fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

Sahabat Bangkit Al-Quds

Sahabat Bangkit Al-Quds

رفتن به کانال در Telegram

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
530
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
+187 روز
+4030 روز

در حال بارگذاری داده‌ها

کانال‌های مشابه
هیچ داده‌ای
مشکلی وجود دارد؟ لطفاً صفحه را تازه کنید یا با مدیر پشتیبانی ما تماس بگیرید.
ابر برچسب‌ها
هیچ داده‌ای
مشکلی وجود دارد؟ لطفاً صفحه را تازه کنید یا با مدیر پشتیبانی ما تماس بگیرید.
اشارات ورودی و خروجی
---
---
---
---
---
---
جذب مشترکین
نوامبر '26
نوامبر '26
+1
در 0 کانال‌ها
اکتبر '26
+530
در 5 کانال‌ها
تاریخ
رشد مشترکین
اشارات
کانال‌ها
14 نوامبر0
13 نوامبر0
12 نوامبر0
11 نوامبر0
10 نوامبر0
09 نوامبر0
08 نوامبر0
07 نوامبر0
06 نوامبر0
05 نوامبر0
04 نوامبر0
03 نوامبر0
02 نوامبر+1
01 نوامبر0
پست‌های کانال
Metodologi Berfikir Dalam Memahami Isu Palestin Kefahaman mendalam terhadap sesuatu isu memerlukan falsafah ilmu bersepadu an
Metodologi Berfikir Dalam Memahami Isu Palestin Kefahaman mendalam terhadap sesuatu isu memerlukan falsafah ilmu bersepadu antara akal dan wahyu, bukan sekadar sumber empirikal yang sempit. Konflik al-Quds sebenarnya ialah pertembungan dua orde dunia yang berpunca daripada ideologi sesat Zionisme, bukannya sekadar perebutan tanah. Menurut Ismail al-Faruqi, penyelesaian tuntas konflik Palestin menuntut penghapusan rejim Israel melalui kebangkitan revolusi dan penegakan Orde Dunia Islam. Tekan link di bawah untuk artikel penuh: https://akalwahyu.com/metodologi-berfikir-dalam-memahami-isu-palestin/ ——————————————————— MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN https://t.me/SahabatBangkitAlQuds

2
https://vt.tiktok.com/ZSp1muMdH/ *PENDERITAAN PALESTIN BUKAN BERMULA SEMALAM.* Semuanya mempunyai sejarah yang panjang. Pada+5
https://vt.tiktok.com/ZSp1muMdH/ *PENDERITAAN PALESTIN BUKAN BERMULA SEMALAM.* Semuanya mempunyai sejarah yang panjang. Pada *2 NOVEMBER 1917,* Britain mengeluarkan *Deklarasi Balfour* yang menyokong penubuhan sebuah tanah air kebangsaan untuk orang Yahudi di Palestin. Kemudian, Palestin berada di bawah Mandat British. Pada 1948, Nakbah menyaksikan lebih 700,000 rakyat Palestin melarikan diri atau diusir dari tanah air mereka. Pada 1967 pula, pendudukan Israel meluas ke Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, dan Gaza. Deklarasi Balfour bukan satu-satunya punca, tetapi ia merupakan antara titik penting dalam sejarah yang membentuk nasib Palestin hingga hari ini. Sebab itu, memahami sejarah bukan sekadar mengenang masa lalu. Kita perlu tahu bagaimana semua ini bermula agar penderitaan Palestin tidak terus dilupakan. Simpan dan kongsikan. Ikuti BAQ untuk lebih banyak perkongsian sejarah dan perkembangan Palestin. #BangkitAlQuds #BaitulmaqdisMilikUmmah #Palestin https://t.me/SahabatBangkitAlQuds
106
3
Jumlah trak komersial yang memasuki Gaza merosot lebih separuh dalam tempoh sebulan. Sebanyak 1,758 trak komersial memasuki G
Jumlah trak komersial yang memasuki Gaza merosot lebih separuh dalam tempoh sebulan. Sebanyak 1,758 trak komersial memasuki Gaza sepanjang Oktober, berbanding 3,781 trak pada September. Kemerosotan sebanyak 53.5% ini berlaku di tengah sekatan berterusan Israel, termasuk penutupan lintasan Kerem Shalom kepada trafik komersial selama lebih seminggu. Dalam tempoh yang sama, jumlah keseluruhan trak termasuk bantuan kemanusiaan dan bahan api turut menurun sebanyak 27.1%. Walaupun kemasukan trak bantuan meningkat 45.9%, bekalan makanan merosot 32.3%, manakala bekalan perubatan turun 26.9%. Kekurangan bekalan ini menjejaskan ketersediaan barangan keperluan di pasaran tempatan, mendorong kenaikan harga dan meningkatkan tekanan kos sara hidup rakyat Palestin yang terus berdepan kesukaran mendapatkan keperluan asas. Di sebalik angka ini, ada kehidupan rakyat Gaza yang terus terhimpit akibat kekurangan bekalan dan sekatan yang berterusan. SUMBER: The New Arab | Reuters | Associated Press
107
4
UPDATE TERKINI PALESTIN | 30 OKTOBER 2026 Bukan hanya di Gaza. Penduduk Palestin di Tebing Barat juga terus kehilangan tempat
UPDATE TERKINI PALESTIN | 30 OKTOBER 2026 Bukan hanya di Gaza. Penduduk Palestin di Tebing Barat juga terus kehilangan tempat tinggal akibat operasi ketenteraan Israel. 1. GAZA | AMARAN OHCHR (PBB) OHCHR memberi amaran bahawa ruang kehidupan penduduk Gaza semakin mengecil. Pasukan Israel dilaporkan menganggap Yellow Line sebagai kawasan berbahaya yang boleh membawa maut (kill zone), sekali gus menghalang penduduk daripada pulang ke rumah mereka di seberang garisan tersebut. Infrastruktur awam dan lokasi penempatan sementara turut terus diserang. 2. HEBRON | TEBING BARAT Seramai 4,969 penduduk daripada 780 keluarga dilaporkan dipindahkan dari kediaman mereka. Sebanyak 10 pintu masuk ke bandar Hebron turut ditutup oleh pasukan Israel, menyekat pergerakan penduduk. Dua lokasi, satu realiti: kehidupan rakyat Palestin terus terjejas. Jangan biarkan perkembangan ini berlalu. Terus ambil tahu dan sebarkan. Sumber: OHCHR (dipetik Al Jazeera); Al Jazeera (30.10.2026). https://t.me/SahabatBangkitAlQuds
95
5
UPDATE TERKINI PALESTIN 30 OKTOBER 2026 Bukan hanya di Gaza. Di Tebing Barat, ribuan penduduk Palestin turut kehilangan tempat tinggal akibat operasi ketenteraan Israel. Dua perkembangan ini dilaporkan pada 30 Oktober 2026: 1. GAZA | AMARAN OHCHR (PBB) Ruang kehidupan penduduk Palestin di Gaza semakin mengecil apabila mereka terus dipindahkan ke kawasan yang semakin terbatas. Menurut OHCHR, pasukan Israel kelihatan menganggap garisan Yellow Line sebagai kawasan berbahaya yang boleh membawa maut (kill zone), sehingga menghalang penduduk daripada kembali ke rumah mereka di seberang garisan tersebut. OHCHR turut memberi amaran bahawa infrastruktur awam yang masih ada terus dimusnahkan dan lokasi penempatan sementara turut diserang. 2. HEBRON | TEBING BARAT Seramai 4,969 penduduk Palestin daripada 780 keluarga dilaporkan telah dipindahkan dari kediaman mereka akibat kepungan dan operasi ketenteraan Israel. Dalam laporan yang sama, Al Jazeera mengenal pasti 10 pintu masuk ke bandar Hebron yang telah ditutup oleh pasukan Israel, sekali gus menyekat pergerakan penduduk. Dua lokasi. Dua situasi. Satu perkara yang tidak boleh kita abaikan: kehidupan penduduk Palestin terus terjejas. Berita mungkin silih berganti, tetapi perkembangan ini tidak sepatutnya hilang daripada perhatian kita. Terus ambil tahu. Semak sumber. Sebarkan maklumat yang sahih. Kongsikan perkongsian ini supaya lebih ramai tahu apa yang sedang berlaku. Sumber laporan: 1. OHCHR — kenyataan mengenai situasi Gaza, dipetik oleh Al Jazeera (30 Oktober 2026). 2. Al Jazeera — Ethnic cleansing fears rise as Israel squeezes space in Gaza: UN (30 Oktober 2026). 3. Al Jazeera — How Israel choked off Hebron at 10 entrances, as 5,000 forced to flee (30 Oktober 2026). #BangkitAlQuds #BaitulmaqdisMilikUmmah #Palestin #Gaza #Hebron #TebingBarat
1
6
بدون متن...
1
7
https://vt.tiktok.com/ZSgGr9gXY/ Pesan dan harapan Ustaz Gunawan buat semua para penggerak dan aktivis di lapangan. #BangkitA
https://vt.tiktok.com/ZSgGr9gXY/ Pesan dan harapan Ustaz Gunawan buat semua para penggerak dan aktivis di lapangan. #BangkitAlQuds #baitulmaqdis #tigakotasuci
1 276
8
https://vt.tiktok.com/ZSgGhWdKK/ Kenapa rasa peduli kita terhadap Al-Quds, Al-Aqsa dan Palestin boleh semakin pudar, walaupun+6
https://vt.tiktok.com/ZSgGhWdKK/ Kenapa rasa peduli kita terhadap Al-Quds, Al-Aqsa dan Palestin boleh semakin pudar, walaupun kita tahu betapa pentingnya ia? Mungkin ada sesuatu yang kita tak sedar tentang hubungan kita dengannya. Apa puncanya, dan bagaimana kita boleh memulihkannya? Swipe untuk baca. Simpan dan kongsikan jika bermanfaat. Olahan daripada penulisan Ustaz Gunawan: “Menjejaki Pemutus Rasa: Reintegrasi Rohani dan Realisme Ummah Terhadap Al-Quds”. #bangkitalquds #palestine #masjidalaqsa #alquds #baitulmaqdis
183
9
https://vt.tiktok.com/ZSgpfYYN1/“Orang tak tahu sebenarnya ultimate goal kita adalah Masjidil Aqsa dan Baitulmaqdis.” Itu antara perkara yang disentuh oleh Fatin Syahirah, atau lebih dikenali sebagai Fatin Palestin, aktivis yang aktif berkongsi perkembangan Palestin di media sosial dan terlibat dalam kempen kesedaran bersama Boycott Divestment & Sanctions (BDS) Malaysia. Bagi Fatin, penting untuk kita mengenali semula sejarah Baitulmaqdis dan memahami kedudukan Masjid Al-Aqsa. Bukan sekadar mengikuti perkembangan semasa, tetapi melihat isu Palestin dengan lebih menyeluruh dan memahami mengapa Baitulmaqdis perlu terus mendapat perhatian kita. Dan Fatin juga berharap program seperti Wacana Jejak Peradaban dapat diperluas agar lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang mendapat pendedahan yang sama. Semoga lebih ramai dapat mengenali Baitulmaqdis, memahami kepentingannya dan bersama-sama membawa kesedaran ini kepada masyarakat. #WacanaJejakPeradaban #BangkitAlQuds #BaitulmaqdisMilikUmmah @SahabatBangkitAlQuds
115
10
https://vt.tiktok.com/ZSgpfYYN1/ Apa pandangan anda? Kongsikan di ruangan komen dan sebarkan video ini. #baitulmaqdis #alaqsa #Palestin #BangkitAlQuds #wacanajejakperadaban @SahabatBangkitAlQuds
1
11
https://vt.tiktok.com/ZSgpy7m5r/
1
12
https://vt.tiktok.com/ZSgbLkfpN/ Baitulmaqdis boleh didekatkan kepada masyarakat dengan pelbagai cara. Seni dan muzik juga sa
https://vt.tiktok.com/ZSgbLkfpN/ Baitulmaqdis boleh didekatkan kepada masyarakat dengan pelbagai cara. Seni dan muzik juga salah satunya. 🎶 Di penghujung Wacana Jejak Peradaban: Kota Suci Yang Dilupakan, Saudara Zack Kacamata menyampaikan dua buah lagu dengan iringan montaj Al-Quds. Sebelum ini, Zack juga pernah bersama BAQ dalam program Malam Jejak Al-Quds. Kata beliau, seni bukan sekadar hiburan. Ia juga boleh menjadi cara untuk menyampaikan mesej yang baik, menyentuh pelbagai isu dan membawa nilai positif kepada pendengar. Apa pun peranan kita sebagai ibu bapa, guru, penggiat seni, pencipta kandungan atau dalam bidang masing-masing, kita juga ada ruang untuk membawa naratif Baitulmaqdis lebih dekat kepada masyarakat. Tak semestinya dengan cara yang sama, tetapi mulakan dengan apa yang kita mampu dan ruang yang kita ada. #wacanajejakperadaban #bangkitalquds #baitulmaqdismilikummah #budakkacamata #zackkacamata @SahabatBangkitAlQuds
127
13
https://vt.tiktok.com/ZSg43UY2L/ "Mungkin kita tidak sempat menyaksikan pembebasan Al-Aqsa pada zaman kita. Namun, setiap usa
https://vt.tiktok.com/ZSg43UY2L/ "Mungkin kita tidak sempat menyaksikan pembebasan Al-Aqsa pada zaman kita. Namun, setiap usaha yang kita lakukan hari ini tetap bermakna." Itulah antara mesej yang dibawa oleh Saudara Razali Awang Abdullah @aligisc , aktivis Global Sumud Flotilla dan perunding media Pertubuhan Al-Khair Malaysia, menerusi perkongsiannya selepas Wacana Jejak Peradaban: Kota Suci Yang Dilupakan. Beliau menegaskan bahawa usaha membela Al-Aqsa memerlukan penglibatan semua pihak. Bukan sekadar simpati dan empati, tetapi tindakan yang bermula daripada perkara sekecil-kecilnya. Apa peranan kita? Tonton dan kongsikan video ini agar mesej ini sampai kepada lebih ramai. #wacanajejakperadaban #masjidalaqsa #alquds #bangkitalquds #baitulmaqdismilikummah https://t.me/SahabatBangkitAlQuds
1 180
14
Bila kita faham Baitulmaqdis, AlAlqsa dan Palestin dari sudut yang berbeza, kita mula melihat peranan kita dengan cara yang b
Bila kita faham Baitulmaqdis, AlAlqsa dan Palestin dari sudut yang berbeza, kita mula melihat peranan kita dengan cara yang berbeza. Saudara Amar Sufi Ali berkongsi kefahaman yang diperoleh melalui Wacana Jejak Peradaban dan bagaimana beliau mahu membawa kesedaran tentang Baitulmaqdis melalui bidang fesyen yang diceburinya. Setiap bidang ada ruang untuk menyebarkan kesedaran. Bagaimana pula dengan kita? Tonton dan kongsikan. #wacanajejakperadaban #bangkitalquds #masjidalaqsa #alaqsa #tigakotasuci
132
15
https://vt.tiktok.com/ZSgXabA3D/ Bila kita faham Baitulmaqdis, AlAlqsa dan Palestin dari sudut yang berbeza, kita mula meliha
https://vt.tiktok.com/ZSgXabA3D/ Bila kita faham Baitulmaqdis, AlAlqsa dan Palestin dari sudut yang berbeza, kita mula melihat peranan kita dengan cara yang berbeza. Saudara @Amar Sufi Ali berkongsi kefahaman yang diperoleh melalui Wacana Jejak Peradaban dan bagaimana beliau mahu membawa kesedaran tentang Baitulmaqdis melalui bidang fesyen yang diceburinya. @deepfaithco Setiap bidang ada ruang untuk menyebarkan kesedaran. Bagaimana pula dengan kita? Tonton dan kongsikan. #wacanajejakperadaban #bangkitalquds #masjidalaqsa #alaqsa #tigakotasuci
12
16
Bila isu Palestin tidak lagi menjadi perhatian, adakah kesedaran kita tentang Baitulmaqdis turut terhenti? Perjuangan ini bukan sekadar tentang apa yang berlaku hari ini. Ada sejarah yang perlu dikenal, hubungan yang perlu difahami dan amanah yang perlu terus dihidupkan dalam masyarakat. Atas kesedaran inilah, Wacana Jejak Peradaban: Kota Suci Yang Dilupakan menghimpunkan 40 peserta daripada pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang pada 24 Oktober 2026 di CP Tower, Petaling Jaya. Antaranya aktivis dan NGO, pengamal media, pencipta kandungan, pempengaruh, pendidik, wakil mahasiswa, profesional dalam bidang undang-undang, usahawan, agensi pelancongan serta wakil badan berkanun kerajaan. Dianjurkan oleh Sekretariat Bangkit Al-Quds (BAQ) dengan kerjasama HaRUM, Adam Charitable Foundation (ACF), Sekretariat Kekeluargaan Sayyid Jumadil Kubra, Akademi Kajian Rantau Nusantara (AKAR) dan Baytt Assayyidah Khadeejah Al-Kubro, wacana ini membawa peserta menelusuri sejarah Baitulmaqdis dan hubungannya dengan Nusantara, memahami realiti geopolitik serta meneroka peranan yang boleh digerakkan melalui kepakaran masing-masing. Daripada perkongsian Bonda Tun Suzana, Tuan Haji Khalid Yahya dan Tuan Haji Razali Daud, satu perkara menjadi semakin jelas: usaha mendekatkan Baitulmaqdis kepada masyarakat tidak boleh bergantung pada sentimen simpati semata-mata. Ia memerlukan kefahaman yang mendalam dan usaha yang berterusan. Apa yang lebih bermakna ialah apabila kefahaman mula diterjemahkan kepada hasrat untuk bertindak. Ada peserta yang mahu membawa kesedaran Al-Quds ke sekolah melalui aktiviti kokurikulum. Ada yang berhasrat menggerakkan mahasiswa, memperluas mesej melalui media sosial dan menyampaikan perspektif ini dalam program akan datang. Setiap bidang mempunyai ruang dan kekuatannya sendiri. Apabila kepakaran ini dihubungkan, lebih banyak jalan terbuka untuk membawa Baitulmaqdis lebih dekat kepada masyarakat secara berterusan. Malah, beberapa peserta turut berkongsi bahawa wacana ini mengetengahkan sisi yang berbeza daripada program Palestin yang pernah mereka hadiri, khususnya tentang hubungan sejarah, peranan rohani dan amanah terhadap Baitulmaqdis yang perlu difahami dengan lebih luas. Inilah yang ingin dibina. Bukan sekadar ruang untuk mendengar, tetapi pertemuan yang membuka jalan kepada kerjasama dan gerak kerja bersama. Terima kasih kepada para panel, semua peserta, rakan kerjasama, Zack Kacamata atas persembahan yang menyentuh hati, serta setiap individu yang menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam menjayakan wacana ini. Penghargaan juga buat semua yang terus membawa mesej Baitulmaqdis melalui ruang dan kepakaran masing-masing. Wacana mungkin telah berakhir. Tetapi usaha kita tidak seharusnya berhenti di sini. Semoga pertemuan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak langkah bersama untuk mendekatkan Baitulmaqdis kepada masyarakat melalui pendidikan, komuniti, media, pelancongan, seni dan pelbagai ruang yang kita ceburi. Kerana Baitulmaqdis bukan sekadar sejarah untuk dikenang, tetapi amanah yang perlu difahami dan dihidupkan dalam tindakan. Kenali sejarahnya. Fahami realitinya. Bina peranan kita. Jika perkongsian ini membuka perspektif anda, kongsikan kepada lebih ramai. Semoga semakin ramai mengenali Baitulmaqdis, memahami maknanya dan menemukan ruang untuk mengambil peranan. #BangkitAlQuds #WacanaJejakPeradaban #KotaSuciYangDilupakan #Baitulmaqdis #AlAqsa
114
17
بدون متن...
81
18
Sesi Ramah Mesra & Pengukuhan Jaringan+9
Sesi Ramah Mesra & Pengukuhan Jaringan
156
19
Ruang Cetusan Idea, Inisiatif & Kerjasama+8
Ruang Cetusan Idea, Inisiatif & Kerjasama
83
20
+9
بدون متن...
91