni di tengah kota.
Boleh tonton perkongsian beliau di sini :
https://vt.tiktok.com/ZSxJkfbs9/
#BukitBintangBerselawat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Terima kasih Ekong BSP atas sokongan untuk #BukitBintangBerselawat 3.0 🌹🤍
Moga lebih ramai dapat bersama merasai suasana selawat, kasih sayang dan budaya beradab yang dibawa di tengah kota ✨
Tonton perkongsian daripada Ekong BSP :
https://vt.tiktok.com/ZSxJhLx3n/
https://www.facebook.com/share/r/18GYD6ZwyA/
🇲🇾🤍🇵🇸
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Terima kasih Puan Azura atas perkongsian dan usaha menyiarkan feedback serta review daripada pihak luar berkaitan Bukit Bintang Berselawat 2.0 🌹✨
Boleh juga tonton di sini : https://vt.tiktok.com/ZSxJ6kUV4/
Perkongsian seperti ini sangat bermakna kerana ia menunjukkan bagaimana mesej selawat, kedamaian dan budaya beradab mampu dirasai serta dihargai hingga ke peringkat antarabangsa.
Terima kasih juga kepada semua yang terus membantu menyebarkan momen-momen baik tentang #BukitBintangBerselawat. Inilah antara cara kita bersama-sama menyokong usaha ini iaitu dengan berkongsi pengalaman, video, review dan cerita-cerita yang memberi inspirasi kepada masyarakat 🤍
Semoga lebih ramai hati tersentuh dan bersama menghidupkan selawat di tengah kota.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
LAGI 2 HARI ✨
Selawat bukan sekadar alunan di bibir,
tetapi jalan menyatukan hati dan menghidupkan cinta kepada Rasulullah ﷺ
“Orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat kepadaku.”
— Riwayat al-Tirmizi
16 Mei 2026 • Sabtu
Bukit Bintang, Kuala Lumpur
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
✨ TIGA LAGU. SATU GELOMBANG ✨
Sempena Bukit Bintang Berselawat 3.0, tiga alunan istimewa kini mula dikongsikan buat semua.
Bukan sekadar lagu,
tetapi sebahagian daripada rasa, semangat dan perjalanan menuju malam yang akan menyatukan selawat, adab dan budaya di tengah kota.
Gunakan untuk :
🎥 konten kreatif
📱 reels & TikTok
🎬 montage
📹 story
✨ dan hebahan BBB 3.0 anda
🎵 SINAR YANG NYATA
Dengar di YouTube
🎵 CAHAYA DI BUKIT BINTANG
Dengar di YouTube
🎵 SELAWAT MEDLEY
Dengar di YouTube
Dengarkan.
Gunakan.
Sebarkan.
Mari hidupkan gelombang bersama 🌹
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
✨ PROTECT THE MESSAGE ✨
Dalam dunia media hari ini, satu konten boleh membentuk cara masyarakat melihat sesuatu.
Sebab itu BBB 3.0 bukan sekadar mahu ramai posting,
tetapi kita juga mahu sama-sama menjaga naratif dan mesej yang dibawa.
Kita mahu masyarakat melihat :
🤝 kasih sayang
🌹 dakwah yang menyantuni
🕌 perpaduan pelbagai bangsa
✨ budaya beradab
❤️ selawat sebagai rahmat untuk semua
Bukan kekeliruan naratif.
Walaupun BBB 3.0 membawa konsep
“Open Collaboration, Not Ownership”
namun setiap gambar, video dan kapsyen tetap perlu membantu membawa ruh BBB 3.0 dengan jelas dan beradab.
📌 Highlight yang perlu dibantu :
• Pemberian bunga ros
• Dakwah santai kepada non-Muslim
• Suasana harmoni pelbagai kaum
• Busana & budaya tradisional
• Orang ramai berselawat bersama
• Akhlak volunteer & peserta
• Suasana aman dan tertib
❌ Elakkan :
• Naratif yang mengelirukan
• Unsur provokasi
• Angle yang bercanggah dengan positioning rasmi BBB 3.0
Kerana akhirnya,
kita mahu masyarakat mengingati yang dibawa oleh BBB 3.0 ialah
✨ kasih sayang
✨ perpaduan
✨ selawat
✨ dan keindahan akhlak
Jangan biarkan angle kecil menenggelamkan mesej besar BBB 3.0.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
✨ KONSEP MEDIA BBB 3.0 ✨
“Open Collaboration, Not Ownership”
BBB 3.0 tidak bergerak dengan konsep media dimiliki oleh sekretariat semata-mata.
Sebaliknya, kita membina budaya media yang bergerak secara berjemaah, terbuka dan saling menguatkan. 🤝
Semua pihak boleh terlibat.
Semua pihak boleh posting.
Semua pihak boleh menjadi sebahagian daripada gelombang BBB 3.0.
Daripada pihak berkuasa, agensi, NGO, rakan strategik, content creator, fotografer, volunteer, peserta, komuniti dakwah sehinggalah masyarakat umum, semuanya adalah penyambung gelombang BBB 3.0. 🌊
Yang ada platform, bantu sebarkan.
Yang ada kamera, bantu rakam.
Yang ada idea, bantu hidupkan suasana.
Yang ada kemahiran, bantu kuatkan gelombang dakwah.
Kerana akhirnya, kita semua membawa tujuan yang sama:
✨ Memperkenalkan keindahan Rasulullah ﷺ melalui selawat, adab dan kasih sayang.
Terima kasih Malaysia 🇲🇾
Terlalu ramai yang bersama menyokong dan menghidupkan gelombang BBB 3.0 sehingga tidak mampu disebut satu persatu.
Satu Hati.
Satu Tujuan.
Berselawat Bersama.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Terima kasih HaRUM atas perkongsian dan sokongan ini. 🤍✨
Bukit Bintang Berselawat bukan sekadar sebuah himpunan,
tetapi ruang untuk menghidupkan rasa cinta dan kebersamaan umat.
Sejak awal penganjurannya, antara perkara yang sentiasa diangkat ialah kecintaan terhadap Palestin dan Baitul Maqdis sebagai sebahagian daripada Tiga Kota Suci Islam yang dekat di hati umat.
Moga melalui selawat, doa dan kebersamaan ini,
lahir generasi yang mempunyai rasa peduli, kasih sayang dan cinta terhadap umat Islam seluruhnya.
Satu selawat,
satu doa buat Palestin. 🇵🇸
Jumpa di Bukit Bintang nanti ✨
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Terima kasih kepada Akmal Hakim | Simple Truth atas posting dan perkongsian yang sangat bermakna ini 🤝✨
Boleh ditonton di sini : https://vt.tiktok.com/ZSx1ADCHq/
Sejak BBB 1.0 sehingga kini menuju BBB 3.0, antara mesej yang sentiasa dibawa ialah kecintaan umat terhadap Tiga Kota Suci Islam serta kesedaran tentang perjuangan dan pembebasan Baitul Maqdis serta Palestin.
Bukit Bintang Berselawat bukan sekadar sebuah himpunan,
tetapi ruang menyemai rasa cinta, kesatuan, adab dan tanggungjawab umat agar semangat ini terus hidup dalam jiwa generasi akan datang.
Semoga usaha kecil ini menjadi sebahagian daripada jalan membina generasi yang peduli kepada ummah dan tanah suci umat Islam.
Ayuh bersama hadir ke Bukit Bintang Berselawat 3.0
📍 Bukit Bintang, Kuala Lumpur
🗓️ 16 Mei 2026 (Sabtu)
Sebarkan. Hadirkan rasa cinta. ❤️
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
🇲🇾✨ DAKWAH CINTA
Bukit Bintang Berselawat 3.0
Membawa dakwah dengan hikmah, kasih sayang dan akhlak yang mulia di tengah kota.
Bukan sekadar himpunan selawat,
tetapi usaha menyebarkan rahmah, budaya beradab dan kasih Rasulullah ﷺ kepada masyarakat.
Antara pendekatan yang boleh dibawa :
🤍 Permakaian hijab & busana
untuk wanita non-Muslim di beberapa lokasi terpilih secara santun dan penuh hormat.
🪞 Membawa cermin bersama
sebagai simbol keyakinan, penghargaan dan pengalaman yang lebih mesra.
🎶 Perarakan selawat & budaya
selama 1 jam 30 minit membawa suasana harmoni, cinta dan kesatuan ummah.
🤝 Gerak dakwah team kecil-kecil
yang bergerak dengan tertib, berhikmah dan tidak mengganggu suasana awam.
Kita hadir bukan untuk memaksa,
tetapi menyantuni manusia dengan adab, senyuman dan kasih.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Alhamdulillah, sokongan demi sokongan terus hadir daripada para artis dan selebriti tanah air dalam menjayakan Bukit Bintang Berselawat 3.0. Inilah indahnya apabila seni, budaya dan dakwah bersatu dalam satu jiwa dan matlamat yang sama.
Setinggi penghargaan diucapkan buat saudara Zack Kacamata atas kesudian bersama mengajak masyarakat daripada pelbagai lapisan usia untuk turut hadir memeriahkan malam penuh mahabbah ini
Penyanyi lagu popular “Bintang” ini bakal bersama menyinari Bukit Bintang Berselawat menerusi alunan selawat, persembahan budaya serta mesej cinta dan kedamaian yang menyatukan hati-hati manusia.✨
Ayuh kita himpunkan langkah dan doa pada malam 16 Mei nanti menjadikan tengah kota sebagai medan selawat, solidariti buat Palestin serta tanda cinta kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
🇲🇾🤍🇵🇸
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
