fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

Sahabat Bangkit Al-Quds

Sahabat Bangkit Al-Quds

رفتن به کانال در Telegram

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
509
مشترکین
+724 ساعت
+197 روز
+1930 روز
آرشیو پست ها
Alhamdulillah, selesai sudah Malam Jejak Al-Quds. 🕌🤍 Dari awal hingga ke penghujung malam, kita lalui bersama dengan pelbagai pengisian, perkongsian dan persembahan yang menghidupkan suasana. Terima kasih kepada semua yang hadir, para tetamu, pengisi acara dan semua yang bersama-sama menjayakan malam penuh makna ini. 🇵🇸 Ini sedikit momen raw yang dirakam, setiap detik mempunyai cerita. Stay tuned untuk progam seterusnya✨ Semoga rasa cinta kepada Al-Quds terus hidup dalam hati kita. Al-Quds di hati. 🤍🇵🇸 #malamjejakalquds #masjidalaqsa #baitulmaqdis #palestine #bangkitalquds

🌤️ LENSA PETANG | MALAM JEJAK AL-QUDS Petang ini, anak-anak turut menzahirkan rasa cinta mereka buat Al-Quds. 🤍 Daripada wa
+9
🌤️ LENSA PETANG | MALAM JEJAK AL-QUDS Petang ini, anak-anak turut menzahirkan rasa cinta mereka buat Al-Quds. 🤍 Daripada warna yang dilakar, hingga harapan yang ditulis pada belon dan kad — kecil pada tangan mereka, tetapi besar maknanya. Semoga dari kecil mereka mengenal Al-Quds, menyayanginya dan tidak pernah melupakannya. 🕌🇵🇸 Kerana cinta kepada Al-Quds juga perlu diwariskan. #MalamJejakAlQuds #BangkitAlQuds #AlQuds #Baitulmaqdis #Palestin

⏳ TINGGAL BEBERAPA JAM SAHAJA LAGI… Persiapan sedang berlangsung. Satu demi satu sedang disiapkan sebelum kita membuka tirai Malam Jejak Al-Quds malam ini. 🕌 Kalau anda belum ada plan malam ini — jom datang bersama kami. Mungkin malam ini menjadi titik mula untuk kita mengenali, mengingati dan mencintai Al-Quds dengan lebih dekat. 📍 Downtown Puncak Alam 🕰️ 8 hingga 10 malam 📅 5 SEPTEMBER 2026 Malam ini, kita jejak Al-Quds. Jumpa anda nanti. 🤍 #MalamJejakAlQuds #BangkitAlQuds #AlQuds #BaitulMaqdis #Palestin

MALAM INI KITA JEJAK AL-QUDS. 🇵🇸 Ini tentatif perjalanan kita malam ini. Simpan, share & ajak yang tersayang. Jumpa malam ini. Jangan sampai terlepas. 🌙 #MalamJejakAlQuds #BaitulmaqdisMilikUmmah

photo content

📢 PANDUAN KEHADIRAN MALAM JEJAK AL-QUDS 🇵🇸 "Satu Malam, Satu Perjalanan, Satu Rasa" Bagi memastikan program berjalan lancar dan selesa untuk semua, para pengunjung disarankan untuk: 🅿️ 1. PARKING Parking tersedia di sekitar kawasan lokasi. Sila ikut arahan dan panduan daripada petugas yang bertugas. 🕌 2. SOLAT MAGHRIB Solat Maghrib boleh dilaksanakan di Masjid Puncak Alam yang terletak berdekatan dengan lokasi program. 🧺 3. BAWA TIKAR Digalakkan membawa tikar sendiri untuk keselesaan sepanjang mengikuti program. 🍔 4. 70 VENDOR MAKANAN & MINUMAN Nikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman daripada 70 vendor yang tersedia di sekitar lokasi. ⏰ Operasi jualan: 6.00 petang – 11.30 malam 🗑️ 5. JAGA KEBERSIHAN Sila buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di sekitar kawasan program. Sama-sama kita jaga kebersihan lokasi. 🇵🇸 6. SEMARAKKAN SEMANGAT AL-QUDS Hadir dengan pakaian, bendera atau mafla bertemakan Al-Quds & Palestin sebagai tanda solidariti dan sokongan kita. 🤲 Jom hadir beramai-ramai! Semarakkan Malam Jejak Al-Quds dengan penuh semangat, kebersamaan dan solidariti untuk Palestin. 📍Lokasi Use Waze to drive to Downtown Puncak Alam, 1 Jalan Ppaj 2/5, Puncak Alam, Selangor: https://waze.com/ul/hw284kmz8s (DOWNTOWN PUNCAK ALAM) 🇵🇸 MALAM JEJAK AL-QUDS Satu Malam, Satu Perjalanan, Satu Rasa 🇵🇸 MALAM JEJAK AL-QUDS Satu Malam, Satu Perjalanan, Satu Rasa

photo content

KITA JUMPA ESOK MALAM! Alhamdulillah, semakin ramai yang bersama menghidupkan Malam Jejak Al-Quds. 🤍 ✨ Farid Kamil ✨ Zack Ka
KITA JUMPA ESOK MALAM! Alhamdulillah, semakin ramai yang bersama menghidupkan Malam Jejak Al-Quds. 🤍 ✨ Farid Kamil ✨ Zack Kacamata ✨ Ainan Tasneem ✨ Korie Jumpa malam esok! 🌙 MALAM JEJAK AL-QUDS Datang untuk suasana. Pulang dengan rasa. #malamjejakalquds #masjidalaqsa #puncakalam #palestine #bangkitalquds

Jom malam esok kita layan lagu Bintang sama-sama! ⭐️🎤 Zack Kacamata akan bersama kita di Malam Jejak Al-Quds dengan beberapa persembahan yang pastinya akan memeriahkan malam kita. Terima kasih saudara Zack kerana sudi bersama dan berkongsi persembahan untuk Malam Jejak Al-Quds. 🤍 Bukan sekadar datang dengar lagu, tapi kita luangkan masa bersama, kenali Al-Quds dan nikmati malam yang penuh dengan pengisian serta persembahan. Jom ajak kawan-kawan, kita jumpa malam esok! 🕌🇵🇸 #malamjejakalquds #masjidalaqsa #zackbudakkacamata #bintang #bangkitalquds

Alhamdulillah, semakin ramai yang bersama menjayakan Malam Jejak Al-Quds. 🕌🤍 Terima kasih buat saudara Farid Kamil atas sokongan dan kesudian beliau untuk bersama memeriahkan Malam Jejak Al-Quds. Sebagai seorang pengarah, pelakon dan penulis skrip, sokongan beliau turut mencerminkan kepentingan usaha bersama dalam memperkenalkan isu, sejarah dan nilai Al-Quds kepada masyarakat melalui pendekatan yang dekat dengan komuniti. Semoga kebersamaan ini menjadi sebahagian daripada langkah kecil untuk membawa Al-Quds lebih dekat ke hati kita semua. 🇵🇸🤍 Jom hadir dan luangkan masa bersama dalam Malam Jejak Al-Quds. Datang untuk suasana. Pulang dengan rasa. #MalamJejakAlQuds #MasjidAlAqsa #FaridKamil #BangkitAlQuds

🕌 MALAM JEJAK AL-QUDS 🕌 Semalam kita dah reveal tempatnya. Hari ini, kita nak tunjuk pula… apa yang menanti anda di sana? Save & share dulu. Swipe sampai habis 👉 Mari bersama menjejak kisah Al-Quds, mengenali sejarahnya, merasai denyut perjuangannya dan menghidupkan kembali cinta kita kepada bumi yang penuh sejarah dan kemuliaan. Satu malam yang santai, penuh penghayatan dan kebersamaan dengan pelbagai aktiviti, perkongsian santai dan persembahan istimewa yang membawa kita lebih dekat kepada Al-Quds. 🎤 PERSEMBAHAN ISTIMEWA ⭐ Zack Kacamata ⭐ Farid Kamil ⭐ Ainan Tasneem ✨ ANTARA YANG MENANTI ANDA: 🕌 Infografik Al-Quds 📖 Risalah Bangkit Al-Quds Percuma 🎨 Celik Al-Quds — Aktiviti Kanak-kanak 🛍️ Gerai Jualan & Makanan ✨ Serta pelbagai lagi pengisian yang akan melengkapkan perjalanan kita malam itu. 📅 5 SEPTEMBER 2026 | SABTU ⏰ 6.00 PETANG – 10.30 MALAM 📍 Downtown Puncak Bawa keluarga. Ajak sahabat. Luangkan satu malam untuk kenal, faham, rasa dan cinta kepada Al-Quds.
“Kerana mungkin Al-Quds jauh daripada kita, tetapi tidak seharusnya jauh daripada hati kita.” 🇵🇸
Satu malam. Satu perjalanan. Satu rasa. Jom jejak Al-Quds bersama !

photo content
+5

Malam Jejak Al-Quds nanti ada apa ? Save dan Share video ni dulu sebelum hilang. Kita akan reveal satu persatu.. siapa yang turun padang, apa yang menanti, dan kenapa malam tu kena datang luangkan masa. Dan pastinya santai tapi sampai. Jom seru kawan-kawan, family dan tag nama mereka kat bawah. Datang nikmati suasana. Pulang dengan rasa. Follow untuk info selanjutnya. #MalamJejakAlQuds #Baitulmaqdis #bangkitalquds

Dua Bumi, Satu Harapan.🇲🇾🇵🇸 69 layang-layang diterbangkan di Pantai Gaza sebagai tanda kasih dan penghargaan kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan ke-69. Sempena Hari Kebangsaan Malaysia, mari bersama titipkan doa buat saudara kita di Gaza. Semoga Malaysia terus menikmati keamanan dan kemerdekaan, dan semoga Palestin juga suatu hari nanti menikmati kebebasan. 🎥 Sumber: Cinta Gaza Malaysia & ASTRO Awani

Kita tahu namanya. Tapi… sejauh mana kita benar-benar mengenalinya? Mungkin sudah tiba masanya kita berhenti seketika, dan me
Kita tahu namanya. Tapi… sejauh mana kita benar-benar mengenalinya? Mungkin sudah tiba masanya kita berhenti seketika, dan melihat Baitulmaqdis dari dekat.. kisahnya, jejaknya, dan kedudukannya dalam hati kita. Satu malam bakal membawa kita menelusuri perjalanan itu bersama yang tersayang dalam suasana santai namun penuh makna. 🌙 MALAM JEJAK AL-QUDS Satu Malam. Satu Perjalanan. Satu Rasa. Save, Follow dan Nantikan Info selanjutnya! Tag family dan kawan korang. 🤍 #MalamJejakAlQuds #masjidalaqsa #Baitulmaqdis #malamjejakalquds #BangkitAlQuds

🇲🇾 SALAM HARI KEBANGSAAN KE-69 Hari ini kita berdiri sebagai sebuah bangsa yang merdeka. Kita kibarkan Jalur Gemilang. Kita kenang perjuangan mereka yang terdahulu. Kita syukuri keamanan yang masih kita nikmati. Kita boleh pulang ke rumah dengan tenang. Berkumpul bersama keluarga. Beribadah tanpa rasa takut. Semua itu adalah nikmat yang besar. Namun dalam kita meraikan kemerdekaan tanah air, jangan kita lupa bahawa masih ada saudara kita di bumi Al-Quds yang melalui ujian dan penindasan. Kerana seorang Muslim tidak hanya peduli pada apa yang berlaku di hadapan matanya. Rahmah tidak mengenal sempadan. Doa tidak mengenal sempadan. Dan amanah terhadap Al-Quds juga tidak mengenal sempadan. Mencintai Malaysia adalah tanda syukur kita terhadap tanah air. Mengingati Al-Quds pula adalah sebahagian daripada kesedaran kita sebagai umat. Maka pada hari yang penuh makna ini, marilah kita bukan sekadar meraikan kemerdekaan, tetapi mensyukuri nikmat kebebasan dengan menjadi manusia yang lebih peduli, lebih mengenal sejarah, lebih memahami amanah dan tidak melupakan saudara yang sedang diuji. Kita doakan Malaysia terus aman. Kita doakan Nusantara terus diberkati. Dan kita terus titipkan doa buat Al-Quds. Semoga Allah SWT memelihara Malaysia, mengurniakan kesejahteraan kepada seluruh Nusantara dan menjaga bumi Al-Quds serta umat yang berada di dalamnya. 🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan ke-69. Merdeka dengan syukur. Hidup dengan amanah. Berdoa tanpa sempadan. BAITULMAQDIS MILIK UMMAH. 🇵🇸 #merdeka #malaysia #palestine #doa #bangkitalquds

Mencintai Rasulullah ﷺ bukan sekadar mengenang kelahiran Baginda. Tetapi bagaimana cinta itu hidup dalam diri kita — pada tauhid yang benar, akhlak yang baik, dan hati yang sentiasa memikirkan tentang umat. Semoga setiap selawat yang kita lafazkan bukan sekadar di bibir, tetapi menjadi tanda cinta yang dizahirkan dalam kehidupan. Moga kita terus mengenali Baginda, meneladani Baginda dan menjadi umat yang Baginda kenali. 🤍 Salam Maulidur Rasul ﷺ. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد #maulidnabi #nabimuhammad #masjidalaqsa #bangkitalquds

Nak mula kenalkan Al-Quds kepada anak-anak, tapi tak tahu caranya?🤍 Jom dengarkan perkongsian daripada Puan Norashikin Abdul Latiff, penulis buku The Olive Tree That Remembered, beberapa tips mudah untuk ibu bapa membina kefahaman dan kecintaan anak-anak terhadap Al-Quds sejak kecil. Share kepada ibu bapa lain & follow Bangkit Al-Quds untuk lebih banyak perkongsian. #bangkitalquds #palestine #baitulmaqdis #storytelling #tigakotasuci

Sejak konflik tercetus pada 2023, lebih 75,000 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dan lebih 250,000 cedera, berdasarkan data yang dipetik daripada sumber Palestin. Angka ini juga belum mengambil kira mereka yang masih dipercayai tertimbus di bawah runtuhan. 1. 🇵🇸 Gencatan senjata masih rapuh Walaupun gencatan senjata sedang berlangsung, serangan masih berlaku. Pada 13 Ogos, dua rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dalam serangan di Gaza. Ini menunjukkan bahawa gencatan senjata belum membawa keamanan sepenuhnya kepada rakyat Gaza. 2. 🇵🇸 Ada pelan untuk fasa seterusnya Gaza Pada penghujung Julai, Board of Peace mengumumkan 15-point roadmap bagi pelaksanaan fasa seterusnya di Gaza. Secara ringkas, pelan ini melibatkan: * Gencatan senjata * Pelucutan senjata Hamas * Pengunduran Israel secara berperingkat * Pentadbiran baharu Gaza * Pembinaan semula Gaza 3. 🇵🇸 Hamas menyatakan komitmen terhadap pelan Hamas menyatakan sokongan terhadap pelan tersebut, dengan beberapa perkara utama yang ditekankan: * Gencatan senjata sepenuhnya * Pengunduran Israel dari Gaza * Pembukaan lintasan seperti Rafah dan Kerem Shalom * Kemasukan bantuan kemanusiaan dan bekalan perlindungan * Permulaan pembinaan semula Gaza * Penyerahan pentadbiran Gaza kepada NCAG NCAG (National Committee for the Administration of Gaza) ialah badan teknokratik Palestin yang dirancang untuk mengurus hal ehwal awam Gaza dalam tempoh peralihan, termasuk kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan awam. 4. 🇵🇸 Tetapi pelaksanaan pelan masih tersekat Benjamin Netanyahu menolak pengunduran Israel sebelum Hamas dilucutkan sepenuhnya. Ringkasnya: Hamas: teruskan fasa kedua dan pengunduran Israel. Netanyahu: Hamas lucutkan senjata dahulu, kemudian Israel berundur. ➡️ Perbezaan pendirian ini menyebabkan pelaksanaan fasa seterusnya masih belum dapat bergerak sepenuhnya. 5. 🇵🇸 Rundingan masih diteruskan Usaha diplomasi belum berhenti. Wakil Board of Peace dijadualkan bertemu pihak berkaitan di Israel dan Mesir minggu depan bagi membincangkan pelaksanaan pelan dan cuba menyelesaikan kebuntuan yang berlaku. 6. 🇵🇸 Palestin bukan Gaza sahaja Di West Bank, penduduk Palestin juga terus berdepan tekanan. Pada 14 Ogos, laporan menyebut peneroka Israel mengepung kawasan kediaman Palestin di Qusra, menyebabkan penduduk sukar keluar dari rumah. Ini mengingatkan kita bahawa isu Palestin bukan hanya tentang apa yang berlaku di Gaza. --- 🇵🇸 KESIMPULANNYA Walaupun skala pertempuran di Gaza telah berkurang di bawah gencatan senjata, serangan masih berlaku dan keamanan sebenar masih belum tercapai. Nyawa masih terkorban. Krisis kemanusiaan masih berterusan. Pelan damai masih tersekat. Dan rundingan masih mencari jalan keluar. Sebab itu, walaupun berita tentang Gaza semakin kurang memenuhi ruang media, kita jangan berhenti mengambil tahu. Kerana berhentinya berita bukan bermakna berakhirnya penderitaan. Kemaskini setakat 14 Ogos 2026. Rujukan: Reuters, Associated Press (AP), Anadolu Agency, Astro Awani.