Sahabat Bangkit Al-Quds
رفتن به کانال در Telegram
نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
508
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
+127 روز
+1230 روز
آرشیو پست ها
Perjuangan Al-Quds tak mampu digerakkan oleh satu pihak sahaja. Ia memerlukan kita semua. 🇵🇸
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua panelis, rakan kerjasama, para peserta serta seluruh pihak yang telah bersama-sama menjayakan Wacana Jejak Peradaban: Kota Suci Yang Dilupakan.
Terima kasih kerana meluangkan masa, berkongsi ilmu, mencetuskan idea dan menyumbangkan perspektif daripada pelbagai bidang demi menghidupkan kembali kesedaran tentang amanah kita terhadap Baitulmaqdis.
Daripada sejarah kepada realiti, daripada kefahaman kepada tindakan, setiap perkongsian membawa harapan bahawa perjuangan Al-Quds akan terus hidup dalam masyarakat, bukan hanya ketika konflik memuncak.
Wacana ini bukan noktah, tetapi permulaan kepada usaha yang lebih besar. Semoga pertemuan ini menjadi asbab terbina jaringan yang lebih kukuh, langkah yang lebih tersusun dan gerakan yang terus istiqamah.
Kerana Al-Quds bukan sekadar untuk dikenang, tetapi amanah yang perlu kita teruskan bersama.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Semoga Allah memberkati setiap usaha dan langkah kita. 🤍
Wacana Jejak Peradaban: Kota Suci Yang Dilupakan
Menelusuri Sejarah · Memahami Realiti · Membina Peranan
#bangkitalquds
#masjidalaqsa
#palestine #wacanajejakperadaban #baitulmaqdismilikummah
https://t.me/SahabatBangkitAlQuds
https://vt.tiktok.com/ZSgfmMhMG/
AL-QUDS SENTIASA DALAM DOA DAN HARAPAN KITA
Lagu ini ialah luahan hati dan suara solidariti buat saudara-saudara kita di Palestin.
Walaupun jarak memisahkan, ikatan akidah tidak pernah terputus.
Kita di sini tidak rela melihat penderitaan mereka, dan kita akan terus bersama, dengan doa, sokongan dan usaha sedaya mampu.
Al-Quds bukan sekadar tanah.
Ia amanah yang perlu kita wariskan kepada anak-anak kita supaya mereka tidak lupa.
Baitulmaqdis Milik Ummah.
Lagu : Amanah Kita
Lirik, Gubahan & MV : Bangtam Forte
#BangkitAlQuds
#BaitulmaqdisMilikUmmah
@SahabatBangkitAlQuds
https://vt.tiktok.com/ZSgfhVgVK/
PALESTIN BUKAN SEKADAR BERITA, TETAPI AMANAH UMMAH. 🇵🇸
Rasulullah SAW mengingatkan bahawa akan sentiasa ada segolongan umat Baginda yang teguh mempertahankan kebenaran.
Hari ini, Palestin mengingatkan kita bahawa perjuangan tidak hanya tentang mereka yang berada di sana, tetapi juga tentang kita yang menyaksikannya dari kejauhan.
Kita mungkin tidak mampu melakukan segalanya, tetapi kita sentiasa mampu melakukan sesuatu. Berdoa, menyumbang dan menyebarkan kebenaran.
Jangan biarkan jauhnya jarak menjadikan kita lupa, dan jangan biarkan diamnya kita menjadi tanda hilangnya kepedulian.
🇵🇸 Palestin dalam doa, kebenaran dalam perjuangan.
#Palestin #masjidalaqsa #tigakotasuci
https://t.me/SahabatBangkitAlQuds
Repost from N/a
KEKELUARGAAN AL-KUBRA x BANGKIT AL-QUDS
Gerak Bersama, Amanah Bersama
Ikatan kekeluargaan bukan sekadar menyatukan keturunan, tetapi menghimpunkan kekuatan untuk menyambung amanah perjuangan.
Berteraskan legasi dakwah para leluhur dan berpaksikan Maqasid Al-Kubra, Kekeluargaan Al-Kubra membawa tanggungjawab untuk memelihara nilai agama, menyuburkan kasih sayang dan menyumbang kepada kesejahteraan ummah.
Semangat ini diterjemahkan melalui pelbagai ruang khidmat, termasuk bersama dengan Sekretariat Bangkit Al-Quds (BAQ) yang menjalankan pelbagai program kesedaran dan menggerakkan usaha mendekatkan ummah kepada Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.
Maqasid Al-Kubra mengingatkan kita tentang arah dan tujuan. Kekeluargaan menyatukan kekuatan, manakala Bangkit Al-Quds menjadi antara medan untuk menterjemahkan kesedaran kepada tindakan.
Kerana menyambung amanah bukan sekadar mengenang jasa para leluhur, tetapi meneruskan nilai perjuangan mereka dalam realiti zaman kita.
Bersama Menyambung Amanah. Baitulmaqdis Milik Ummah.
#MediaAlKubra #KekeluargaanAlKubra #BangkitAlQuds #MaqasidAlKubra #BaitulmaqdisMilikUmmah
https://vt.tiktok.com/ZSgMpL5w1/
Palestin bukan isu bermusim. Al-Quds bukan sekadar tajuk berita. 🇵🇸
Perjuangan ini menuntut ilmu, kesatuan dan usaha yang berterusan. Sejarah perlu dikenal, realiti perlu difahami, dan amanah terhadap Baitulmaqdis perlu terus dihidupkan dalam kesedaran umat.
Sekitar Bicara Negara Edisi Khas Taufan Al-Aqsa.. Bicara dan perkongsian tentang perjuangan Palestin, pengalaman dakwah dan tanggungjawab kita terhadap Al-Quds.
Namun, usaha ini tidak terhenti di sini.
Perjalanan seterusnya:
WACANA JEJAK PERADABAN
"Kota Suci Yang Dilupakan"
📍 To Be Announced
🗓️ 24 Oktober 2026
Menelusuri Sejarah · Memahami Realiti · Membina Peranan
Baitulmaqdis milik ummah. Amanahnya tanggungjawab kita bersama.
Simpan dan kongsikan. Biar lebih ramai mengenali apa yang selama ini mungkin jauh daripada perhatian kita.
##bangkitalquds #masjidalaqsa #palestine #taufanalaqsa #tigakotasuci @SahabatBangkitAlQuds
https://t.me/SahabatBangkitAlQuds
Repost from Dunia Palestin 🇵🇸
Tonton Program Bicara Negara Khas Edisi Taufan Aqsa di TikTok Live Akademi Kepemimpinan Tun Perak 🇵🇸
Pautan: https://vt.tiktok.com/ZS9UawxTRMKUU-q5G8K/
