fa
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

رفتن به کانال در Telegram

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
364
مشترکین
+224 ساعت
+37 روز
+230 روز
آرشیو پست ها
𝐌𝐮𝐥𝐭𝐚𝐪𝐚 𝐈𝐥𝐦𝐮𝐰𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦: 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐇𝐢𝐤𝐦𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia menjadi platform penting yang menyatukan ulama’ dan umara’ dalam memperkukuh peranan ilmu dalam kepimpinan dan kenegaraan. Perbincangan menekankan keperluan Islam dipandu dengan ilmu, adab dan keseimbangan demi memelihara keharmonian serta kestabilan masyarakat. Insya-Allah, sinergi berterusan ini akan memastikan Islam terus menjadi rahmat dan panduan dalam membina negara yang sejahtera. #MultaqaIlmuwanIslamMalaysia #MajlisUlamaUMNO #PAU2025 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS5TN9NS6/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DThBZXOkgZn/?igsh=MWU4bWFndml4NHczcw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/17gr4qGQnb/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Malam tadi, saya bersama dengan para jemaah di Masjid Ar-Rahah, Bangsar South dalam Majlis Tahlil Allahyarham Tun Haji Abdul Razak & Tun Hajah Rahah sempena memperingati 50 tahun pemergian Tun Abdul Razak. Bersama-sama, kita menadah tangan memohon agar roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Insya-Allah, legasi pengorbanan dan amanah yang ditinggalkan oleh Allahyarham akan terus menjadi pedoman buat kita semua dalam memimpin dan berkhidmat demi agama, bangsa dan tanah air. Al-Fatihah. 📱FB: https://www.facebook.com/share/17im7co81B/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DTg6Z0jEtEC/?igsh=Zndua24wdmdyamli 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2011623702988013996?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTg6EMNj_gI?xmt=AQF0WcS4HyhDzMPHnSq2ghagdIlKE0Sx2jjnqvNjol2qJ903v6z3fmFvEYpNKWV2unAMt-aU&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐨𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 Saya sentiasa percaya bahawa kepelbagaian budaya di negara ini adalah kekuatan yang menyatukan kita sebagai sebuah bangsa. Perayaan seperti Hari Ponggal memperlihatkan keindahan nilai saling menghormati dan keharmonian dalam masyarakat di negara ini. Selamat Menyambut Hari Ponggal saya ucapkan kepada semua yang meraikannya. Wishing you a joyful Ponggal! “Ponggal Nal Valthukal” #HariPonggal 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/16jgTpsqwL/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/p/DTfmFKiEru4/?igsh=MW5lOXR0ZnQwczFseg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2011438672999293176?s=46 📱Thread: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTfmUk7jz95?xmt=AQF02XPGf3Eb4xIB7_flDDwqznpwN42OTThbjm8-jqYsjTdhGZn3R4UmGCyGDZ40S3wbL40&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐄𝐫𝐚 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 Simposium Politik Era Digital 2026 membuka ruang perbincangan bermakna tentang bagaimana UMNO perlu menguasai perubahan landskap politik digital dan komunikasi dalam era baharu yang berteraskan ilmu, nilai dan kefahaman rakyat. Ia juga adalah medan untuk menentukan bagaimana kuasa politik rakyat akan dibentuk melalui ruang digital dalam dekad mendatang. Kepercayaan rakyat hari ini tidak lagi lahir dari pentas sahaja, tetapi dari skrin di tangan mereka dan UMNO mesti berada di situ dengan hujah yang kuat, data yang tepat dan nilai yang tidak goyah. Jadi, dalam menghadapi realiti baharu ini, UMNO mesti mengapai kepercayaan rakyat melalui platform sebaiknya agar parti ini terus kekal relevan dan diyakini. #SimposiumPolitikEraDigital #UMNO #PolitikDigital 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17rFARbVaS/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DTfbx-UknGL/?igsh=anJ6cjVibTV5Yms1 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2011416272412749941?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTfcUI5D8aK?xmt=AQF0jpAsLH9gaAHMstJX50kof5A8cDo2dWIfSkWhV4yzo11PREKmOsQV6RQZynlfgwHilVFu&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮 Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-78, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Semoga Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dibawah peliharaan rahmat dan perlindungan Allah SWT, hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik serta hidayah, selamat sejahtera, dilanjutkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik. Menjunjung Kasih Tuanku. 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BuncdcxV1/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/p/DTeueVikoan/?igsh=dmtjYnJ3ZHFweWQ0 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2011316095236571630?s=46 📱Thread: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTeus7Wj2GB?xmt=AQF0geOaCffgTB8NgUtDCLAwWUMfGYmwqOCc4yAWY09JXzdHSA1aEuvc7ztRFWkGUHU4bRE&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Malam tadi saya duduk, mendengar dan meneliti setiap pembentangan dalam Konvensyen Memperkasakan Pendidikan Melayu. Banyak perkara yang membuatkan saya berfikir panjang tentang masa depan anak-anak Melayu. Satu perkara yang jelas adalah isu pendidikan ini bukanlah isu biasa. Bagi orang Melayu, ia adalah soal survival. Ia menentukan sama ada anak kita mampu berdiri sebagai pencipta masa depan atau sekadar penumpang dalam ekonomi sendiri. Kita berdepan dengan pelbagai cabaran dalam landskap pendidikan dan mobiliti sosial hari ini, termasuk soal kebolehpasaran graduan, jurang pembangunan bandar dan luar bandar serta keperluan memperkukuh peranan Sekolah Kebangsaan, TVET dan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Namun di sebalik cabaran ini, wujud ruang besar untuk penambahbaikan. Melalui penyelarasan sistem pendidikan yang lebih menyeluruh, pemerkasaan TVET dan Tahfiz, pengukuhan Sekolah Kebangsaan serta pemartabatan Bahasa Melayu, saya yakin kita sedang membina asas yang lebih kukuh bagi masa depan pendidikan dan kemajuan anak bangsa. Terima kasih saya ucapkan kepada Sekretariat Pendidikan dan Penyelidikan UMNO Malaysia serta semua ahli panel dan peserta yang berkongsi idea dan pandangan pada malam tadi. Perbincangan ini bukan tentang hari ini semata-mata, tetapi tentang masa depan anak-anak kita. Insya-Allah, UMNO akan terus memikul amanah ini. Pada saya, pendidikan inilah obor perjuangan dan di situlah terletaknya maruah serta masa depan bangsa. #PendidikanMelayu #UMNO #PAU2025 #3TahunMenggalasAmanahKenegaraan 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BHKoranpN/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DTekeGCktOE/?igsh=YXplbXA5Nm9sdGdh 📱X: https://x.com/i/status/2011294337683112347 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTek8pDj9NS?xmt=AQF0E0Kf7yptHU9InxrhKB_add0yZNBGxzNPfbaFBECgpdavwMwJDmd1bDNnAJXgj2NJtQB-&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐮𝐧𝐠 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝟐𝟎𝟐𝟓 Selamat datang dan selamat bersidang saya ucapkan kepada seluruh perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO yang berhimpun di WTC Kuala Lumpur bermula hari ini sehingga 17 Januari 2026. Manfaatkanlah #PAU2025 kali ini sebagai medan untuk kita memperkukuh kesatuan dan menyusun langkah parti ke hadapan dengan lebih yakin dan tersusun. Dalam suasana politik yang semakin mencabar, kekuatan UMNO terletak pada kebersamaan dan kejelasan hala tuju. Saya mendoakan agar segala perbahasan dan keputusan yang lahir daripada persidangan kali ini akan membawa kebaikan kepada parti, seterusnya memberi manfaat kepada rakyat dan negara. Insya-Allah. Selamat bersidang. #PAU2025 #UMNO #BersatuBersetiaBerkhidmat #3TahunMenggalasAmanahKenegaraan 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17nHvQBCWp/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/p/DTeHOhbEtj7/?igsh=MTNxMDY0ZXd4Y3lmYg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2011229832169078858?s=46 📱Thread: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTeHaYKEhGt?xmt=AQF0HOhpPGUtjdveld_385bqezWMrNug9ahn7bl6ELmx5zCQv1L-AZXNfJUN3w44rxLJl77j&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐆𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐫𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐒𝐤𝐮𝐚𝐝 𝐒𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝟑𝐊 Seterusnya, saya meluangkan masa bersama Wanita UMNO dalam Majlis Pelancaran Jom Sihat anjuran Skuad Sayang 3K Kebangsaan. Kagum saya melihat suasananya yang cukup bersemangat, seiring dengan jiwa gerakan ini sendiri. Sebagai wadah NGO Wanita UMNO, saya melihat sendiri bagaimana Skuad Sayang 3K yang berteraskan Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan ini sentiasa tampil membantu rakyat ketika mereka diuji. Sama ada berdepan bencana, keperluan rawatan atau urusan kebajikan, mereka sentiasa berada di barisan hadapan. Inilah wajah sebenar keprihatinan UMNO apabila rakyat memerlukan. Tahniah saya ucapkan kepada kepimpinan Skuad Sayang 3K Kebangsaan yang diterajui oleh Dato’ Seri Dr. Noraini Ahmad, serta seluruh barisan kepimpinan dan ahli yang hadir dari segenap pelusuk negara. Insya-Allah, saya akan terus memberikan sokongan penuh kepada gerakan ini. Teruskan berbakti.. Teruskan menyantuni.. Wanita UMNO sememangnya luar biasa! #SkuadSayang3K #WanitaUMNO #PAU2025 #3TahunMenggalasAmanahKenegaraan 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1H8C7it13W/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DTdI1tfElJy/?igsh=OHAyaDk5MHZlZmZx 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2011092647117787194?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTdJB3HD1JM?xmt=AQF0r2v5IYXQ1AcpsWpKFMb9bFK65KaTRYow-kK0O9fUAnvVo4bEcSwQmCXLDNriG0t9zwew&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐨𝐧𝐯𝐨𝐤𝐞𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐒𝐏𝐔: 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐔𝐌𝐍𝐎 Petang tadi, saya melangkah masuk ke Dewan Tun Hussein Onn dengan satu perasaan yang sukar digambarkan.. bangga, syukur dan penuh pengharapan. Bersama graduan Patriot 2 dan Patriot 3, saya menyaksikan sendiri wajah-wajah muda yang telah melalui satu proses pembentukan yang bukan mudah. Ilmu, disiplin dan jati diri menjadi asas mereka untuk tampil sebagai pelapis perjuangan UMNO. Saya juga sempat berkongsi dengan para ibu bapa yang hadir tentang perjalanan anak-anak mereka di Sekolah Patriotik UMNO. Salah satu modul yang dijalani ialah sesi Daurah di Yayasan Al-Falah. Di sana, mereka belajar teori kepimpinan dan pada masa yang sama mendalami ilmu fardhu kifayah, termasuk pengurusan jenazah. Di sinilah maknanya pembinaan yang seimbang di mana kita tidak hanya melahirkan pemimpin yang tahu mengurus organisasi, tetapi juga insan yang faham tanggungjawab kepada manusia dan Allah SWT. Ilmu dunia dan akhirat berjalan seiring. Kepada semua graduan SPU hari ini, tahniah saya ucapkan. Perjalanan sebenar baru bermula. Teruskan melangkah dengan yakin, jujur pada amanah dan ikhlas dalam perjuangan. Insya-Allah, di tangan andalah UMNO dan Malaysia akan dibawa ke masa depan yang lebih bermaruah. #SekolahPatriotikUMNO #PAU2025 #UMNO #3TahunMenggalasAmanahKenegaraan 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1ZbpUaDa48/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DTcs6JqEqRy/?img_index=8&igsh=MmFqNDZ4cjgwc2pv 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2011031351835926901?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTctJ-lD96w?xmt=AQF0Qg5FHhoG2ZfZ_Cc_RyEHFMcrFx4sSxCvycWEiXQui1r44JDqpwkkdwvd5oBSfPil441L&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐮𝐥𝐭𝐚𝐪𝐚 𝐈𝐥𝐦𝐮𝐰𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐔𝐥𝐚𝐦𝐚’ 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐦𝐚𝐫𝐚’ Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menyampaikan amanat sempena Majlis Penutup Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia anjuran Majlis Ulama’ UMNO di WTC, Kuala Lumpur. Pertemuan ini menghimpunkan umara’ dan ulama’ dalam satu ruang dialog yang menyatukan amanah kepimpinan dengan hikmah keilmuan demi kebaikan agama, rakyat dan negara. Semasa berucap, saya telah menegaskan bahawa Islam mesti dipandu dengan ilmu, adab dan keseimbangan, bukan emosi atau sentimen sempit. Peranan ulama’ hari ini amat besar sebagai nurani negara dalam membimbing masyarakat dengan hikmah, menimbang realiti semasa dan menjaga kesatuan ummah. Saya turut mengingatkan bahawa Islam dalam kenegaraan mesti menjadi panduan membina dasar dan institusi, bukan alat untuk memecah belah atau memanipulasi perasaan. Saya juga turut mengangkat manhaj Fiqh al-Mīzān sebagai pendekatan utama dalam kepimpinan dan wacana awam iaitu menimbang antara maslahat dan mudarat, antara tuntutan akhirat dan realiti dunia. Inilah neraca yang perlu memandu keputusan negara agar kestabilan, keadilan dan keharmonian dapat dipelihara. Dalam konteks ini, saya turut menyeru para ilmuan untuk terus memainkan peranan memandu, menimbang dan memelihara iaitu memandu fikiran ummah, menimbang setiap keputusan dengan hikmah dan memelihara agama serta kestabilan negara. Insya-Allah, selagi ilmu dipandu dengan amanah dan kuasa ditimbang dengan hikmah, Islam akan terus menjadi rahmat, dan Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara yang stabil, sejahtera dan dihormati. #MultaqaIlmuwanIslamMalaysia #MajlisUlamaUMNO #PAU2025 #UMNO #3TahunMenggalasAmanahKenegaraan 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1DJCvnLZn1/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DTccoQQkkYY/?igsh=MXc0aXNpb3NvaWp3OQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2010995273959669824?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTcc9Jxj4wC?xmt=AQF0XTR4qeoC6R-bMQJ-PqCGmylSGz_MFTIf-17rzMPGyJbZsUmbQGQyY63oFrpZj3XRTjPT&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐞-𝟒𝟎 𝐆𝐈𝐀𝐓𝐌𝐀𝐑𝐀 GIATMARA telah menyaksikan empat dekad kisah ribuan anak muda yang bangkit membina masa depan melalui kemahiran dan keyakinan diri. Sejak ditubuhkan pada 12 Januari 1986, GIATMARA terus menjadi antara tunjang utama dalam membentuk tenaga kerja mahir negara. Dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar dan berasaskan teknologi, peranan TVET hari ini menjadi semakin kritikal. Alhamdulillah, GIATMARA sentiasa menjadi antara institusi yang terkehadapan dalam menyediakan anak-anak Malaysia dengan kemahiran sebenar yang diperlukan industri, membuka laluan kepada pekerjaan berkualiti, keusahawanan dan mobiliti sosial. Saya bangga melihat bagaimana GIATMARA kekal relevan dan terus berkembang seiring keperluan semasa. Insya-Allah, dengan semangat 40 tahun ini, saya mendoakan agar GIATMARA terus menjadi pemacu utama agenda TVET negara dan pemangkin kepada masa depan yang lebih cerah untuk generasi muda kita. #UlangTahunKe40 #GIATMARA #MajlisAmanahRakyat #KKDW #PejuangDesa 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17nJv3MP8K/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/p/DTZo6CtErIB/?igsh=MXgyMGRvbmw3dHVnYg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2010600228743733635?s=46 📱Thread: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTZpEB0j5mc?xmt=AQF0QwWvwI5MoJGl4E8GX6NpnUwdAYbQm1mzNfTZjV9Qe0DqhPZErum54vq4p6DyJnenIxw&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐀𝐚𝐫𝐨𝐧–𝐖𝐨𝐨𝐢 𝐘𝐢𝐤 𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 Tahniah saya ucapkan kepada beregu lelaki kebanggaan negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, atas pencapaian cemerlang sebagai naib juara Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Petronas 2026. Walaupun tirai awal 2026 belum berpihak untuk mengangkat gelaran juara, kejayaan mara sehingga ke pentas akhir membuktikan kecekalan, disiplin dan kualiti juang yang tidak pernah luntur. Ia bukan sekadar satu keputusan, tetapi manifestasi usaha berterusan dan kematangan permainan di peringkat tertinggi dunia. Setiap langkah yang diambil hari ini adalah asas kepada kejayaan yang lebih besar esok hari. Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan, bangkit dengan semangat yang lebih ampuh, dan jadikan pengalaman ini sebagai pemangkin untuk menawan kejayaan yang lebih gemilang. Seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh di belakang kalian. Kami bangga, percaya dan sentiasa menyokong perjuangan ini hingga ke puncak tertinggi. #NaibJuara #TerbukaMalaysia2026 #AaronWooiYik 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1GQFQn97sQ/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/p/DTXtyCIklH0/?igsh=MXV1NTkwcjByb3ZwdA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2010329695020273915?s=46 📱Thread: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTXuId6D-Ml?xmt=AQF0BKe5cYhq4odyS-cHC-Uz8u_GkOEJ_bRMUlVeZFN9tr_JjqMqqBqgxNafIIU5Whmhuvxe&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐀𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 38 bulan menerajui KKDW, saya bersyukur melihat komitmen tinggi seluruh warga kementerian dalam melaksanakan anjakan minda dan sistem ke arah perubahan yang lebih bermakna. Insya-Allah, tahun 2026 akan menjadi medan untuk kita memimpin perubahan dengan lebih berani, berfokus dan berkesan demi kumpulan sasar dan pembangunan desa negara. #KKDW #PejuangDESA 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS54VALFy/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DTSn5FSEkcG/?igsh=ZHI1a29od3QzNjI1 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1NzFtfE3MM/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Dalam ruang masa yang ada, saya sempat menziarahi Dato’ Sri Suriani, KSU KKM yang baru selesai menjalani pembedahan kecil di Hospital Putrajaya. Alhamdulillah, saya gembira melihat beliau berada dalam keadaan yang semakin baik serta ceria. Sama-sama kita doakan agar beliau dikurniakan kesembuhan yang segera dan kembali sihat seperti sediakala, insya-Allah. 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17hYszxb4w/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DTP7jEkEhP2/?igsh=MWQ2YWt1dTR6Yml0aQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2009233692846416253?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTP7kN4j-ug?xmt=AQF0G9aq6Bxit-wUsIHZeefVsfed2WL4RIanVBEnDW4TFHnA-bBPx2Msv-2RKGIAOKmUrUhP&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐀𝐥-𝐀𝐪𝐬𝐚 𝐝𝐢 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚 Saya telah menerima kunjungan tetamu istimewa, Imam Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi di pejabat saya di Putrajaya. Alhamdulillah, dalam pertemuan singkat ini kami sempat bertukar pandangan mengenai Masjid Al-Aqsa serta masa depan Al-Quds, selain menyentuh keprihatinan berterusan terhadap nasib rakyat Palestin. Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita dan menguatkan tekad kita untuk terus berdiri bersama saudara-saudara kita di Palestin dalam memperjuangkan keamanan dan keadilan, insya-Allah. #MalaysiaPalestin 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1AMfVcmS9s/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DTP0r2gkq3W/?img_index=3&igsh=MWMwbm8xa3l2YndjMg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2009218626638020948?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTP0twjD8aH?xmt=AQF0ScLqqOHZYCX7NKHiYEJm_OO0WyXpnMbFd-dkpjp6SfBAScOI5DxCAKtYlC0nlXGo7d6c&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀: 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐏𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬, 𝐓𝐞𝐫𝐬𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢 Hari ini saya berkesempatan bertemu dengan warga NADMA dan Pasukan SMART dalam Sesi Amanat Tahun Baharu 2026. Pertemuan ini merupakan ruang muhasabah untuk kita mengingatkan diri bahawa di sebalik setiap statistik bencana, ada nyawa, maruah dan harapan rakyat yang bergantung kepada kecekapan serta kecepatan tindakan kita. Melangkah ke tahun baharu 2026 ini, saya telah menggariskan tiga hala tuju strategik yang perlu menjadi kompas kerja NADMA dan SMART: Pertama, kesiapsiagaan berasaskan sains, data dan teknologi supaya kita bertindak lebih awal, tepat dan berasaskan bukti. Kedua, tindakan yang pantas, terselaras dan berdisiplin dengan struktur arahan yang jelas serta peranan SMART sebagai pasukan elit negara yang sentiasa siap digerakkan. Ketiga, pendekatan kemanusiaan berteras nilai dan empati, meletakkan keselamatan serta maruah mangsa sebagai keutamaan, dengan setiap bantuan disampaikan secara cepat, adil dan berintegriti. Insya-Allah, dengan hala tuju ini, NADMA akan terus diyakini rakyat dan lebih berdaya tahan dalam menghadapi apa jua bencana. Selain itu, saya turut menegaskan bahawa pengurusan bencana hari ini menuntut anjakan cara fikir dan cara kerja. Kita tidak boleh bergantung kepada pendekatan lama atau bergerak secara silo. NADMA mesti terus berperanan sebagai institusi teras negara yang menyatukan maklumat, menangkis kekeliruan dan memastikan kebenaran sampai kepada rakyat tepat pada waktunya. Saya yakin, dengan kesatuan pasukan, profesionalisme dan integriti yang tinggi, NADMA dan Pasukan SMART akan terus berdiri sebagai benteng kemanusiaan negara yang sentiasa bersedia sebelum diuji, cekal ketika krisis dan berkhidmat dengan sepenuh hati apabila rakyat memerlukan kita. #AmanatTahunBaharu2026 #NADMA #SMART #PengurusanBencana #KesiapsiagaanBencana 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1AQ58Hv1Do/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DTPcpQOkgPQ/?igsh=NTIyeXJmcGpwZXNr 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2009165751169769755?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTPcrLKj-ZL?xmt=AQF0Ih-YUGF0DNKd1D5DZ9sXFAjgRwsc4yFh3fQjxIt44IHNMKJeBu7DSj9r71Wu5uvkMlI&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐊𝐃𝐖: 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦, 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 Alhamdulillah, saya memulakan tahun baharu bersama seluruh warga KKDW dalam satu pertemuan yang memberi ruang untuk saya menyampaikan amanat serta harapan saya bagi tahun ini. Insya-Allah, ini menjadi titik mula bagi tahun 2026 untuk kita terus menyusun langkah dengan lebih kemas dan berfokus dalam meneruskan amanah pembangunan desa. Semasa berucap, saya telah tekankan bahawa tahun 2026 menuntut anjakan pemikiran dan cara kerja yang lebih berani. Kita mesti beralih daripada zon selesa kepada budaya kerja yang berpaksikan realiti rakyat. Dasar perlu dibentuk secara 𝑏𝑜𝑡𝑡𝑜𝑚-𝑢𝑝 𝑎𝑝𝑝𝑟𝑜𝑎𝑐ℎ, kejayaan mesti diukur melalui 𝑜𝑢𝑡𝑐𝑜𝑚𝑒 yang dirasai, setiap ringgit yang dibelanjakan perlu memberi nilai, komunikasi kementerian mesti membina kepercayaan dan perancangan dasar perlu disokong data serta pemikiran strategik yang tersusun. Pendek kata, perubahan tidak berlaku kerana niat semata-mata, tetapi kerana sistem yang jelas dan disiplin pelaksanaan yang konsisten. Sebagai panduan bagi hala tuju KKDW pada tahun 2026 ini, saya turut menggariskan kerangka 5P sebagai asas pembentukan masa depan KKDW. Pembangunan desa mesti bermula dengan 𝑃𝑒𝑜𝑝𝑙𝑒 iaitu membina mobiliti sosial dan peluang hidup yang lebih luas. 𝑃𝑙𝑎𝑐𝑒 menuntut desa dibangunkan sebagai kluster pertumbuhan berasaskan kekuatan setempat. 𝑃𝑟𝑜𝑑𝑢𝑐𝑡𝑖𝑣𝑖𝑡𝑦 memastikan usaha kita benar-benar meningkatkan pendapatan rakyat. 𝑃𝑟𝑜𝑠𝑝𝑒𝑟𝑖𝑡𝑦 menekankan kesejahteraan menyeluruh yang mampan. Dan 𝑃𝑟𝑜𝑝ℎ𝑒𝑡𝑖𝑐, sebagai kompas nilai kepimpinan yang berpaksikan teladan Rasulullah SAW agar setiap kemajuan duniawi yang kita kejar sentiasa seiring dengan tanggungjawab ukhrawi. Insya-Allah, jika kita bergerak sebagai satu pasukan, berani berubah dan fokus kepada hasil sebenar, tahun 2026 mampu menjadi tahun kita memperkukuh keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan Kerajaan. Selagi desa belum benar-benar terangkat, selagi itulah tanggungjawab kita belum selesai. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga KKDW atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan. Insya-Allah, amanah ini akan terus saya pikul sebaiknya, bersama-sama anda semua. #KKDW #PejuangDESA 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1bwTYS16JF/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DTKWkBEEiyr/?img_index=9&igsh=ZDF1b2w3bm10dzQz 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2008448693331284165?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTKWl6jD8Y8?xmt=AQF0tQFVfQKzrw5vAgFIvboB4kLRm8J0eJUZORBm7VK3elzeGb3fXfIXbzE-b8nWKvDx0Coa&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Petang tadi saya berkesempatan bertemu calon-calon Barisan Nasional bagi DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan. Alhamdulillah, sempat saya menitipkan pesanan dan doa kepada Saudara Mohd Ismail Ayob (Miha), calon BN bagi DUN Lamag serta Mohd Naim Kurniawan Moktar bagi Parlimen Kinabatangan. Semoga Allah SWT mengurniakan kemenangan kepada calon-calon kita untuk terus berbakti kepada warga Lamag dan Kinabatangan, insya-Allah. 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/14XjrhAbccW/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DTINKOEkvWe/?igsh=cHN4dWc0MXhlYWZu 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2008146575789638143?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTINM47DxS8?xmt=AQF06WtwAzB_rvZCHyM33Yu2PTlbdv4bu90Lu5ERzlI9G8jASULY-ZNAzzp9fT0Kx-MOgZAc&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih saya ucapkan atas doa dan ingatan semua. Maaf saya tidak sempat membalas satu persatu, namun setiap doa dan ucapan anda semua amat saya hargai. Semoga Allah SWT membalas setiap doa dan kebaikan anda dengan rahmat serta keberkatan daripada-Nya. Insya-Allah. 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/14UmmRptgNn/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DTFvO1gkuNF/?igsh=bXZseHhjbzIyNjhw 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2007799242677698931?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTFvRUtj-4I?xmt=AQF0VgYdEs_PasXPShruZLN6F7349-Vn4GGFTZgooSpzZPJcOH_rYfreetk9L6ufN7K8wO7S&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel